(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Sunday, February 28, 2010

I'm desperado !

esok ade midsem test Spektroskopi Asas
bace tak habis
nota tak full
byk kelas ponteng tak datang
bace nota online pun tak paham
ape yang aku blaja sbenanye spektro ni?
okeh.
dah taktau nak buat ape
tawakal je, tapi takde usaha
aku pasrah dgn spektro
tolonglah mencintaiku diri ku
aku sangat desperate ! 

Ahh !

ahhhh ! 
sumpah jeles ! 
dgn paintball gath yg Melz anjur. lagi jeles bila tgk gmbr mereka. 
heppp ! 
mr chenta da la pegi tak bagitau. haipp ! 
maw kene neh ! grrrr !~
kalo tak leh soh mr chenta jemput kat ukm .
hakhakk (amek kesempatan kejap)

huh. takmo tgk pic mereka dah.
cepatla lega kehangatan paintball gath nih.
nnt kang sorg2 update.
ahhh ! 
da la kempunan nak men paintball walopon sgt PAIN
hehh. huhh.

entry berbaur kejelesan sgt kuat yep !
sbb da dkt 3-4 gath tak sempat jgk join !
ciss ! marah kt diri sendiri !
hepp hepp !

ehh dahla ery.
takyah emo. 
takde rezeki la tu.
nanti de rezeki berjumpa lah kite semua.

note: boleh x bace text diatas dgn nada bersajak? cube lah ! ^___~

hoiiii. study tak habes update belog lagik. hehh.

tajuk sikit tak kene ngena ngan entry ni. tajuk tu sbg amaran kpd diri sendiri. tapi amaran tu mcm tak bg kesan je? isk isk isk T____T

skrg kolej aku sibuk berkarnival. ade la 1 booth Herbalife. penah dgr x? mesti penah kan? die mcm program menguruskan / menambahkan berat bdn, kurangkan calories dan bla bla bla ... macam2 lagi lah. aku pun pergi lah. byr RM 2 utk check semua2 lah, bukan stakat berat. disbbkan record tu die simpan, so ape yg ingat dlm memory 1GB aku ni, antaranye :

tinggi (agak2 sendiri je) - 150 cm (uih kemetotnye aku?)
berat - 43.8 kg (genapkan jd 44 kg la. beratnye T____T )
jisim tulang - 1.7 kg (standard)
peratus lemak - 20.4 % (lbh krg la kot)
peratus air - 55.5 % (standard jugak)

dan yg paling penting .......

umur badan - 17 tahun a.k.a SEVENTEEN babe ! 

okeh, yg umur badan tu plg teruja kot ! 4 tahun lebih muda yooo ! (dah terkantoi umo sbena T__T ) tak sangka jgk, sbb aku ni bkn jenis aktif. tp bdn muda dr umur. awww sukenye i ! mmg betol jangkaan aku dulu, berat aku menaik. dulu 40kg je. hehhhh. tak silap aku, aku ni dah berat normal kot.
hah betol la ! sumber http://www.nhlbisupport.com/bmi/

tapi org tetap cakap aku KURUS (pdhal byk lemak sane sini). org Herbalife tu kate aku kene tambah berat lagik. ahh takmo aku ! dah betol la berat aku dgn tinggi aku ni. 
jadi, jagalah badan anda. bia nampak muda selalu. kerapkan minum air sbb air yg byk membantu pembakaran lemak. kurangkan makanan berlemak. jaga badan bukan utk cantik semata2 tp kesihatan ! tu yang penting. mungkin inila hikmah pendedahan dr mak aku. die mmg jage makan & sll amek supplements. so, dah terbiase sejak kecik. dan insyaAllah, aku akan maintain sampai ke tua macam mak aku ^____^

note : skrg korg blh imagine, betapa kemetotnye aku T______T

Rupa paras. Penting ke? Ye !

hehh. soalan sendri tanye, sendri jawab. tu la dinamakan syok sendiri. hahahaha.

rupa paras yg aku maksudkan ni bukan utk buat pasangan, tp dlm berblog. rupa paras ni penting dlm berblog? kalau chantek @ kachak, trafik tinggi ke? lagi pulak kalau setiap post mesti nak tempek muke sendri yang perasan chantek @ kachak itu. boleh buat semua gadis dan jejaka mengusha pic itu. cuci mata beb ! keindahan ciptaan Tuhan. heeeee. 

bg aku, die takdela penting mane. tp ade jugak la kesannya. lagi pulak kalau pakej - chantek @ kachak, kaya, pandai, ramah .. mesti ramai nak jengah kan? tapi kalau stakat chantek @ kachak tapi tak penah nak beramah mesra dgn bloggers lain, cam tak best jugak. kan kan? sape stuju tarik bulu roma. mesti ramai tak sanggup tarik. hakhakkhak. 

mcm belog Hanis Zalikha. orgnya sgt chantek. sgt kaya. pandai. sgt bergaya. cara penulisan pun sempoi je. suka jugak aku bace belog die. tp stakat ni die x pernah terjah blog aku lagi kot? aha. cik Hanis, sila terjah blog saye skrg. ahaksss. (mane taw lepas ni die terus terjah & komen ke?) tak ke bangga sekejap cik Hanis terjah? kehkehkeh. 

mcm belog ncik Seiryue ni jugak. orgnye kachak. (sila blanje Domino's pasni.hakhak) tp tak pasti die pernah taruk pic die kt blog atau tidak. blog die best. byk tips. byk persoalan kontroversi. ngeeeee. juge pengelik setia nuff. heeeee. 

same jgk mcm belog Zack Zuhairi. kachak juge. awek pun chantek. penulisan berkualiti. suke buat kartun. comel beb ! pandai pulak tu. study oversea beb ! heshh. bro Zack, bile nak bwk saye ke Jepun? tinggal angan2 je lah T______T 

ni je la 3 cth aku nak bg. kot2 korg ade blog yang best nak dishare, meh la share link mereka kt cni. 

so kesimpulannya, penting ke tidak paras rupa dlm blogging? jwpnnye, TAK lah. penulisan itu lbh penting. (bile la aku nak ade bakat dlm menulis ni? eh aku tak menulis. menaip je, patut tade bakat T__T )


note : tak habis study lagi dah update belog. kau mmg carik pasal Ery T___T

Saturday, February 27, 2010

Saya dah menang !

