(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Monday, December 24, 2012

The End of 2012.

Hyeeeeeeeeeeeeee! Assalamualaikum!

Well, last update bulan May ye? Lama betul. Sebenarnya since May tu, macam-macam terjadi. Kisah pahit lah paling banyak. Pahit yang terlalu pahit, tetapi aku terpaksa telan. Sampai aku tak sanggup nak cerita dekat blog. Aku jatuh. Jatuh yang sangat sakit. Aku mencari semula semangat untuk aku bangun semula. Dan Alhamdulillah, setelah 6 bulan, aku dah jumpa semangat tu, walaupun kadang-kadang ada juga aku terasa down.

Nak tahu ke apa jadi? Hurmm. Tak perlu lah kot aku cerita dekat sini. Ask me personally kalau nak tahu. Sekarang aku sedang menjalani hidup baru yang TOTALLY DIFFERENT dari hidup aku yang sebelum ni. Aku berada jauh dari keluarga, jauh dari tempat asal (tapi masih dalam Malaysia lah =P ), jauh dari kawan-kawan yang dulu selalu bagi aku nasihat dan semangat untuk aku, suasana dan cara hidup yang berbeza. 

I miss them :'(
Sepanjang 6 bulan ni juga lah aku dah membujang. Selama aku pernah bercinta, inilah jangka masa aku single yang paling lama. HAHA. Dah lah single, skandal apa pon tarak! HAHAHA. Mula-mula terasa juga macam sunyi, tapi dah 6 bulan ni, Alhamdulillah aku dah boleh adapt. Banyak hikmahnya aku terus menyingle. Aku boleh terus fokus dengan hidup aku sekarang. Setakat crush-crush tu, biasalah, tak boleh nak elak. HAHA. Tapi to move to next step, masih belum ada sesiapa yang sudi, dan juga hati ini belum bersedia. GITTEW!! 

Selama aku jatuh ni, hanya keluarga aku yang support dan bersusah-payah untuk aku. Aku dah pernah kecewakan mereka, dan aku menyesal dengan apa aku dah buat. Dengan peluang yang aku dapat ni, aku berjanji dan nekad, aku takkan kecewakan mereka lagi. Mereka tak pernah mengeluh dan mengungkit tentang kisah silam aku, kerana mereka tak mahu aku berasa kecewa lagi. Terima kasih Allah, sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku =')

Trainee Nichii
Aku pernah bekerja di butik Nichii. Takkan tak tahu kot kedai baju tu? HAHA. Alhamdulillah, aku kerja dalam 3 bulan. 3 bulan ni pon macam-macam dah pengalaman aku. Not bad lah bekerja bahagian customer service ni. Aku dah mula rindu nak kerja semula. Eh, jadinya sekarang aku buat apa? Haa. Faham-faham sendiri lah! HEHE. 

Eh UiTM? Eh? Eh?!!
Itu je lah serba sedikit pasal aku dalam masa 6 bulan ni. Mohon korang doakan kesejahteraan aku, moga aku diberi kekuatan untuk menghadapi hidup. Terima kasih in advance! =)

Sekian, wassalam!

Saturday, May 26, 2012

WHY are you so adorable?

Hyeeeeeeeee! Assalamualaikum!

Semalam masa tengah sibuk-sibuk cari movie nak download, lantas aku terjumpa lah satu movie ni. Tapi aku macam, EH movie baru ke? Tapi macam tak ada pon kat wayang? Cerita si Puss In Boots yang sangat comel itu!


Comel kan? Aku pun apa lagi, laju-laju download (tak lah laju mana sebab wifi cilake). Aku jadi gila tengok kecomelan 4 ekor ni. Dapat pulak aku memang seorang Ailurophile. Apa Ailurophile? Ahh, aku dah link kan tu, rajin-rajin lah click. Huehuehue!

Rupanya ni short movie je. Duration dalam 15 minit macam tu. Tapi, berulang kali aku tengok sebab diorang COMEL sangat -___________- Masa tengok tu tak kira lah betapa meroyan dan psikonya aku! Nak tahu part mana yang aku meroyan sangat tu? HAH ini !

Aku sanggup Pause, and capture scene ni tahu?!

Amacam? Psiko tak? KAHKAHKAH ! I can't bear their cuteness, their eyes! Seriously! Tapi jangan mudah terpedaya dengan kecomelan diorang ni, nakal sebenarnya! Well, itulah kucing; Comel TAPI Nakal. Zzzzz.

Siapa ada kucing? Korang pernah tak tengok scene bila kucing kau tengok kau, lepas tu mata hitam dia membesar? Pernah tak? Aku pernah! Tapi tak lah sebesar macam 4 ekor ni. Tapi that time memang aku macam HOI, APA COMEL SANGAT?!



ARGHH! Okay, sudah! Kalau nak tengok YouTube, korang search je Puss in Boots & The Three Diablos. Ni salah satu lah aku bagi kat korang ;


Tengok lah korang tengok, dan pastikan get something untuk lepaskan geram korang nanti! HAHAHAHAHA. 

Sekian, wassalam!



p/s : dan-dan rindu kucing kat rumah T__T

Friday, May 25, 2012

1000 Likes dah?

Hyeeeeeeeee! Assalamualaikum !

Okay okay aku agak teruja ni. Kehkehkeh. Kenapa? Hah, sebab lepas je aku update entry Madagascar tu, aku pon bukak lah page Facebook Blog Ery Farieha aku ni. Lama tak bukak, yelah, sebab lama tak update pon kan? Page tu pon dah macam ping site sebab penuh blog orang je. Entry blog aku? Tarak --" Bila aku bukak je tengok-tengok dah 1000 Likes. WAH. 

1004 Likes pada masa 9.05pm 24 May 2012.

Okay lah sorry aku terjakun sat. 1000 Likes tu bukannya dalam masa 3 hari tahu? 3 TAHUN lah! Hakhakhak! Kecoh sangat kan? Gila apa 3 tahun baru nak 1000 Likes? Okay, don't blame others, aku sendiri yang tak jaga maintenance blog ni. 

