(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Thursday, January 6, 2011

No More 'P'.

Hyeeee. Salam Khamis.
Kikikikiki, topik bunyi agak kerek kan? Alaaa saje nak kerek sekali-sekala. Kehkeh. Sepanjang 2 hari kat rumah, aku sibuk settlekan IC dengan Lesen aku. IC tu aku tukar sebab nak tukar alamat rumah. Tukar alamat sebab rumah yang kami menetap sekarang baru lah rumah tetap kami. Ehh ayat putar-putar sih. Before this kami banyak dok Quarters sebab abah aku bekas cikgu.

Lesen pulak tukar sebab dah naik taraf ke lesen penuh. Yayy, tiada lagi 'P'. Haha. Pengalaman betul lah kat JPJ, tunggu turn nombor 2 JAM, urusannya tak sampai 2 Minit kot. T___T Aku ni dah la jenis susah dok diam. Memang tak senang duduk la 2 jam tu. Grrrr! Agak lambat aku habis P sebab aku ambil lesen lambat, lepas matrik. Lepas tu yang pertama kali fail pulak. Kehkeh. Tak mencabar lah tak fail. Wakakaka (ayat cover je)

JPN di Putrajaya. 1st time masuk, cantek weh!! o.O
IC baru lagi 3 minggu nak siap. Grrr lamanya. Dekat slip tulis 10 hari je. Huh. Teringat dialog abang kacak yang jadi cameraman tu.
Abang JPN : Lahir dekat Perak ek? (sah-sah lah dia boleh tau sebab nombor tengah IC aku 08) 
Aku : Haah.
Abang JPN : Perak area mana?
Aku : Ipoh.
Abang JPN : Area cina eh?
Aku : Aaaa lebih kurang lah. (Ipoh memang ramai cina pun)
Abang JPN : Patut lah muka macam cina. (sambil senyum-senyum)
Aku : Huh? o___O Ekekekeke. (gelak aje lah. haha)
Cina? Tak sepet pun. (arghh jerawat !)

Macam Cina? Tang mana entah. Haha. Cehhh abang kacak ni, saja je cari modal nak ngorat I tau. Ekekekeke, perasan lah kau Ery. Gambar yang diambil untuk IC tu aku tengok muka berkilat-kilat seh. Tapi nanti dah print kat kad tak berkilat-kilat kot. Haha. Yeah, tak sabar tunggu IC baru, nak ganti IC sekarang yang muka memang sememeh skema gila nak mampus. Hahahaha. 

Gambar dikaburkan atas sebab keselamatan. haha
Yeahh, itu dia lesen baru aku, yang bawah. Takde logo merah 'P' dah. Hahaha walhal, berapa kali je la aku bawak kereta masa P tu. Tapi Auto je aku confident bawak, manual memang tak lah. Kat rumah aku tak ada kereta manual pon. Hek hek. Motor? Hah, aku ambil lesen motor sekali, tapi motor lagi lah lama aku tak bawak. Cuak sikit lah kalau motor ni, tak berani macam Innz. Ngeeeeee. 

Sekian dari Miss Ery. Ok thanx byeeeee!



bila la nak ada kereta sendiri ek?
>___<

Tuesday, January 4, 2011

Mini Gath @ Midvalley | Muhasabah Diri.

Hyeeee! Salam Selasa.
Entry pertama dalam tahun 2011. Hehe. Jumaat lepas, Joe ada organize mini gath kat Midvalley. Memang last minit gila mini gath ni, one day before that, means hari Khamis, baru Joe ajak and buat entry. Lepas tu ramai lah yang frust kan sebab tak dapat join. Salahkan Joe. Keh keh. Tapi betul lah kan, kata pun "mini", so kalau ajak awal-awal tak la jadi "mini", jadi "big" nanti. Hehe. Mula-mula tak plan nak pergi pun, tapi pagi tu tiba-tiba rasa nak pergi. Tapi pergi belah pagi je lah, sebab petang ada hal. Pagi tu pergi Midvalley dengan Joe naik Joana dia taw. U olls jangan jeles ok? Ahaks! >___< 

Pagi tu berapa kerat je ada pun. Main bowling dengan Joe, Kak Haniz dan anak-anak. Tu je. Ila ada jugak pagi tu tapi tak main. Sebenarnya sebelum pergi tu, aku semalaman tak tidur, tapi gatal nak bowling jugak. Hasilnya? Memang Top Scorer dari bawah, kalah dengan anak Kak Haniz. Kah kah. Maluu sey. Lepas dah bowling, datang lah si Azrul, Mili, Munsyi, Arina dan Izma (eh Izma eh nama? Sorry kalau salah) Lepas tu bergambar sikit-sikit, terus balik. 

Bersama Mili. haha comel kan dia? ;) Ni betol cam kembar sebab tema warna sama. Haha [Credit to Mili]
Gadis yang hadir pada sesi pagi. [Credit to Mili]
Dari kiri : aku, Mili, Arina, Izma, Ila & Kak Haniz.
******************************************************************************
Kisah Muhasabah Diri. Lately, aku sedar satu perubahan pada diri aku. Perubahan ke arah tidak baik. Dulu, aku ni jenis kalau orang bergosip ke apa, aku just dengar dan angguk je. Tak ada la nak join sekaki bergosip atau kata lain, mengumpat. Tapi sekarang, Astaghfirullah, memang aku terjebak sama dengan perbuatan mengumpat ni T_____T 

Tadi, aku macam tiba-tiba muhasabah diri dan insaf lepas gosip-gosip pasal seseorang ni. Bila fikir, apesal la aku dok beria mengumpat dia, padahal dia langsung tak buat apa dengan aku. Kacau orang lain pun tak. Dapat pulak yang diumpat tu, orang kita kenal atau senang kata, kawan sendiri walaupun tak la rapat mana. Tak rasa guilty ke? T___T Aku ada tweet macam ni tadi, 
kalo kita buat benda tu tp dok ngata org, mmg hipokrit lah. kalo x buat pun, x mustahil kita akan buat sbb asyik mengata org.
Aku cakap dari pengalaman. Bila kau dok mengata orang, 1 day tak mustahil kalau kau buat apa yang kau umpatkan tu. Walaupun pada masa tu kau tak buat, tapi masa depan lain ceritanya. Dulu, ada orang beria mengata pasal aku, tapi dah lama-lama, aku tengok, dia buat apa yang dia umpatkan, malah lagi teruk.  

Satu kita mengata orang, 10 kena dekat kita balik. "What goes around comes around", memang berguna lah lagu Justin Timberlake ni. Siapa nak kena ngumpat? Tak nak kan? Walaupun kita kata mulut orang kita tak boleh tutup, tapi sedaya upaya lah mengelak dari diumpat dan mengumpat. Dan memang tak ada manusia perfect dan kita bukan favourite semua orang, nak dipuji-puji selalu. 

Konon kau kata, dia ngumpat aku, aku dapat pahala. Lepas tu, kau pulak ngumpat orang, hilang balik dah pahala tadi. Tak nak la macam tu kan? Jadi, diamkan aje. Kalau betul orang tu buat salah, tegurlah kalau berani. Kalau tak, berkata lah dalam hati atau berdoa semoga dia berubah. Ni untuk sesi muhasabah semua orang, bukan aku je. Manusia tak lepas dari melakukan kesilapan kan? Ucap Astaghfirullah al-Azim kalau kita terbuat dosa dengan Allah. 

Sekian dari aku. Ok thanx byeeeee ! (lama tak buat entry serius okay. keh keh)


kat rumah sekarang.
Selasa, Rabu takde kelas.
jangan jeles ;)