aku baru je bangun tido ni. semalam tido lambat, bangun awal. sbb da janji ngn member nak lepak same2 Temasya Highlanders kt kolej aku ni. mcm biase, bila bgn aku check shoutmix tu. yelah, tgk2 kot ade org tinggal pesan pape ke an. tengok tengok : 


aku terbace yg si ejaa tu tulis dulu (dalam kotak ijau), aku tertanye2, "ehh aku menang ape lak ni?". boleh terlupa pulak ade masuk contest kan? ahaha. mmg mamai br bgn tdo. pastu bru terbace msg uncle tuh. (kotak itam) waaaahhh trus berdebar2 an nak bukak page uncle


woh ! tempat pertama tu. maksudnye tmpt pertama dpt CD jejakahot FT itu + pacak banner kt blog uncle for 3 weeks. dpt CD itu yg penting okeh. ahaa. suke2 ! ni mungkin gara2 doa Senah ni. hakhakhak tahniah jugak utk ejaa (my referrer-tanpa ko,aku xtau ade contest cd FT ni.thanx babe.jgn sedeh lak x dpt cd ek?) dan lg 3 pemenang dpt pacak banner kt blog uncle

okeh, stop dlu. baru lepas mesej uncle. so, insyaAllah minggu dpn dpt la cd FT tu. boleh lyn sampai lebam. hoyehhh !! 

Friday, February 26, 2010

Kawan, maafkan aku *mood : sedey + dilema

kawan,
maafkan aku.
aku tidak mampu memenuhi hasrat mu.

kawan, 
sudah lama kita berkawan
sejak 2006 kan? 
jadi,
sudah 4 tahun.

kawan,
aku tidak menyangka perkara ini akan berlaku.
kita sangat baik,
dan aku menganggap 
kau kawan baik ku.

maafkan aku kawan.
aku tidak bersedia.
sekarang,
aku rasa kekok dgn kau.
aku juga dalam dilema.

aku sayangkan persahabatan kita,
dan bila kau mengatakan itu,
friendship kita jd hambar. 
kau dan aku
tidak lagi bertegur.

kau malu?
maafkan aku.
aku tak sanggup menyakiti kawan ku.
tetapi aku terpaksa.
rela kan semua ini berlaku.

maafkan aku kawan.
kau tau kau siapa.
semoga kau beroleh kebahagiaan,
tapi bukan dgn aku.
maafkan aku.


::: aku sanggup kehilangan boyfren, tetapi tidak kawan.

Rasulullah Junjungan Umat Islam

salam. (ceh baik je)
aku rase semua tau kot jumaat iaitu esok, Maulidur Rasul. kalo yang taktau tu, ni aku bgtau. so, dpt la cuti. cuti panjang lah kirenye. dr jumaat - ahad. kalo korang perasan, mmg byk perayaan jatuh hari jumaat kan? kan kan? lg skali, Maulidur Rasul pun jatuh hari Jumaat. alhamdulillah, baguslaa. jumaat kan hari yang mulia kan? =) bawah ni lirik nasyid Cahaya Selawat oleh Rabbani,Raihan,Hijjaz,Saujana,Nowseeheart,Mirwana dan lagi kumpulan nasyid. 
download klik sini  

Cahaya Selawat

Ya nabi salam alaika
Ya rasul salam alaika
Ya habib salam alaika
Solawatullah alaika

Ya rasul kau bawa cahaya
Menyinari alam buana
Bumi tandus
Subur kembali
Rasa gembira di hati

Lahirmu membawa rahmat
Memimpin ke jalan selamat
Akhlakmu yang sungguh memikat
Contoh buat seluruh umat

Mulianya pengorbananmu
Kebaikan yang kau seru

Biarpun halangan menimpa
Namun dirimu tetap tabah

Ya Muhammad yang berjasa
Quran dan sunnahlah pusaka
Menjadi panduan manusia
Untuk hidup aman sentosa

tadi balek2 je lepas test Polymer, bukak playlist winamp. deret2 lagu nasyid play. baguss ahh winamp aku nih. tau2 je esok Maulidur Rasul. hehehe.

oh ye. 26/2/2010 ni jugak besday dia. sape dia? bace lah entry satu dan dua ini. bace ikot urutan ye. satu dulu baru dua. sape bace dua dulu p skola tadika balek. hakhakhak. 
so, just nak wish him Happy Birthday. wish u all the best. eventho we still be fren, tp tak mcm kawan jgk. dulu, kapel tapi mcm x kapel. skrg, kwn tp mcm x kawan. ape2 pun, saye wish awk happy selalu. 

kisah 11 Januari tetap tak dpt dilupakan.

Wednesday, February 24, 2010

Sampai hati u buat i macam ni?

video

meh tgk. besttt. ni kisah cinta. tgk lah dlu, bru nak taw meleleh air mate ke tak.

aku dah tgk.

mmg meleleh air mate aku.

hehhh. tak tipu laa.

Oh jejaka idaman ! dimanakah kamu? | Part 2 |

bersambung dari entry first. ingat nak stop kat ctu je. tp bile tgk komen, ika ckp semua perempuan nak laki mcm ni. so, aku nak sambung la entry aku psl Jejaka Idaman ni. mungkin la kot  ape yang aku tulis tu umum sgt. so, entry kali ni aku nak detailkan lagi. hehe. 
last hari tu no 5. okeh sambung no 6. nak cukupkan 10 ^__^

6- laki yang mature sikit. sikitttt je.
mature sikitt maksud aku ni UP sikit la dr perangai budak2. kalo perangai gedik2, manje2 aku tak kisah sgt asalkan pemikiran die matang. tau nak pk cmne nak wat itu ini. tau cmne nak solved masalah, bukan lari dr masalah. 

