(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Friday, September 16, 2011

Review Filem LIBAS

Hyeeee. Assalamualaikum!

Okay, pada hari Rabu lepas (14 September) , aku pergi ke Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media untuk filem LIBAS. Terima kasih kepada BeanMoreno sebab bagi tiket kepada aku, dan thanx to Kak Zarien sebab bagitau aku pasal tayangan ni. HEHE.


Filem LIBAS adalah sebuah filem bergenre Aksi Komikal arahan Jurey Latiff Rosli di bawah produksi MDAG.  Ini merupakan filem pertama dari MDAG yang sebelum ni banyak terlibat dalam drama dan telemovie sahaja. Antara pelakon utama filem LIBAS : Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Johan RajaLawak, Adam Corrie, Zek Zamri dan Yuswaisar. Bakal ditayangkan di pawagam 29 September 2011. 

Sinopsis LIBAS :

Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti… Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya.
 Trailer LIBAS :


Review dan pandangan aku sendiri tentang filem LIBAS ni :

1. Jalan Cerita LIBAS
  • Jalan cerita LIBAS bagi aku adalah menarik. Jalan cerita yang teratur, tidak buat orang pening kepala, ditambah dengan unsur humor membuatkan filem ni menjadi lebih menarik. Ada sahaja bahagian yang akan membuat korang tertawa dan tak rasa jemu dengan filem ini. Durasi filem ni adalah 2 jam. Agak lama kan? Tapi aku sikit tak terasa 2 jam tu sebab sangat best dan kelakar. Tapi filem ni bukan humor semata, tapi ada pengajaran disebalik filem ini, bagaimana mereka berjuang demi bangsa dan negara (sesuai dgn musim kemerdekaan sekarang ini), bagaimana seorang anak muda yang tidak pernah kisahkan tentang permainan tradisi ini sanggup berjuang hingga ke titisan terakhir! Untuk jalan cerita aku bagi 5/5 bintang! *THUMBS UP* 

2. Barisan Pelakon LIBAS
  • Hero filem ini adalah Rosyam Nor, lagenda negara! Heroin pula Scha Al-Yahya. Filem ini mula dibuat pada tahun 2009, yang pada masa itu zaman kegemilangan Rosyam Nor, dan dunia baru bagi Scha. Walaupun pada mulanya ada sedikit awkward gabungan Rosyam dan Scha, tapi aku sangat berpuas hati dengan lakonan mereka. 
  • Johan pula adalah penyeri filem ini. Tanpa Johan, mungkin filem ni akan menjadi satu filem yang serius, kerana kita pon kenal Rosyam Nor dengan lakonan seriusnya. 
  • Lakonan Adam Corrie, Zek Zamri dan Yuswaisar sebagai watak antagonis adalah yang terbaik! Kalau Rosyam Nor ada Johan, Zek Zamri ada Yuswaisar yang membawa watak humor. Semua adalah kelakar!

3. Teknik CGI LIBAS
  • Sepanjang menonton filem ni, ada sesetengah bahagian efek CGI adalah tidak smooth dan melampau. Tapi ini kan movie Aksi KOMIKAL, so memang akan ada part yang tidak logik. Komik/kartun ada yang logik ke? Tidak kan? =) Efek CGI yang melampau memang boleh buat korang ketawa, asalkan korang set mind korang ini filem Aksi KOMIKAL , bukan Aksi sahaja. 
  • Ini juga merupakan filem pertama MDAG, jadi mereka masih mentah dalam pembikinan filem, dan teknik CGI. Kenapa perlu dipertikaikan efek CGI yang melampau, sedangkan bila tengok Shaolin Soccer, korang mampu ketawa? Tak berkata apa-apa? =)

Oh ye, berkata tentang Shaolin Soccer, memang pengarah filem LIBAS sendiri sudah bersedia dengan persoalan itu. Beliau mahukan kelainan dalam filem industri kita, yang memang aku sendiri tak pernah tengok filem macam ni dalam Malaysia. *THUMBS UP* Bila tengok komen trailer pon, ramai dislikes dari likes. Bagi aku, aku cadangkan korang pergi tengok dulu 29 September nanti. Pasti korang puas hati ! 