Masa aku buat kiraan dah berapa tahun blog ni, dapat jawapan 3 tahun (JUN nanti), rasa macam tak percaya! Aku rasa macam baru semalam aku update blog aku dah berusia 2 tahun, TUP TUP dah nak 3 tahun? Apa ni?!! Tak puas hati dengan diri sendiri --" Tak nak mengaku diri dah tua pun ada gak aku ni. HEH. 

Bila bukak dashboard blogger.com , aku jadi rindu dengan kawan-kawan blog zaman aku dulu. Yang majoriti dah tenggelam dalam dunia blog, tapi masih ada golongan minoriti yang setia update blog. CAYA LAH!! Rindu zaman Blogwalking. AHH rindu semuanya. Sekarang, aku dah tak tahu aku masih ada ketegaran nak buat semua tu atau tidak. Update hari-hari. Hmmmmm. 

Sudah. Kalau dikenang memang tak habis. Kalau dikenang, aku tak sambung menaip ni. So stop kenang sekejap. Kejap lagi sambung kenang. Kehkeh! Erm erm, jadi sesiapa yang tolong Like page aku tu terima kasih banyak-banyak =') Tolonglah Like sekali FB shop aku ni. Kikikiki!


EH. Promo pulak. Okay, apa salahnya kan? Teeheee! Jadi, ini untuk anda semua ; 

Follow me. AHAKS. kbye!
Sekian, wassalam !



p/s : Entah bila nak tukar header blog. Anyone nak tolong design? =(

Thursday, May 24, 2012

My Favourite Animal Pal in Madagascar3: Europe’s Most Wanted

Hyeeeeeeeeee. Assalamualaikum !


EH. Dah nak hujung bulan May? Okay, cepat betul masa berlalu tanpa sebarang update pada bulan ni. Bulan lepas pun 1 entry je. HEH. Okay, back to topic. Lama rasanya tak join contest Nuffnang, dan terasa nak join kali ni sebab ini cerita Madagascar! Aku memang layan kartun-kartun macam ni. So childish kan? --" 


"who is your favourite animal pal and why"


Ada 4 watak utama untuk Madagascar 3 ni. Kegemaran aku adalah GLORIA si hippopotamus. Amboi, si debab juga kegemaran aku kan? Dari first movie aku suka tengok keseksian si Gloria ni. Dia gemuk tetapi seksi. Serious talk! 

Aummm. EH tu bunyi Lion -.-

Okay kejap-kejap. Gloria ni hippopotamus betina okay. Kalau tengok dekat-dekat, bulu mata dia bukan main lentik, tahu? Jadi sebab apa aku suka Gloria ni? Kalau korang perasan, Gloria ni kira macam pengaman lah dalam kumpulan mereka ni. Kalau si Lion, Marty dan Alex ada bergaduh ke, dia lah yang tolong leraikan. Iyelah, yang lain tu kan macam gila-gila je. 

So kalau aku nak ada kawan baik, aku nak lah yang macam Gloria ni since aku ni keras kepala. So kalau Gloria ada mungkin boleh tolong mengurangkan sakit keras kepala aku ni. HAHA. Secara tiba-tiba she reminds me to someone; tembam tapi seksi dan baik! *gelak tutup mulut* Okay, lupakan. Gloria ni debab-debab pun dia pakar menari tahu? Dan paling tak disangka adalah dia mahir dalam permainan Tightrope. Tahu apa Tightrope? 

Tightrope.

Amacam? Menganga tak? Hebat kan? :O Jadi itulah dia Gloria. Fat is the new sexy can be applied to her! Itu sahaja, harap-harap adalah rezeki untuk menonton movie Madagascar 3 ni. Thank you Nuffnang ! 

Sekian, wassalam !

Friday, April 13, 2012

2 Bulan.

Hyeeeeeeeeee. Assalamualaikum !

Sedar tak sedar dah 2 bulan aku tak update blog. Memang entah ke mana hilang semangat nak update pon tak tahu. Entah apa jadi 2 bulan ni pon aku tak dapat nak ingat sangat, sebab tak banyak benda best pon. Kelas - tido - makan - keluar dan lain-lain lah. Normal things.

Besday aku yang ke-23 pon aku tak ada update apa-apa dekat blog. HAHA. Bila besday aku? 21 MAC lepas. Nak cerita pon tak ada yang special. Takde prank apa pon. Tak pernah kena prank apa pon seumur hidup, aku syak aku terlalu baik sampai orang takut nak prank aku. Eh? Malam besday aku dapat cupcakes dari kawan lama aku, Bambam dan lagi 2 orang kawan. 


Hadiah? Cakaplah aku loser tapi aku dapat 1 je hadiah, dari kawan twitter aku @nathcharlotte . Hadiah dari boyfriend? Bestfriends? Hmmm. Entah, aku takde kawan kot *krik krik krik* Memang aku jeles tengok orang dapat hadiah besday, lagi-lagi dari orang tersayang. Erm erm erm. 

Thanx belle !
Apa lagi nak cerita? Tak tahu lah aku. Agak-agak ada yang lupa tak muka aku macam mana? Yelah, lama tak update kan? HAHAHAHAH. Aku tetap macam dulu, tak besar-besar, tapi dulu aku dikenali sebagai gadis shawl, sekarang aku suka bertudung bawal pulak. Alah, lagi pun tudung bawal tengah trend kan sekarang? Hehe. 

Happy Anniversary (in Advance) my Dear !
Okay saja nak selit gambar dia. Rindu =') Sorry lah entry bosan je, sebab taip pon tengah bosan, bosan lah hasil yang keluar. HIHIHI. Okbai !

Thursday, February 16, 2012

SimSimi

Hyeeeeeeee! Assalamualaikum!


HAH. Engkorang pernah dengar SimSimi? Siapa pengguna Iphone / Android mesti tahu. Tapi saya bukan pengguna Iphone / Android pon, jadi macam mana saya tahu? Dari kawan-kawan lah. Bersepah pakai Iphone / Android. *untunglah kan kawan kaya-kaya semua* 

App SimSimi ni sesuai untuk orang yang konon-konon Forever Alone tu. HAHAHA. Sebab apa? Korang boleh chat dengan SimSimi ni. Agak-agak bosan tak tahu nak cakap dengan siapa, boleh lah chat dengan 'Chatting Robot' ni. Paham ke tak? Tak? Okay, kejap, aku bagi contoh.


