(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Sunday, February 27, 2011

JANGAN MAIN KEJI LAH !!

Hyeeeeeeeeeee. Assalamualaikum !

Walaupun aku tengah HOT giler ni, tapi tetap bagi salam. Jawab OK. Direct to the point lah kan. Kalau komen dekat blog Wordpress, mesti ada mintak nama, emel dan URL blog kan? Dan sejak kebelakangan ni, ada orang yang guna ID aku untuk komen di blog Wordpress. Asal dia tahu emel aku, pun dah cukup dia boleh guna ID aku. 

Dulu, sekali, ada "orang" guna ID aku, komen dekat blog "dia". (Malas nak bagi trafik free kat kau) Tiba-tiba dapat emel, aku ada comment kat entry tu PADAHAL TAK ADA pun aku menaip komen dekat dia ! Dan tadi petang, dekat blog Eman pun ada. Tapi aku dah suruh Eman delete, sebab tu BUKAN KOMEN AKU. Komen yang dia bagi memang akan menimbulkan salah faham. 

"***** tu janganlah jeles yer, kitorang memang blogger otai."

Tu emel yang TETIBA aku dapat, dan agak terkejut, sebab aku rasa aku komen lain dekat blog Eman. Agak KEJI kan cara komen dia? Memang #koaja sangat! Padahal, INI KOMEN SEBENAR kat blog Eman

"kutakfahambetuilah tu ayat tetopek ek? hahaha LIKE :)"

Memang terasa diri sangat TERANIAYA dan DIKHIANATI. Pasai apa? Pasai, aku rasa tak ramai tahu emel aku. Dan yang tahu emel aku orang yang rapat dengan aku SAHAJA. Or "pernah" rapat dengan aku. Aku tak nak tuduh sesiapa, tapi tu lah orang yang disyaki buat kerja KEJI ni. 

Nampak macam small matter kan? Tapi, kalau dia dah berani guna ID aku, then komen bebukan, tak mustahil dia akan buat lagi dan memberi komen yang lebih keji dari tu. Orang akan salah faham dengan aku. Dan memberi kesan buruk pada aku. Kira dah menjatuhkan aku lah kan? Jeles dengan aku ke apa ni? #perasan . Tak kisah lah apa niat kau sekali pun, tapi tolong lah hentikan kerja keji kau ni, macam #LOSER tahu tak? 

Sekian. Wassalam !



ada cara tak cane nak hentikan kes camni?
apesal dok men hashtag ni? ingat twitter ke? >.<

Friday, February 25, 2011

Vlog - Ery Farieha Diterjah Nisa Kay.

Hyeeeeeeee. Assalamualaikum !

Macam dihebahkan dalam entry TERJAH lepas, akhirnya petang semalam, dalam pukul 2 - 3 petang, keluar sudah vlog aku yang pertama di 1tube.my . Masa tu aku tengah kelas kot, tapi before pergi kelas ada dapat email dari admin 1tube.my , so dah jangka akan keluar time aku kat kelas.

Balik-balik je terus bukak 1tube, tengok dah ada 20+ views. Isk entah siapa-siapa view. Malu boleh tak? T____T Malu tapi alang-alang vlog tu dah tersebar, sekarang je dah 300++ views yang entah siapa-siapa, maka nak buat muka tak malu je lah promo kat blog ni.



Kalau nak view kat 1tube, kelik SINI yaww!

6 minit ok. Lama gak tu. Huk huk. Bila tengok Vlog ni, memang aku gelak OKAY. Bukan pasai pa, tapi baru la aku tahu, macam mana cara aku bercakap, cara aku gelak. Hihihihi . Macam mana muka aku depan kamera, muka memang neves habis. Dah la tak pandang kamera. (petanda tengah neves) Hahaha. Mungkin orang yang tengok rasa biasa, sebab dah biasa tengok aku bercakap, tapi aku tak biasa tengok diri aku bercakap T______T 

Memang kurang meriah Vlog ni sebab aku macam terkejut + tak sangka akan diterjah Nisa Kay. Cakap pun tunggang langgang je. Dah lah suara kasar, padahal suara aku macam budak-budak kot (?). Dah lah, korang layan je lah. Oh ye, tudung kami kebetulan sama ye, bukan sponsor. Kau ingat artis ke nak sponsor-sponsor? Hok hok. Layari lah 1tube.my untuk menonton Vlog bloggers lain ;)

Sekian. Wassalam !


aku kata "nantikan vlog kedua".
eh tanak boleh? T__T

Thursday, February 24, 2011

Sejauh Mana Persahabatan Antara Blogger.

