(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Friday, December 31, 2010

Contest Facebook Aizuddin.com

Hyeeee. Salam Jumaat.
Okay, contest lagi. Hokhok. Kali ni contest hadiah apa? Domain la. Hek hek. Ok, takyah buang masa. Sila click banner di bawah ye.

Click je, takyah Right-click
Dulu aku cakap tak nak join dah contes LIKE ni, tapi kalau hadiah domain, terus tak fikir dah kata-kata tu. Haha. Ciss, tak tetap pendirian betul la kau Ery T_______T OK, Minimum 5 Likes aku dah dapat. Tapi, aku mengharapkan jasa baik korang untuk tolong vote aku. Harus lah sambil menyelam minum air kan? >____< Macam mana nak LIKE? Ok, ikut steps ye :
1. Like Facebook Page Aizuddin.com
2. Like gambar ni [Ery Farieha Misri
3. DONE !
So kalau boleh dapat jasa semuaaaaaaaaa followers, memang berjaya lah. Ceh perasan, padahal orang lain followers lagi ramai. Heeeeee. Mintak tolong ehh. Puhleeassseeeeee (merayu-rayu sambil melutut) Hikhik. Pada yang dah LIKE, terima kasih banyak-banyak koranggg! Sayang korangggg! Hiiiik. Jangan lupa taw! ;)



kena banyak-banyak promo nih.
phewww.

Penutup Tirai 2010.

Hyeee. Salam Jumaat.
Forever and ever adore Faizal Tahir.
Motif gambar Faizal Tahir? Sebab dia adalah finalis AJL 2010 yang bakal berlangsung 9 Januari 2011 dengan lagu Selamat Malam dan Hanyut. Terbaik kan masuk sampai 2 lagu? ;) Heee. Ok, Hari ni dah 31 Disember 2010. Cuti sempena kemenangan Malaysia vs Indonesia kelmarin (Rabu). Err tak terlambat kan kalau baru nak wish Tahniah kat pasukan bola sepak Malaysia. TAHNIAH ! ;) Semalam dan pagi tadi memang semua blog pun cerita pasal bola sepak, tapi aku tak baca pun. Cuma baca blog awek Khairul Fahmi je. Hahaha. Ramai betul followers dapat secara mendadak. Kau salah sorang? Tahniah. Wakakaka. Aku? Haruslah TAK follow, sebab tak perlu kot? ;)

Penutup Tirai 2010 ni aku nak cerita sedikit kenangan pahit dan manis aku sepanjang 2010 dalam dunia blog. Mention, dunia blog sahaja. Untuk pengetahuan, blog ni dah berusia setahun setengah, iaitu diwujudkan pada 24 Jun 2009. Agak lama, tapi perkembangan blog ni tak banyak pun (macam tuan blog gak la). Haha. 
  • Followers yang bertambah-tambah.
Alhamdulillah, boleh tahan ramai jugak pengikut blog ni. Tak perlu lah bagitau berapa sebab aku pun dah hide widget followers, so kalau aku bagitau, tak guna la hide kan? Hehe. Tapi takde lah ribu riban, juta jitan. Dan boleh dikatakan MOST OF THEM adalah perempuan. Yeahh, tak dinafikan memang perempuan lebih gemar ikut-ikut ni berbanding lelaki. Setuju? Angguk je! Haha. 
  • Loyal Readers.
Alhamdulillah jugak, blog ni dah sampai ke satu tahap yang ada loyal readers. Tak kisah lah, silent readers atau readers yang suka ngomen ngomen. Kalau dilihat dari Top Commentators bawah blog ni, memang berubah-ubah. Tapi Achu tetap berada dalam list. Tahniah Achu ;) Ada yang jenis suka mengomen, yang tu memang tak mustahil la dia tahu pasal kita, tapi ada jugak jenis silent, tak komen apa, tapi macam-macam jugak dia tahu. Macam Ieyna, siap pernah buat review pasal blog aku. Wuuu terharu taw! 
  • Mendapat komen yang agak banyak.
Sebab apa aku kata agak banyak? Sebab takde la banyak macam orang lain yang konsisten dapat komen 50++. Aku kadang-kadang je dapat, depends pada entry. Entry bosan toksah la bajet 50 orang nak komen kan? Hehe. Top entry aku pasal Contest aku, ok tak dikira lah. Entry menarik yang berjaya minat orang adalah entry Cara Blogwalking. 84 comments. Alah, 84 je pun, kecoh macam 100 kan? Hak hak. 
  • Meet up bloggers.
Aku rasa ni lah kenangan paling indah tahun 2010. Hehe. Ramai sangat bloggers yang aku dah jumpa di dunia nyata. Kalau nak list, memang banyak sangat! Semuanya bermula dari event Gatsby. Bloggers yang aku dah kenal dan selalu meet up, itu lah kawan-kawan aku sekarang. Tak akan aku lupakan korang ;) Tapi mungkin satu hari nanti aku akan pencen dari join gathering bloggers ni, sebabnya biarlah rahsia. Hihi. Terlalu banyak event aku melepak dengan bloggers ni. Korang sebagai loyal readers, mesti tahu kan? Hikhik ;) Mak aku pun, kalau tanya aku keluar dengan siapa, tahu dah, mesti kawan blog =D