7- manje sikit. sikittt je.
aha ni lg SIKITTT. sbb kdg2 aku realize, laki manje ni lebeh caring terhdap pasangan die. manje sikittt je ok. takley lebeh, psl aku nak manje lebeh. lalalalalala ~ 

8- anak tengah / sulung
kalau boleh, KALAU BOLEH aku nak laki anak tengah atau sulung, sbb aku kan bongsu ! disbbkan da de pengalaman coupling dgn anak bongsu, tak bpe nak ngam lah ! jap g die majuk, aku majuk gk. aku majuk, die majuk gk. tak ke susah tu? T__~ (tp lately asik kenal ngn laki bongsu je T_____T )

9- lelaki cool
 lelaki cool bukan laki pendiam. hehe. kirenye aku xnak laki baran. (sape nak pun?) tp aku rase ni mcm susah nak measure sblm kawen. kalo da kawen, baran laki mmg sng nampak sbb hidup bersame kan?

10- suke baby & kucing
ni lagi la penting. sbb kalo da kawen mestila nak baby. sbb aku suke sgt baby. jage baby pun aku suke jugak. bkn stakat main2 dgn baby je. tp pd aku, laki yg suke layan baby yg aku suke. kalo tak reti nak jage sgt tu, aku tak kisah. tp suke layan baby. 
 larat ke nak jage ni? hohoh
suke kucing penting jgk. tp bkn main point lah. die kne gk suke kucing. sbb aku sgt2 lah gila kucing. tp laki tak ramai yang takot je. cume taknak la laki yang suke2 nk halau kucing, sepak2.

tu je lah. tah ape aku merepek tahh. nk pk 10 ciri laki idaman pun susah. hahahahaha tu cume jejaka idaman. kdg2 tak dpt pun ape kite nak kan? siape yang dijodohkan dgn aku, aku terima dgn redha Illahi. =)

Web browser ape yang best dan senang ek?

1 soalan je :

web browser ape yang best dan senang ek? 
dgn reason sekali, kenape korang pilih itu?

contoh web browser : IE , Firefox, Google Chrome, Opera , Safari dan lain2. itu je yang aku tau pun. ade lagi ke? korang share la pendapat korg. ramai2 bloggers ni mesti mcm2 jenis web browser korang guna. nak tgk feed back mane yang OK.  

skrg ni aku tgh try gune opera. not bad lah. laju pun laju. hang pun takde lagi stakat ni. tapi taktau la kalo da lame2 guna nanti kan? sbb setiap bende ni mesti ade pro & contra die kan? pada aku yang penting, tak cepat hang ! sbb bila hang, sangat2 membawa masalah. huhuhuh.

note: da ade 4 web browser kt laptop aku. IE, Firefox, GC & Opera. memberatkan laptop je T___T

Tuesday, February 23, 2010

Oh jejaka idaman ! dimanakah kamu? | Part 1 |

taraaaa !! (budget seperais habes la tu?) valentine's dah pun lepas. ahh aku tak sambut pun lah. tak sambut sbb org Islam tak elok sambut. lg 1, tak sambut sbb takde kekaseh hati pun. T___T (ehh nak sedeh pulak?) baru2 ni asik terbace pasal Lelaki Idaman / Wanita Idaman je. tp aku nak cite psl Jejaka Idaman (eh tak same ke?). tak same lah ! jejaka tu bunyinya lagi macho, lagi power, lg gah, lg maskulin ! ahahha. tp jantina Lelaki = Jejaka tu same lah. jangan taktau pulak @__@

okeh. tanpa berlengah masa (sape soh bebel pjg2?), kite teruskan dgn ciri2 Jejaka Idaman hati ku :

1- agama Islam, beriman bertawaduk
ceh beriman? beriman aku mksdkan bukan mubaligh ke (ehh mubaligh ke tabligh? dah sudah. ni pun blh konpius cmne nak dpt org beriman T____T ). beriman yg aku mksdkan adlh yg menjaga solatnya, mampu membimbing isteri & anak2. takdelah soh isteri and anak buat bukan2. lelaki dayus kalo mcm tuh.

errr rela ke i?

2- menghormati perempuan & org lbh tua
errr secara umumnye menghormati semua org la. tp aku suke laki yg sgt2 hormatkan perempuan. takde nak maki mencarut kt pmpn tu. takde nak amek kesempatan kt pmpn tu. aku sng je, "saling menghormati. kalo tak hormat aku, angin pun naik lah!"

3- berakal
haha mmg la semua org kat dunia ni berakal. tp maksud aku, menggunakan akal dgn bijak. kesimpulannya, bijak ! laki kan dikurniakan 9 akal 1 emosi. so aku nak lelaki yg bijak, bukan pandai sahaja. beza bijak dgn pandai? lelaki lebih bijak dr perempuan. tetapi perempuan lebih pandai dr lelaki. paham tak? cthnye, bijak menguruskan hidup. kdg2 wlopun blaja tak tinggi mane, tp boleh je berjaya. tu lah bijak. sbb tu la lelaki yg diamanahkan utk jadi ketua keluarga =) ciri kerjaya yg aku ske : Businessman ! bg aku, bisnesman ade 1 passion yg sgt tinggi. so, i like bisnesman *wink2

4- rupa yang kachak sedap mata memandang
cuma sedap mata memandang. tp sedap mata memandang ni differs for every person. setgh girls, mcm Johnny Depp, Lee Min Ho tu baru sedap mata memandang. ahaha. takyah berangan nak dpt sekacak itu. diri tak tara mana. mmg smpi ke tua tak kawen kalo itu tastenye. haha. sedap mate memandang pd aku adlh org yg padan2 je dgn aku. bak kate org, bagai pinang dibelah dua. kang kalo dpt Lee Min Ho , bagai pinang tersalah belah pulak ! (ceh,msh berangan nk kan Min Ho)
eh mane lak dtg pic ni? 0__o

5- caring, pandai pujuk, sense of humor yg tinggi dan lain2.
ni semua bonus lah. takdelah nak amek kisah sgt. kalau dpt lelaki yg sense of humor yg tinggi, leh tumpang 2 kaki merepek kerepek dgn dia. hehehehe. caring tu sapela xnak psgn dia caring kan? pandai pujuk tu sekali pakej lah dgn caring. 
 
kot boleh ketawa2 mcm ni dgn bakal suami aku.
bahagia nokkk !
bakal bersambung.

note : ade ke lelaki macam ni lagi kt dunia? kalau ade, cpt masuk line. tp jgn salah masuk line. ade 1 line je aktif sekarang . hakhakhak.(ape merepek wey?)