Hyeeeeeeeeee. Assalamualaikum !

Kali ni segmen oleh Bro Framestone. Saja nak jawab segmen ni, bila tengok ramai dah jawab. Hi hik. Apa entah segmen-segmen ni, eden jawab aje, sebab cam menarik je tajuk dia tu. 


Apa pulak kena-mengena dengan Kyerull kan? Haa bagi yang tak tahu tu, Kyerull ni one of artis dalam Sahabat Bloggers. Ekekeke. Sekarang dia ditahan di wad HKL bahagian Ortopedik sebab besi dalam kaki dia patah. Cemane boleh patah tu, tak tahu lah, tapi mungkin sebab terlalu aktif (?). Tadi dekat wall SB, Taufiq Helios ada bagitahu Kyerull akan menjalani pembedahan esok (Jumaat). So, sama-sama lah kita doakan agar semuanya berjalan lancar. Aminnnn ~

Masa melawat Keyrull Selasa lepas. [Credit to Tetopek]

Ok, nak jawab soalan segmen pulak. Ni beberapa pandangan aku mengenai Persahabatan Antara Blogger :

1) Tidak pernah terputus melainkan terputus internet. Hokhok
2) Perhubungan yang meluas. Maksudnya bila bercampur bloggers ni, masing-masing berbeza latar belakang, jadi ilmu dan pengetahun lebih meluas.
3) Berkawan tak mengira darjat atau pangkat.
4) Kalau ada jodoh, mungkin akan bertemu jodoh sesama bloggers. Aiceceh!
5) Tempat meluahkan perasaan. Perasaan marah, geram, sayang, rindu. Tetttt!

Tu je lah kot. Baru lepas makan nasi lemak, jadi otak lembab sikit. Hahak. Tapi apa pun, aku sangat menghargai semua rakan-rakan aku, termasuk lah bloggers, yang kini dah menjadi sebahagian dari hidup aku. Sayang semuanya ! *Love*

Sekian. Wassalam !



weekend ni cadang nak ke HKL lagi. anyone? 

Wednesday, February 23, 2011

Vlog? TERJAH !!!

Hyeeeeeeeeeee. Assalamualaikum!

Ok, alkisahnya, Ahad lepas aku ikut geng-geng Sahabat Bloggers pergi ke Putrajaya. Ada Vlog bersama Ben Ashaari. Hah hah. Actually, saja je kot pergi situ. Dekat dah pun. Budak-budak ni gesa jugak pergi, nak suruh aku bawak kereta panjang tu, maka aku pun ikut aje lah. Keh keh.

Gerak dari Bangi dengan Aslann, Eman, Nizam, dan Emam. Perghhh HEROIN betul aku, bawak 4 lelaki. Hahaha. Sampai sana jumpa lah bloggers lain. Nanti aku bagi link ye :) Sampai-sampai diorang dah photoshoot. Amboiii, tak tunggu nampak? Grrrrrr!! 

Okay, 1 perkara yang aku tak sangka adalah, aku diterjah oleh Nisa Kay. +_____+ FIRST TIME. Sumpah, aku malu campur berdebar semua ada! Muka macam sememeh gila, then buat VLOG? HOMAGAD !! Rasa malu gila nak tengok video tu upload kat 1Tube nanti. Takyah publish boleh tak? +__________+ Entah apa aku gagap-gagap, merepek depan kamera tu entah lah. Arghhh! Semua blogger pun ada vlog hari tu. So memasing tunggu je lah vlog memasing ye +_____+ 

Dah tak tahu nak cerita apa. Korang layan je lah gambar eh. 