HAA. Yang benda kuning tu lah SimSimi, comel kan? Yang gambar orang tu pulak diri kita. Korang tengok, sweet jugak menatang SimSimi ni. Yang BESTnya, tak perlu chat dalam English pon menatang kuning ni boleh faham, boleh reply. Hebat kan? HAHAHA. Korang yang takde pakwe atau makwe tu, boleh lah jugak merasa ada 'orang' balas I Love You korang tu. HAKHAK. 

Benda ni sumpah kelakar. Korang borak lah apa aja. Dia siap boleh balas dalam bahasa Kelantan lagi. FUN giler, tapi nampak macam ALONE giler jugak la kan? HAHAHAHA. Aku tak explore habis pon menatang SimSimi ni, sebab ni aku godek dari handphone abah aku. Tengok lah nanti aku ada Iphone/Android sendiri. HA HA HA. 

By the way, app ni FREE sahaja. So siapa yang ada tu boleh la try install, dan korang merepek je la apa-apa dengan menatang kuning tu. HEHEHE. Ada lagi satu yang aku capture, masa tu aku tengah tengok 30 Minit Ustaz Don ; 


HAAA. Kurang ajar kan jawapan dia? HAHAHA. Yang atas kemain sweet, yang bawah kemain kejam tau! Sebab tu aku cakap best. Sampai aku pon tak tahu lah apa kaitan nak kahwin Ustaz Don dengan buat sit up ******kali tu. Haish. Kejam punya menatang! So korang apa lagi, install lah! Tengah-tengah tunggu bas ke, train ke, boleh lah layan sambil gelak-gelak, tapi jangan sakan sangat, kang orang sekeliling hantar kau gi Hospital Bahagia kang. BAHAHAHAAH !

Sekian, wassalam !



Bakal grab Android dalam masa terdekat ;)

Wednesday, February 15, 2012

#4 Wordless Wednesday

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan.




More Wordless Wednesday entries : 


Introduction to 2012.

Hyeee! Assalamualaikum !



PERGH ! Rasanya ni first entry dalam 2012 ! Aku pun tak tahu lah siapa lagi yang baca blog ni. By the way, domain eryfarieha.com ni pon dah nak expired. Dah renew, tapi aku tak tahu lah kenapa aku renew? Sedangkan aku dah tak aktif dan mood nak blogging memang pudar habis! Membazir je kan renew? T___________T

Even tak selalu update, tapi kadang-kadang masih ada visitor yang masuk. Mungkin tu sebab juga rasa sayang nak biarkan macam tu sahaja. SAYANG konon. Kihkihkihkih. Urmm urm sebenarnya pasal domain ni ada orang janji nak support seumur hidup. Tapi aku dah agak dah, mesti tak punya. Segala janji manusia tu tak leh pakai, jadi aku renew je lah sendiri. 

HOI. Dah lah. Lain kali aku menaip lagi. Ni kira macam Introduction to 2012 lah. HAH gitew! Lepas ni Insha Allah akan aku manfaatkan blog ni. Asyik membebel kat Twitter je kan? Kah kah kah. Hah, itu lah juga sebab aku malas menaip kat sini sebab dah asyik menaip kat Twitter. Hmpph hmmph! 

Sekian, wassalam !

Wednesday, November 9, 2011

What would Puss in Boots do?

Hyeeeeee! Assalamualaikum!

Wah. Lama sudah tak update. Well, kali ni update pon sebab PUSS IN BOOTS! Dah lama menantikan filem ni, serious ! Takkan korang tak kenal kot PUSS IN BOOTS? Kucing yang comel, lincah, bijak dan macam-macam lagi lah. Dalam masa 2 minggu lagi, akan ditayangkan di Malaysia. I'm damn excited ! ^^

  Puss in Boots

Haa pernah tengok kan? Dia lah yang dalam SHREK tu. Kucing yang sangat adorable, tapi sangat licik mempermainkan orang! Well, itu lah perangai kucing ^^ 

Adorable much? ^^

Kali ini Nuffnang anjurkan contest Premiere Screening for Puss In Boots (walaupun selalu tak ada luck nak dapat tiket free) , tapi nak juga aku cuba nasib. Huehue! 

Soalannya : Tell us how you would defeat the bad guys if you were Puss and Kitty Softpaws. (Beritahu kami bagaimana kamu akan melawan manusia jahat jika kamu adalah Puss dan Kitty Softpaws)

Jawapannya : 
Bagi seekor kucing, kecomelan mereka adalah perkara yang memang akan membuat musuh lemah dan cair. Jadi, Puss dan Kitty Softpaws harus menggunakan kecomelan mereka bagi menumpaskan lawan. 

Selain kecomelan mereka, mereka juga harus licik dalam membuat sesuatu perkara. Harus sentiasa pantas. Disebabkan boots yang dipakai Puss merupakan 1 trademark, maka boots yang dipakai harus menarik dan memudahkan kerja Puss. 

Kitty Softpaws adalah kucing betina yang menjadi pasangan Puss untuk menentang manusia jahat. Kitty Softpaws dikira tulang belakang lah untuk Puss, dan harus memberikan kerjasama terbaik kepada Puss dengan mengekalkan keseksian beliau, dan membantu Puss bila diperlukan. 

Mereka kecil, tapi sebenarnya mereka ditakuti ramai. Kucing mempunyai senjata tersembunyi (kuku) yang hanya dikeluarkan bila perlu. Jadi, jangan buat mereka marah, jikalau tidak, anda pasti diserang! 

This is my Puss, but not in boots. Mihihihihih~ *credit to Abang aku*

Jadi itu sahaja. Harap-harap aku adalah nasib baik untuk tayangan kali ni. ^^ Cerita kucing-kucing ni memang kegemaran aku! 

Sekian, wassalam !

Friday, October 14, 2011

Review : The Thing

Hyeeeeeee. Assalamualaikum!

