(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Friday, April 29, 2011

Pertemuan dan Perpisahan.

Hyeeeeeeeeee. Assalamualaikum!

Fuhhhh! 2 minggu blog tak terupdate. Reason? Entah. Mungkin sebab busy exam? Dan sekarang dah habis exam pon. Kekeke. Mungkin sebab tak ada cerita? Mungkin sebab bosan dengan dunia blog? Mungkin, mungkin, mungkin. Ada ke yang ternanti-nanti aku update? Takde? Okay ! Keh keh keh. *takyah perasan #retis sangat Ery hoi*

By the way, dalam sibuk nak exam pun, aku masih sempat pergi memMOVIEkan diri. Kih kih kih. Pergi bermovie dengan Encik Abam aku. Siapa? Keh keh, rahsia lah! Once aku dah ready, aku bagitahu ye =) Kitorang pergi tengok movie "The Room mate"


Sedikit cerita dari aku :
Masa hari pendaftaran kolej biasa lah kan mesti dapat 1 bilik 2 orang. Jadi Sara dapat Rebecca sebagai room mate dia. Dari awal lagi Rebecca memang acting weird. Rebecca ni pulak jadi terlalu sayang dan obses dengan room mate dia sendiri, Sara tu lah. Jadi bila kata obses ni mesti lah dia terlalu menjaga room mate tu kan? Apa-apa room mate dia buat, semua dia tahu, dan dia jugak jeles bila Sara ada boyfren, ada kawan perempuan lain yang rapat dengan Sara. Dan dia akan mencuba musnahkan semua orang yang rapat dengan Sara tu. Haa takot tak takot tak? 

Nak tahu ending? Tengok sendiri lah. Kuikuikui. Tapi rating cerita ni aku bagi 3 dari 5 bintang je lah. Tak ada lah thrill dan best mana, tapi takde lah sampai membosankan. Just OK, haa camtu lah. Hekhek. Ce bayangkan dapat room mate psycho cam gini? Memang cecepat mintak pindah bilik lerr. Phewww. 

Tapi bila sebut Room mate ni, hari ni hari last aku sebilik dengan room mate aku sekarang, Yana. Kitorang jadi room mate dah 3 tahun taw. Memang dah ngam sangat, tak ada masalah pun. Kan Yana kan? *aku tahu kau baca blog aku. Kikkiki* Aku komfem akan rindu ko Yana. Sem ni aku selalu tinggal ko sesorang kat bilik, sian ko kan? Ngeeee. Thanx Yana for being ohsem room mate selama 3 tahun ni! Sob sob. Eh sedihnya. Hokhok. Nasib kau kat Rawang je, tak jauh mana pun. Kihkih. 

Geng So Panass pun, akan merindui korang! Sekarang pun dah sebak nak kena berpisah dengan korang. Annis, Yani, Sab, Ain, Fathah, Zarina, Ily, Paan, dan Yana, bakal merindui korang! All the best untuk korang semua =') Kahwin jangan lupa jemput hokkay??? ;) 

Uih sebaknye =') By the way, Abam, thanx for everything. I just hope the best for us =) 

Ni aku, kot-kot korang da lupa muka aku cane. kekekek.
Tadaa, Ncik Abam ai. Kikikikiki =P

Sekian, wassalam ! Kbai.


Gud luck Abam for exam =)
23 April .

Wednesday, April 13, 2011

Just Go With It.

Hyeeeeeeeeeee. Assalammulaikum!


Okay, korang dah tengok movie ni? Aku tengok sebelum study week lagi, dengan member Twitter aku, Laa. Genre movie ni Drama Komedi. Harus lah lawak, Adam Sandler & Jennifer Aniston kot, tapi cerita ni 18SX lah. So budak-budak macam Eman, Daus takleh tengok. Kekekeke!

Sedikit review cerita ni : (Review penuh klik [sini])
Kisah 2 orang rakan baik merangkap rakan sekerja (Danny & Katherine), yang memang share kisah mereka. Jenis yang rapat tapi dengan cara agak kasar, tapi mereka saling tolong-menolong. Danny nak mengorat perempuan lain (Palmer), Katherin tolong. Tolong punya tolong, last-last diorang baru tersedar yang sebenarnya mereka jatuh cinta antara satu sama lain. 
Apa yang aku nak persoalkan kat sini adalah,
"bagaimana kalau satu hari nanti, korang jatuh cinta dengan orang yang kau tak pernah sangka?"

Kiranya macam ni, sekarang kau ada baik dengan someone, baik yang jenis gurau-gurau kasar, kutuk-kutuk, but at the same time, korang tahu macam-macam pasal someone tu. Tahu faveret food, faveret air, tahu lah semua kegemaran dia, silap-silap korang je yang tahu kisah cinta dia yang sebelum-sebelum ni. Kiranya korang selalu la share cerita, share masalah. Tapi hubungan korang tak lebih dari kawan. 