Tak Sangka la !

td bukak2 pengelik nuff yg setia Mr. HFH, saje la jenguk entry die. tgk die wat tag. dlm hati ckp, da lame x wat mende merepek ni. sekali tgk2, die tag aku daaa. kan dah kene. hehh. 
Soalan 1 ~ Where is your cell phone ?
sebelah laptop je.

Soalan 2 ~ Relationship ?
dgn bangganya, SINGLE & AVAILABLE. hahahaha poyos je.

Soalan 3 ~ Your Hair ?
my hair is aurat :)

Soalan 4 ~ Work ?
skrg dok wat bisnes jual shawl terpakai. aha 3 dah terjual =D

Soalan 5 ~ Your sister ?
name semua berakhir dgn YANTI.

Soalan 6 ~ your favourite thing ?
my NIKON. siap menanges bile NIKON jatuh =(

Soalan 7 ~ Your dream last night ?
tak ingat dah.

Soalan 8 ~ Your favourite drink ?
teh o ais. sejukkk je.

Soalan 9 ~ Your dream car ?
tak penah pk secara lanjut. tp suke tgk SWIFT.

Soalan 10 ~ Your shoes ?
kasut byk da memburukkan kaki ku =(

Soalan 11 ~ Your fears ?
yang maha kuasa ALLAH tuhanku =)

Soalan 12 ~ What do you want to be after 10 years ?
nak jadi bisnesswoman. i really need a passion to be a businesswoman.

Soalan 13 ~ Who did you hang out with last weekend ?
home sweet home. baik kan? ahaks

Soalan 14 ~ Missing ?
my home. my kitties.

Soalan 15 ~ What are you thinking about right now ?
dok cuak pk polimer. takotttt =(

Soalan 16 ~ Favourite colour ?
merah ! pink !

Soalan 17 ~ Love ?
i'm searching for love =)

Soalan 18 ~ So who wants to share their one ? how about ?
Ika 
dan sesape yg teringin nak buat.
sila lah . dialu2 kan =D

Monday, February 22, 2010

Kecomelan yang tak dapat disangkal lagi.

pada suatu petang yang hening, ketika ketiadaan eva, aku mengambil kesempatan ini utk bermain dgn anak2 kucing ku. time eva main, mmg aku takley main. anak kucing ni ade 4 ekor and sekor je tompok hitam. lain semua tompok oren. sbb tu aku sgt blur nak bg name ape kt mereka ni. yg hitam tu name TAM. ade sekor tompok oren ekor kontot aku panggel TOT. lagi 2 oren still takde name. tu lah, asal la mama hangpa tak kasik nama kat hangpa? haishh. layan je pic dibawah. mane tau dpt hilangkan segala ketensenan, masalah ke. sbb mereka makhluk tuhan yg comel bangat !
tgk ! rabak habis kotak dibuat eva
tam : adik, pulang ke mari! bahaya di luar sane! mari tam selamatkan adik!
adik : tam, cpt tam ! adik takutt =SS

hah tam, nak gi mane pulak?
 
tam lah hero ku !

mari main !
.
.
.
.
.
.
.
.

beberapa minit kemudian
.
.
.
.
.
.
mari tidor !
ni la baby kan? bpe minit jaga, lepas tu tido balek.

Pink nye !


oke. saje nak post pic ni. hahahaha. skrg kalo aku online blog aku lebeh suke gune Firefox dr Google Chrome. bila dah sekian lama gune GC, makin byk kelemahan wlopon speed tu  agak memuaskan. tp de masalah len lak. aku dpt skin stoberri ni bila aku bace blog Khai (warga seUKM). habis semua pink ! hakhakhakk. 

tgk, aku masih menggunakan window XP. org dah gune Win 7, aku tak gak maju2 lagi. sila lah ketawa T____T

Sunday, February 21, 2010

Waaaa nak cd FAIZAL TAHIR !!


waaaa. tadi bukak blog ejaa. tgk ade photo atas ni. segera aku bukak blog uncle. fuhh yoooo! uncle nak bg cd faizal tahir wehh ! sape yg bukak blog ni, mmg tau sgtla aku suke + chenta sama ini Faizal Tahir. siap ade pic beliau atas shoutmix aku. saje nak bg semua nampak aku suke Faizal Tahir sgt ! heeeeee.  

kepada uncle, sila lah bg cd FT ni kat saye. meroyannn ni kalo tak dpt cd ni. T_____T

kalau korg nak tau psl cemane nk dpt cd free dr uncle ni, sila kelik sini

note: tak dpt Faizal Tahir nye pun, dpt CD pn jadik lah. kan kan? *dgn muke redha

Saturday, February 20, 2010

Bertemu Jodoh di FB. awww~

i suda bertemu jodoh di FaceBook ku. awww~ hehehe mcm nyah pulak? tajuk tu hebat je lebeyy. bukan la bertemu jodoh tp bertemu kwn lama aku mase sek rendah kat SK Pasir Gudang 4 dulu. aku kat SKPG 4 ni 2 tahun je, darjah 4 & 5 aje. ni picture mereka : 
aku saje godek2 album lama aku. entry sebelom ni pasal aku mase kecik2 kan? aku trus upload pic ni ke FB & aku tag beberape org yg ade dlm FB aku. lepas tu, kwn2 aku tlg tag mereka yg len pulak. hasilnya? ramaiii gile aku jumpe dlm FB aku. 


x jelas lg sila klik ye!

sebelum ni aku ade 4-5 org je kot ex 5 Arif SKPG4 year 2000. dan tgk skrg, ramaii tuu. aku sgt teruja okeh. mcm2 kerjaya dorg ni. tp of kos la ramai yg still study. and 1 of kwn aku ni, masuk OIAM 3. name die FIFY EMIELIA & kat OIAM 3 die gune name FIFY. korang kenal x? tapi aku tak ingat die kuar time minggu keberape. tapi budak2 ni ramai xtau die masuk OIAM 3. jakooon trus dorg lepas tu. siap nak ngorat2 lg. hahahaha kelaka3~ 

dalam ramai2 ni, yg aku btol3 ingat mmg bpe kerat je. and yg ingat aku pun, bpe kerat jgk. lg2 aku takde time drjh 6, so lg la dorg susah nak ingat. takpe2, blh buat jejak kasih. tak dpt buat jejak kasih, anggap je la baru kenal. hahahahha.

