Well, last update bulan May ye? Lama betul. Sebenarnya since May tu, macam-macam terjadi. Kisah pahit lah paling banyak. Pahit yang terlalu pahit, tetapi aku terpaksa telan. Sampai aku tak sanggup nak cerita dekat blog. Aku jatuh. Jatuh yang sangat sakit. Aku mencari semula semangat untuk aku bangun semula. Dan Alhamdulillah, setelah 6 bulan, aku dah jumpa semangat tu, walaupun kadang-kadang ada juga aku terasa down.
Nak tahu ke apa jadi? Hurmm. Tak perlu lah kot aku cerita dekat sini. Ask me personally kalau nak tahu. Sekarang aku sedang menjalani hidup baru yang TOTALLY DIFFERENT dari hidup aku yang sebelum ni. Aku berada jauh dari keluarga, jauh dari tempat asal (tapi masih dalam Malaysia lah =P ), jauh dari kawan-kawan yang dulu selalu bagi aku nasihat dan semangat untuk aku, suasana dan cara hidup yang berbeza.
I miss them :'( |
Selama aku jatuh ni, hanya keluarga aku yang support dan bersusah-payah untuk aku. Aku dah pernah kecewakan mereka, dan aku menyesal dengan apa aku dah buat. Dengan peluang yang aku dapat ni, aku berjanji dan nekad, aku takkan kecewakan mereka lagi. Mereka tak pernah mengeluh dan mengungkit tentang kisah silam aku, kerana mereka tak mahu aku berasa kecewa lagi. Terima kasih Allah, sesungguhnya Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku =')
Trainee Nichii |
Eh UiTM? Eh? Eh?!! |
Itu je lah serba sedikit pasal aku dalam masa 6 bulan ni. Mohon korang doakan kesejahteraan aku, moga aku diberi kekuatan untuk menghadapi hidup. Terima kasih in advance! =)
Sekian, wassalam!
sambung di uitm ker ery?? amik kos apa?
ReplyDelete2012 ni memang membawa seribu satu makna. looking forward for 2013 :)
ReplyDeleteouch! lama tak nampak..
ReplyDeletehehe welcome back :)
eryyy baru tau ni smbg blajar.. all the best for your future undertakings! ;)
ReplyDeleteLama tak datang sini :)
ReplyDeleteALl the best :D
kerja dkt nichii berapa eh sejam?
ReplyDeletegaji kerja dkt nichii sejam berapa eh kak?
ReplyDelete