Lepas tengok cerita ni, tetiba aku terfikir. Phewww. Okay, kalau dah terfikir, mesti la macam "dah sangka" kan? Hahaha. Sapa gerangan orang tu harus lah rahsia. Tapi ce bayangkan! Hahaha. Aku takleh bayangkan, rasa macam mustahil and funny, tapi tak mustahil sebenarnya tetiba nanti secara tak sedar, kita suka dan jatuh hati pada dia. Kita beria-ia cari someone else, tapi rupa-rupanya dia lah jodoh kita. Tak macam scary pulak? Hokhokhok. >___< 

Ada sesiapa yang ada pengalaman macam ni tak? 

p/s : "Just Go With It = Follow the Flow" kan?

Sekian, Wassalam!



Cepat lah exam habis.
T__T
Baru lepas tengok cerita 2 ALAM. Kahkahkah!

Friday, April 8, 2011

Mood : Final Exam Sem II 2010/2011.

Hyeee. Assalamualaikum!

Fuhhh! Setelah agak lama tak online, makanya di sini dengan pantas dan tuntas, aku nak bagitahu, akan bakal menghadapi Final Exam dari 11 APRIL - 27 APRIL. Sepatutnya, exam ni exam terakhir buat aku, tapi nampak gayanya, tidak. -________- Aku sayang UKM kot, tu pasal nak stay lagi lama. #sarcasm
11 APRIL - KIMIA BIO ORGANIK
14 APRIL - INSTRUMENTASI KIMIA II
18 APRIL - KIMIA ORGANOLOGAM & BIOTAKORGANIK
21 APRIL - KIMIA POLIMER II
27 APRIL - KIMIA KOORDINATAN
Sepatutnya sem ni 3 subjek je tapi lagi 2 aku repeat. Yeahhh, aku memang tak bijak, tak rajin macam kawan-kawan lain, sampai aku kena repeat -__________- Nasib badan la kan Ery? Siapa suruh tak rajin? -____-

By the way, 5 April hari tu, family aku dah tambah sorang lagi ahli. Kakak aku dah bersalin, dapat baby boy! Yeahh. So sekarang dah 2 anak buah aku. Sorang girl, sorang boy. Weeehuuuu. Yang girl anak kakak aku yang sulung, yang boy anak kakak aku yang ketiga.

Eva, tahun ni 5 tahun dah. Oh tu url lama =.="
Baby boy (taktau nama lagi T.T) , masa ni baru 2 hari. 

Seronok tahu ada nak buah ni? Lantak la kau nak kata aku dah jadi makcik ke hape, nanti lama-lama korang bakal jadi makcik jugak. Kecoh je. Hahahaha. Welcome to the new world, baby! Nanti Acu cuti kite memain sama-sama ye? Kikikikiki. Tak sabar =) 

Sekian. Wassalam !


Rindu awak -_____-
Dah 3 hari tak dapat contact =(

Tuesday, April 5, 2011

Fakta atau Auta : Golongan Sains kurang bersosial?

Hyeeeeeeee. Assalamualaikum!
Orang Sains kurang bersosial (?)
Persoalan yang korang paham kan? Aku guna bahasa "Golongan" sebab nak berkata secara umum, sama ada student mahupun yang dah bekerja dalam bidang Sains. Cuba kau orang usha sekeliling, cuba tengok gaya orang Sains bersosial. Macam mana? 


Tak ramai kot tahu yang aku ni student Sains, bidang KIMIA. Selalu kalau aku sebut aku study KIMIA, memang semua pun nak "WOW" , nak "PANDAINYA" and what-so-ever lah! Yeah, course ni memang susah pun, aku yang pada asalnya sangat minat Kimia pun lama-lama luntur minat tu, sebab susah T____T Tapi kata orang, lain orang lain bakat, ye dok? ;) 

Dan aku pernah jugak terbaca dan terima pendapat dari pakar psikologi, orang Sains ni kebanyakkannya kurang bersosial. Kalau bersosial pun, hanya dengan kelompok mereka sahaja. Kira, macam terbatas lah pergaulan diorang tu, tak bergaul dengan orang dari bidang lain. Apa yang aku observe, dan dengar cerita adalah jugak betulnya. Selalunya orang Sains ni hanya dengan dunia mereka sahaja, sebab orang Sains ni banyak berdiam dan fokus. KEBANYAKKANnya lah. 

Ada yang cakap macam ni kat aku, " Selalu budak Sains ni tak bergaul dengan orang sangat, tapi ko tak pulak ek? " . Aku memang kawan je dengan siapa. Bila kawan ramai-ramai orang, dari pelbagai latar, lagi banyak ilmu kau dapat. Siriusly !

Tapi cara aku bersosial semua bermula dari laman sosial, then meet up ke real life. Kalau betul-betul in real life, aku agak tak reti nak cari kawan. Haaa ada gak terselit sikit ciri budak Sains tu. Semua bekas-bekas tupperware (ex BF) aku pun semua aku jumpa dan kenal dari laman sosial. Heh. (kantoi sudah)

Jadi ce cuba usha kawan-kawan korang yang study Sains, macam mana mereka. Takyah usha aku dah, aku dah cerita pun atas ni. Ekeke. So Fakta atau Auta? Renung-renungkan. Kikikikiki. *Yang sebenarnya, depends pada individu. Betui tak?*

Sekian. Wassalam!



aku memang suka bersosial, bukan so-SIAL. heh.
geng So Panass pun semua budak Sains. hehe.

final exam 11 - 27 APRIL.