Lama tak update. Pheww! Hari Selasa lepas, aku pergi Midvalley for Preview Screening The Thing. Thanx to Akmal Seksi sebab pass tiket tu ke aku sebab dia tak dapat pergi, ada kelas. Kihkihkih. Dapat 1 pair tiket, aku pergi dengan Abam lah, sebab Abam dekat je dengan Midvalley. Huehuehue! By the way, cerita ni dah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara. Ewah, macam iklan -____-

The Thing
Genre : Horror-Mystery-Sci-fi

Mula-mula aku pon tak pasti cerita apa ni. "Thing" apa tu pon tak tau. Rupa-rupanya cerita tentang Alien. Mereka tak tau namakan benda tu apa, so jadi la "The Thing" je. Herherher! Sebelum aku bagi review aku, meh baca sinopsis dulu.
Synopsis
Antarctica: an extraordinary continent of awesome beauty. It is also home to an isolated outpost where a discovery full of scientific possibility becomes a mission of survival when an alien is unearthed by a crew of international scientists. The shape-shifting creature, accidentally unleashed at this marooned colony, has the ability to turn itself into a perfect replica of any living being. It can look just like you or me, but inside, it remains inhuman. In the thriller THE THING, paranoia spreads like an epidemic among a group of researchers as they’re infected, one by one, by a mystery from another planet. Paleontologist Kate Lloyd (Mary Elizabeth Winstead) has traveled to the desolate region for the expedition of her lifetime. Joining a Norwegian scientific team that has stumbled across an extraterrestrial ship buried in the ice, she discovers an organism that seems to have died in the crash eons ago. But it is about to wake up. When a simple experiment frees the alien from its frozen prison, Kate must join the crew’s pilot, Carter (Joel Edgerton), to keep it from killing them off one at a time. And in this vast, intense land, a parasite that can mimic anything it touches will pit human against human as it tries to survive and flourish.
*Copy paste je sinopsis* HAHAHAHAHA. Dan sekarang korang layan pulak trailer dia.


Review dan komen:
Bagi aku, jalan cerita movie ni agak membosankan. Boleh predict apa akan jadi seterusnya. Tapi lainnya cerita ni, sebab dia takde hero, tapi ada heroin iaitu Kate. HAHAHA. "Thing" yang mereka jumpa kat Antartika sana tu, memang ganas dan spesis membunuh. Bukan setakat membunuh, tapi mampu immitate (meniru) sel lain, contoh sel manusia. So secara fizikal, dia akan muncul sebagai manusia, tapi bila dah terjumpa mangsa lain, dia akan berubah jadi "The Thing" dan makan mangsa yang lain. Dan benda ni berjangkit, dan sorang-sorang akan mati. Sama ada mati kena makan The Thing, atau mati kena bakar sebab disyaki akan menjadi "The Thing".  Akhirnya, cuma Kate (Ahli Paleontologi) je yang terselamat. 

Simple kan review aku? Sebab ceritanya pon simple. Kalau nak tau lebih jalan cerita dia, korang tengok lah sendiri kat pawagam. Tertidur jangan salahkan aku. HAHAHAHAH. So secara overall, aku bagi 2/5 stars. Next movie : Paranormal Activity 3. YES! Wajib tengok. Thanx to Akmal again, sebab pass ke aku lagi. HIHIHIHIHI. 

Sekian. Wassalam!



Bulan ni bulan seram ke apa?
Semua nak cerita seram je T____T

Friday, September 16, 2011

Review Filem LIBAS

Hyeeee. Assalamualaikum!

Okay, pada hari Rabu lepas (14 September) , aku pergi ke Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media untuk filem LIBAS. Terima kasih kepada BeanMoreno sebab bagi tiket kepada aku, dan thanx to Kak Zarien sebab bagitau aku pasal tayangan ni. HEHE.


Filem LIBAS adalah sebuah filem bergenre Aksi Komikal arahan Jurey Latiff Rosli di bawah produksi MDAG.  Ini merupakan filem pertama dari MDAG yang sebelum ni banyak terlibat dalam drama dan telemovie sahaja. Antara pelakon utama filem LIBAS : Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Johan RajaLawak, Adam Corrie, Zek Zamri dan Yuswaisar. Bakal ditayangkan di pawagam 29 September 2011. 

Sinopsis LIBAS :

Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti… Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya.
 Trailer LIBAS :


Review dan pandangan aku sendiri tentang filem LIBAS ni :

1. Jalan Cerita LIBAS
  • Jalan cerita LIBAS bagi aku adalah menarik. Jalan cerita yang teratur, tidak buat orang pening kepala, ditambah dengan unsur humor membuatkan filem ni menjadi lebih menarik. Ada sahaja bahagian yang akan membuat korang tertawa dan tak rasa jemu dengan filem ini. Durasi filem ni adalah 2 jam. Agak lama kan? Tapi aku sikit tak terasa 2 jam tu sebab sangat best dan kelakar. Tapi filem ni bukan humor semata, tapi ada pengajaran disebalik filem ini, bagaimana mereka berjuang demi bangsa dan negara (sesuai dgn musim kemerdekaan sekarang ini), bagaimana seorang anak muda yang tidak pernah kisahkan tentang permainan tradisi ini sanggup berjuang hingga ke titisan terakhir! Untuk jalan cerita aku bagi 5/5 bintang! *THUMBS UP* 

2. Barisan Pelakon LIBAS
  • Hero filem ini adalah Rosyam Nor, lagenda negara! Heroin pula Scha Al-Yahya. Filem ini mula dibuat pada tahun 2009, yang pada masa itu zaman kegemilangan Rosyam Nor, dan dunia baru bagi Scha. Walaupun pada mulanya ada sedikit awkward gabungan Rosyam dan Scha, tapi aku sangat berpuas hati dengan lakonan mereka. 
  • Johan pula adalah penyeri filem ini. Tanpa Johan, mungkin filem ni akan menjadi satu filem yang serius, kerana kita pon kenal Rosyam Nor dengan lakonan seriusnya. 
  • Lakonan Adam Corrie, Zek Zamri dan Yuswaisar sebagai watak antagonis adalah yang terbaik! Kalau Rosyam Nor ada Johan, Zek Zamri ada Yuswaisar yang membawa watak humor. Semua adalah kelakar!