Overall rating untuk filem LIBAS : 4.5/5 stars. 

4.5 stars tu tinggi, sebab sejujurnya, aku jarang bagi stars yang tinggi pada movie. Memang BEST filem LIBAS ni. SERIUS! 

Sekian. Wassalam !

Sunday, September 4, 2011

Preview Screening The Smurfs !

Hyeeeee! Assalamualaikum!

Perghh! Kemain lama baru nak update entry kan? Tapi apa de hal, The Smurfs pon baru tayang 1 September hari tu, kat seluruh Malaysia. Tapi aku dapat tengok awal seminggu dari korang semua (24 Ogos 2011). *kekening* HA HA HA ! Preview Screening ni aku dapat dari Nuffnang, alaaa hari tu kan aku ada buat entry pasal The Smurfs, so aku dapat lah sepasang tiket free tu. Teheee! Dapat sebab tak ramai join kot? HA HA HA! 

So bila aku dapat, aku ajak Kak Zarien, sebab sebelum ni dia pernah cakap, kalau dapat apa-apa tiket ajak la dia. HIHIHI. Si AkmalHilmi pon dapat. So kekonon plan la nak berbuka puasa sekali kan kat TGV KLCC sana. Alih-alih, aku dengan Kak Zarien sampai lambat. HEEE. Tak dapat join berbuka, tapi dapat la jumpa lepas tu. 

Tia, Cik Lily, PenMerah, Kak Zarien, AKU & Cik Epal. Oh ye, kameraman si Akmal. HE HE. 

HAAA. Ini lah yang terjumpa time kat KLCC hari tu. Tak sangka lak ada si Pen Merah, Cik Epal dan Cik Lily sekali. Semua ni aku dah pernah jumpa. HEE. Meriah giler kat lobby TGV tu dengan kitorang je haaa. Lagi-lagi Si Akmal la kan? Macam biasalah, mana-mana tempat pon dia kecoh. HA HA! 


HAA. Tu lah Akmal, Cik PenMerah dan Tia. 

Semua gambar ada gambar si PenMerah sebab semua guna kamera dia. HA HA! Best la HOI, sebab lama tak join event bloggers (sebab dah hilang ketegaran), so bila gather balik, rasa seronok gila, walaupun sekejap! HAHA. Kawan Bloggers antara kawan-kawan yang aku selesa sekali ^__^ 

Sedikit review The Smurfs (rating 3/5 stars) :
Menceritakan tentang sekelompok makhluk Biru, yang tinggal di alam lain. Sangat bermasyarakat. Pada satu hari, kampung mereka diserang oleh ahli sihir GarbageSmell (dibaca: Gargamel), maka mereka terus berlari mencari tempat perlindungan. Tetapi, si Clumsy terikut jalan lain dan terpaksa Papa, Brainy, Smurfette, Grouchy and Gutsy pergi menyelamatkan Clumsy, sehinggalah mereka termasuk ke dunia manusia. Gargamel dan kucingnya pon ikot sekali. Jadi, dari situ, mereka mencuba untuk kembali ke dunia mereka semula, dengan bantuan sepasang suami isteri yang secara tak sengaja terjumpa, membela dan menjaga mereka, sementara mereka mencari jalan keluar. 

HAA. Berjaya ke tidak diorang keluar dari dunia manusia ni korang kena la tengok! Still belum terlambat. Tapi apa yang aku boleh kata adalah, filem ini sangat comel dan simple! Seronok kau ketawa-ketawa. Boleh tahan sakan jugak si Tia ketawa, dok sebelah aku. HAHAHAH! 

Yang paling best, semua pon nak guna perkataan SMURFS . Contoh: I Love You = I Smurf You. LOL comel gilaaa okay? HOHO. Tak rugi pon tengok MELAINKAN korang tak suka cerita kartun/animation memang la rugi. HEH. Hari tu Rozuan kata ada nampak aku dengan Tia, tapi tak tegur pon. CISSS. 

So, have fun! ^___^ Sekian, wassalam !



Bila ada event camni la baru nak update blog, tu pon lambat. LOL