(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Monday, October 26, 2009

AWAY~

aku nak away.
akak aku nak pinjam laptop aku sehari je.
tapi bawak balek la terus umah.
agar aku dapat study dengan lebih fokus.
dapatkah aku hidup tanpa laptop ku?
mari kite same2 tgk.
lepas exam nanti baru aku on9 semula.

gud luck utk aku!

away ye kawan2. kalau rindu, tinggalkan je msj aku shoutmix tu. akan ku baca kemudian hari. ikikikik.

Telinga Gatal-gatal

26/10 - Isnin - 12pm - 2 jam - Kimia Organik II

(garu telinga jap)

adeyy. aku gatal telinga bukan pasai pa. tapi pasai nak selesema nih. dah macam nak demam tp masih tabah lagi. esok dah la 1st paper aku exam. paper killer lak tu - Kimia Organik II. and hari ni tibe2 rasa cam nak demam. ohh dugaan! T___T

aku sakit kepala for the whole day. aku rase aku takde migrain, tapi sekali aku kene sakit kepala, mmg amek mase almost 2 hari baru baik. dan skrg, baru rase sikit lega.

esk paper organik. dan aku tak habis belajar pun. mau taknye, seharian tido je. kepala bengap punya pasal. study pun lagi menyeksa diri je. hurm. esok siyesly, aku tawakal je la. aku br habis 2 bab je kot? erh. x patot kan? tula, study last minit T___T

exam kali ni tah nape jiwa ragaku mcm relax je? study relax je. tah nape tah? kalo tak, akula yg plg gelabah, ohhh kenape?? mungkin sbb keadaan kesihatan yg mcm ni, jadi aku mmg takde mood langsung nak study. (antibody ku semakin lemah)

kawan2, doakan aku. aku akan mencuba yg terbaik insyaAllah.

Saturday, October 24, 2009

Azam Musim Exam

orang sibuk azam utk exam. nak skor. nak dpt CGPA lebih 3.0. nak dapat dekan.
yang aku? sibuk berazam nak tambahkan berat badan. hahahaha. pe jadahnye?

ye. aku nak tambahkan brt badan aku. cekeding je aku tgk bdn aku ni. sendiri tak seronok tengok. huhuhu. last aku timbang time bulan puasa tu, berat aku 40kg. da lepas raya tak timbang lak. nek cket je kot. tp aku rasa sluar jean aku longgar woo =.=

tinggi aku 150cm je. pendek kan? tp brt ideal supposed to be 45kg. yeahh! 5kg more to go! chaiyok ery chaiyok! mmg aku makan byk. tp makan byk time exam ni sll takde kesan sgt pd aku sbb sibuk study. byk tenaga 'batin' guna. ahahahahah T___T

takpe. tgkla cuti nanti. kalo aku tembam, sila la tego. hahahaha.

aku sibuk nak GAIN WEIGHT. my boy sibuk nak KURUS. hahaha elok! pasangan yang ideal, ye tak? hahahaha. semoga berjaya ye my sayang =)

oh ye. utk semua kawan2 aku, semoga berjaya utk final.

Friday, October 23, 2009

Tolong!


click for enlargement ok?

arghh! aku tensen!
korang tgk je la jadual exam aku tu.
ade 8 subjek aku exam.
dan ade 7 subjek major ie. subjek KIMIA.
1 je bukan, kursus pengurusan persatuan tu.

mmg tensen. aku start 26hb. habis 10 nov.
ape buat aku lg tensen adalah aku takleh nak fokus bile study.
tolong bgtau tips kt aku blh x?
bile aku start study, mst mcm2 aku pk.
aduhh, godaan sgt kuat.
tp aku x dpt nak tepis sme godaan tu :(

sume aku blaja tak habis lg.
bukan stakat x habis, x paham pun ade.
huhuhuh.

tolonggg!! :(

Thursday, October 22, 2009

Jana Wang

hari ni aku dpt tau satu benda dr blog ezy
ni lebih kurang mcm nuffnang la kot kan?
klik & klik duit akan bertambah
tp nuffnang aku msh juge tak bertambah
sgt sadis
so aku try catcheye ni
register da dpt RM1.00
percayela
x caye, korang sign up la sendiri by clicking link below :


u help me, i'll help u
kite same2 tlg
sape taknak duit kan? :)

click for enlargement


Monday, October 19, 2009

OpenHouse

disbbkan entry kali ni aku malas nak menaip, hanya gmbr aku upload. ni sme gmbr aku & frens kat umah terbuka aku pada sabtu lepas. si kecik itu adalah anak saudara aku, Eva. yeaah, she's so heavy ok? huhuh.

the only kid in our house

posing gedik2

sarang hae-yo!


baby boy itu sgt buas tau.