3. Teknik CGI LIBAS
  • Sepanjang menonton filem ni, ada sesetengah bahagian efek CGI adalah tidak smooth dan melampau. Tapi ini kan movie Aksi KOMIKAL, so memang akan ada part yang tidak logik. Komik/kartun ada yang logik ke? Tidak kan? =) Efek CGI yang melampau memang boleh buat korang ketawa, asalkan korang set mind korang ini filem Aksi KOMIKAL , bukan Aksi sahaja. 
  • Ini juga merupakan filem pertama MDAG, jadi mereka masih mentah dalam pembikinan filem, dan teknik CGI. Kenapa perlu dipertikaikan efek CGI yang melampau, sedangkan bila tengok Shaolin Soccer, korang mampu ketawa? Tak berkata apa-apa? =)

Oh ye, berkata tentang Shaolin Soccer, memang pengarah filem LIBAS sendiri sudah bersedia dengan persoalan itu. Beliau mahukan kelainan dalam filem industri kita, yang memang aku sendiri tak pernah tengok filem macam ni dalam Malaysia. *THUMBS UP* Bila tengok komen trailer pon, ramai dislikes dari likes. Bagi aku, aku cadangkan korang pergi tengok dulu 29 September nanti. Pasti korang puas hati ! 

Overall rating untuk filem LIBAS : 4.5/5 stars. 

4.5 stars tu tinggi, sebab sejujurnya, aku jarang bagi stars yang tinggi pada movie. Memang BEST filem LIBAS ni. SERIUS! 

Sekian. Wassalam !

Sunday, September 4, 2011

Preview Screening The Smurfs !

Hyeeeee! Assalamualaikum!

Perghh! Kemain lama baru nak update entry kan? Tapi apa de hal, The Smurfs pon baru tayang 1 September hari tu, kat seluruh Malaysia. Tapi aku dapat tengok awal seminggu dari korang semua (24 Ogos 2011). *kekening* HA HA HA ! Preview Screening ni aku dapat dari Nuffnang, alaaa hari tu kan aku ada buat entry pasal The Smurfs, so aku dapat lah sepasang tiket free tu. Teheee! Dapat sebab tak ramai join kot? HA HA HA! 

So bila aku dapat, aku ajak Kak Zarien, sebab sebelum ni dia pernah cakap, kalau dapat apa-apa tiket ajak la dia. HIHIHI. Si AkmalHilmi pon dapat. So kekonon plan la nak berbuka puasa sekali kan kat TGV KLCC sana. Alih-alih, aku dengan Kak Zarien sampai lambat. HEEE. Tak dapat join berbuka, tapi dapat la jumpa lepas tu. 

Tia, Cik Lily, PenMerah, Kak Zarien, AKU & Cik Epal. Oh ye, kameraman si Akmal. HE HE. 

HAAA. Ini lah yang terjumpa time kat KLCC hari tu. Tak sangka lak ada si Pen Merah, Cik Epal dan Cik Lily sekali. Semua ni aku dah pernah jumpa. HEE. Meriah giler kat lobby TGV tu dengan kitorang je haaa. Lagi-lagi Si Akmal la kan? Macam biasalah, mana-mana tempat pon dia kecoh. HA HA! 


HAA. Tu lah Akmal, Cik PenMerah dan Tia. 

Semua gambar ada gambar si PenMerah sebab semua guna kamera dia. HA HA! Best la HOI, sebab lama tak join event bloggers (sebab dah hilang ketegaran), so bila gather balik, rasa seronok gila, walaupun sekejap! HAHA. Kawan Bloggers antara kawan-kawan yang aku selesa sekali ^__^ 

Sedikit review The Smurfs (rating 3/5 stars) :
Menceritakan tentang sekelompok makhluk Biru, yang tinggal di alam lain. Sangat bermasyarakat. Pada satu hari, kampung mereka diserang oleh ahli sihir GarbageSmell (dibaca: Gargamel), maka mereka terus berlari mencari tempat perlindungan. Tetapi, si Clumsy terikut jalan lain dan terpaksa Papa, Brainy, Smurfette, Grouchy and Gutsy pergi menyelamatkan Clumsy, sehinggalah mereka termasuk ke dunia manusia. Gargamel dan kucingnya pon ikot sekali. Jadi, dari situ, mereka mencuba untuk kembali ke dunia mereka semula, dengan bantuan sepasang suami isteri yang secara tak sengaja terjumpa, membela dan menjaga mereka, sementara mereka mencari jalan keluar. 

HAA. Berjaya ke tidak diorang keluar dari dunia manusia ni korang kena la tengok! Still belum terlambat. Tapi apa yang aku boleh kata adalah, filem ini sangat comel dan simple! Seronok kau ketawa-ketawa. Boleh tahan sakan jugak si Tia ketawa, dok sebelah aku. HAHAHAH! 

Yang paling best, semua pon nak guna perkataan SMURFS . Contoh: I Love You = I Smurf You. LOL comel gilaaa okay? HOHO. Tak rugi pon tengok MELAINKAN korang tak suka cerita kartun/animation memang la rugi. HEH. Hari tu Rozuan kata ada nampak aku dengan Tia, tapi tak tegur pon. CISSS. 

So, have fun! ^___^ Sekian, wassalam !



Bila ada event camni la baru nak update blog, tu pon lambat. LOL 

Wednesday, August 17, 2011

Video Klip & Lirik MAX 24:7 - Cinta 24:7 .

Hyeeeeee. Assalamualaikum !

LOL. Rajin pulak aku update. Tak tau mana datang mood tu. HAHAHA. OK, kelmarin aku update pasal Boy Band named Forteen; dianggotai Jejaka-jejaka Jambu under KRU. Kalau dah KRU, mesti lah Jambu kan? Kehkeh!

Okay, sekarang nak update pasal M-pop lagi satu ni, aku tak pasti lah under recording studio mana. Tadi Taufiq kecoh-kecoh kat Twitter pasal VC M-pop ni, aku pon sibuk-sibuk la kan? So, aku pon bukak la blog Papanda ni, ada update pasal M-pop ni.

