(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Friday, October 14, 2011

Review : The Thing

Hyeeeeeee. Assalamualaikum!

Lama tak update. Pheww! Hari Selasa lepas, aku pergi Midvalley for Preview Screening The Thing. Thanx to Akmal Seksi sebab pass tiket tu ke aku sebab dia tak dapat pergi, ada kelas. Kihkihkih. Dapat 1 pair tiket, aku pergi dengan Abam lah, sebab Abam dekat je dengan Midvalley. Huehuehue! By the way, cerita ni dah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara. Ewah, macam iklan -____-

The Thing
Genre : Horror-Mystery-Sci-fi

Mula-mula aku pon tak pasti cerita apa ni. "Thing" apa tu pon tak tau. Rupa-rupanya cerita tentang Alien. Mereka tak tau namakan benda tu apa, so jadi la "The Thing" je. Herherher! Sebelum aku bagi review aku, meh baca sinopsis dulu.
Synopsis
Antarctica: an extraordinary continent of awesome beauty. It is also home to an isolated outpost where a discovery full of scientific possibility becomes a mission of survival when an alien is unearthed by a crew of international scientists. The shape-shifting creature, accidentally unleashed at this marooned colony, has the ability to turn itself into a perfect replica of any living being. It can look just like you or me, but inside, it remains inhuman. In the thriller THE THING, paranoia spreads like an epidemic among a group of researchers as they’re infected, one by one, by a mystery from another planet. Paleontologist Kate Lloyd (Mary Elizabeth Winstead) has traveled to the desolate region for the expedition of her lifetime. Joining a Norwegian scientific team that has stumbled across an extraterrestrial ship buried in the ice, she discovers an organism that seems to have died in the crash eons ago. But it is about to wake up. When a simple experiment frees the alien from its frozen prison, Kate must join the crew’s pilot, Carter (Joel Edgerton), to keep it from killing them off one at a time. And in this vast, intense land, a parasite that can mimic anything it touches will pit human against human as it tries to survive and flourish.
*Copy paste je sinopsis* HAHAHAHAHA. Dan sekarang korang layan pulak trailer dia.


Review dan komen:
Bagi aku, jalan cerita movie ni agak membosankan. Boleh predict apa akan jadi seterusnya. Tapi lainnya cerita ni, sebab dia takde hero, tapi ada heroin iaitu Kate. HAHAHA. "Thing" yang mereka jumpa kat Antartika sana tu, memang ganas dan spesis membunuh. Bukan setakat membunuh, tapi mampu immitate (meniru) sel lain, contoh sel manusia. So secara fizikal, dia akan muncul sebagai manusia, tapi bila dah terjumpa mangsa lain, dia akan berubah jadi "The Thing" dan makan mangsa yang lain. Dan benda ni berjangkit, dan sorang-sorang akan mati. Sama ada mati kena makan The Thing, atau mati kena bakar sebab disyaki akan menjadi "The Thing".  Akhirnya, cuma Kate (Ahli Paleontologi) je yang terselamat. 

Simple kan review aku? Sebab ceritanya pon simple. Kalau nak tau lebih jalan cerita dia, korang tengok lah sendiri kat pawagam. Tertidur jangan salahkan aku. HAHAHAHAH. So secara overall, aku bagi 2/5 stars. Next movie : Paranormal Activity 3. YES! Wajib tengok. Thanx to Akmal again, sebab pass ke aku lagi. HIHIHIHIHI. 

Sekian. Wassalam!



Bulan ni bulan seram ke apa?
Semua nak cerita seram je T____T

Friday, September 16, 2011

Review Filem LIBAS

Hyeeee. Assalamualaikum!

Okay, pada hari Rabu lepas (14 September) , aku pergi ke Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media untuk filem LIBAS. Terima kasih kepada BeanMoreno sebab bagi tiket kepada aku, dan thanx to Kak Zarien sebab bagitau aku pasal tayangan ni. HEHE.


