(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Monday, August 30, 2010

Kisah Karaoke dan Gath Buka Puasa GB

hye. salam Isnin.

seperti yang diwar-warkan dalam entry Gath GB Buka Puasa lepas, maka Sabtu lepas hadirlah aku ke Gathering ini. aku gerak dari rumah dengan AzizanKadir dan Yus seawal 12 tengah hari OK? jumpa Chaon, Miro, Kech dan kakak adik, dan Nisa di tasik Shah Alam. romantik kan tempat pertemuan? hahaha. disebabkan sampai terlalu awal, maka kami layan Karaoke dulu! yaa, layan 20 lagu yang kebanyakkannya hanya dilayan oleh Yus dan AzizanKadir, hot couple ni. haha.



karok dulu
entah nyanyi lagu apa ntah
the girls
the boys

masa ni, si Yaya violetless tak sampai lagi. lepas tu kitorang terus ke bowling pukul 4 lebih jugak kot. masa sampai dah ramai kot kat bowling tu. Joe siap dah bayar bowling dah. cis, bukan nak tunggu kami! merajuk sekejap aku dengan Joe. haha. maka dengan itu, kami pun buat team sendiri. main 2 game je. kat sini lah aku janji nak jumpa dengan Su'aidah, Innz dan Kaizen. tunggu si Syahid tak sampai-sampai lagi. hish lambat la!


muka penat gila. padahal 1 game tak habis.
feewit. jangan jeles Aie main dgn ktorg. haha
KAMI.
beramai-ramai.


ramai kan? hampir separuh bowling tu dikonker oleh GengBlogger sahaja. yaaa the best lah! dah habis bowling, pergi gerak ke bazaar Ramadhan untuk carik juadah berbuka kat Dataran Shah Alam tu nanti. lepas tu berbuka kat Dataran. woahhh! ramai kot yang berbuka kat situ, bukan kami je taw. sangat meriah dataran tu ok? mungkin sebab lokasi yg dekat dengan masjid kot. aku beli murtabak (wajib, ni pon lepas paw Innz dan Kaizen. huahua), nasi lemak dengan air bandung cincau. tapi nasi lemak, makan tak sampai separuh pun. rugi! tapi naseb baik RM1.50 je. heeeeee.
sebelum berbuka. naseb sempat sampai. haha
Innz, Kaizen dan Syahid yang mengaku dirinya Hellioz.
gyahahaha~ 


dan lepas tu ke masjid dan malam pukul 9.30pm event bermula semula. tapi masa ni dah tak ramai dah. ramai dah chow lepas berbuka. malam tu cuma ada aktiviti Ice-Breaking and Sharing Session je. owh tak lupa juga prank! huahuahua. prank kat siapa? dekat besday boy lah, Yus!


ice breaking. mase ni nak sepak Yus.
prank besday boy, Yus. haha
Su, antara yg plg rapat dengan aku ;)
Eni, baru kenal dlm 2,3 hari. hehe
ijai. artis hari ini. haha
KAMI dan besday boy . TERBAIK!
sebelum pulang


terharu biru encik Yus kami wish dan prank dia. hehehehe. kitorang sayang ko taw Yus. ahakss. lepas tu terus gerak balik sebab dah nak pukul 12am kot. sampai rumah dalam pukul 1am lebeh. tak leh balek lambat, anak dara kan? huahuahua. memang SUPERB! jumpa korang lagi ye? ;)

meh usha entry KOMIK Joe ni. best!






lepas ni buka dengan SoPanass pulak.
yayy!

Friday, August 27, 2010

Dibu pulang, Teh pula pergi.

hye. salam Jumaat.
semalam I ingat, I tak maw update sampai Sabtu, lepas event Geng Blogger. tapi I update jugak, sebab I ada bad news. I tak tau la bad news ke tidak pada korang, tapi agak BAD buat I. korang tengok tajuk korang dapat  agak tak pasal siapa? tak lain tak bukan, kucing-kucing I lah. yang ada 12 - 1 ekor sekarang. kenapa minus 1? meh I cerita.

hari tu, I kecoh-kecoh Dibu I hilang. mesti la I kecoh, sebab kucing I, dapat pulak Dibu faveret semua orang. masa Dibu hilang, rindu jugak I tau. hari-hari dok tanya, "mana la Dibu pegi sekor2 aje?" tapi hari Selase hari tu, tiba-tiba mak I mesej. 
Salam. Dibu dah jumpa kat taska Eva.
Eva tu anak buah I, yang pernah I cerita dalam entry [NI]. yeayyyy! suka gila kot I. room mate I pon terkejut I tiba-tiba menjerit dalam bilik. haha maaf room mate ;) lepas tu terus rasa tak sabar nak balik rumah sebab nak jumpa Dibu si Gebu. 

tapi, bila I balik, dapat pulak berita lain. Teh, anak kucing yang lain, yang berwarna putih tompok oren sikit-sikit, MATI =______= tapi I memang dapat agak dia nak mati, sebab dia sakit. lepas tu langsung tak nak makan. sumbat makan pun tak mau. si Ibu, Ayu tak reti pulak nak menyusukan anak dia tu. bagi ubat dan bagi vitamin, tak lut. sedih. tapi sekarang I risau kalau sakit dia berjangkit ke anak kucing lain, I harap sangat tak. I nak anak kucing I semua sihat-sihat. dugaan jugak jaga kucing ni kan? 

Teh yang atas tu. yang tak nampak muka, yang ada tompok sikit tu.
dengan harapan, Teh tenang di sana. maafkan kami sekeluarga andai terabaikan kamu. sob sob. yang lain, membesar dengan sihat ye!



dulu 8, sekarang 7 anak kucing.
keje dok kira anak kucing je.