1st gath Putrajaya
Big Gath TS (takyah carik aku, aku takde. hek)
  • Cash Out Nuffnang.
Mengikut payment history Nuffnang, dah 3 kali aku cash out duit Nuffnang. Tapi tak adalah sekali cash out seribu kan? Hihihik. Sekarang dah tak aktif sangat, so amount pun naik sikit je. Tapi cool je, berblog biar ikhlas kan? Ingat niat asal blogging. Awal-awal blogging tak tau pun pasal Nuffnang, dah lama baru tahu. 

Tengok, last cash out pun Jun. Dah setengah tahun tak cash out. Hahahaha!
  • Serangan anonymous.
Anonymous ni terbahagi 2 : 
1. Anon yang support anda
2. Anon yang hentam anda
Selalu orang terkena yang no 2 lah. Tapi Achu lain, dia selalu dapat anon yang no 1. Biasalah, blog baik, dapat anon pun baik la. Hihihi. Aku, kategori 1 pernah dapat 2,3 kali jugak. Tapi dah tak ingat entry mana. Kategori 2 first time aku dapat dalam entry Lisa Surihani. Biasalah, entry berkait nama artis popular kan? Ada cakap perasan la, apa la. Whatever la anonymous oii. Hahahaha. Walaubagaimanapun, kedatangan anonymous dialu-alukan. Hekhekhek. 
  • Analytics.
Kalau nak cerita analitik blog ni, agak tak konsisten. Sebab aku jarang update. Tapi alhamdulillah, ada lah dapat lebih kurang 100 unique sehari. Kalau update, adalah dapat 200+, Alhamdulillah. Tak banyak pun macam blog korang kan? Hihihihihih.
  • Dapat join Pra-tonton movie dan jumpa artis!
Hah ini pun kerana blog jugak. Kalau tak kerana aku berkawan dengan blogger, aku takkan dapat tiket pra-tonton FREE pakej sekali jumpa artis taw! Pengalaman berharga ni. Hakhak. Baru sekali aku dapat join pra-tonton ni, insyaAllah, kalau ada rezeki, ada lagi kot. Hehe. 

Masa pra-tonton filem Khurafat. Scha sangat tinggi, bukan kami yang sangat pendek T___T

Lagi apa ek? Tu je kot. Selagi larat, aku akan teruskan blogging. Thanx kepada semua yang support blog aku ni, yang sudi berkawan dengan aku ni. Tanpa korang, tak mungkin blog ni akan terus berupdate. Hehe ;) Selamat Tahun Baru 2011 ! Ok thanx, bye korunkkkkkk. 



dari blog jugak aku kenal Mr Ayie ;)
hari ni nak jumpa dia ;D
kalau ada kesempatan, akan join Joe kat Mid.