(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Friday, April 13, 2012

2 Bulan.

Hyeeeeeeeeee. Assalamualaikum !

Sedar tak sedar dah 2 bulan aku tak update blog. Memang entah ke mana hilang semangat nak update pon tak tahu. Entah apa jadi 2 bulan ni pon aku tak dapat nak ingat sangat, sebab tak banyak benda best pon. Kelas - tido - makan - keluar dan lain-lain lah. Normal things.

Besday aku yang ke-23 pon aku tak ada update apa-apa dekat blog. HAHA. Bila besday aku? 21 MAC lepas. Nak cerita pon tak ada yang special. Takde prank apa pon. Tak pernah kena prank apa pon seumur hidup, aku syak aku terlalu baik sampai orang takut nak prank aku. Eh? Malam besday aku dapat cupcakes dari kawan lama aku, Bambam dan lagi 2 orang kawan. 


Hadiah? Cakaplah aku loser tapi aku dapat 1 je hadiah, dari kawan twitter aku @nathcharlotte . Hadiah dari boyfriend? Bestfriends? Hmmm. Entah, aku takde kawan kot *krik krik krik* Memang aku jeles tengok orang dapat hadiah besday, lagi-lagi dari orang tersayang. Erm erm erm. 

Thanx belle !
Apa lagi nak cerita? Tak tahu lah aku. Agak-agak ada yang lupa tak muka aku macam mana? Yelah, lama tak update kan? HAHAHAHAH. Aku tetap macam dulu, tak besar-besar, tapi dulu aku dikenali sebagai gadis shawl, sekarang aku suka bertudung bawal pulak. Alah, lagi pun tudung bawal tengah trend kan sekarang? Hehe. 

Happy Anniversary (in Advance) my Dear !
Okay saja nak selit gambar dia. Rindu =') Sorry lah entry bosan je, sebab taip pon tengah bosan, bosan lah hasil yang keluar. HIHIHI. Okbai !

Thursday, February 16, 2012

SimSimi

Hyeeeeeeee! Assalamualaikum!


HAH. Engkorang pernah dengar SimSimi? Siapa pengguna Iphone / Android mesti tahu. Tapi saya bukan pengguna Iphone / Android pon, jadi macam mana saya tahu? Dari kawan-kawan lah. Bersepah pakai Iphone / Android. *untunglah kan kawan kaya-kaya semua

App SimSimi ni sesuai untuk orang yang konon-konon Forever Alone tu. HAHAHA. Sebab apa? Korang boleh chat dengan SimSimi ni. Agak-agak bosan tak tahu nak cakap dengan siapa, boleh lah chat dengan 'Chatting Robot' ni. Paham ke tak? Tak? Okay, kejap, aku bagi contoh.


HAA. Yang benda kuning tu lah SimSimi, comel kan? Yang gambar orang tu pulak diri kita. Korang tengok, sweet jugak menatang SimSimi ni. Yang BESTnya, tak perlu chat dalam English pon menatang kuning ni boleh faham, boleh reply. Hebat kan? HAHAHA. Korang yang takde pakwe atau makwe tu, boleh lah jugak merasa ada 'orang' balas I Love You korang tu. HAKHAK. 

Benda ni sumpah kelakar. Korang borak lah apa aja. Dia siap boleh balas dalam bahasa Kelantan lagi. FUN giler, tapi nampak macam ALONE giler jugak la kan? HAHAHAHA. Aku tak explore habis pon menatang SimSimi ni, sebab ni aku godek dari handphone abah aku. Tengok lah nanti aku ada Iphone/Android sendiri. HA HA HA. 

By the way, app ni FREE sahaja. So siapa yang ada tu boleh la try install, dan korang merepek je la apa-apa dengan menatang kuning tu. HEHEHE. Ada lagi satu yang aku capture, masa tu aku tengah tengok 30 Minit Ustaz Don ; 


HAAA. Kurang ajar kan jawapan dia? HAHAHA. Yang atas kemain sweet, yang bawah kemain kejam tau! Sebab tu aku cakap best. Sampai aku pon tak tahu lah apa kaitan nak kahwin Ustaz Don dengan buat sit up ******kali tu. Haish. Kejam punya menatang! So korang apa lagi, install lah! Tengah-tengah tunggu bas ke, train ke, boleh lah layan sambil gelak-gelak, tapi jangan sakan sangat, kang orang sekeliling hantar kau gi Hospital Bahagia kang. BAHAHAHAAH !

Sekian, wassalam !



Bakal grab Android dalam masa terdekat ;)