(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Saturday, May 26, 2012

WHY are you so adorable?

Hyeeeeeeeee! Assalamualaikum!

Semalam masa tengah sibuk-sibuk cari movie nak download, lantas aku terjumpa lah satu movie ni. Tapi aku macam, EH movie baru ke? Tapi macam tak ada pon kat wayang? Cerita si Puss In Boots yang sangat comel itu!


Comel kan? Aku pun apa lagi, laju-laju download (tak lah laju mana sebab wifi cilake). Aku jadi gila tengok kecomelan 4 ekor ni. Dapat pulak aku memang seorang Ailurophile. Apa Ailurophile? Ahh, aku dah link kan tu, rajin-rajin lah click. Huehuehue!

Rupanya ni short movie je. Duration dalam 15 minit macam tu. Tapi, berulang kali aku tengok sebab diorang COMEL sangat -___________- Masa tengok tu tak kira lah betapa meroyan dan psikonya aku! Nak tahu part mana yang aku meroyan sangat tu? HAH ini !

Aku sanggup Pause, and capture scene ni tahu?!

Amacam? Psiko tak? KAHKAHKAH ! I can't bear their cuteness, their eyes! Seriously! Tapi jangan mudah terpedaya dengan kecomelan diorang ni, nakal sebenarnya! Well, itulah kucing; Comel TAPI Nakal. Zzzzz.

Siapa ada kucing? Korang pernah tak tengok scene bila kucing kau tengok kau, lepas tu mata hitam dia membesar? Pernah tak? Aku pernah! Tapi tak lah sebesar macam 4 ekor ni. Tapi that time memang aku macam HOI, APA COMEL SANGAT?!



ARGHH! Okay, sudah! Kalau nak tengok YouTube, korang search je Puss in Boots & The Three Diablos. Ni salah satu lah aku bagi kat korang ;


Tengok lah korang tengok, dan pastikan get something untuk lepaskan geram korang nanti! HAHAHAHAHA. 

Sekian, wassalam!



p/s : dan-dan rindu kucing kat rumah T__T

Friday, May 25, 2012

1000 Likes dah?

Hyeeeeeeeee! Assalamualaikum !

Okay okay aku agak teruja ni. Kehkehkeh. Kenapa? Hah, sebab lepas je aku update entry Madagascar tu, aku pon bukak lah page Facebook Blog Ery Farieha aku ni. Lama tak bukak, yelah, sebab lama tak update pon kan? Page tu pon dah macam ping site sebab penuh blog orang je. Entry blog aku? Tarak --" Bila aku bukak je tengok-tengok dah 1000 Likes. WAH. 

1004 Likes pada masa 9.05pm 24 May 2012.

Okay lah sorry aku terjakun sat. 1000 Likes tu bukannya dalam masa 3 hari tahu? 3 TAHUN lah! Hakhakhak! Kecoh sangat kan? Gila apa 3 tahun baru nak 1000 Likes? Okay, don't blame others, aku sendiri yang tak jaga maintenance blog ni. 

Masa aku buat kiraan dah berapa tahun blog ni, dapat jawapan 3 tahun (JUN nanti), rasa macam tak percaya! Aku rasa macam baru semalam aku update blog aku dah berusia 2 tahun, TUP TUP dah nak 3 tahun? Apa ni?!! Tak puas hati dengan diri sendiri --" Tak nak mengaku diri dah tua pun ada gak aku ni. HEH. 

Bila bukak dashboard blogger.com , aku jadi rindu dengan kawan-kawan blog zaman aku dulu. Yang majoriti dah tenggelam dalam dunia blog, tapi masih ada golongan minoriti yang setia update blog. CAYA LAH!! Rindu zaman Blogwalking. AHH rindu semuanya. Sekarang, aku dah tak tahu aku masih ada ketegaran nak buat semua tu atau tidak. Update hari-hari. Hmmmmm. 

Sudah. Kalau dikenang memang tak habis. Kalau dikenang, aku tak sambung menaip ni. So stop kenang sekejap. Kejap lagi sambung kenang. Kehkeh! Erm erm, jadi sesiapa yang tolong Like page aku tu terima kasih banyak-banyak =') Tolonglah Like sekali FB shop aku ni. Kikikiki!


EH. Promo pulak. Okay, apa salahnya kan? Teeheee! Jadi, ini untuk anda semua ; 

Follow me. AHAKS. kbye!
Sekian, wassalam !



p/s : Entah bila nak tukar header blog. Anyone nak tolong design? =(

Thursday, May 24, 2012

My Favourite Animal Pal in Madagascar3: Europe’s Most Wanted

Hyeeeeeeeeee. Assalamualaikum !


EH. Dah nak hujung bulan May? Okay, cepat betul masa berlalu tanpa sebarang update pada bulan ni. Bulan lepas pun 1 entry je. HEH. Okay, back to topic. Lama rasanya tak join contest Nuffnang, dan terasa nak join kali ni sebab ini cerita Madagascar! Aku memang layan kartun-kartun macam ni. So childish kan? --" 


"who is your favourite animal pal and why"


Ada 4 watak utama untuk Madagascar 3 ni. Kegemaran aku adalah GLORIA si hippopotamus. Amboi, si debab juga kegemaran aku kan? Dari first movie aku suka tengok keseksian si Gloria ni. Dia gemuk tetapi seksi. Serious talk! 

Aummm. EH tu bunyi Lion -.-

Okay kejap-kejap. Gloria ni hippopotamus betina okay. Kalau tengok dekat-dekat, bulu mata dia bukan main lentik, tahu? Jadi sebab apa aku suka Gloria ni? Kalau korang perasan, Gloria ni kira macam pengaman lah dalam kumpulan mereka ni. Kalau si Lion, Marty dan Alex ada bergaduh ke, dia lah yang tolong leraikan. Iyelah, yang lain tu kan macam gila-gila je. 

So kalau aku nak ada kawan baik, aku nak lah yang macam Gloria ni since aku ni keras kepala. So kalau Gloria ada mungkin boleh tolong mengurangkan sakit keras kepala aku ni. HAHA. Secara tiba-tiba she reminds me to someone; tembam tapi seksi dan baik! *gelak tutup mulut* Okay, lupakan. Gloria ni debab-debab pun dia pakar menari tahu? Dan paling tak disangka adalah dia mahir dalam permainan Tightrope. Tahu apa Tightrope? 

Tightrope.

Amacam? Menganga tak? Hebat kan? :O Jadi itulah dia Gloria. Fat is the new sexy can be applied to her! Itu sahaja, harap-harap adalah rezeki untuk menonton movie Madagascar 3 ni. Thank you Nuffnang

Sekian, wassalam !