Aktiviti pertama : MAKAN.
Lepas tu ronda-ronda Putrajaya (padahal sesat), then sampai lah ke Ali Bistro, jumpa Yuyu, Nisa Kay, Ben dll. 
Motif? Kah kah kahh (gelak EVIL)
Dah lewat petang. Mesranya gambar ni, lagi-lagi Faizal dengan Ujang. Keh keh keh. 
Pictures credit to Din Kaki Lembik

Vlog hari tu habis malam jugak rasanya, tapi aku dan beberapa yang lain dah gerak balik awal sikit. Sebab nak karaoke kat Alamanda. Emam lah beria sangat. Kikikiki. Gambar karaoke semua kat Eazy, tak dapat upload lagi +____________+ 

Antara bloggers yang datang :

Abang Ben Ashaari ---> http://www.benashaari.com/
Bro Framestone ---> http://www.broframestone.com/
Khaizarien ---> http://khaizarien.com/
Amira Farhana aka mia ---> http://the-amirafarhana.blogspot.com/
Aimman aka Eman ---> http://bilatergigithalia.com/
Faizal Fredley ---> http://faizalfredley.com/
Azfar Roslan aka Ujang ---> http://azfar9897.blogspot.com
*credit to Kak Hanim :P

Sebenarnya Ahad tu, 3 events berlangsung serentak :  
1. Vlog di Putrajaya - Ben Ashaari
2. Mandi Sungai Gabai - Bro Framestone
3. Karaoke - Keyrull 

Sorry lah tak dapat nak hadir ke semua event. Mampu pergi 1 je, tapi semua event pun meriah kan? ;) "Sahabat Bloggers, Sahabat Selamanya" bak kata Bro Framestone :) 

Sekian. Wassalam !


kurang ligat menaip, asyik nak backspace je.

Sunday, February 20, 2011

Split Personality.

Hyeeeeeeeee. Assalamualaikum !

Split Personality ni lebih kurang macam ada 2 personality kan? Alkisahnya begini .... Hari tu, lepas pergi Gath SB tu, malam tu aku pergi dinner dengan Eazy dan adik dia, sebab dia hantar adik dia kat UKM. Adik dia junior kolej aku je kot. Hak hak. Baru tahu, pasal aku pun dah tahun akhir, so aktiviti kolej dah tak aktif langsung. Dok bilik, online study je. (ceh ye ye je study tu) Masa makan tu aku pakai simple dan nerd habis ! Eazy pun macam terkejut tengok aku. Keh keh. 

"Kau pergi kelas pakai macam ni ke macam siang tadi?" 
Nampak sangat kemusykilan dia di situ. Ha ha ha. 

"Macam ni lah aku pergi kelas." 
:-o Terkejut dia. Wakakakakaw.  

Gambar-gambar yang selalu aku upload kat blog dengan Facebook, mesti gambar yang bergaya lah (walaupun tak lah bergaya mana), so mungkin ramai taktau aku ni kalau gi kelas or keluar makan macam mana. Nak tengok? Aku tak kisah pun tunjuk kat orang. Asalkan aku adalah aku. Kikikiki. 1st kasi tunjuk gambar yang biasa orang tengok la. Hahaha. 

Terbaru; gath hari tu. Muka memasing nak ganas, kecuali gadis itu. Hihik.

Tak style langsung aku pakai bagi aku. Selekeh ada lah. Orang tak reti nak bergaya camtu la jadinya, selekeh. Wakakakakaw. Okay, sekarang tiba masa untuk reveal cara pemakaian aku pergi kelas atau keluar makan dekat-dekat. 

Skema x skema? Siap lab coat taw. Hahaha. (Gambar takleh besar lagi? :P)

Eh, kenapa aku pakai lab coat? Sebab aku belajar course Kimia. Makanya, selalu lah masuk lab, tapi ni gambar tahun lepas. Haaa camtu lah keadaan aku pergi kelas. Pakai spek. Pakai tudung bawal je. Tak ada lah lens warna warni ye. No make-up. Hak hak. Pakai pun tshirt and jeans je. Erkk sini boleh pakai sesuka hati, baju kurung jarang sekali pakai. Dah tahun akhir ni lagi lah, baru pernah pakai sekali ! Hahahaha =)) 

Cara pemakaian mempengaruhi perwatakan korang. Setuju tak? Aku setuju :) Sebab kalau aku pakai nerd-nerd camni, perangai aku jadi cam baik je. Pendiam je. Hak hak. Kalau pakai baju kurung tu lagi tak payah kata lah kan, memang sopan habis. Kikikiki. Ni bukan hipokrit tapi dia macam automatik. Yelah, pakai  baju kurung buat perangai tak senonoh, tak ke macam o________O orang tengok? Hok hok. Tapi aku pakai apa pun, aku tetap menjaga adab dan sopan. Euuukkkk muntah korang baca. Hak hak hak. 