sebenanye aku masih tercarik2 gmbr time darjah 6 kat SK Sg Pusu, Gombak. tapi tak jumpe. tak dpt nak upload and tak dpt nak jumpe kwn2 mcm ni lagi =( 

note: korg buatla reUnion. nak join ! heeee.
note 2: Melz buat paintball gath. nak nak nak ! tp mcm ade event je 27hb tu =(

Thursday, February 18, 2010

Dulu lain, sekarang lain.

fuhh. cuaca hari ini agak best dr biase. sekarang da start balek petang2 hujan. sejukkkk sikit donia ini.

kelmarin, kakak aku & abg ipar aku, balek umah. cuti CNY. ptg tu gi Jusco teman kakak aku sorg ni. balek2 je, tgk abah, mak, akak & abg ipar tgh tgk video zaman dulu kala. zaman 90an gituuuu. mase tu umo aku baru 4 tahun (tahun 1993). dekah2 tgk video masing2. maluuu pun ade jgk laaa. tp relax je la, family sendri tgk. ehh tah ke nanti aku kawen pun, bakal suami aku akan tgk video itu? ohhhhhhhhhh nooooo.

kecik2 da pandai dgr walkman ok? 
masam mencuka je.
telinga capang woooo.

dlm video tu, akulah yg riuhh sekali. maklom laaa, 4 tahun kan? cakap tgh petah lagi. dgr suara aku yg comell je dalam video tu. kehkehkeh. lepas tu muncul la pernyataan ini, 

"adik dulu bising. riuhh. ceriaa je. sekarang, diamm je. wat hal sendri je. kenape dulu bising?".
skirt merah tu aku laaa.
kecik2 da de bakat pgg baby, wlopon smpi skrg xde adik.
ok, muke masam lg.

hmmmm aku tak nafikan pernyataan ini. sbb ku akui sesungguhnya ade kebenarannya. aku sendiri taktau kenape berubah cmni. mgkn sbb dlu kecik2 tak maluu sgt. tak kisahh amende. tp dah besa2 ni, mstla pendiam sikit. masalah pun bertambah2. so, byk berpikir dr dulu kala. tp mgkn dgn family kot aku jd pendiam sgt. kalo tnye kwn2 aku, aku tak rase dorg akan ckp aku pendiam T____T yeahh. dgn family sme lbh besar,lbh dewasa dr aku. so, perasaan malu + hormat tu kuat. ceh ceh cehhh cover line baik punya !

sopannye aku men beskal pkai baju kurung =,=
ni jiran aku time kecik2 dulu,
Ain anak pakcik Salleh.
kot2 ain terbace blog ni, sile add sy di FB ye.

dr kecik aku tak kiut, selebet, muke masam. mmg sampai ke besa aku tak kiut, selebet, muke masam. hohohohoh sejak azali rupenyeee T___T lg 1, dr kecik aku kurus, smpi skrg kurus. sll terbalek kan? hurmm.

note: "adik" tu aku laa. aku kan bongsu. 

Kalau kucing urut2, kenape ye?

video

kalau kucing urut2 mcm video kat atas ni (maap gmbr senget), kenape ye?
kucing kt atas ni kucing aku sendri, Ayu tu haa. die yg plg suke urut2 org. tp yg die urut ni bantal. bantal pn jadi la. asal lembut. hahahaha =P

aku realize kucing suke urut2 ni bile time die nak bermanje2 dgn org. bukan "manje2" ye. heeeee. haa dah sudah. sila jwb soalan aku dulu yee.

Monday, February 15, 2010

Ape guna semua ni?

sudah ku agak. kalo aku tak buat blogwalking ke, mst komen kt entry kurang. erti kate lain, traffic kurang daripada biase la. hehhh. adat blogging la kan? sape soh aku x blogwalking? hehh. bkn tamau tp maklomla, cuti. g balek kampung la. tgk tv beria2 la, disbbkan tenet yg x penah nak laju. lepas tu kne take turn nak mentenet. abah, mak, akak sme men tenet. abah, bile mau tuka stemix? T___T kalo tuka stemix, xyah adek on9 gune PC, ley gune wireless. heeee. takde rebut2 kan? kan?

okeh, ape yg aku nak katekan kat cni, adelah
"Apa guna korang beria2 add someone kt YM or FB or yg seangkatan dgnnye, tp tak pernah nak bertego sapa? lepas tu, kalo ditego, takde respon pulak?"

aku mmg jenis yg jrg nak nak add org sebarangan. kalau aku add pun, aku akan ade jgk la tego org tu. tp kalo rase cm xde modal sgt aku nak tego die, maap le, mmg aku delete lah. same thing jgk lah kalo org yg add aku kat YM or FB tapi tak tego2, mmg x lame lahh. hahaha (alamak, tergelak evil lak)

aku bukan nak jadi sombong ke berlagak ke. hehh tak terlintas langsung cmtu. tp mmg aku tak suke golongan cmni. harap maaf lah. sbb kalau aku berkawan, aku mmg btol2 berkawan. even kenal from internet sahaja ^__^

note: sila la add sy di FB. kahkahkah. (motip gelak?)

