untuk renungan bersama.
kenapa sekarang manusia semakin berani?
bukan berani ke arah kebenaran,tapi berani ke arah kejahatan,
kejahilan.
kenapa mereka bercakap soal agama,
seolah-olah mereka mengetahui segala-galanya?
tolong jangan tunjukkan kejahilan anda.
kenapa bercakap soal agama
ada perkataan mencarut seperti WTF, s**t dan macam2 lagi?
kenapa berani mengatakan sesuatu
yang kau tak pasti kebenarannya?
ya Allah.
aku takut,
aku cakap begini bukan kerana aku tahu segala-galanya,
tapi disebabkan aku tidak tahu segala-galanya aku bercakap begini.
masih banyak yang perlu dipelajari.
aku sedih,
tengok golongan begini,
yang mampu aku berikan hanya DOA.
bila aku tidak berkata tentang isu semasa, isu agama,
tidak semestinya aku tidak peka,
cuma aku tidak mahu tersalah kata.
kalau anda sayangkan agama Islam kita ni,
lakukan lah usaha yang sebenar, bukan olok-olok,
bukan hanya sementara.
sekian dr hamba ALLAH yang naif.