blame on her! (our fav pic)
mcm2 aksi.

tenx korg sudi dtg umah aku. len kali dtg lg ye :D

Tuesday, October 13, 2009

Entry mengGedik.

sesiapa yang rasa tajuk entry sudah cukup meluatkan, sila la berundur. ini hanya kisah aku & dia. (ceh2)

jejaka berkaca mata di sebelah (ala2 faizal tahir kegilaan ku itu) bernama Nazri (bukan nama penuh). beliau la yg menjadi kegilaan ku sejak bulan 4 yang lalu. yup, he makes me melt towards him! (sungguh hyperbola). perkenalan kami thru the web, bearshare. tau bearshare? yaa, seems crazy rite? how can i believe a boy from the virtual world? well, i think that's call "jodoh". we only chat once. like other boys in the virtual world, he asks for my phone number. i didn't give him but i'm the one who takes his number. tak tahulah kenape saye begitu tertarik utk berkawan dengan beliau. so, on the next day, i text him. and then, we continue being friend. text everyday, call everyday. my 1st call with him, such a fun! we talked almost 1 hour. ya, he's quiet sengal kalau nak tahu. haha. so so sengal. but he called me sengal too. ok, both sengal! seri! hehehe.
that's all about how we meet. tak payah tanye la since bile kami coupling rite? i think that's too personal. now, i want to describe him that can win my heart in just a moment.
beliau mempunyai sense of humor yang sgt tinggi! that's what i called sengal. hehe. everytime i talked to him, tak sah kalau tak buat saye ketawa berdekah-dekah ok? beliau juga sgt berbudi bahasa. kdg2 saye yg tak bpe nak supan ini, ade jgk la kne nasihat dgn beliau, supaya bersupan sikit. hohohoh (malu beb). beliau pandai memujuk hanya dgn kata2. i do believe him eventho i don't believe him 100%. beliau juga sgt menghormati kaum wanita. ini la yg utama buat i suka pd dia. beliau tak pernah amek kesempatan (i think u know what i meant). eventho he's quiet childish (anak bongsu le katekan), tapi pemikiran die matang. beliau mmg seorang yang cpt touching, cpt jeles dan mcm2 lagi la. itu sgt menguji aku yer. tapi takde masalah sgt, touching dia tak lama pun. hehehehe.
ada kawan aku ckp, die hensem (btol ke?). pada aku, die ni sedap mata memandang la. hehehe. wlopon agak chubby kan? ihikss. tapi takpe, chomel! oh ye, die ni sebaya je dengan aku. 20. perjalanan hidup kami msh panjang. perkenalan pun masih baru. tak banyak aku tahu psl die. die pun tak tahu byk lagi psl aku. kalau ade jodoh, insya Allah aku hidup bersama dia. tapi kalau takde, ape nak buat kan? tapi kami akan cuba our best to maintain this relationship. pray for us. aku nak ckp thanx kat kawan2 aku yang sentiasa support aku dgn dia. aku akan doakan kebahagiaan kawan2 aku juga =)
sekianla entry menggedik ini. time kasih sbb bace tp jgn tibe2 jd gedik pulak ye. hehehe.

foot note : rinduu sgt.


Monday, October 12, 2009

Kantoi!



enjoyyy!

Raya Pertama.

hahahah. ape kes baru nak raye pertama ni? ini adalah raya pertama bersama beliau, si jejaka *ceh, cam da kawen lak.* nak buat cemane, kawan2 beliau yang berkate begitu. ihiks.

ok2. ni nak cite new experience. aku mengikut si jejaka beraya bersama2 kawan beliau. kemudian ke open house umah beliau. sesampai di rumah pertama, umah Am, aku dan beliau masuk. wah! ramai gile kwn beliau. dalam 10 org kot & all boys! wooooaaa~ aku bunga di antara kumbang. ceh2! tapi bunga dah dipetik oleh si jejaka. ehem2. ok, tipu kalo ckp tak segan. segan gile! dah la elok si jejaka pkai baju melayu, kawan2 beliau tak pun, habis kene bahan lew. pada mase itu, mmg sme mata ke arah aku. oh. bertambah2 malu. mgkn mereka mahu mengecam muke awek si jejaka ini. yeahh.

di dalam kete menuju ke shah alam.

