(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Sunday, July 24, 2011

Berhabuk !

Hyeeeeeeee! Assalamualaikum.

Phewww. Berhabuk habislah blog aku ni. Jangan risau, aku masih sihat, masih wujud lagi dalam dunia ni, Alhamdulillah. *ceh, macam ada orang carik kau, ery* Lama betul tak menaip kat sini, nak menaip apa pun tak tahu ni. Heh.

Okay, first sekali nak promo Like Page bisnes aku. Err, bisnes mungkin tak berkembang mana, tapi mungkin dengan support korang; kawan-kawan dan followers aku, mungkin boleh berkembang? Teeeheeee =D Jadi dengan ini, mintak jasa baik korang untuk 'Like' page Famous Korea Lens. *nama beria sangat Famous, padahal tak famous pon T__T *


Baru 27 yang 'Like' setakat aku update ni. Thanx banyak-banyak pada yang 'Like' !! Aku tahu sekarang dah banyak orang jual lens Korea ni, sumpah, saingan memang sengit ! Mungkin, aku kena kerap adakan promosi. Tak gitu? Habis promosi sekarang ni, akan dilanjutkan ke promosi untuk Raya pulak. Tungguuuuuuuuu !

Eh aku rasa kan kan, aku tak hebah lagi dalam blog ni kan, aku dah dapat anak buah yang kedua. Eh, ke dah? T_____T Ahh lantak lah! Anak buah aku yang kedua ni, anak kakak aku yang ketiga, anak sulung dia. Lahir bulan April hari tu, tapi aku tak ingatlah berapa hari bulan. Kekekekekeke. Maka, memperkenalkan, Muhammad Iqbal Akmal. *muhammad tu aku tak sure lah cane eja. heeee*

Gambar fresh ni. Baru lepas cuci time ni. Heeee. Merah-merah pipi. 
Ni gambar beberapa hari lepas. So umur dah dalam lingkungan 3 Bulan.  Baby botak. Kekekeke.
Mulut nganga nak apa Akmal? Nak nenen? Ashu takde. >____<

Comel kan? Ceh, baby mana lah tak comel. Baby 'besar' pon comel. HAHAHAHHAAH. Dah 2 dah anak buah aku. Anak buah aku panggil aku Ashu a.k.a Mak Su. Yelah, Mak Su lah, satu-satunya yang belom kahwin. Huehueheuhe. Bila nak kahwin? Tanya 'orang' tuuuuuuuuuuuuuu. KIKIKKIKI.

Ok lah. Panjang plak menaip. Lepas gian ke apa Ery? HAHA. Sekian, Wassalam !



Bila nak ada baby sendiri ni?
Eh? 

Thursday, July 14, 2011

Random Talks

Pernah kau bertanya, apa tujuan kau hidup di dunia?
Pernah terjawab soalan itu?
Aku, tidak mampu menjawab.
Aku tidak pasti, apa yang aku butuhkan,
dalam dunia ini.

Adakah dunia sentiasa berlaku tidak adil?
Kenapa? Tidak.
Hanya perasaan kau.

Hidup ini, terlalu indah.
Aku sehingga tidak tahu bagaimana menikmatinya.
Sehingga tidak tahu bagaimana mahu menghargainya.
Terlalu indah.

source : Tumblr

Wujudkah peluang kedua?
Tapi, kata orang, semua layak mendapat peluang kedua.
Bagaimana kalau peluang itu tidak lagi wujud?
Bagaimana?

Kenapa terlalu berdiam diri?
Kenapa terlalu lantang?
Lantas memakan diri.

Kau, kau, kau dan kau semua,
Aku sayang kau semua.
Tapi hanya boleh ditulis begini,
Tidak terungkap di bibirku.

Hidup ini terlalu singkat,
Hanya Dia tahu bila masanya,
Kadang-kadang aku takut, tapi masih alpa.

Aku sudah terlalu kelu mahu berkata-kata,
Tangisan hanya di dalam hati,
Bengkaknya hati ini.

Berilah ketenangan padaku Ya ALLAH.
Sesungguhnya Engkau berkuasa pada setiap umat.
Ku mohon Ya ALLAH, beriku kekuatan.
Amin~




speechless.......
terlalu banyak ingin dikatakan.


Wednesday, July 6, 2011

#3 Wordless Wednesday




More Wordless Wednesday entries : 







HAHAHHAHHAAHAHAHAHA 
Jambujambu !