(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Thursday, July 14, 2011

Random Talks

Pernah kau bertanya, apa tujuan kau hidup di dunia?
Pernah terjawab soalan itu?
Aku, tidak mampu menjawab.
Aku tidak pasti, apa yang aku butuhkan,
dalam dunia ini.

Adakah dunia sentiasa berlaku tidak adil?
Kenapa? Tidak.
Hanya perasaan kau.

Hidup ini, terlalu indah.
Aku sehingga tidak tahu bagaimana menikmatinya.
Sehingga tidak tahu bagaimana mahu menghargainya.
Terlalu indah.

source : Tumblr

Wujudkah peluang kedua?
Tapi, kata orang, semua layak mendapat peluang kedua.
Bagaimana kalau peluang itu tidak lagi wujud?
Bagaimana?

Kenapa terlalu berdiam diri?
Kenapa terlalu lantang?
Lantas memakan diri.

Kau, kau, kau dan kau semua,
Aku sayang kau semua.
Tapi hanya boleh ditulis begini,
Tidak terungkap di bibirku.

Hidup ini terlalu singkat,
Hanya Dia tahu bila masanya,
Kadang-kadang aku takut, tapi masih alpa.

Aku sudah terlalu kelu mahu berkata-kata,
Tangisan hanya di dalam hati,
Bengkaknya hati ini.

Berilah ketenangan padaku Ya ALLAH.
Sesungguhnya Engkau berkuasa pada setiap umat.
Ku mohon Ya ALLAH, beriku kekuatan.
Amin~




speechless.......
terlalu banyak ingin dikatakan.


9 comments: