(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Sunday, July 4, 2010

Jangan Jadi Follower Tidur.

hye. salam Ahad.
786 followers dalam setahun. HAHAHA.
tak maju langsung!
ape pentingnya Followers? topik ni banyak bloggers ada buat. bagi aku, pentingnya Followers itu, bila die following kita DENGAN IKHLAS, maka dia akan alert dengan entry kita, dan mungkin akan komen di entry kita. aku sangat suka followers yang begini, dan selalunya followers begini, aku pun akan follow blog dia. 
sekarang ni aku tengah Manage blog yang aku follow. ada sesetengah blog yang aku akan UNfollow atas sebab-sebab tertentu. malas la aku nak cerita kenapa. kang tak pepasal kene sound free dari korang. kah kah kah!! 
tapi aku nak mintak la, TOLONG JANGAN JADI FOLLOWER TIDUR! kenapa kau follow blog tu kalau langsung kau tak tunjukkan minat dan support terhadap blog itu? ohhh silent readers kot? maybe! tapi bagi aku, biar lah kita tunjukkan yang kita minat dan support blog itu, insya Allah korang tak rugi pape. bukan pada blog aku je, tapi pada semua blog yang korang follow. 
memang aku tak pernah paksa siapa pun jadi followers blog aku. (terima kasih to all followers) tapi kan lagi best, kalau korang make friend dengan aku. saling support. 
aku ni jenis kalau aku follow sesuatu blog tu, insyaAllah aku takkan miss die punye entry. kalau tak semua entry aku komen pon, ade jugak aku tinggalkan komen supaya tuan blog tau, aku bukan follower tidor. bila aku lama tak online pun, aku akan cuba jejak balik blog blog yang aku follow untuk tau updates. 
di kesempatan ni, aku nak mintak maaf awal-awal pada blog yang bakal aku UNfollow (mungkin korang tak akan perasan. heh heh), mintak maaf jugak sebab banyak entry aku tak terterjah sebab internet rumah aku sangat cipot cedot. huhuhu~ last but not least; lagi sekali, jangan jadi follower tidor. sekian ~



aku lupa besday blog aku ; 24 JUN.
hepy belated besday my blog!
hope blog ni akan terus maju . yayyy!

Saturday, July 3, 2010

Blogger in Draft ; Stats & Contest Header.

hye. salam Sabtu. 
siapa kat sini pengguna Blogger in Draft? mungkin tak ramai jugak yang tau pasal blogger in draft ni. blogger in draft ada banyak kelebihan dari conventional blogger. macam mana nak switch? just tukar URL http://www.blogger.com ke http://draft.blogger.com. dari blogger in draft lah bermulanya "Template Designer". dulu, conventional blogger takde tapi sekarang dah ada. 
tapi sekarang, blogger in draft ada feature baru iaitu Stats. Stats = Statistics. (semua tau kan?) korang selalu tengok statistic blog korang kat mane? aku selalu tengok kat Nuffnang je, walaupun orang kata tak berapa accurate sebab malas nak explore web lain. keh keh keh. so sekarang ni, aku tengok pada 2 sumber ; Nuffnang dan Blogger Stats.
Stats ada pada tab menu yang sebaris dengan New Post, Settings and so on. 
Korang klik je pada "stats" tu, akan muncul page "overview" di bawah. Overview ni adalah keseluruhan atau rumusan.  
Klik pada tab "Posts" pulak akan menunjukkan ranking post dalam blog korang. yang mana paling hangat! hehe.
ke tab "Traffic Sources" lak. ni dikira macam traffic blog korang mostly datang dari mana. oh dan nampaknya blog aku banyak traffic dari blog Dayah. hehe tenx dayah ;)
and lastly, "Audience". korang boleh observe audience blog korang dari mana, guna browser ape, gune operating system apa. 
ramai jugak audience blog aku dari US and Germany.
uissh ni tetibe rase nak sokong Germany. kahkah.
uihh ada audience dr Netherland. ahh aku benci, sebab ko kalahkan Brazil >____<
###########################################################

ok, dah habis tentang Stats in Blogger in Draft. sekarang aku nak kasik promo 1 contest yang member aku buat. die buat contest header pada blog, macam contest aku dulu. die suruh aku masuk, padahal header aku pun hasil dari contest aku dulu. huhu! nak tau lebih lanjut, korang klik banner kat bawah. 

so, aku cadangkan kepada SEMUA peserta contest aku dulu boleh la cuba nasib kat contest mamat ni pulak. hah kucai, aku tolong promo takde hadiah jugak ke? >_______<  



aku dah decide,
aku akan sokong ARGENTINA !!
yeahh Germany vs Argentina malam ni.
arghh argentina dah kalah 4-0.
lepas ni back to Germany !! huhu >____<