Thursday, February 11, 2010

Zero to Hero 2 !

yeahh ! da selamat sampai rumah. ceh, mcm jauh sgt umah aku tu. heeee.

korang penah dgr tak program Zero to Hero kat Astro Ria? aku rasa sape yg minat Rally ke Drift ke Autokhana ke, mesti penah dengar and pernah tgk. aku takdela minat sgt rally2 ni. so kenape aku ckp psl ni?

pasal.... dlm Zero to Hero musim ke-2, abg aku masuk ! name die Ikhwan Budiman. die sbg driver and abg Im sbg co-driver. abg Im ni dr x kenal jd kenal sbb dorg sll singgah tido umah aku kalo ade challenge kt area KL , Selangor. name team dorg : Rally Spirit.

program ni da start 3 minggu kot tayang kat Astro Ria. tp tak kesempatan lagi nak tgk, psal aku dok kolej kan? ade plak Astro? huhuh. so, cuti ni br la aku sibuk2 nak tgk. naseb baek kt astro, astro kan suke ulang2. so boleh la tgk yg dah termiss bpe minggu lepas pnye. heeee.

tgkla video ni.
video
yang pkai kemeja kelabu & chubby2 sikit tu la abg aku.
heee.

kalau nak tau team abg aku dpt no bpe dlm Zero to Hero 2 ni, korang tgk la kat Astro Ria hari selasa bak kate mak aku kul 9.30PM. aku tau dah no bpe. hihihihihihi. usha team RS (Rally Spirit) je taw. ngeh3 *mcm sabotaj team len plak?*

selamat menonton !

Holiday ! hoooyee!

starting esok tgh hari, start la holiday kami. warga2 UKM. kalau ikot nak ponteng je kelas esok, tapi kelas tu ade attendance. lagipun Ain oder kek kat kakak aku, so nak taknak balek tgh hari / ptg jgk lah T___T 

aku akan holiday selama seminggu. mungkin juga holiday utk blogging. eh bukan blogging tp blogwalking. bukan ape, kat umah mmg ade itu berukbroadband tapi sangatlah slow. tak mcm wifi kt cni. so, stakat nak update blog tu boleh laa tp nak blogwalking, mmg takde harapan sgt lahhh.

aktiviti holiday aku nanti? hurmmm jap2 pk.
1) tidoooooo
2) makannnn
3) tengok TV
4) layan Eva, anak buah aku
5) main dgn anak kucing yg baru lahir 2 minggu lepas

lime2 aktiviti ni akan berulang2 setiap hari selama seminggu. hehhehe. aktiviti sampingan spt online, jalan2 teman mak/kakak shopping.

so aku nak amek kesempatan (heshh x bek amek kesempatan taw) utk wish semua Chinese : Happy Chinese New Year & utk semua yg bercuti, Happy Holiday.

note: bakal merindui kawan2 ku di UKM. kite jumpe lg lepas seminggu ! =)

Wednesday, February 10, 2010

Lagi Kisah Mereka

 main je keje mereka ni taw. haish, kanak2 !
yg ni dok bergomoi.
ni faveret aku ! corak serabut mcm Ayu.
 
tgh aku belek2 kucing2 ni, tibe2 aku nmpk 1 bende yg aku mcm tak dpt nak recognize amende.
cube korg BESARkan pic ni & observe amende yg aku bulatkan tu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

nak tau mende?
.
.
.
.
.
.
.
.
.

taraaaaa !


tikus okehh ! tp separuh bdn bawah da takde. tinggal kepala dgn kaki depan aje.
euuuwwwww ~ nsb bek time aku dok cni xde bau hapak ke.
tah sape makan tahh? mst keje mak & anak2 kucing ini. heheh.

hari2 aku main dgn mereka. sbb nak pegi balek kelas, mesti lalu dkt mereka. dan aku mesti stop kejap. tak boleh x stop. dah mcm budak2 nampak kedai mainan. heeeeee. korg jgn la bosan plak dgn aku ea? nak wat cane. dah ini minat aku, mmg pantang larang nampak anak2 kucing comel ni. heee.

Tuesday, February 9, 2010

True Love.

okay, baru lepas bace satu entry "Love Story" kat this blog. aku tau kisah ni dr blog kukukakisya. sumpah, sweet sgt kisah percintaan diorg. mcm fairy tale. ohh and im still wondering, masih wujudkan lelaki sebegini? kalau la i di approach oleh lelaki begini, sumpah, he's the one, my True Love. bak kate tuan empunya blog sendiri, orgnye pun kacak - tinggi , putih, hidung mancung. mmg perfect lah.

entry die mmg pjg, tp da mcm addicted bile skali bace. dgn style penulisan die yg x jemu2. so sweet couple of them. nak lelaki mcm ni lahhh (berangan ye kau ery?). bukan ape, sbb bg aku, cara dorg bercinta HALAL. maksudnye, bercinta lepas berkahwin. tp kisah cemane laki tu approach mmg sgt sweet & sgt gentle. susah maw jumpe ini kind of lelaki lahhhh. tp kalao nak jumpe lelaki begini, cermin2 diri dulu la ye x? layak ke nak terima lelaki begini? =)

*masih di awang-awangan kalo boleh berjumpe lelaki begini. ohhh so sweetttt~

Alololo Shomel Shomel.

sila cuci mata melihat kecomelan 4 ekor anak kucing ini. ini bukanla kucing belaan aku. ni kucing kat kolej aku haaa. shomelss sgt ! 2 ekor putih2 kelabu, 1 hitam & 1 corak2 hitam, oren. dah la mereka tido dlm longkang je. heshhh ! apo la mak ekau ni, soh tdo dlm longkang je. isk3. kalau takde mak ekau tu, da lame bwk balek umah. heehehehe tp tak baik pisahkan mak & anak, meroyan nnt mak die.

note : tak sbr tunggu anak kucing kat umah besa ni. kuat main !

Monday, February 8, 2010

UKM Student. Jom join !

okehh. just nak tolong promotekan. aku sendri taktau blog aku ni ramai dak UKM ke tidak? hehehehe.

jom join UKM bloggers.

 
 klik je banner kat atas ni.

hidup UKM !
ehhh tersemangat tetibe.
so bebudak UKM yang lain, sila la promo pd rakan2 UKM anda.
jom meriahkan UKM. ngeeee.

Sunday, February 7, 2010

Ape mimpi ni?

dalam satu panggilan telefon.....

mereka : kat mane tu?

aku : kat bilik laa. mane lagi?

mereka : bilik mane? rumah ke kolej?

aku : kolej laaa. kalo kat umah, takde la kate "bilik".

mereka : hah? ape mimpi ade kat kolej? ape mimpi tak balek minggu ni?

aku : ......................... (sile isi tmpt kosong)

bile sll balek, "asik2 balek." 
bile tak balek, "ape mimpi?"

okayyyy, lepas ni tiap2 minggu aku balek okeh ! no compromise! dan jangan jeles ! ahaksss.