beraya hampir 5 buah rumah rasanya. hurm. again, daku berasa segan kerana hanya aku seorg perempuan. huhuhu. tp bantai je la kan? sme umah la aku melantak makan. dpt pulak almost semua rumah hidang nasi! nasik minyak, nasik lemak, nasik impit. haiyooo. mmg kekenyangan sesangat ler.
kalau cite kene bahan dgn kwn2 si jejaka, mmg x habis2 la. tapi kelaka btol dorg tuh. sporting je. si jejaka pun relax je kne bahan pun. hehehe.
lasttttttt sekali baru ke umah beliau. pukul 7pm kot. huhuhuh. maghrib2 beraya umah org. iskk. tak supan sungguh. mulanya berdebar *yela,jumpe mak mertua an?* tapi debaran x rasa sgt. sbb mak beliau busy, akak beliau juga. so, aku just duduk je. ihiksss. smpi kul 10 aku dok umah die. lepas tu, baru la balek. siyes, mmg penat. tp sepenat2 aku, penat lg si jejaka. wisau aku tgk die driving. cian awk kan? :)
ape2 pun, owg hepy sgt dpt jumpe n beraya ngan awk. harap masih ade raya kedua utk kite =)

di dpn umah am. maluuu lew~

Saturday, October 10, 2009

Ngeri Sey!

setelah sekian lama (sebulan lebih jgk la) tidak ke MidValley menonton wayang & bermain bowling. at last! hari ni aku ke sana bersama 2 coursemate ku, Ain & Paan. aku gerak dr umah, dorang dr UKM. meet at MidValley terus.
agenda yang dilakukan setelah sampai :

agenda 1 : bermain Bowling

hanya aku dan Ain je main. Paan tidak kerana alasan beliau adalah kerana beliau memakai baju kurung. ohh beliau sgt supan kan ke MidValley pakai baju kurung. hakshaks. main 1 game je pun. xmo lebey2, nanti tanganku sakit. xley menulis. hu hu hu.

sila la kenal pasti mane 1 saye, mane 1 ain. ha ha ha. baju kami same :P

baiklah. selesai agenda 1.

agenda 2 : makan McD.

ok, agenda ni hanya dilakukan oleh aku kerana tadi sampai mereka sudah menjamah Burger King. terlihat nyonya disebelah membeli set McD sehingga mendapat 5 gelas Coca-Cola. ohh! semangattt! anda tau syarat2 nak dpt gelas Coca-Cola yang pelbagai warna itu? syaratnya : beli 1 set LARGE McValue Meal + 1 Sundae IceCream. ohhh! kalau aku makan begitu, pasti tidak mampu berjalan :P

agenda 3 : menonton wayang - Sorority Row


haaa. tibelah part ngeri itu. takmo cite jalan citenye. nak gi tengok! hahaha. cume ape yg berlaku adalah, peristiwa jerit-menjerit. tu je :P

agenda 4 : makan petang (makan lg)

singgah di resturan ape tah dlm Jusco. Ain & Paan menikmati Laksa. aku menikmati Nasi Lemak (makan ptg ke cmni?) ohh xla sdp sgt. tp habis gk la. kempunan nasi lemak nye psl :P

sekian agenda kami. ohh ye, bile nak balek. kami terpaksa tunggu KTM sampai 3 trip (bygkan keadaannya). kami sampai 8malam di KIY. masing2 pengsan, aku je tak. he he he. masih kuat :P

ade Playboy. kete je chantek. model tak chantek pun.

lihatla paan berbaju kurung.ihiks.

saye dan Ain
footnote : ahad semakin dekat. yeah!


Friday, October 9, 2009

Jatuh?

semalam, aku tengok Buletin Utama jam 8 *ceh,skema!* adela berite pasal World University Rankings.


berita baik utk UM, tetapi berita buruk utk UKM *my study place*. ohh kuciwa. turun 41 tangga tu. aduuhh, kenape ek? even masih second place in Malaysia, tapi anytime anywhere USM boleh mengalahkan UKM ku Tersayang! *ceh, tercabar lak*.
semalam aku dgr NC UM cakap, sejak die jadi NC, die akan cube utk naikkan balik ranking UM jadi top 200. dan beliau berjaya! ohhh, seronoknye beliau kan? i wish 1 day, UKM will rise again. terlalu jauh perbandingan UM & UKM tuh. almost 200 tangga bezanya.
dulu, aku tak pernah tau UKM ni 2nd U terhebat d Malaysia. since last year baru tau. ohh, berbangga juge. tapi xleh riak lebey2 kan? syukur dpt belajar dlm UKM ni :) *wlopon impian nak belaja di UM, tp msh bersyukur*

footnote: do something pls for UKM's sake.



Wednesday, October 7, 2009

Surprise!

hari ni dah terbabas dua kelas. ohh. makin nak exam makin byk ponteng lak aku ni. uhuks. tak patot an? tido mcm biase je tapi masih terbabas. mungkin kerana terlalu excited? haha.
nak tau ape yang surprise tu? meh cni, aku cite.