Korang ada tak split personality macam ni? Mungkin kat rumah lain, kat luar lain. Mungkin ? Share lah ;) Ce cite ce cite :P

Sekian. Wassalam !



Aiyok da fening nak ke gabai ke putrajaya?
Yang penting, test dulu pagi ni T____T

Friday, February 18, 2011

Review Khas Tia dan Eny.

Hyeeeee. Assalamualaikum !

Yeah, review khas untuk dua orang bloggers ni. Takkan korang tak kenal kot Tia ? Nama blog dia : Belog Tiafazunia. Hahhh dah kenal kan? Artis kot. Iskk korang ni >_______< Eny pulak? Ok, nama glemer dia adalah Sickchild a.k.a Budak Sakit. Eny ni aktif dalam Twitter je banyak. 

Click je nak ke blog Tia.
Click nak ke blog Eny.

Okay, kenapa ada review khas untuk diorang? Sebab, masa gath hari tu, Eny secara kebetulan datang ke Extreme Park tu, lepas tu dia bawak lah barang-barang comel yang dia berbisnes. Dia ada jual bracelets, brooch, keychain dan macam-macam lagi lah accessories.

Click untuk ke blog bisnes Eny.

Hah, click je banner atas kalau nak tahu apa lagi yang Eny jual. Serius, semua cute cute belaka ! Dan, masa gath hari tu, aku saje lah ayat Tia belikan untuk aku 1, besday aku bulan depan ( 21 MAC ) Haha, tak sangka Tia belikan aku betul-betul. Memang terharu lah aku kan! Hadiah besday sebulan awal, kikiki. 

Dari kiri : Eny, Tia, Ery. Muka happy sangat aku tu >___< (eh apesal muka Eman pun masuk?)
Ni la yang aku dapat. Harus lah PINK kan. hak hak. Bubbles Charm nama menatang ni :P

Thanx Tia sayang ! Seronok aku, Eny pun seronok lah Tia beli dari dia kan. Memang comel sangat barang yang Eny jual ni. So kalau korang nak bagi hadiah kat kawan-kawan, boleh lah beli dari Eny. Aku pun pernah beli dari dia sekali, hadiah untuk besday kawan-kawan aku. Tia pulak memang antara kawan bloggers perempuan yang aku paling rapat. Kira macam boleh geng jugak lah. Mana-mana event mesti ada je muka Tia ni. Hak hak. Sayang korang berdua :X :X 

Sekian. Wassalam !



ingat taw 21 MAC tu. kikiki.

Wednesday, February 16, 2011

I'm OK. | Gath SB di Shah Alam.

Hyeeee. Assalamualaikum !

Dah seminggu lebih aku tak update. Dalam seminggu ni macam-macam berlaku. Memang jiwa kacau aku selama seminggu ni. Tapi bila jiwa kacau, pandai lah aku nak cari tempat boleh lepas stress, seperti group Sahabat Blogger (SB) di Facebook. Ehem bebudak SB yang baca ni, siapa perasan aku aktif dalam SB lepas aku bertukar status. Hahaha. Biasala, stress kan? ;) 

So kepada sesiapa yang kadang-kadang tertanya, aku OK ke tak, aku nak jawab ni 

I'M OK !