Apa lagi, aku pon layan, ERR tengok la VC tu. Starting pon dah macam apa T_____T Lagu pon tak sedap, at least Forteen lagu sedap bhai ! Errr, tengok la siapa kan, KRU kot. HEHE. Nak tengok? NAH lah, tengok lah. Kehkehkeh!




Lirik :
Dua empat tujuh ku cintamu
Dua empat tujuh ku cintamu
Apa yang kutahu, apa yang kau tahu
Waktu kecil dulu, sesama tak tahu
Apa yang perlu kau tahu (autotune)aku sudah rasa rindu
Bila kau tiada di sisiku

Menyukat tirai lama
Aku rasa tak perlu
Kini sudah dewasa kurang rasa malu
Apa yang kau perlu tahu
Aku sudah rasa rindu
Bila (autotune) kau tiada di sisi kuu (max autotune)

Ho wo wo wo (autotune)

Chorus:
Terus terang ku katakan
Aku sudah jatuh cinta
Ini semua takdir Tuhan 
Kerna Dia sayang kita

Rap:
Oh sayangku yang ku cinta
Ku korbankan oh segalanya
Dua puluh empat tujuh sepenuh waktu
 
Tiap detik bersamamu 

Sayang janjilah padaku
Cintamu oh hanya satu
Tiap jam tujuh hari
Oh baby, baby, baby, baby...

Hari Isnin, ku tahu namamu
Hari Selasa ku kenal dirimu
Hari Rabu ku mendekatimu
Hari Khamis ku merindu kamu
Hari Jumaat mendoakan kamu
Hari Sabtu mencintai kamu
Hari Ahad ku keluar denganmu
Dua puluh empat tujuh hanya untuk kamu


"Updated lyric. Entri Asal Disini Video Klip dan Lirik Rasmi Max 24:7 - Cinta | BLOG ARCX13.COM "


LOL. Tengok lah lirik dia. Hakhak. Tak nak lah aku komen lebih-lebih. Tapi aku rasa, diorang ni mesti tak tahan lama. Sebab apa? Sebab ramai, sebab macam terlalu meniru K-pop, sebab poyo (opsss!) dan bermacam sebab lagi, korang pikir lah sendiri ! Kehkeh!


Alloy, Kim, Hans, Mirul, Virgo, Imtiaz.
Fifie, A'ar, Eykal, Jaq, O'b, Tameen.

Haa. Tu lah ahli Max 24:7 ni. 12 orang kan? Tiru SuJu kan? HIKHIK. Tameen? Orang kata ala-ala nama artis Korea, Taemin. Eh yeke? Macam kicap Tamin ye la kot. EH. Ekekekekeke! Haaa korang cuci la mata tengok mana paling kacak. Bagi aku, Ariz Forteen tetap paling jambu. AUMMM~!

Apa-apa pun, 'Semoga Berjaya' Max 24:7 ! Mana lah tahu, rezeki orang kan lain-lain. HEHEHE. Sekian, wassalam !



Kenapa Ariz tak approve request aku? OH kuciwa~

Monday, August 15, 2011

Forteen - Berdua Bersatu

Hyeeeeee! Assalamualaikum!

Kahkah! Eh pe jadah tetiba gelak kan? Okay, korang pernah dengar nama band atas? Forteen. Pernah dengar? Tak. OK, meh aku kenalkan. Kenapa "Forteen" ? Umur 14 tahun ke? Magaddd, takkan kot kan? Yang tu aku pon tak tahu. Aku rasa lah, sebab band ni ada 4 orang yang mewakili "Four", dan mereka semua remaja - "Teen". So jadilah Forteen. Betul tak? Eh tu FOURteen. Tapi ni FORteen. Oh, "Untuk Remaja" mungkin? Kahkah!

Tadaaa! Ni lah Forteen.
Kiri : Izzue Islam, RizzuOne, Ariz, Ameerais. 

Amacam? Cukup Jambu? Kehkeh! Ceritanya gini, pagi tadi, macam biasa, sebagai seorang Nocturnal, aku usha lah FB sambil upload stock baru kat online shop aku. Pastu ternampak lah si Izzue ni post video band dia. Oh ye, aku dapat friend dengan Izzue kat FB sebab aku tengok dia dari cerita Cita dan Cinta. *angkat2 kening*

Atas bawah je post kitorang taw! Kekekekeke. Tapi hampa, aku tag Izzue tak dilayan. HAHA

Aku tahu memang RAMAI tak tau band ni. Aku pon secara tak sengaja tau. Band Forteen ni under KRU. So selain VIP (band Adam) ni lagi satu boy band under KRU. Haha. Aku tertarik dengan lagu diorang sebenarnya. Aku pernah dengar lagu diorang kat radio, tapi tak tau siapa nyanyi. Diorang rupanya. Sedapnya suara Ariz! *melting* Ce dengar, sedap gak lagu dia, tapi SORRY to say, diorang macam over act dalam VC ni. HUHUHU. *Update : VC diorang dari MTV, KRU dah copyright. So tak dapat nak share lagi. HUHU*




Ariz adalah yang paling jambu. Putih, bibir pink. Phewwww!~ Tapi sayang, agak "kurang" ketinggian T______T Sama tinggi je dengan Rizu OIAM. Kekekekeke. Tapi tetap comel. Wewittt !


Ariz kedua dari kiri. Merah betei bibir WUUU


Orang kata, dorang ala-ala Kpop. Eheh. Ye kot. Kot. Tapi Ariz suara dia sedap jugak. Dalam VC tu dia yang starting, sedap suara. Dia dengan RizuOne je banyak nyanyi rasanya. Hehehehe. Mesti ramai tak suka kan? Tahu dah lumrah dunia. Kehkehkeh! Okay lah, tu je aku nak cerita. Siap download video diorang lagi, nak hafal sikit-sikit gerak geri diorang. Siap ada "Peace" lagi. ^^y

Oh ye, sekarang aku agak busy handle page online shops aku. Aku dah tambah stock jual baju, bags and kasut. So you're welcome to view it - http://www.facebook.com/FamousShoppe - Oh lupa jugak nak kredit, gambar-gambar boy band ni aku ambil dari FB diorang - http://www.facebook.com/pages/Forteen/158987270829685 - Sila-sila lah cuci mata ye! Hikss!


