(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Monday, November 30, 2009

I'm the First Lady

ceh. tajuk sgt hebat yer? kisahnye, psl nak beli baju kt First Lady je, utk wedding kakak aku nnt. (aku pon beria carik baju) .tema kakak aku Merah. kalo ikotkan, mmg da ade baju merah. kebaya aku yg raye baru2 hari tu. gojes kan? ahakss. ingat nak crik bju mse kakak aku nikah. warne die cream, peach cm gitu laa.
hari tu tgk kt First Lady Giant Bandar Kinrara, ade baju kurung puteh, chantek dr jauh. tp bila pegi td tgk dekat2, x bpe nak chantek n bile da try size XS pun, baju tu gedoboh panjang. die x besa tp panjang (maklomla, aku kn kemetot je) ni jenis baju kurung Pahang, kan kembang bawah kan? so, sangat huduh bila aku memakainya (agak kecewa la) coz ngidam sgt baju kurung puteh T__T
lepas tu tgk lg. baju kurung moden. chantek jgk. ade warna maroon, oren, hitam & cream. ingat nak amek cream tp takde size XS. arhhhh hampa lg T________T (pjg kan?) tp nak jugak punye pasal, aku amek la warna maroon tu. chantek jgk. cadangnya nak pakai time kenduri la kan, psl baju baru. ihiks. nak tengok?tunggu gmbr kenduri nnt. x surprise le tunjuk skrg. hihihihih. pastu dok pk, time akak aku nikah, nak pkai baju pe nih? adeyyyy (mcm aku lak kawen).
baju2 kat First Lady ni aku tgk murah2 jgk. tapi kualiti aku taktau la. sbb 1st time beli kt First Lady. name First Lady tu mcm dah gah sgt. merate ada. mostly harga semua bawah 100. even baju kebaya sulam2 or baju kurung moden. dari dulu aku carik baju kurung moden, tp mmg sgt susah la nak carik yg bwh 100. td beli guna duit sendri. ohhhhhhhh aku akan jadi begitu sayang dgn baju itu. hehhhh.
oke, tamat cite hari ni. hahahaha. takde modal sgt nak cite. teeeheeeeee

pic semalam mase nak g kenduri kat Emerald West, Rawang.
sesattttt~ T__T

Saturday, November 28, 2009

Nur Kasih dah tiada ;(

cerita yang tak pernah aku lepas tengok : Nur Kasih dah habis! tp cam oke jgk la ending dia. kire happy ending la kan? heee. crite ni siriusly pd aku, byk pengajaran. ade jgk la bergenang-genang air mate tgk drama nih.
bila aku tgk percintaan Nur & Adam, byk sgt dugaan yg diorg hadapi. sampai Nur byk kali, mengeluh ttg perhubungan diorg. sampaikan semlm adik Nur, Sarah pun cakap, mungkin bukan jodoh Adam & Nur. tp last2, bersama jugak. suke3~
percintaan, mmg byk dugaan kan? org yg tabah & sabar je blh hadapi dugaan mcm ni. tp perhubungan yg direstui Allah, insyaAllah akan berkekalan, tetapi byk jgk cabaran yg perlu dihadapi dulu, ye tak? =) drama ni mematangkan pemikiran org. tp aku masih galak tgk drama ni. kan ade ulangan kat TV3 kul 7.25 ptg. hehehe. ditayangkan sbb byk permintaan kan? mmg meletop drama ni!
minggu dpn drama ape plak ye? ade tgk gazet ari tu tp lupe lak tajuknye. mauu tgk! kalo best, akan jd follower yg paling setia. hehehehe.

Tuesday, November 24, 2009

Salah ke? "tak!"

aku tak paham betol la dgn org sekeliling aku ni. lame2 aku boleh nampak perangai masing2. hurm. yg aku nak cite, 1 je la.

salah ke boyfren aku tu CHUBBY hah? tu bahase sopan yang aku gune sbb aku sayang boyfee aku. orang lain menggunakan bahasa yang lagi tak sopan terhadap beliau.
siyesly, aku tak paham kenape perlu dorg cakap boyfee aku tu CHUBBY. ckp dgn nada mengutuk pulak tuh. aku mmg tau dr mula la die tu CHUBBY & COMEL & COMOT (3C) , ade aku kesah? asalkan die sihat. CHUBBY yg sihat, bukan CHUBBY yg membawa mudarat.
kisahnya, die tu asalnye TOUGH (tak tipu) sbb dulu dia budak SUKAN & RAGBI. bace btol2, RAGBI! tak ke tough bebudak yg men ragbi? tapi lame2, bila dah tak aktif sukan, mula la chubby sikit. dia tak aktif skrg sbb sibuk dgn practical.

