(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Monday, October 4, 2010

Kembali Bercerita.

hye. salam Isnin. 
hoyeahhh ! balek sudah dari Desaru. actually aku tak lah excited mana nak pergi Desaru ni. teringin mandi laut? tak rasa langsung. jalan-jalan? tak sangat sebab last week dah sakan jalan walaupun hanya area KL. sampai orang dok kata, "Jalan - jalan je keje kau." hahahaha apa nak buat? kau jeles kan tak dapat jalan-jalan? ^^ 

jadi, harus lah kalau tak excited gambar tak banyak dan cerita pun tak banyak kan? hahahaha. jauh sungguh perjalanan dari Bangi ke Desaru. gerak dalam pukul 4 petang (Jumaat) sampai dalam pukul 11 malam kot ke 12 tgh malam entah? lama siakk ! bangun tidur entah berapa kali tak gak sampai. dah la duduk sorang-sorang. damn bosan! tapi aku memang jenis suka tidur dalam kereta ke bas ke. hahaha. tapi agak-agak bosan aku mesej lah seseorang tu. ehem ehem. hahahaha. 

sampai-sampai je, aku terbayang kitorang duduk kat chalet depan laut. tapi sangkaan ku sungguh MELESET ! duduk kat bahagian dorm rupanya. yang agak jauh dari laut dan pantai. tak boleh nak buat aksi kuar depan rumah, mengeliat, tengok laut. grrrr !! 


aktiviti pertama ; pada pagi Sabtu. pergi ke Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi. erkk. damn aku taktau pasal aktiviti pergi sekolah ni. aktiviti ni macam nak memperkenalkan course Kimia dan jugak UKM. dalam 2 jam je pun. naseb baik. fuhhh ! 1st time aku masuk SBP. yolah, aku pun dari sekolah harian je. cuak la masuk sekolah budak-budak pandai ni. hahahaha. nasib baik aku tak sempat cari anak ikan kat sekolah tu. wakakakaka. ohh mood gatal datang. marah ehemehem kang. huahuahua.

eh lebih kurang je lebarnya? hakkkhak!
aktiviti kedua dan ketiga ; pada petang dan malam Sabtu. Sukaneka dan BBQ. NO COMMENT ! lalalalalala  ~~

aktiviti terakhir ; lawatan ke Kilang Kelapa Sawit Wa Ha. kilang ni area mana ntah. tak alert langsung aku. tapi tak sampai JB lagi la. hahahaha. tengok proses pembikinan minyak kelapa sawit. cool ! aku memang suka tengok-tengok kilang ni. dapat ilmu baru, pengalaman baru. kan? 

CUN ah pekerja kontrak ni. ngahaha!
lepas tu? balik lah ! dah tak sabar kot nak balik. tapi ada pulak lawatan ke City Square JB. hahahaha. cheh, tak la lawatan sangat. singgah dalam sejam setengah je. tapi bagus la, sebab aku nak sampai Bangi awal. ini tidak, pukul 11 malam jugak sampai. balik - balik apa lagi, terus gedebush tidur je la. sampai la terskip kelas pagi tadi. erkkk ampun! lalalalala ~ 

overall aku boleh cakap, just OK lah lawatan ni. good effort for juniors. mungkin pada yang lain best tapi tak pada aku lah kot sebab jiwa aku tidak bersama mereka =) sorry. 





for ehemehem,
nanti kita jumpa lagi k.
=)

Friday, October 1, 2010

Baru terasa ringan kepala.

hye. salam Jumaat.
masa aku menaip entry ni, sumpah kepala aku rasa ringan, hati rasa happy. sebab? sebab exam dan assignments semua dah lepas ! siapa dok follow Twitter aku tau lah betapa emonya aku sejak dua menjak ni. tapi malam ni dah terasa ringan dah semuanya. dengan badan-badan sekali aku terasa ringan sebab sejak dari hari Selasa aku tak makan nasi, sampai la tadi. lunch memang tak makan. hahahaha gila kan? =____=

sebenarnya nak bagitau ni, JUMAAT sampai AHAD, aku akan away dari segala dunia internet ni. kerana aku dan rakan seperjuangan, bebudak Kimia akan mengembara ke negeri Johor. ada program lawatan apa entah, aku pun tak pasti. wakaka, aku main ikut je. dah bayar RM 60 terpaksa la aku ikut jugak dan terpaksa menolak jemputan kawan-kawan ke open house mereka. ohh sorry ya kak Kech, Aus dan kak Fatin. ada jodoh nanti kita jumpa ye sayang-sayang ku? tapi Kech, beware, JANGAN buat bintang ok? !! =_____=

BENCI gambar ni sebab takde tangan aku =___=
tempat menginap aku kat Johor nanti dekat Balau Resort, Desaru. ada sesiapa tinggal dekat-dekat situ? boleh roger i. tu pun kalau sempat aku nak jumpa korang. hohoho ! apa aktiviti sepanjang program ni pun aku tak tau weh. maklum la bukan batch kitorang yang handle. budak Tahun 2 yang handle, so tu pasal aku tak taw. cheh, bajet senior habis la ni? hak hak ! 

okay lah. babai all ~ jumpa Isnin nanti. Insya Allah ;) just wanna have fun dekat Johor nanti.