(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Monday, December 24, 2012

The End of 2012.

Hyeeeeeeeeeeeeee! Assalamualaikum!

Well, last update bulan May ye? Lama betul. Sebenarnya since May tu, macam-macam terjadi. Kisah pahit lah paling banyak. Pahit yang terlalu pahit, tetapi aku terpaksa telan. Sampai aku tak sanggup nak cerita dekat blog. Aku jatuh. Jatuh yang sangat sakit. Aku mencari semula semangat untuk aku bangun semula. Dan Alhamdulillah, setelah 6 bulan, aku dah jumpa semangat tu, walaupun kadang-kadang ada juga aku terasa down.

Nak tahu ke apa jadi? Hurmm. Tak perlu lah kot aku cerita dekat sini. Ask me personally kalau nak tahu. Sekarang aku sedang menjalani hidup baru yang TOTALLY DIFFERENT dari hidup aku yang sebelum ni. Aku berada jauh dari keluarga, jauh dari tempat asal (tapi masih dalam Malaysia lah =P ), jauh dari kawan-kawan yang dulu selalu bagi aku nasihat dan semangat untuk aku, suasana dan cara hidup yang berbeza. 

I miss them :'(
Sepanjang 6 bulan ni juga lah aku dah membujang. Selama aku pernah bercinta, inilah jangka masa aku single yang paling lama. HAHA. Dah lah single, skandal apa pon tarak! HAHAHA. Mula-mula terasa juga macam sunyi, tapi dah 6 bulan ni, Alhamdulillah aku dah boleh adapt. Banyak hikmahnya aku terus menyingle. Aku boleh terus fokus dengan hidup aku sekarang. Setakat crush-crush tu, biasalah, tak boleh nak elak. HAHA. Tapi to move to next step, masih belum ada sesiapa yang sudi, dan juga hati ini belum bersedia. GITTEW!! 

Selama aku jatuh ni, hanya keluarga aku yang support dan bersusah-payah untuk aku. Aku dah pernah kecewakan mereka, dan aku menyesal dengan apa aku dah buat. Dengan peluang yang aku dapat ni, aku berjanji dan nekad, aku takkan kecewakan mereka lagi. Mereka tak pernah mengeluh dan mengungkit tentang kisah silam aku, kerana mereka tak mahu aku berasa kecewa lagi. Terima kasih Allah, sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku =')

Trainee Nichii
Aku pernah bekerja di butik Nichii. Takkan tak tahu kot kedai baju tu? HAHA. Alhamdulillah, aku kerja dalam 3 bulan. 3 bulan ni pon macam-macam dah pengalaman aku. Not bad lah bekerja bahagian customer service ni. Aku dah mula rindu nak kerja semula. Eh, jadinya sekarang aku buat apa? Haa. Faham-faham sendiri lah! HEHE. 

Eh UiTM? Eh? Eh?!!
Itu je lah serba sedikit pasal aku dalam masa 6 bulan ni. Mohon korang doakan kesejahteraan aku, moga aku diberi kekuatan untuk menghadapi hidup. Terima kasih in advance! =)

Sekian, wassalam!

Saturday, May 26, 2012

WHY are you so adorable?

Hyeeeeeeeee! Assalamualaikum!

Semalam masa tengah sibuk-sibuk cari movie nak download, lantas aku terjumpa lah satu movie ni. Tapi aku macam, EH movie baru ke? Tapi macam tak ada pon kat wayang? Cerita si Puss In Boots yang sangat comel itu!


Comel kan? Aku pun apa lagi, laju-laju download (tak lah laju mana sebab wifi cilake). Aku jadi gila tengok kecomelan 4 ekor ni. Dapat pulak aku memang seorang Ailurophile. Apa Ailurophile? Ahh, aku dah link kan tu, rajin-rajin lah click. Huehuehue!

Rupanya ni short movie je. Duration dalam 15 minit macam tu. Tapi, berulang kali aku tengok sebab diorang COMEL sangat -___________- Masa tengok tu tak kira lah betapa meroyan dan psikonya aku! Nak tahu part mana yang aku meroyan sangat tu? HAH ini !

Aku sanggup Pause, and capture scene ni tahu?!

Amacam? Psiko tak? KAHKAHKAH ! I can't bear their cuteness, their eyes! Seriously! Tapi jangan mudah terpedaya dengan kecomelan diorang ni, nakal sebenarnya! Well, itulah kucing; Comel TAPI Nakal. Zzzzz.

Siapa ada kucing? Korang pernah tak tengok scene bila kucing kau tengok kau, lepas tu mata hitam dia membesar? Pernah tak? Aku pernah! Tapi tak lah sebesar macam 4 ekor ni. Tapi that time memang aku macam HOI, APA COMEL SANGAT?!



ARGHH! Okay, sudah! Kalau nak tengok YouTube, korang search je Puss in Boots & The Three Diablos. Ni salah satu lah aku bagi kat korang ;


Tengok lah korang tengok, dan pastikan get something untuk lepaskan geram korang nanti! HAHAHAHAHA. 

Sekian, wassalam!



p/s : dan-dan rindu kucing kat rumah T__T