(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Tuesday, June 1, 2010

Untuk kau seorang.

untuk kau seorang.
aku tau,
sedikit pun kau tiada perasaan untuk aku.
aku yang tergila-gila kan kau.
aku ingat aku kuat,
tapi sayang,
aku masih seorang perempuan,
yang berhati rapuh.
luluh aku membaca itu di page kamu,
berderau jantung ku,
jantungku berdegup laju,
terus menitiskan air mata aku.
air mata yang sangat susah nak jatuh,
walaupun ketika aku putus cinta dulu.
sungguh,
aku tidak menyangka sekuat ini kehadiran kamu dalam hati ku,
walaupun sementara.
maafkan aku,
jikalau aku mendiamkan diri secara tiba-tiba,
aku tidak mampu berbuat apa lagi.
kawan?
maaf aku tak sanggup,
walaupun aku pernah berkata,
"aku lebih sayangkan besfren dari boyfren."
terakhir,
aku doakan kau bahagia,
dan aku berharap kau doakan kebahagiaan aku.
terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku.

I HATE TO FALL IN LOVE AGAIN.

entry emo, korang kondem aku, aku sumpah korang. huhu T___T

Pengalaman Bercinta.

hye. salam Selasa.
hah. jangan ditanya kenapa tibe-tibe tajuk pasal bercinta lak. aku manusia jugak, aku perempuan jugak, yang ingin dicintai dan mencintai. halamakk. ayat meluluhkan betol la. sekarang kalau semua nak tau, status aku masih single & available. hoi, jangan salah sangka, aku bukan nak promo diri lah. cube memberitahu sesuatu je. ihiks.
pengalaman bercinta? of course lah aku ada. dua kali. heyy baru dua kali okay? dan aku rasa dua kali ni cukup lah. aku taknak dah la couple banyak-banyak kali, lepas tu putus T____T tak suka bekas tupperware banyak-banyak sangat. tak berguna pun watpe T____T
dua kali ni dalam tempoh dekat 4 tahun. errr jangan ditanya dengan siapa dan kenape kami break, sebab bukan tu yang aku nak cerita kan. aku cuma nak cerita pengalaman aku bercinta dengan dua orang yang totally different. ni bukan entry membandingkan, tetapi cerita tentang aku sendiri. 
aku bongsu. ada orang cakap, bongsu ni sesuai dengan anak tengah ataupun sulung. masa aku bercinta dengan anak tengah ni, aku define diri aku sebagai seorang perempuan yang manja gila, tak berdikari, minda aku dikuasai, kedekut, tak reti buat keputusan dan kesimpulannya, aku menjadi sangat dependent. kalau boleh semua benda aku nak lelaki tu buat, bukan aku. heh. 
aku bongsu, kemudian aku bercinta dengan lelaki bongsu jugak. masa ni diri aku jadi totally different dari yang atas. manja? laki tu manja lebih. kedekut? aku selalu keluarkan duit untuk dia. senang kata, aku menjadi lebih independent sebab tak semua benda dia akan buat untuk aku. 
dan yang sebenarnya, (eh da macam lagu Yuna plak) macam-macam pengalaman aku belajar dari dua orang yang berbeza ni. dan sekarang, aku lebih independent sebab dah takde sape aku nak harap macam dulu. kalau kebulur kat bilik tu, kebulur lah. takde orang akan bawak aku keluar makan lagi dah. kalau kawan-kawan takde nak teman, sorang-sorang lah kau duduk bilik. kadang-kadang aku menjadi emosi sebab aku dah terbiasa hidup 4 tahun ada orang teman, ada orang nak bawak jalan-jalan. tapi bila dah takde, menung je lah ery T____T 
sekarang, kawan lelaki aku pun dah tak seramai dulu. sorang demi sorang blah. sebab aku kurang layan mereka. aku macam dah tak nak bagi harapan kat mana-mana lelaki dah sekarang. kalau kawan pun, semua cakap "aku,kau" je. malas aku nak ber"saya-awak". ade certain lelaki je yang aku macam tu. 
kadang-kadang aku jadi takot bila ade lelaki approach aku. sebab? mungkin aku takot nak jatuh cinta lagi. dan bila ada yang approach, aku layan ala-kadar je sebab aku taknak die berharap. dalam tak disedari sebenarnya, hati aku tertutup sementara waktu untuk mane-mane lelaki. dan aku menjadi sangat choosy untuk pilih lelaki mana aku nak kawan. ni semua kesan-kesan break off. huhu. tapi if one day aku dah jumpe lelaki yang mampu membuka hati aku semula, aku harap die adalah jodoh yang ditetapkan Allah. ^___^
ohh disebabkan ni entry pasal cinta, aku nak wish kat kawan-kawan aku yang dah ade boyfren tu, jaga lah hubungan korang. jangan nanti menyesal tak sudah. pada kawan aku yang baru nak hangat-hangat, baru nak cuba-cuba, cuba lah selagi boleh tetapi jangan mendesak. aku doakan kebahagiaan semua kawan aku. kawan-kawan ku, u are my loves! (terpanjang pulak entry ni)

tapi aku masih bernafsu tgk lelaki kachak. hi hi hi.