Hyeeee. Assalamualaikum!
Okay, pada hari Rabu lepas (14 September) , aku pergi ke Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media untuk filem LIBAS. Terima kasih kepada BeanMoreno sebab bagi tiket kepada aku, dan thanx to Kak Zarien sebab bagitau aku pasal tayangan ni. HEHE.
Filem LIBAS adalah sebuah filem bergenre Aksi Komikal arahan Jurey Latiff Rosli di bawah produksi MDAG. Ini merupakan filem pertama dari MDAG yang sebelum ni banyak terlibat dalam drama dan telemovie sahaja. Antara pelakon utama filem LIBAS : Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Johan RajaLawak, Adam Corrie, Zek Zamri dan Yuswaisar. Bakal ditayangkan di pawagam 29 September 2011.
Sinopsis LIBAS :
Trailer LIBAS :Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.
Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti… Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya.
- Jalan cerita LIBAS bagi aku adalah menarik. Jalan cerita yang teratur, tidak buat orang pening kepala, ditambah dengan unsur humor membuatkan filem ni menjadi lebih menarik. Ada sahaja bahagian yang akan membuat korang tertawa dan tak rasa jemu dengan filem ini. Durasi filem ni adalah 2 jam. Agak lama kan? Tapi aku sikit tak terasa 2 jam tu sebab sangat best dan kelakar. Tapi filem ni bukan humor semata, tapi ada pengajaran disebalik filem ini, bagaimana mereka berjuang demi bangsa dan negara (sesuai dgn musim kemerdekaan sekarang ini), bagaimana seorang anak muda yang tidak pernah kisahkan tentang permainan tradisi ini sanggup berjuang hingga ke titisan terakhir! Untuk jalan cerita aku bagi 5/5 bintang! *THUMBS UP*
2. Barisan Pelakon LIBAS
- Hero filem ini adalah Rosyam Nor, lagenda negara! Heroin pula Scha Al-Yahya. Filem ini mula dibuat pada tahun 2009, yang pada masa itu zaman kegemilangan Rosyam Nor, dan dunia baru bagi Scha. Walaupun pada mulanya ada sedikit awkward gabungan Rosyam dan Scha, tapi aku sangat berpuas hati dengan lakonan mereka.
- Johan pula adalah penyeri filem ini. Tanpa Johan, mungkin filem ni akan menjadi satu filem yang serius, kerana kita pon kenal Rosyam Nor dengan lakonan seriusnya.
- Lakonan Adam Corrie, Zek Zamri dan Yuswaisar sebagai watak antagonis adalah yang terbaik! Kalau Rosyam Nor ada Johan, Zek Zamri ada Yuswaisar yang membawa watak humor. Semua adalah kelakar!
3. Teknik CGI LIBAS
- Sepanjang menonton filem ni, ada sesetengah bahagian efek CGI adalah tidak smooth dan melampau. Tapi ini kan movie Aksi KOMIKAL, so memang akan ada part yang tidak logik. Komik/kartun ada yang logik ke? Tidak kan? =) Efek CGI yang melampau memang boleh buat korang ketawa, asalkan korang set mind korang ini filem Aksi KOMIKAL , bukan Aksi sahaja.
- Ini juga merupakan filem pertama MDAG, jadi mereka masih mentah dalam pembikinan filem, dan teknik CGI. Kenapa perlu dipertikaikan efek CGI yang melampau, sedangkan bila tengok Shaolin Soccer, korang mampu ketawa? Tak berkata apa-apa? =)
Oh ye, berkata tentang Shaolin Soccer, memang pengarah filem LIBAS sendiri sudah bersedia dengan persoalan itu. Beliau mahukan kelainan dalam filem industri kita, yang memang aku sendiri tak pernah tengok filem macam ni dalam Malaysia. *THUMBS UP* Bila tengok komen trailer pon, ramai dislikes dari likes. Bagi aku, aku cadangkan korang pergi tengok dulu 29 September nanti. Pasti korang puas hati !
Overall rating untuk filem LIBAS : 4.5/5 stars.
4.5 stars tu tinggi, sebab sejujurnya, aku jarang bagi stars yang tinggi pada movie. Memang BEST filem LIBAS ni. SERIUS!
Sekian. Wassalam !
untungla.
ReplyDelete2nd!
ReplyDelete@Shaofie
ReplyDeleteko kenapa sopi? cisss!
@EmanTheHalia
ReplyDeletetakyah nak 1st 2nd bagai laa. korang dua je yg komen pon hahahaha!
uishhh 4.5 kee?? mmg best la cite ni ek ? tapi honestly...rosyam nor again? aihhh~ (haha bukan aku bias dengan dia cuma dah selalu sgt dia asek jadi hero~)
ReplyDeletebaru aku tahu ada filem libas ni! ke aku y x update movie?? :D
menarik2
menarik jugak.. ala2 shaolin soccer pun ada.. hehe..
ReplyDelete@Solihin Zubir
ReplyDeletesbb org keep comparing mcm tu la kot ramai dislikes dr likes.
bagi aku cite ni best. hoho!
@Auz
ReplyDeletesebab belom ditayangkan lagi
sbb tu taktau lagi
hehehe
syiok eh citer neh???
ReplyDeletekene tengok nie.. hohohoho
ReplyDeleteGabungkan Shaolin Soccer dengan Mortal Kombat, but keep in mind yang ini filem hasil anak tempatan dan merupakan karya sulung MDAG = maka jadilah Libas…menarik sebab cam something new, tapi masih banyak yang boleh diperbaiki (kakiwayang.com)
ReplyDelete