Filem LIBAS adalah sebuah filem bergenre Aksi Komikal arahan Jurey Latiff Rosli di bawah produksi MDAG.  Ini merupakan filem pertama dari MDAG yang sebelum ni banyak terlibat dalam drama dan telemovie sahaja. Antara pelakon utama filem LIBAS : Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Johan RajaLawak, Adam Corrie, Zek Zamri dan Yuswaisar. Bakal ditayangkan di pawagam 29 September 2011. 

Sinopsis LIBAS :

Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti… Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya.
 Trailer LIBAS :


Review dan pandangan aku sendiri tentang filem LIBAS ni :

1. Jalan Cerita LIBAS
  • Jalan cerita LIBAS bagi aku adalah menarik. Jalan cerita yang teratur, tidak buat orang pening kepala, ditambah dengan unsur humor membuatkan filem ni menjadi lebih menarik. Ada sahaja bahagian yang akan membuat korang tertawa dan tak rasa jemu dengan filem ini. Durasi filem ni adalah 2 jam. Agak lama kan? Tapi aku sikit tak terasa 2 jam tu sebab sangat best dan kelakar. Tapi filem ni bukan humor semata, tapi ada pengajaran disebalik filem ini, bagaimana mereka berjuang demi bangsa dan negara (sesuai dgn musim kemerdekaan sekarang ini), bagaimana seorang anak muda yang tidak pernah kisahkan tentang permainan tradisi ini sanggup berjuang hingga ke titisan terakhir! Untuk jalan cerita aku bagi 5/5 bintang! *THUMBS UP* 

2. Barisan Pelakon LIBAS
  • Hero filem ini adalah Rosyam Nor, lagenda negara! Heroin pula Scha Al-Yahya. Filem ini mula dibuat pada tahun 2009, yang pada masa itu zaman kegemilangan Rosyam Nor, dan dunia baru bagi Scha. Walaupun pada mulanya ada sedikit awkward gabungan Rosyam dan Scha, tapi aku sangat berpuas hati dengan lakonan mereka. 
  • Johan pula adalah penyeri filem ini. Tanpa Johan, mungkin filem ni akan menjadi satu filem yang serius, kerana kita pon kenal Rosyam Nor dengan lakonan seriusnya. 
  • Lakonan Adam Corrie, Zek Zamri dan Yuswaisar sebagai watak antagonis adalah yang terbaik! Kalau Rosyam Nor ada Johan, Zek Zamri ada Yuswaisar yang membawa watak humor. Semua adalah kelakar!

3. Teknik CGI LIBAS
  • Sepanjang menonton filem ni, ada sesetengah bahagian efek CGI adalah tidak smooth dan melampau. Tapi ini kan movie Aksi KOMIKAL, so memang akan ada part yang tidak logik. Komik/kartun ada yang logik ke? Tidak kan? =) Efek CGI yang melampau memang boleh buat korang ketawa, asalkan korang set mind korang ini filem Aksi KOMIKAL , bukan Aksi sahaja. 
  • Ini juga merupakan filem pertama MDAG, jadi mereka masih mentah dalam pembikinan filem, dan teknik CGI. Kenapa perlu dipertikaikan efek CGI yang melampau, sedangkan bila tengok Shaolin Soccer, korang mampu ketawa? Tak berkata apa-apa? =)

Oh ye, berkata tentang Shaolin Soccer, memang pengarah filem LIBAS sendiri sudah bersedia dengan persoalan itu. Beliau mahukan kelainan dalam filem industri kita, yang memang aku sendiri tak pernah tengok filem macam ni dalam Malaysia. *THUMBS UP* Bila tengok komen trailer pon, ramai dislikes dari likes. Bagi aku, aku cadangkan korang pergi tengok dulu 29 September nanti. Pasti korang puas hati ! 

Overall rating untuk filem LIBAS : 4.5/5 stars. 

4.5 stars tu tinggi, sebab sejujurnya, aku jarang bagi stars yang tinggi pada movie. Memang BEST filem LIBAS ni. SERIUS! 

Sekian. Wassalam !