(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Friday, December 3, 2010

Percintaan dan Persahabatan?

Hye. Salam Khamis eh Jumaat.
Dah lama tak buat entry agak serius macam ni. Selama ni entry ringan-ringan je sampai Anon pun suka ringan-ringan. Erkkk. Okay, lupakan soal Anon. Anon tu terlalu sedikit nak dicomparekan dengan yang support blog aku ni. Thanx to all yang support. Oh thanx jugak la kepada Anon sebab memeriahkan komen dan chat box ;) 
Percintaan dan Persahabatan
Situasi ;
Si gadis ada seorang kawan lelaki dan seorang teman lelaki. Si gadis dan teman lelaki sekarang sangat bermasalah. Hari-hari kerja nak gaduh je. Bila diajak berbincang, keadaan menjadi semakin complicated. Tapi bila minta putus, si teman tak boleh terima. Walaupun hari-hari gaduh, tapi ternyata si teman terlalu menyayangi si gadis. Perasaan cinta si gadis pada teman memang sudah berkurang. Jadi masalah ini tergantung. 

Berkaitan dengan kawan pula, si gadis dah berkawan lama dengan si kawan. Tapi mereka tak pernah berjumpa. Sampai la satu hari, si gadis request untuk berjumpa si kawan, dan hajat ditunaikan. Tetapi mereka tidak jumpa berdua, ada lagi teman yang lain. Pada pertemuan pertama, si gadis jatuh hati dengan kawan itu. Ini kali pertama si gadis jatuh hati pada lelaki hanya dengan melihat matanya. Tapi sebaliknya pula pada si kawan. Si kawan seolah-olah menjauhkan diri dari si gadis selepas pertemuan itu. Mereka sudah tidak sebaik dan semesra seperti sebelum ini, dan si gadis berasa frust. Kenapa?
Respon aku ; 
Kalau aku jadi si gadis, aku akan fed-up dengan perangai teman aku tu. Hari-hari gaduh, memang merimaskan. Hari-hari berbincang benda yang sama pun merimaskan. Lagi pulak merimaskan bila kau mintak break sebab macam dah tak larat nak go on, tapi teman insistkan hubungan itu berterusan. Jadi kau akan hidup dalam kebosanan =_____= 
Kalau aku jadi lelaki, aku akan mencuba untuk memperbaiki keadaan dan cuba membuat dia sayang semula kepada aku. Tetapi, kalau si gadis insist mahukan break, putuskan saja lah si gadis. Keputusan terbaik bagi aku. Buat apa bertepuk sebelah tangan kan? 

Berkaitan kawan tu pula, aku nasihatkan si gadis untuk tidak melayan perasaan itu. Lagi pulak kita tak tau dia suka kita atau tidak. Dan dapat pula kita tahu dia sedang approach someone, so just forget it. Teruskan berkawan dengan dia macam biasa, walaupun dia macam menjauhkan diri. Memang sangat perit bila orang yang kita agak rapat tiba-tiba menjauhkan diri. Tapi, kat sini aku tak dapat kenal pasti apa reason si kawan menjauhkan diri? 

Atas ni semua pendapat aku, dan aku nak tahu jugak pendapat korang. Lagi-lagi kepada pakar cinta seperti Adziim dan Zara. Ahaks. Harap dapat sedikit bantuan dari korang. Agak-agak korang kenapa ye si kawan seperti menjauhkan diri? 

Thanx. Sekian.



Aku bukan Dr Love.
Tak reti comfort orang =___=

Thursday, December 2, 2010

Colorful Contact Lenses.

Hye. Salam Khamis.
Semalam, aku termasuk blog Tia. Dia cerita pasal contact lens. Tiba-tiba aku pun rasa nak cerita. Haha. Takpe kan Tia? >____< Aku ni memang rabun. Sejak sekolah rendah lagi. Dahsyat tak? So, power spek aku memang sangatttttttttt lah tinggi. Berapa tu tak nak bagitau la, segan. Hok hok. So dari sekolah rendah sampai lah tahun 2010 (dah nak masuk Tahun 3), aku pakai spek je. Tak pernah try contact lens.

Sebab aku tak pernah try? Sebab contact lens kan mahal, dulu-dulu mana ada duit. Haha. Lepas tu pulak, mata aku tak digalakkan pakai contact lens sebab silau aku tinggi. Huh. Dah la power tinggi, silau pun tinggi. Rosak sungguh mata aku ni =____= Tapi aku start degil pakai, masa aku dapat 3 pasang contact lens free dari Ciba Vision. Masa dah dapat tu la aku try pakai SENDIRI. maksudnya, aku tak belajar dari orang. Haha. Berani kan? Nak baca pengalaman pertama pakai contact lens boleh baca [SINI].

Dari spek merah, aku pakai contact lens yang natural tu je, sampai la contact lens yang berwarna. Sekarang je aku ada 6 PASANG contact lenses ; Natural, Brown, Grey, Green, Violet & Black. Haruslah setiap contact lens ni ada camwhore nya. Ha ha.

specky me o__O
Natural. (gmbr ni yg ZZ suka. wakaka geli )
masa baru2 belajar pakai CL.
Violet. hah dari atas sampai bawah Ungu je. Haha. Ni standard diameter 14mm.
Ring Black. Nampak cam natural je kan?
Tapi diameter die besar sikit 14.8mm, so nampak mata besar sikit.
Grey, faveret CL. Tapi lately dah jarang pakai sebab bila pakai je pening o___O
Green. Boolat gila mata kan? Sebab ni diameter besar 15.5mm.
Tu boolat je mata. Ngeh3, jarang pakai sebab obvious sangat. Segan >__<
Brown; paling latest. Ni dah jadi faveret skrg. Ni pun standard diameter.
Fokus pada mata je okay? Haha banyaknya tempek muka aku. Habislah lepas ni kena serang dengan anon. Wakakak. Warna apa yang aku takde lagi? Biru kot. Hahaha. Aku akan beli nanti, bila salah satu dari contact lens ni dah tak leh pakai. Hak hak. Banyak betul contact lens, padahal mata sepasang je. Haha o____O Tapi bila kat bilik, kat rumah, aku tetap pakai spek sebab kalau menghadap laptop, aku tak leh pakai contact lens, tak berapa clear pandangan aku. Haishh, mesti silau bertambah lagi ni. Wuuuuuuu ~

Pakai contact lens ni memang banyak penjagaannya. Alhamdulillah, setakat ni takde pape lagi jadi kat mata aku. Kalau nak tahu penjagaan contact lens, baik tanya pada yang pakar. Heeee. Pengalaman contact lens lari dari biji mata pun pernah, dia hampir pergi ke belakang mata, tapi nasib baik sempat diselamatkan. Huhu. Tu disebabkan aku gosok-gosok mata (lupa tengah pakai lens). So janganla gosok-gosok mata time pakai lens, bahaya !! 

Sekian. 

Sunyi lah sekarang.
Takde kucing ='(