(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Wednesday, August 17, 2011

Video Klip & Lirik MAX 24:7 - Cinta 24:7 .

Hyeeeeee. Assalamualaikum !

LOL. Rajin pulak aku update. Tak tau mana datang mood tu. HAHAHA. OK, kelmarin aku update pasal Boy Band named Forteen; dianggotai Jejaka-jejaka Jambu under KRU. Kalau dah KRU, mesti lah Jambu kan? Kehkeh!

Okay, sekarang nak update pasal M-pop lagi satu ni, aku tak pasti lah under recording studio mana. Tadi Taufiq kecoh-kecoh kat Twitter pasal VC M-pop ni, aku pon sibuk-sibuk la kan? So, aku pon bukak la blog Papanda ni, ada update pasal M-pop ni.

Apa lagi, aku pon layan, ERR tengok la VC tu. Starting pon dah macam apa T_____T Lagu pon tak sedap, at least Forteen lagu sedap bhai ! Errr, tengok la siapa kan, KRU kot. HEHE. Nak tengok? NAH lah, tengok lah. Kehkehkeh!




Lirik :
Dua empat tujuh ku cintamu
Dua empat tujuh ku cintamu
Apa yang kutahu, apa yang kau tahu
Waktu kecil dulu, sesama tak tahu
Apa yang perlu kau tahu (autotune)aku sudah rasa rindu
Bila kau tiada di sisiku

Menyukat tirai lama
Aku rasa tak perlu
Kini sudah dewasa kurang rasa malu
Apa yang kau perlu tahu
Aku sudah rasa rindu
Bila (autotune) kau tiada di sisi kuu (max autotune)

Ho wo wo wo (autotune)

Chorus:
Terus terang ku katakan
Aku sudah jatuh cinta
Ini semua takdir Tuhan 
Kerna Dia sayang kita

Rap:
Oh sayangku yang ku cinta
Ku korbankan oh segalanya
Dua puluh empat tujuh sepenuh waktu
 
Tiap detik bersamamu 

Sayang janjilah padaku
Cintamu oh hanya satu
Tiap jam tujuh hari
Oh baby, baby, baby, baby...

Hari Isnin, ku tahu namamu
Hari Selasa ku kenal dirimu
Hari Rabu ku mendekatimu
Hari Khamis ku merindu kamu
Hari Jumaat mendoakan kamu
Hari Sabtu mencintai kamu
Hari Ahad ku keluar denganmu
Dua puluh empat tujuh hanya untuk kamu


"Updated lyric. Entri Asal Disini Video Klip dan Lirik Rasmi Max 24:7 - Cinta | BLOG ARCX13.COM "


LOL. Tengok lah lirik dia. Hakhak. Tak nak lah aku komen lebih-lebih. Tapi aku rasa, diorang ni mesti tak tahan lama. Sebab apa? Sebab ramai, sebab macam terlalu meniru K-pop, sebab poyo (opsss!) dan bermacam sebab lagi, korang pikir lah sendiri ! Kehkeh!


Alloy, Kim, Hans, Mirul, Virgo, Imtiaz.
Fifie, A'ar, Eykal, Jaq, O'b, Tameen.

Haa. Tu lah ahli Max 24:7 ni. 12 orang kan? Tiru SuJu kan? HIKHIK. Tameen? Orang kata ala-ala nama artis Korea, Taemin. Eh yeke? Macam kicap Tamin ye la kot. EH. Ekekekekeke! Haaa korang cuci la mata tengok mana paling kacak. Bagi aku, Ariz Forteen tetap paling jambu. AUMMM~!

Apa-apa pun, 'Semoga Berjaya' Max 24:7 ! Mana lah tahu, rezeki orang kan lain-lain. HEHEHE. Sekian, wassalam !



Kenapa Ariz tak approve request aku? OH kuciwa~

Monday, August 15, 2011

Forteen - Berdua Bersatu

Hyeeeeee! Assalamualaikum!

Kahkah! Eh pe jadah tetiba gelak kan? Okay, korang pernah dengar nama band atas? Forteen. Pernah dengar? Tak. OK, meh aku kenalkan. Kenapa "Forteen" ? Umur 14 tahun ke? Magaddd, takkan kot kan? Yang tu aku pon tak tahu. Aku rasa lah, sebab band ni ada 4 orang yang mewakili "Four", dan mereka semua remaja - "Teen". So jadilah Forteen. Betul tak? Eh tu FOURteen. Tapi ni FORteen. Oh, "Untuk Remaja" mungkin? Kahkah!

Tadaaa! Ni lah Forteen.
Kiri : Izzue Islam, RizzuOne, Ariz, Ameerais. 

