(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Friday, February 4, 2011

Sushi, so not my taste.

Hyeeeee. Assalamualaikum !
Auch. Tajuk so gedix kan? Hah, ni gara-gara terikut cara artis ni lah, ala-ala gedix gitu :P Siapa suka makan Sushi kat sini? Sila comment. Haha nak suruh angkat tangan macam aku nampak korang angkat tangan kan? :P Aku tak suka makan sushi ni. Banyak kali aku cuba makan, tapi memang tak kena dengan tekak aku. Memang rasa loya lah. 

Tapi, nak dijadikan cerita, tadi siang aku ikut kakak aku pergi Sunway Pyramid. Dia nak lunch dengan member-member dia. Dah dia ajak, aku ikut lah sebab lama tak pergi Sunway Pyramid ni. Aku pun tanya lah, makan kat mana? Kakak aku jawab, Sushi King. GULP. Ok, sebab aku tak suka makanan Jepun dan tak tau nak makan apa, tapi ikut saja lah Labu. 


Sampai je, aku terus mintak suggestion kakak aku menu yang dia betul-betul masak. So, dengan rasa yakinnya, aku pilih menu ..................

TORI KHOMI SET.
ni ayam, bukan ikan. wedges (style baru), nasi, sup + custard.

TORI KHOMI maksudnya AYAM MASAK KICAP. Ok, aku tak tau sebenarnya, tibai je. Hahaha =)) Tapi lebih kurang macam tu la rasa dia, tapi kicap dia manis. Set ni memang betul masak, so takde lah rasa hanyir ke apa ke. Selera je aku makan. Nasib baik style baru letak wedges, sebab aku gemar sangat wedges ni. Hehehe. So licin la claypot tu ;) Oh ye, aku masih terkial-kial ye nak gunakan chopstick. JANGAN GELAK ! Tapi nasib baik la bendanya besar-besar, senang kepit. Nasi tu aku kaut guna sudu sudah. Okay la tu guna sudu, dari guna tangan? Kui kui ;)) 

Dah kenyang, mari bergambar!
Aku nampak tinggi kan kan? Padahal .......

Overall aku puas hati dengan set yang aku pilih. Tak muak yang pastinya ! Dah lepas tu jalan-jalan lah dalam Pyramid tu. Banyak gila kedai tutup. Yelah, raya Cina kan? Tapi kedai tutup pun, orangnya bukan main ramai jugak. Tambah-tambah bila tengok kat tempat ice skating. 

Ramai gila umat manusia! Nak skate cemane camni? >.<
Cukup lah pengalaman skate 3x, aku tak nak skate dah =.= 

Meriah jugak lah Sunway Pyramid ni, sebab tengah raya Cina. So decoration penuh dengan merah. Cina yang datang jalan-jalan sini pun semua pakat pakai baju merah, macam kita first raya jugak lah, semua berkebaya, berbaju kurung kan? :D 


Luar Sunway. Nak balik dah~
Anak buah aku pakai baju hadiah aku :P

Entry ni banyak gambar sebab aku nak tengok kualiti gambar dari handphone SE Vivaz U5 8MP. Semua gambar dari aku kecuali yang last, dari Samsung Wave kakak aku, dan semua UNEDITED kecuali letak watermark je. Korang boleh beza tak kualiti gambar? Ok, cuti dah nak habis. Byeee koranggg ! (macam tade kaitan)

Senyum sama pulak.
Ok, nampak jerawat tandanya kameranya clear =.="



P/S : Sorry lately banyak entry bergambar, sebab tu Hellioz ngadu blog aku berat =____=

Thursday, February 3, 2011

The One We Have.

Hyeeeee. Assalamualaikum !
Tajuk macam bercelaru je English aku? :)) Gelak kat diri sendiri. Sekian lama aku tak post pasal kucing kan? Sejak-sejak kena buang dulu :( Terus macam tak ada mood nak update pasal kucing, sebab bila teringat mesti sedih. Sekarang, dah OK sikit, walaupun kadang-kadang tertanya, apa lah nasib mereka sekarang

rindu =')
Lepas dah buang kucing-kucing tu, rumah aku memang tak ada kucing. Sebab dua ekor kami tak buang. Mereka hilang dan tak duduk di rumah, tapi dua-dua ekor ni ada kat kawasan perumahan aku je. Kadang-kadang kalau keluar nak pergi mana-mana, nampak lah mereka tepi jalan. Duduk rumah siapa tak tau lah. Bila bawak balik, 2-3 hari lepas tu hilang balik. Huuuuu =((

Tapi beberapa minggu lepas, kami cuba jugak bawak balik Su. Kot-kot dia mau dok rumah pulak lepas dah tak ada anak-anak kucing yang lain ni. Bila bawak balik, ada jugak la hilang, tapi pandai balik. Lepas tu langsung dia tak pernah tinggalkan rumah, melainkan dia keluar nak kencing dan berak. Kat tanah lah, bukan merata. Pandai kan Su? Takde berak dalam rumah, senang hati kitorang. Hehe :D 

Inilah Su. Ce teka la betina ke jantan? 
Su ni bela sejak tahun 2006, dan masa dapat Su ni, memang dah besar ni. So aku pun tak dapat predict berapa umur sebenar sekarang. Koman-koman dah 6 tahun. Kucing yang paling disayangi kakak aku sebab ni bukan spesis kucing Malaysia. Parsi pun bukan, Parsi muka kemek. Tak comel ! :P Dapat free pulak (hadiah), ni kalau jual mahu RM2000 kot? Kayaa! Hahaha. Tapi tak nak la jual, sayang :) Orang yang sayang kucing je faham, kan Kila? ;) 

Kucing suka tidur camni. Lusyah lerr . Bulu2 bawah badan dia curl. Kikiki.
So Su lah teman kami semua sekarang. Dia punya manja tak yah kata lah, sebab dia seekor je kan? So memang bagai menatang minyak yang penuh lah. Dulu, Su mana suka main-main, tapi sekarang, bukan main ligat main. Haha. Yeahhh, bila ada kucing ni, memang terasa lainnya bila takde kucing. Sirius :) 



Jumaat nak karaoke kat Alamanda, siapa nak join? Jom !