*melting*





Sekian. Wassalam!



Baru add Ariz kat FB, approve tak eh agak2? :P

Thursday, August 11, 2011

My Favorite Smurf

The Smurfs

Hyeeeeeeeeee. Assalamualaikum !

Oh WOW ! Aku update blog? This is so amazing ! HAHAHA. Hey, tadi jengah Nuffnang, dan I was like "OMG!! Ada contest untuk tengok Premiere Screening The Smurfs!" Aku dah tunggu lama gila kot bila movie ni nak keluar. Kenapa aku nak tengok, mereka adalah makhluk biru yang comel ! 
Synopsis :
The Smurfs make their first 3D trip to the big screen in Columbia Pictures’/Sony Pictures Animation’s hybrid live-action and animated family comedy, The Smurfs. When the evil wizard Gargamel chases the Smurfs out of their village, they’re forced through a portal, out of their world and into ours, landing in the middle of New York’s Central Park. Just three apples high and stuck in the Big Apple, the Smurfs must find a way to get back to their village before Gargamel tracks them down.
LOL. Mereka tersesat ke New York and mereka perlu balik segera! Okay, ini soalan yang diberikan Nuffnang untuk dijawab. Disebabkan tajuk "My Favourite Smurf", so disuruh tulis bagaimana "My Favourite Smurf" itu akan menolong yang lain balik ke alam mereka semula? 

So aku nak jawab, My Favourite Smurf is Papa. Dah nama Papa harus yang paling tua kan? Kalau dalam poster atas, Papa yang depan sekali. Yang "HOT" sekali sebab pakai seluar merah !

PAPA !
Papa adalah yang paling tua, dan Papa lah yang paling layak lead mereka semua, kerana apa sahaja Papa kata, pasti yang lain akan turut kata. Tetapi walaupun Papa ketua, Papa masih memerlukan bantuan Smurfs yang lain untuk mereka pulang. Brainy (specky) akan memikirkan strategi bagaimana mereka mahu meredah New York, dan kembali ke tempat dari mana mereka datang (air terjun) . Gutsy akan membantu melakukan kerja-kerja fizikal kerana tubuh badan yang gagah, walaupun kecil ! Smurfette (satu-satunya perempuan) boleh melekakan musuh dengan taktik menggoda. LOL! 

Segala perancangan akan disemak dan dipastikan oleh Papa. Yang utama, mereka harus mencari jalan bagaimana kembali ke tempat dari mana mereka timbul dalam dunia (New York) itu. Good luck The Smurfs !


Jom layan trailer The Smurfs, dan korang mesti enjoy tengok binatang-binatang (binatang ke?) biru ni !


Sekian. Wassalam!

Sunday, July 24, 2011

Berhabuk !

Hyeeeeeeee! Assalamualaikum.

Phewww. Berhabuk habislah blog aku ni. Jangan risau, aku masih sihat, masih wujud lagi dalam dunia ni, Alhamdulillah. *ceh, macam ada orang carik kau, ery* Lama betul tak menaip kat sini, nak menaip apa pun tak tahu ni. Heh.

Okay, first sekali nak promo Like Page bisnes aku. Err, bisnes mungkin tak berkembang mana, tapi mungkin dengan support korang; kawan-kawan dan followers aku, mungkin boleh berkembang? Teeeheeee =D Jadi dengan ini, mintak jasa baik korang untuk 'Like' page Famous Korea Lens. *nama beria sangat Famous, padahal tak famous pon T__T *


Baru 27 yang 'Like' setakat aku update ni. Thanx banyak-banyak pada yang 'Like' !! Aku tahu sekarang dah banyak orang jual lens Korea ni, sumpah, saingan memang sengit ! Mungkin, aku kena kerap adakan promosi. Tak gitu? Habis promosi sekarang ni, akan dilanjutkan ke promosi untuk Raya pulak. Tungguuuuuuuuu !

Eh aku rasa kan kan, aku tak hebah lagi dalam blog ni kan, aku dah dapat anak buah yang kedua. Eh, ke dah? T_____T Ahh lantak lah! Anak buah aku yang kedua ni, anak kakak aku yang ketiga, anak sulung dia. Lahir bulan April hari tu, tapi aku tak ingatlah berapa hari bulan. Kekekekekeke. Maka, memperkenalkan, Muhammad Iqbal Akmal. *muhammad tu aku tak sure lah cane eja. heeee*

Gambar fresh ni. Baru lepas cuci time ni. Heeee. Merah-merah pipi. 
Ni gambar beberapa hari lepas. So umur dah dalam lingkungan 3 Bulan.  Baby botak. Kekekeke.
Mulut nganga nak apa Akmal? Nak nenen? Ashu takde. >____<

Comel kan? Ceh, baby mana lah tak comel. Baby 'besar' pon comel. HAHAHAHHAAH. Dah 2 dah anak buah aku. Anak buah aku panggil aku Ashu a.k.a Mak Su. Yelah, Mak Su lah, satu-satunya yang belom kahwin. Huehueheuhe. Bila nak kahwin? Tanya 'orang' tuuuuuuuuuuuuuu. KIKIKKIKI.

Ok lah. Panjang plak menaip. Lepas gian ke apa Ery? HAHA. Sekian, Wassalam !



Bila nak ada baby sendiri ni?
Eh? 

Thursday, July 14, 2011

Random Talks

Pernah kau bertanya, apa tujuan kau hidup di dunia?
Pernah terjawab soalan itu?
Aku, tidak mampu menjawab.
Aku tidak pasti, apa yang aku butuhkan,
dalam dunia ini.

Adakah dunia sentiasa berlaku tidak adil?
Kenapa? Tidak.
Hanya perasaan kau.