Amacam? Cukup Jambu? Kehkeh! Ceritanya gini, pagi tadi, macam biasa, sebagai seorang Nocturnal, aku usha lah FB sambil upload stock baru kat online shop aku. Pastu ternampak lah si Izzue ni post video band dia. Oh ye, aku dapat friend dengan Izzue kat FB sebab aku tengok dia dari cerita Cita dan Cinta. *angkat2 kening*

Atas bawah je post kitorang taw! Kekekekeke. Tapi hampa, aku tag Izzue tak dilayan. HAHA

Aku tahu memang RAMAI tak tau band ni. Aku pon secara tak sengaja tau. Band Forteen ni under KRU. So selain VIP (band Adam) ni lagi satu boy band under KRU. Haha. Aku tertarik dengan lagu diorang sebenarnya. Aku pernah dengar lagu diorang kat radio, tapi tak tau siapa nyanyi. Diorang rupanya. Sedapnya suara Ariz! *melting* Ce dengar, sedap gak lagu dia, tapi SORRY to say, diorang macam over act dalam VC ni. HUHUHU. *Update : VC diorang dari MTV, KRU dah copyright. So tak dapat nak share lagi. HUHU*




Ariz adalah yang paling jambu. Putih, bibir pink. Phewwww!~ Tapi sayang, agak "kurang" ketinggian T______T Sama tinggi je dengan Rizu OIAM. Kekekekeke. Tapi tetap comel. Wewittt !


Ariz kedua dari kiri. Merah betei bibir WUUU


Orang kata, dorang ala-ala Kpop. Eheh. Ye kot. Kot. Tapi Ariz suara dia sedap jugak. Dalam VC tu dia yang starting, sedap suara. Dia dengan RizuOne je banyak nyanyi rasanya. Hehehehe. Mesti ramai tak suka kan? Tahu dah lumrah dunia. Kehkehkeh! Okay lah, tu je aku nak cerita. Siap download video diorang lagi, nak hafal sikit-sikit gerak geri diorang. Siap ada "Peace" lagi. ^^y

Oh ye, sekarang aku agak busy handle page online shops aku. Aku dah tambah stock jual baju, bags and kasut. So you're welcome to view it - http://www.facebook.com/FamousShoppe - Oh lupa jugak nak kredit, gambar-gambar boy band ni aku ambil dari FB diorang - http://www.facebook.com/pages/Forteen/158987270829685 - Sila-sila lah cuci mata ye! Hikss!


*melting*





Sekian. Wassalam!



Baru add Ariz kat FB, approve tak eh agak2? :P

Thursday, August 11, 2011

My Favorite Smurf

The Smurfs

Hyeeeeeeeeee. Assalamualaikum !

Oh WOW ! Aku update blog? This is so amazing ! HAHAHA. Hey, tadi jengah Nuffnang, dan I was like "OMG!! Ada contest untuk tengok Premiere Screening The Smurfs!" Aku dah tunggu lama gila kot bila movie ni nak keluar. Kenapa aku nak tengok, mereka adalah makhluk biru yang comel ! 
Synopsis :
The Smurfs make their first 3D trip to the big screen in Columbia Pictures’/Sony Pictures Animation’s hybrid live-action and animated family comedy, The Smurfs. When the evil wizard Gargamel chases the Smurfs out of their village, they’re forced through a portal, out of their world and into ours, landing in the middle of New York’s Central Park. Just three apples high and stuck in the Big Apple, the Smurfs must find a way to get back to their village before Gargamel tracks them down.
LOL. Mereka tersesat ke New York and mereka perlu balik segera! Okay, ini soalan yang diberikan Nuffnang untuk dijawab. Disebabkan tajuk "My Favourite Smurf", so disuruh tulis bagaimana "My Favourite Smurf" itu akan menolong yang lain balik ke alam mereka semula? 

So aku nak jawab, My Favourite Smurf is Papa. Dah nama Papa harus yang paling tua kan? Kalau dalam poster atas, Papa yang depan sekali. Yang "HOT" sekali sebab pakai seluar merah !

PAPA !
Papa adalah yang paling tua, dan Papa lah yang paling layak lead mereka semua, kerana apa sahaja Papa kata, pasti yang lain akan turut kata. Tetapi walaupun Papa ketua, Papa masih memerlukan bantuan Smurfs yang lain untuk mereka pulang. Brainy (specky) akan memikirkan strategi bagaimana mereka mahu meredah New York, dan kembali ke tempat dari mana mereka datang (air terjun) . Gutsy akan membantu melakukan kerja-kerja fizikal kerana tubuh badan yang gagah, walaupun kecil ! Smurfette (satu-satunya perempuan) boleh melekakan musuh dengan taktik menggoda. LOL! 

Segala perancangan akan disemak dan dipastikan oleh Papa. Yang utama, mereka harus mencari jalan bagaimana kembali ke tempat dari mana mereka timbul dalam dunia (New York) itu. Good luck The Smurfs !


Jom layan trailer The Smurfs, dan korang mesti enjoy tengok binatang-binatang (binatang ke?) biru ni !


Sekian. Wassalam!