hye. salam Isnin.
okay, hari ni ada 1 kelas je, pukul 8 pagi tadi, Kimia Organik III. lepas tu pukul 12 tengah hari pulak ada appointment dengan dentist untuk menampal lubang-lubang di gigi ku. "banyak lubang." kate dentist itu masa pertama kali berjumpa dia. yup, memang banyak lubang. kat empat-empat bahagian atas bawah gigi aku ade lubang. haish. salah siapa ni? >_________< sempena Friendship day semalam, ada story sikit tentang friendship.
| hari-hari adalah hari persahabatan. |
Persahabatan itu terlalu indah. itu pada pendapat aku. dulu, masa sibuk bercinta dengan 1st love aku, aku tak pernah kisahkan hal perihal kawan ni, sebab aku memang tak ada rapat dengan sesiapa. masa tu aku ingat boyfriend aku lah peneman aku selain dari family aku. tapi hal-perihal percintaan aku tak pernah ceritakan kepada family aku. bila aku putus, si lelaki bukan lagi peneman aku. dan yang sentiasa menjadi peneman aku adalah kawan aku.
aku mula rapat dengan kawan-kawan since aku masuk UKM. seseorang yang aku jumpa sangat caring dan membuat aku berasa persahabatan tu sebenarnya indah. sejak dari itu, aku belajar menghargai kawan-kawan di sekeliling aku. tapi aku juga manusia biasa. kadang-kadang terlalai dan terabaikan kawan sendiri. bila dapat kawan baru, aku terlalu mudah obses dengan mereka sehingga terlupa yang lama yang sentiasa ada untuk aku itu.
| i hate this. tolong cantumkan pls! |
bila terjadi begini, mula lah terasa hambarnya persahabatan kami. aku tau aku salah, tapi aku takut juga mahu face to face. (I'm such a loser!) setiap hari aku berfikir dan berfikir. dan sedih seorang diri. akhirnya, aku cuba juga untuk berbincang. sebab aku sayangkan dia. aku sayangkan persahabatan kami. dan dia memang kawan yang baik. dan kami sudah berbaik semula. semuanya hanya salah faham dan kami atasinya dengan baik.
kesedihan kerana sebab persahabatan adalah lebih teruk dari diputuskan cinta. itulah yang aku rasai. bila ada mulut yang laser bercakap tentang kitorang, itu sungguh khianat! nasib aku taktau siapa yang cakap camtu, kalau tau .............. (abaikan) tapi kerana dia sahabatku, dia mengerti keadaan ku.
last but not least, u know who you are. i want u to remember this ;
u're the greatest friend ever. i don't wanna lose u. i'll always be by ur side. insyaAllah.
persahabatan itu terlalu indah.
aku rindu mau lepak sama kamu.