I Want To Know What Love Is

 
pic credit to google

What is Love?

Apa itu Cinta?

aku betul2 nak tau ape itu cinta? sbb bg aku, Cinta tu mcm susah nak di fahami. lagi susah dr nak faham subjek Penentuan Struktur Molekul yg aku tgh study skrg ni sbb nak mid sem exam isnin nanti. fuhhh ! stuju tak? even aku da penah dkt 4 tahun bercinta, tapi aku msh tak nampak ape itu cinta dan ape kesan cinta pada aku. 

ehh ade kesan. 1 kesan bila aku da break dgn MNI aku. aku menjadi sgt choosy utk berkawan dgn lelaki2. ohhhh no ! aku jd cpt meluat dgn lelaki. ohhh no ! lelaki2 di luar sane, jgn black list aku. tak kawen aku nanti. huhuhuhu ehhhhh lalut plak !

sape yg cintakan aku? ade ke??

pls share pengalaman korg dlm bercinta. 
*cinta yg aku maksudkan cinta antara kaum adam & kaum hawa*
dan apa kesan cinta dalam hidup korang?

note: cinta itu perlu utk semangat kan hidup aku. chewah !

Friday, February 5, 2010

Cerita Hari Ini.

hari ini macam biase la ke kelas pukul 9.00am - 10.00am (kaedah pemisahan) and 11.00am-12.00pm (penentuan struktur molekul). bangun2 kepale gile sakit. makan actifast suda tidak lut. tahan je lah sampai hbs kelas. ohhh, smbil tu mesej2 DD mengajak dia keluar secara tibe2. hehehehe. tak rancang pun. cume i (ehh, jd i plak) just bosan nak duduk bilik. dia pun takdak hal, so kami keluar ke Mid.

merempit ke Mid menaiki bas UKM & KTM. sampai sane tgk Adnan Sempit ! meroyan nk tgk sbb ramai org da tgk, dan ramai ckp best. so, pakse gk DD beli tiket Nan Sempit. disbbkan aku da terlalu byk bace review org psl filem ni, aku ade high expextation kt filem ni tp sygnye, bile aku tgk tak sampai ape yg diexpect. hurm mgkn sbb da byk sgt bace review org kot? tp not bad lah ! =)
lepas tu, g masuk Jusco, nak bli slua jeans baru kerana suda berlaku pengembangan terhadap diri ku. slua ku suda menjadi sgt ketat. tak boleh bernafas lg. hahah. yeahhhh mmg saiz selua ku naik. takleh la btaw bpe. maluuu i tawww.

lepas tu pulang, kerana senggugut mula menguasai. huh. ciss, time2 cenggini laa die nak menguasai. dan bile i mengalami senggugut, sdh ilang segala mood. perempuan2 paham kann? ;)

lg kisah psl Nuffnang Cik Epal itu. byk blog wat entry khas psl nuff die. sampai RMseribuuuuuu tuh. aku ni x cecah2 RMlima puluh lg. hahaha. maklom la, aku da x aktif cm dlu.so nuff pon sogan2 mau naik. tahniah cik epal. jom la blanje2 tukang2 kelik ini. ehehehehhe.

note: dpt jgk lepaskan kempunan makan Domino's Pizza =D

Thursday, February 4, 2010

Apesal dok emo emo ni?

waduhh. lately ni aku asik emo emo je. tak pasal hape tahh. dr hari isnin sampai la hari ni (kames), ade je mende berlaku yg membuat aku emo emo. aku rase aku emo emo ni sbb hormon tak stabil kot. kitaran haid aku tak normal ni. hesshhh. emooo lg. kwn2 aku semua dok pelik aku dok emo emo je. hehh siann mereka. tak pasal2 kene tempias emo aku ni. sowie ye korang semua. 

tp siyesly minggu ni cm ade je tak kene. mood nak blogwalking masih pudar. pastu bile wat entry baru pun, mcm takde komen. hehhhh. emooo lg. aku tak salahkan sape2. sbb akula takde org komen2 psl aku sendri da jrg jengah2 blog org. nak sgt jengah, tp mood sila la dtg ! i need u. 

keemoan bertambah hari ni bile tibe2 kakak di lab kimia mengatakan report experiment aku takde. die kate aku tak hanta. T___T ok, emosi lg. lab partner aku sendri kate die nampak lab report aku dlm fail masa die hanta. warghhh! sape lak amek lab report aku hah? ke dorg yg cicirkan hah? hishh. marah btol. tak psl2 kne buat balek psl xnak lose mark. huh! 

aku taktaula punca emo semua ni dtg dr mana. dtg dr keRINDUan ke? T___T dah2. tutup bab rindu wlopon sememangnye aku rinduuuuuuu. 

note: jom la teman aku release emo ni :(

Wednesday, February 3, 2010

Entah kenapa Shah Alam

entah kenapa
aku menjadi sgt emosi

entah kenapa
aku rase sgt sunyi

entah kenapa
aku tetibe rase mau pegi Shah Alam

entah kenapa
rase nak pegi Shah Alam?

entah kenapa
rase rindu dkt Shah Alam
pdhal tak penah duduk Shah Alam

entah kenapa
asik terpikirkan Shah Alam
ke terpikirkan "org" di Shah Alam?

entah kenapa
hati tibe2 tak rela
tak redha
dgn ape yg dah berlaku

entah kenapa ........

note : damn ! i hate this feeling okehh? :(

Tuesday, February 2, 2010

Eh, dah kempis!

sepulangnya aku dari Langkawi kelmarin (Ahad), kepulangan kami sekeluarga disambut meriah oleh "anak-anak" ku. ehhhh dahhh. aku tak ske skema2. tak retiiii. hehehe. "anak-anak" yang aku maksudkan tu anak-anak kucing aku la - Su, Rain, Popok & Ayu. aku tau, mreka mesti windu gle kat kitorg. dah 3 hari kottt tak jumpe, tak dibelai. tapi masih diberi makan oleh kakak aku yg sulung. 1 tabiat kucing yg aku suka, dorg mmg sygkan tuan dorg yg btol2 sygkan dorg. kdg2 terharu je tgk kucing2 sambut kite balek. semua berkejaran ke pintu pagar dgn miaw miaw nye. ouhhh comelnye ! aku pun windu jgk dkt kucing2 aku ni. 