Hidup ini, terlalu indah.
Aku sehingga tidak tahu bagaimana menikmatinya.
Sehingga tidak tahu bagaimana mahu menghargainya.
Terlalu indah.

source : Tumblr

Wujudkah peluang kedua?
Tapi, kata orang, semua layak mendapat peluang kedua.
Bagaimana kalau peluang itu tidak lagi wujud?
Bagaimana?

Kenapa terlalu berdiam diri?
Kenapa terlalu lantang?
Lantas memakan diri.

Kau, kau, kau dan kau semua,
Aku sayang kau semua.
Tapi hanya boleh ditulis begini,
Tidak terungkap di bibirku.

Hidup ini terlalu singkat,
Hanya Dia tahu bila masanya,
Kadang-kadang aku takut, tapi masih alpa.

Aku sudah terlalu kelu mahu berkata-kata,
Tangisan hanya di dalam hati,
Bengkaknya hati ini.

Berilah ketenangan padaku Ya ALLAH.
Sesungguhnya Engkau berkuasa pada setiap umat.
Ku mohon Ya ALLAH, beriku kekuatan.
Amin~




speechless.......
terlalu banyak ingin dikatakan.


Wednesday, July 6, 2011

#3 Wordless Wednesday




More Wordless Wednesday entries : 







HAHAHHAHHAAHAHAHAHA 
Jambujambu !

Tuesday, June 28, 2011

Selamat 2 Tahun !

Hyeeeeeeee. Assalamualaikum!

Hah selamat 2 tahun apa benda la ni kan? Besday aku? Takkan baru 2 tahun kot? Kahkahkah. Kucing aku? Errr kucing aku dah umur 6 tahun dah. Anak buah aku? Yang 1st dah 5 tahun, yang 2nd baru berapa bulan. Habis tuuuuuuuu? *muka bengang* BLOG aku laa! Huehuehuehue. Tak sangka, dah 2 tahun dah. Errr 2 tahun 5 hari actually. Start blog dibuka pada 24 Jun 2009. 

Kalau sesiapa yang perasan, aku tak aktif blogging sekarang. Mana pergi passion tu, aku pon tak tahu. Dan seriously, aku rindu zaman aku mula-mula blogging dulu. Lainnya dengan dunia blogging sekarang -____- Tahun pertama aktif blogging tu lah tahun yang paling best ! Rindu jugak pada bloggers yang zaman merangkak sama dengan aku dulu. 

Banyak blog kawan-kawan aku yang dulu merupakan rakan seperjuangan (ceewah) masing-masing dah slow dalam blogging. Ada yang stop terus -____-" Rinduuu. Tapi takpelah, ramai dah bloggers sekarang, meriah dunia blog sekarang. Kalau buat gathering, kompem ramai terjah. Heh. 

Aku pulak sekarang, lebih prefer pergi small gathering dari big gathering. On the way nak pencen je ni. 1st gathering anjuran Joe, kat Putrajaya tahun lepas. Eh mana Joe? Tak nak buat gath dah? Pencen dah ke? Hihihi. Start dari tu lah bermulanya macam-macam gathering. 

Siap masuk KOSMO ok? Huuuu =) 

Tengok entry lama-lama dulu, tak sampai sepuluh je komen. Tak lama lepas tu puluh-puluh komen. Dan sekarang, back to zaman dulu, tak sampai sepuluh komen. HAHAHAHA. Tu lah dia turun naik blogging ni. Tapi tahniah untuk diri sendiri, dalam 2 tahun blog ni masih wujud, sudah bertukar domain sendiri. Hosting sendiri? Rasa macam tak perlu dah. Dah tak ada passion tu ^__^ 

So, HAPPY BELATED BESDAY my blog ! 




Ada kenangan pahit kat gambar atas tu -___-

Esok nak tengok Transformers 3! Jyeahhh !

Bowling with DynasMokhtar.

Hyeeeee. Assalamualaikum !

Cakkk ! Pelik tak tengok aku update hari lain selain Rabu? HAHAHAHAHA. Okay, saje la nak cerita kan, hari Sabtu lepas aku pergi main bowling dengan Dynas Mokhtar. Ehh bukan lah aku sorang je kan. Kalau aku sorang je, tu macam VVIP plak. Kekekekeke. Dengan Fanclub Dynas. Aku tau dan join pon sebab kawan blogger aku, Zue yang organize. Haa hebat kan kawan aku? Kekekeke. 

Bowling ni pon plan last minit sebenarnya. Aku join pon last minit. Memang tak sempat nak sebarkan apa-apa pon. Maka, aku pon macam turun je secara tiba-tiba, padahal aku tak kenal siapa pun, kecuali Zue. Naseb ada Kak Aisya, tapi dia group lain. HUHUHU. 

Venue : Cosmic Bowl Mid Valley
Time : 2pm (masa ni cosmic da mcm disco)
Tinggi sangat Dynas ni, time ni masing-masing pakai kasut bowling tahu? -__-
Group aku (Group 10) dapat no 3 weh! Untunglaa aku group dengan pemain handal. Aku memang marks paling rendah! Hahahaha -__- 
Top Scorer pon dari Group aku jugak. Haha Hebat !
Dah habis bowling, sesi bergambar kejap.
Ni je lah yang aku kenal kat situ. Naseb Aus datang, kawan sejati kan? Kihkihkih.
Kiri : Kak Aisya, aku, Aus, Zue. 

Tapi, sebenarnya Aus datang wat semak je. HUAHAHAHAHAH. Okay takde lah, dia lah orang terpenting untuk aku hari tu. HAHAHAH. Lepas tu datanglah jugak member Twitter aku, si Zed (@_ziedadeluna) dengan Zul (@redammoC). So lepak-lepak dulu, dah tengah malam baru sampai rumah. -___- 

So overall aku nak cakap, ni pengalaman pertama kot. So, aku macam tak tahu nak buat apa. Kehkehkeh. Kalau ada lagi next time, inshaAllah aku join, sebab at least dah ada kenalan. Hihihihi. 

Sekian, wassalam !





Oh ye, gambar semua kredit to Syuhada & Kak Aisya ;)

Kalau Nazim Othman buat camni, CONFIRM aku join! Huehuehue.