ishh. aku masih tak dapat paham! tolong sape boleh pahamkan aku knp org perlu mengata cmtu? jap gi nak jwb dlm exam. kahkah. seadanya dia, aku sayang dia, sbb die bukannye chubby dr kecik. da besa2 ni je chubby. hehehehe. dah kawen nnt lagi chubby. ihikssss (malu la ckp sal kawen =P)

dah2, sape2 yg suke nak mengata "asl bf ko gemok?", sila la simpan. sila la jaga hati org len. wlopon korg tak ckp kat dia, korg ckp kat awek dia, kecik ati jugak woii~ kan sehati sejiwa? kahkah. (blh msk sehati berdansa nnt)

kamu, kamu, sy tetap syg awk.
meh bg lemak awk kat sy cket =D

Monday, November 23, 2009

Anda semua dijemput

ni ada kad kawin utk korang. ni kad kawin kakak aku.

name pasangan pengantin : Murni Yanti & Nor Azman.
tarikh : 12/12/2009
tempat : 21, jalan PUJ 5/4, taman puncak jalil, sri kembangan.

ni merupakan adik beradik aku yang ke3 kawen. aku ada 4 adik beradik. jd, maknanya, tinggal aku sorang je lg belom kawen. hahahaha. insyaAllah, dah jumpe jodoh yg sesuai, 4/5 tahun lg kot. =P

sesiapa yg berdekatan KL & Selangor, anda dijemput hadir. rumah aku ni dekat2 dengan Bukit Jalil, Puchong & Serdang. rumah aku bersebelahan Bandar Kinrara 5, tempat golf. bersebelahan juge Taman Equin.

besarkan gmbr taw utk lbh jelas.


Kisah Dating.

dating? waaaa. lame sudah aku tak dating rasenye. sebulan dah kot. tp mmg perjanjian dgn dia sebulan sekali je. huhuhuh. takpe2, dating byk2 sgt wat habis duit je. sian dia takde duit nanti.

tp ni bkn kisah aku dating. tp kisah kucing aku dating. hahahahaha. takde kje sungguh aku. dulu aku ade ckp 2 ekor kucing baru dtg umah kan? sekor yg aku namekan tompok tu dah lari. iskk. dasar kucing tak setia. tinggal ayu je. dgn 2 ekor jejaka kachak, Su & Rain.

bila la Ayu ni nak beranak? kucing ni bunting bpe lame ek? dah bertahun2 aku bela kucing, tp still xtau kucing bunting bpe bulan. kalau org 9 bulan kan? hehehe.

rain & ayu yg sibuk bercinta. hahahaha

merepek je aku ni. pdhal aku yg letak 2 ekor ni sebelah2. tgk la tu, ekor bertemu ekor. ekekeke. sikit lg je nak jd bentuk LOVE. haahaha. psycho le aku ni.

dah2. cte sal kucing lak, mentang2 blog pencinta kucing kan? =D

Solved!

utk en3 sebelom ni, ramai yg bg comment & most of them from the girls. yaa, perempuan lbh memahami perempuan rite? tenx to all of u. ada yg share pengalaman. yes, it does hurts me. tp semua dah selesai semalam, when I've call him. mule2 ego, takmo call. but bile pk, sampai bile nak mcm ni, then aku call dia, n discuss masalah tu dgn dia.

so, semua dah selesai. aku akan tetap bertabah utk dia. someday, I will make him more appreciate to me. coz aku tau, die ni jenis yg tak reti nak tunjuk sayang / tanda penghargaan kt seseorg tu. mungkin ego? mungkin jgk sbb die mmg x biase dgn semua ni? mcm aku jgk la. aku pun susah jgk nk tunjuk yg aku care kt org tu, syg org tu. pdhal dlm hati, hanya Tuhan saja tau mcm mane aku sayang org tu. =) i love you always. we'll try our best for our future =)

skrg ni aku nak cte, dr 16/11 - 19/11 aku, parents aku & my niece, eva gi Penang. jalan2 carik makan. hehehehe. btol la carik makan. makan pasemboq, laksa penang, char kuay teow & mcm2 lg.
ktorg tido kt hotel Copthorne Orchid kt Batu Feringghi. dapat 2 bilik lak tu. mentang2 lom cuti skola. kalo da cuti skola, kompem dpt 1 bilik je. hohoho.

di hadapan hotel Copthorne. (gmbr time mlm & gune kamera phone)

air terjun dpn entrance hotel :)

pemandangan dr bilik hotel

pantai ape tah :P

mereka yg tersayang


Penang Butterfly Farm



butterflies ni tgh wtpe ek? =P

cntk pic air terjun ni :)

Penang Hill a.k.a Bukit Bendera




dah habis. dah bertahun2 sbenanye x berjalan dgn family ni. wlopon pergi ber4 je, tp tetap best la coz dak kecik tu ade. penyeri idup :)

Saturday, November 21, 2009

Penat la.

aku penat.
asik aku start semua.
asik aku call.
asik aku ajak date.
asik-asik aku.

