(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Monday, January 31, 2011

Mandi manda beramai-ramai.

Hyeeeeee. Salam Isnin.
Tajuk ni macam lucah plak. Mandi pun nak beramai-ramai. Mandi sorang-sorang dah ler. Haha. Semalam satu hari sejuk. Mana taknya, masa menaip entry ni pukul 4.30am, hujan tak reda lagi. Phewww. Tak mandi pun sejuk jugak. Ehh, kantoi pulak. Lalalalala ;)) 

Actually, ni cerita lebih seminggu yang lepas. Hahaha :)) Masa cuti Thaiphusam. Sekarang dah nak raya Cina baru nak cerita kan? Kui kui. Yang sebenarnya, aku terlupa pasal cerita ni tapi tadi tiba-tiba teringat. Apa mimpi entah? Eh, mimpi apa tidur pun tak lagi :| Cuti Thaiphusam hari tu, aku dan beberapa bloggers lain pergi bermandi-manda bersama-sama di Sungai Congkak. Bersama-sama gitew, baru lah beramas mesra. Kui kui. Gerak pukul 10am dengan Cik Helena tapi sesat punya pasal, 12 tengah hari baru sampai Sungai Congkak. Padahal bukan jauh mana Sungai Congkak tu dengan Sri Kembangan. Hahaha ~x( 
5 orang tengah berendam, Hamzah + Shara gi melantak habiskan makanan :P
Yang nampak badan dari kiri : Linda, Cik Helena, Andy.
Yang nampak kepala je : Emi dan Aku. Hahaha (macam kura-kura bak kata Hamzah)
Lepas aku, Emi, Linda naik. Dua orang ni dok dating lagi. Andy dah sejuk gila, tu la cikhel tamo hug. Kuikui.


Kitorang berendam dari pukul 12 tengah hari sampai 5 petang kot. Ada lah naik kejap-kejap nak makan, gosip-gosip. Yang beria berendam dari awal sampai akhir aku dengan Emi je. Lain semua duduk atas batu, Cik Helena dah last-last baru nak berendam. Hek hek. Aku berendam pun berpaut pada batu, takut hanyut macam lagu Faizal Tahir tu. Kui kui. Diorang tak habis-habis buli aku. Tarik kaki aku lah. Grrrr ! Nasib tak tenggelam taw !

Ok semua dah naik. Masa ni proses keringkan baju. Haha.
Beza gambar atas dan bawah ; Andy dah bertukar menjadi Shara. Kui kui.
Baju aku besar kan? Selamat dari kelihatan sexy :P
Lepas dah kering baju, dan salin baju, maka kami pun berangkat pulang. Takde lepak-lepak pun, sebab Emi balik kampung lepas tu. Cik Helena pun kata tak leh lama-lama. Balik tak sesat. Hehehe :D 

Fariq soh aku buang, tapi aku taknak. Blur kan je boleh? Haha. Ce teka gambar apa? :P






gambar semua kredit to Shara.
seronok dapat mandi sungai,
dah lama gila tak pergi sungai, bertahun !

Maher Zain - Insya Allah (Malay Version).

Hyeeeeeeee. Salam Isnin.
Mesti ramai kan yang suka lagu Maher Zain - Insya Allah ni kan? Dulu, wartawan pernah tanya kat dia, bila nak buat dalam Malay pulak? Dia kata, Insya Allah akan buat. Tertunggu-tunggu jugak aku. Dan, 29hb Januari 2011, sudah upload kat Youtube, Malay version. Yeahh. Jom layan ;) 

Lirik :

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah… InsyaAllah…
InsyaAllah… Ada Jalannya… 

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…

[chorus]

Kembalilah….
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah…
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar…Jalan yang benar..
Jalan yang benar…

[chorus]
Nice job Maher Zain. Lagu Insya Allah ni dah pelbagai version kan? Beliau memang terbaik! ;) Yang bestnya, pronounciation (wey betul ke eja ni? Belit belit nak eja) dia terbaik lah. Takde lah pelat sangat. Suka suka! :)


gaya, mutu, keunggulan.
aku rasa blog aku dah takde gaya, mutu dan keunggulan =___=