6 Oct 2009 - birthday besfren aku, Ain. tapi aku dah pakat dengan kawan2 aku yang merangkap kawan2 die jugak, utk buat2 lupa besday die utk 1 hari. kawan2 yang dimaksudkan adalah : anis, yana, sab, ily, paan, yani, nadz. so, sepanjang 6 oct tu, takde sape antara kami ber8 yang wish besday beliau. hahaha. kesian ain. mesti die ingat kami lupa besday die kan? yang sbenanye kami merancang nak surprise die on the next day. hahaha. so tepat 12.30 am (7 oct) kami menyerbu bilik ain sambil menyanyi lagu birthday. ain terkedu ye disitu. hehehe.
agenda yang ada cuma makan kek, minum air , gosip2. cte ttg kisah terbaru kolej kami. oh macam2. tak kurang juga yang cuba tahan kemengantukan. cite punye cite, gosip punye gosip, almos pukul 3 am baru la balek ke bilik masing2. dan aku pun bagi la hadiah kat ain. nak tau hadiah ape? tanye ain. ahahahah. hadiah tanda penghargaan krn menjadi my best fren ever.
to ain : sayangila jam tu mcm ko syg aku. kalau rosak pun, simpanla sbg tanda penghargaan & kenangan kita :)

sekian cite semlm. hari ni plak, aku pening2 kt ngan bahagian mata. aku tau dah kenapa. mesti power spek aku naik lagi. arhhh! nak tuka skrg, cam alang2, lagi 3 minggu da nak habis sem. tapi nak fokus pun da susah bile power da naik ni. aku rase almost 2tahun dah aku pakai spek ni. mmg dah time la tu.

heshh. sekian la ek. mate x dpt nak fokus bile taip byk2. shian aku kan? sobsss.

Friday, October 2, 2009

"Old" times.

takde sape tau, ape sebenarnye berlaku dalam hidup aku sekarang. hanya ALLAH maha mengetahui. penderitaan yang orang tak akan nampak. penderitaan yang orang tak akan faham.

bibir mengukir senyuman, mata melirik manis, mulut yang berkata2. hanyalah pandangan luaran. namun, di dalam hati kecil nan rapuh ini, tiada sedikit pun kegembiraan. kata2 yang dituturkan hanya menyedapkan hati. senyuman yg dilemparkan hanya bersifat peribadi. perwatakan yang ditunjukkan hanya memuaskan hati orang lain.

aku terlalu merindukan the "old" family, the "old" friends & the "old" boyfie.

aku rindukan semua ini. aku sll bertanya, kenape ini perlu terjadi kepada aku & orang sekeliling ku? aku mendapat jawapan secara berfikir, semua ini terjadi utk dijadikan pengajaran utk aku pd masa akan datang. menjadikan aku lebih matang dlm hidup. lebih rasional. sentiasa memikirkan hati ibubapa, yang sebenarnye telah mendidik kite ke jalan yg benar. hati kawan2. dan hati orang lain yang lebih berhak.

aku dah tak kuat utk tanggung semua ni. terima kasih "kawan" yang sentiasa berada disamping ku, mendengar cerita ku. sanggup tidak tidur malam menemani & mendengar kisah hati ku. terima kasih "kawan". engkau tahu engkau siapa :)

Thursday, October 1, 2009

Perut kenyang sepatutnya senang hati kan?

hari ni mmg kenyang. ade Perayaan 1 Malaysia & Pesta Tanglung kat kolej aku ni. so, dpt makan free. byk lak tu. boleh tahan sedap. makan lemang, nasi impit, rendang & soto. makan kul 7 pm.

lepas tu, belah malam plak, ade jamuan raya bebudak UK aku. makan mee kari. ohh makan free. sememangnya sedap la kan? :D aku bab2 makan camni, xleh lepaskan peluang. mesti join. ekekeke~

tadi balek dr UK, sempat jgk tgk persembahan bunga api kat kolej aku. yeayy! cantekk! mst mahal kan? banyak duit kolej. tra lalala.

tp part x besnye, sepatotnye ahad ni nak gi beraye dengan si jejaka. tp, td si jejaka cakap, kete kakak die gune & si jejaka tumpang member beliau. hurm. mcm x malu sgt2 pulak aku pun nak ikot naik kete kawan die, kete die takpe la. tahla. hati kecewa sgt. hampa sgt. sampai rase nak menanges. sum1 shoulder pls :( mungkin aku berharap sgt kot, sedangkan si jejaka tak janji ape pun. si jejaka cume kate, insya Allah boleh. mungkin sbb terlalu rindu kan si jejaka, aku jadi hampa.

si jejaka, miss u so much. can't help this feeling anymore ;(

esok pagi mau pulang ke rumah terchenta. nak buat ape duduk bilik sorang2 kalau takde ape2 plan? kawan2 busy. nak hang out pun x boleh. room mate juga pegi field work. hurm. pasrah nye.

antare budak UK.
dari kiri : shyda, rozed, saye.