(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Thursday, May 24, 2012

My Favourite Animal Pal in Madagascar3: Europe’s Most Wanted

Hyeeeeeeeeee. Assalamualaikum !


EH. Dah nak hujung bulan May? Okay, cepat betul masa berlalu tanpa sebarang update pada bulan ni. Bulan lepas pun 1 entry je. HEH. Okay, back to topic. Lama rasanya tak join contest Nuffnang, dan terasa nak join kali ni sebab ini cerita Madagascar! Aku memang layan kartun-kartun macam ni. So childish kan? --" 


"who is your favourite animal pal and why"


Ada 4 watak utama untuk Madagascar 3 ni. Kegemaran aku adalah GLORIA si hippopotamus. Amboi, si debab juga kegemaran aku kan? Dari first movie aku suka tengok keseksian si Gloria ni. Dia gemuk tetapi seksi. Serious talk! 

Aummm. EH tu bunyi Lion -.-

Okay kejap-kejap. Gloria ni hippopotamus betina okay. Kalau tengok dekat-dekat, bulu mata dia bukan main lentik, tahu? Jadi sebab apa aku suka Gloria ni? Kalau korang perasan, Gloria ni kira macam pengaman lah dalam kumpulan mereka ni. Kalau si Lion, Marty dan Alex ada bergaduh ke, dia lah yang tolong leraikan. Iyelah, yang lain tu kan macam gila-gila je. 

So kalau aku nak ada kawan baik, aku nak lah yang macam Gloria ni since aku ni keras kepala. So kalau Gloria ada mungkin boleh tolong mengurangkan sakit keras kepala aku ni. HAHA. Secara tiba-tiba she reminds me to someone; tembam tapi seksi dan baik! *gelak tutup mulut* Okay, lupakan. Gloria ni debab-debab pun dia pakar menari tahu? Dan paling tak disangka adalah dia mahir dalam permainan Tightrope. Tahu apa Tightrope? 

Tightrope.

Amacam? Menganga tak? Hebat kan? :O Jadi itulah dia Gloria. Fat is the new sexy can be applied to her! Itu sahaja, harap-harap adalah rezeki untuk menonton movie Madagascar 3 ni. Thank you Nuffnang

Sekian, wassalam !

Friday, April 13, 2012

2 Bulan.

Hyeeeeeeeeee. Assalamualaikum !

Sedar tak sedar dah 2 bulan aku tak update blog. Memang entah ke mana hilang semangat nak update pon tak tahu. Entah apa jadi 2 bulan ni pon aku tak dapat nak ingat sangat, sebab tak banyak benda best pon. Kelas - tido - makan - keluar dan lain-lain lah. Normal things.

Besday aku yang ke-23 pon aku tak ada update apa-apa dekat blog. HAHA. Bila besday aku? 21 MAC lepas. Nak cerita pon tak ada yang special. Takde prank apa pon. Tak pernah kena prank apa pon seumur hidup, aku syak aku terlalu baik sampai orang takut nak prank aku. Eh? Malam besday aku dapat cupcakes dari kawan lama aku, Bambam dan lagi 2 orang kawan. 


Hadiah? Cakaplah aku loser tapi aku dapat 1 je hadiah, dari kawan twitter aku @nathcharlotte . Hadiah dari boyfriend? Bestfriends? Hmmm. Entah, aku takde kawan kot *krik krik krik* Memang aku jeles tengok orang dapat hadiah besday, lagi-lagi dari orang tersayang. Erm erm erm. 

Thanx belle !
Apa lagi nak cerita? Tak tahu lah aku. Agak-agak ada yang lupa tak muka aku macam mana? Yelah, lama tak update kan? HAHAHAHAH. Aku tetap macam dulu, tak besar-besar, tapi dulu aku dikenali sebagai gadis shawl, sekarang aku suka bertudung bawal pulak. Alah, lagi pun tudung bawal tengah trend kan sekarang? Hehe. 

Happy Anniversary (in Advance) my Dear !
Okay saja nak selit gambar dia. Rindu =') Sorry lah entry bosan je, sebab taip pon tengah bosan, bosan lah hasil yang keluar. HIHIHI. Okbai !