sampai je umah, aku tgk Popok, "ehhhh, perut Popok dah kempis !", aku menjerit. dulu dalam entri ni, aku ckp Ayu yg bunting. tapi Ayu ni bunting cacing ! huhuhuhuh. bukan bunting, tp BUNCIT ! hakhakk. makan byk sgt. tu buncit. 2,3 bulan lepas tu tgk perut Popok (nama asal Tompok, tp Eva pelat pngl Popok, trus lekat name Popok) membesar. okehh. kali ni pnye besa mmg nmpk cm bunting sbb keras. Ayunye buncit lembik. hahaha. mmg takde bakat jd Vet. kucing Buncit dgn Bunting pun tak reti beza.. keh keh.
pastu, tibe2 terdgr suara anak kucing "miaww miawww". cepat2 carik. rupenye Popok beranak kat umah jiran kami, En. Jamil. kami pn trusla mintak anak kucing tu bwk balek umah kami. hehh sian Popok. beranak sekor2, kat umah org lain plak tu. uhukssss. hajat aku nak tgk kucing beranak tak kesampaian lagi. huwaaaaa. alololo shomels anak Popok. ade 4 ekor dan smenye Tompok2 ! 3 tompok oren, 1 tompok hitam. hahahaha. mmg sah nak Popok. 

tak sempat lg nak namakan anak2 Popok tu. jantina pun taktau. korang ade idea name2 kucing tak? kalo ade, boleh la bgtau. nanti name yg dipilih aku bg hadiah. maw maw? siyessss ni. ni mcm unofficial contest la. hehehehehe. ok dipersilakan semua~

 
ada 4 ekor tp tah mane selit lg 2 ekor. hehh.

Monday, February 1, 2010

Nak Blogwalking

aku nak blogwalking, memandangkan dari Kames lepas aku tak online sbb pegi holiday. 

aku nak blogwalking tapi aku tau blogwalking memerlukan masa yg sgt panjang, sbb kalo dah start "walk", aku susah nak brenti. memandangkan esok (selasa) ade midsem Kimia Koordinatan, tak dpt jgk nak blogwalking.

views dlm minggu ni mmg sikit gle lah. earning nuff tu takyah kate la. mmg tak naik. dapatwang pun x berkembang. adehh. awatla dok sibuk sgt? ehh sibuk ke? 

skrg tgh musim mid sem test. so, kang tibe2 je tau ade mid sem. 

later2 aku jengah blog korg ehh. lg2 yg sll singgah nuffwalking tuh. terimas tak terhingga pd yg x jemu2 visit blog aku. tenx babes. 

sekian.

yg merinduimu, 
ery farieha a.k.a pencinta kucing.

Solat 30 Saat.

heshhh. ape kau solat 30 saat je?
hishhh.
ape la nak jadi ni?
kau khusyuk ke tak solat tu?
ape yg kau kejar ni?
heshhhh

saksikan video di bawah.

video
abaikan suara latar
fokus pada watak utama

Sgt seronok taw !

akhirnya... dpt online juge setelah sudah 4 hari tak online since Kames lepas. ada tak yg wondering kenape aku diam saje? tak buat blogwalking? hehhh harap2 ade la yg perasan. kalau tak, siannye aku. sobsssss. ehh emo lak. 

oh yeah! aku pegi holiday kat Langkawi dr Jumaat - Ahad. naik flight. wokehh, jakun gk laa naik flight even ni 2nd time naik. 1st time sekolah rendah dulu, adela kot2 10 tahun lepas. tibe2 naik balek. wohoooooo (jakun bena ni). pergi ber4 - abah, mak, aku & anak buah aku, eva. akak & abg ipar aku gi gak, tp dorg dr Kames dah gi. aku g Jumaat sbb takmo ponteng kelas. cehhh, pdhal Jumaat ponteng gakk T____T

agenda kat Langkawi dr Jumaat - Ahad :

Jumaat : kami nginap kt Hotel Helang, dkt ngan airport je. pastu g Pekan Kuah. aku g beli cokelat. room mate aku siap pesan cokelat lg. keh keh. borong cokelat jgk la aku. mak aku beli pinggan mangkuk segala lah. sepetang jgk la kt Kuah tu. lepas tu g Dataran Lang pulak. kat cni la ade helang besa tu. BESA PUNYE ! hekhek. sakan bergambar aku. malam lak g makan la kan? p mana lg. hehehe.

setelah ketibaan
nk gk amek flight tu
helang besa punye !

Sabtu : pg2 da bangun, nak g nek Cable Car. tp ade insiden berlaku. bile ade pelancong asing, tibe2 melanggar kereta kami yg sdg elok parking. hehhh tak reti bwk kete ape? pastu tak reti nak byr. dushhhh ! agk tgh hari br smpi Cable Car. ni pn sonok. sakan bergambar lg aku. hehehehe. siap eksesais turun naik tangga. ohh kakiku lenguh, tp makpak ku maintain fit. fuhhhh, pdhal memsg da 60. msh kuat ! 


Ahad - pg2 gk bgn. g mendaki ke Telaga Tujuh. huiyoooo mendaki tangga lagi. bpe ratus steps tahhh. 500++ gk le. lg skali makpak ku maintain fit. fuhhh kagum ! tp sejuk je naik sbb bukit & dlm hutan kan. disini la berlaku insiden kamera ku jatuh. dan pengsan seketika. air mate ku terus mengalir. terbyg kalo rosak, kene byr lg rm200. huwaaaaa. mood trus down smpi laaaaaaaaaaaaa da smpi KL kul 6pm cmtu. check2 alhamdulillah, camera ku da ok balek. fuhhh selamatt ! 

nmpk mcm x penat kan? tp siyes penat, sbb byk daki turun bukit. hehhhhh. seronok tu of course. bile hanya perlu mengeluarkan duit time nak beli souvenir je. heeeee. lain2 ditanggung. keh keh keh.