aku sayang dia.
tapi..
aku pun ada batas sabar.
walaupun dia cakap dia takde kredit, aku cuba memahami.
tp, lagi aku cuba utk paham, lagi aku sakit hati.

so, better tak payah paham kot?
better aku diam je.
tgk ape dia nak buat.

takpe, aku tak mati takde dia.
aku boleh hidup sendiri.
dah biasa.
aku ada family & friends yang lebih kisahkan aku.

aku perempuan.
naluri perempuan,
mmg memerlukan perhatian yang tinggi.
kalau diabaikan, sure sakit hati.

i'm not single.
but i'm considering myself as single.
got it?
reason? taknak berharap pd dia.
biar la dia paham sendiri.

end

Saturday, November 14, 2009

Musim Exam

hye! kpd sesiapa yg menjadi pembaca setia blog aku ni, tau la bpe lame aku takde laptop. almost 1 month sejak study week sampai la dah hbs exam. byk perkara berlaku sebenarnye. kisah sedeh, kisah gembira, kisah jakun & macam2 lagi. sesungguhnya lame sunggu x menaip di blog ini. tgn masih kaku + kesakitan akibat jatuh. jatuh? lerr. da besa2 pn jatuh lg? yehh. tu la aku, mmg off-balance sll.

perkara 1 : mengalami demam2 pd study week. selain itu juge mengalami kegatalan yang tidak tahu punca. habis merah2. ohh sgt takot, aku menangis. (yela, mane pnah ke alergi or ape2, huhu) sian tak aku? time2 nak study, mcm2 happened. dugaan sgt kuat. alhamdulillah baik sebelum exam start.

perkara 2 : meronggeng. tp bkn lepas exam, semase study week. hehh. tu dinamakan kegilaan yg melanda pd study week. pergi ke MidValley pd hari rabu (wayang murah kan) menonton crite PANDORUM. (dh dkt2 papadom) cite ala2 alien gitu la. thumbs up dr saye, yana, yani & ain.


model Guess. ahaks
model MNG plak.
pandorum!(credit to caely)
menunjukkan GSC kt Mid ade 18 Halls.

perkara 3 : exam dilalui dengan sgt mengecewakan. try not to think about it :(

perkara 4 : kisah jakun kat sini la. bila exam habis, kami meronggeng ke Sunway Piramid. tujuan? ice skating! yeehaaaa. semua tak pernah main except Sab.kami pergi ber6. kami masuk je pukul 1pm mcm tu. nak tau bpe jam men? 5 jam jugak la. kul 6 baru kua. hahaha. ni sme bdk2 ni laa, xmo kua lak. sonok sgt. hohoho. aku tak bpe nak sonok. sbb? smpi ke akhir, aku still tak boleh jalan sorg2. uhukss. sian kan? sbb tu aku kate aku ni off-balancing. pdhal aku sgt excited mau main. yana yg xmau main mule2, die yg last skali kua. suda terbalek la. huhuhu. smpi aku mmg give up, xmo men dah. huhu.

koleksi gambar.

tamat la kisah sem 1. kami balek pd hari sabtu. jumpe lg sem depan ye kawan2 ku sayang! =)

miss korang!

Friday, November 6, 2009

New Pets! =D

heyy~ i'm back =D back for a while je coz ade gap 3 hari for the next n last paper this tuesday! wuu. tak sabar nak habes exam. suffering sgt2. heeee. ok, utk gap 3 hari ni, aku balek rumah. maybe sampai ahad.

balek je rumah, i saw 2 cats. so cute. in my house.

aku : kucing sape tu mak?
mak : tah kucing dr mane, dtg dok umah kite.
aku : ooooo.

aaaaaa. kucing dah bertambah. ade 4 ekor skrg. aku suke sangat! coz yang datang tu due2 betina. selame ni due2 jantan je aku ade. dah la comel. nmpk sgt kucing bela sbb bulu cantek je. org buang kot sbb die da byk kucing kot?
bertambah2 la kawan eva (anak sedare aku) kat umah ni. sekor ikut perangai su (yg puteh), sabar gilee even dikerjakan oleh eva. dan sekor lg ikot perangai rain (yg oren), garang! hahaha. tapi sekor kucing aku ni da bunting. hishh, keje rain la nih. (pantang nampak awek comel) mak aku kate, 1st datang lg rain da mengawan. hahahha. opsss, cite 18SX ni =D
kesimpulannye, akan bertambah2 le kucing kat umah aku ni. makanan kucing ni kompem2 da kne double. skali letak, skali tu jgk habis. huhuhu.

tgk dah terbukti aku pencinta kucing! (bangge lak) bukan aku je tp family aku juga =)


ni tompok aku namekan.

ni ayu aku namekan. (ni la yg bunting)
knp name ayu? sbb corak die sebijik kucing aku yg dlu name ayu & da mati.
sobsss.