I'll be OK if you stop asking me about him. Opss macam kasar pulak. Aku tahu, ramai yang care tapi aku cerita pada yang betul care je. Tapi ramai jugak lah yang dah tahu what actually happen between me and him. Kepada yang tak tahu cerita tu, aku minta maaf okay. Aku dah tak nak cerita dah. :) So stop di sini :)

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lepas seminggu aku aktif kat SB, aku tengok wall SB tu ada buat event kat Shah Alam. Outdoor event kat Shah Alam. Mula-mula macam malas dan segan, sebab aku tak kenal rapat dengan sesiapa dalam SB tu. Tapi setelah didesak oleh budak kecik Eman ni, aku pun ON je lah. Lagi pun ada Eazy yang aku dah pernah jumpa. Hehe. Masa ni Akmal, Andy, Tia macam takde kecoh pulak nak pergi, so ingat diorang tak gi. So aku pun plan dengan Eazy, Eman dan Taufiq

Aku tak tahu nak cerita macam mana, tapi memang best gilerrrrrrrrrrr! Dulu, aku macam pernah stop nak join mana-mana gath, tapi ni macam new environment, new people and new activities, bukan setakat bowling dan lepak-lepak, maka aku join lah. Tak sangka memang superb habis! Ada kurang pun macam dah tak nampak. Hahaha. 

Err ni bukan tergantung ok, ni Musang Terbang. Hahah. Muka bahagia je >__< 

First time join aktiviti outdoor. Aku ni bukan lasak orangnya. Tapi nak main "Musang Terbang" pun mencabar. Sebab apa? Sebab tangga nak naik pergi atas tu curamnya 90 DARJAH ! =________= Dah macam rock climbing jugak. Lepas tu terus tak larat nak rock climbing dah. Sekarang tapak kaki dan tangan tengah sakit =____= Jadi budak sakit dah aku. Hahahah. 

Lepas ice breaking. Kira awal lagi lah. Ramai tak datang lagi.
Dah habis! Ramai kan? ;)

Share sikit-sikit dah la. Hihi. Banyak kamera tak upload gambar lagi. So aku ambil apa yang ada je lah. Tapi memang semua best. Aku pun macam slamber je tegur siapa-siapa kat situ, tapi mungkin ada yang tak tertegur, mungkin tak berkesempatan tak pun malu. Hihik. Congratz buat semua admin yang handle dan Thanx kepada yang hadir. Eh macam admin lak aku. Kikiki. Lepas ni buat lah lagi, tapi event lain lah pulak. Baru tak bosan ;) Seronok sangat terasa sampai sekarang :) 


Sekian. Wassalam !



Entry ringkas je. tunggu  part 2 plak ;)

Ahad ni ada 3 events ;  1. Vlog Putrajaya 2. Sg Gabai 3. Karok
mana nak join? hek hek. 

Monday, February 7, 2011

Mutu Sesebuah Blog.

Hyeeee. Assalamualaikum !

Beberapa hari lepas aku membebel kat Twitter, pasal mutu blog aku yang semakin hari aku rasa macam dah tak ada mutu langsung ! Okay aku tahu blog aku memang nothing, cerita banyak merepek je, tapi kadang-kadang ada jugak lah update something yang informative dan boleh share to others. Tapi lately, bila tengok blog sendiri, rasa macam blog sampah je :( 


Bagi korang penting tak mutu sesebuah blog tu? Bagi aku sangat penting, sebab mutu blog yang mempengaruhi visitors dan comments. Macam aku dok up entry merepek-merepek komen yang dapat agak mengecewakan. Bukan kecewa dengan korang, tapi dengan blog sendiri. Bukan nak kata kejar komen semata-mata tapi benda ni semua semangat untuk aku terus blogging. 

Nak dapatkan loyal readers pun susah. Memang akan berubah ikut musim. Tapi syukur, masih ada yang sudi baca blog aku ni, walaupun nothing :) Thanx. Walaupun sometimes terasa macam agak sedih dan kecewa dengan blog sendiri, tapi aku masih menaip disebabkan masih ada lagi pihak yang 'care' dengan blog ni. Kalau dulu entry aku selalunya berselang-selang entry serius dengan entry santai. Tapi sekarang lebih kepada santai je semua, so mungkin ada yang bosan. Normal. 


Masa menaip entry ni, buat aku berfikir semula, apa sebenarnya niat aku blogging? Lebih kepada suka-suka dan nak carik kawan-kawan baru. Mungkin disebabkan sekarang dah TERLALU RAMAI bloggers, so persaingan pun makin kuat. Kan? Jadi lebih banyak blog yang terpilih berbanding blog ni, tak aku nafikan :) *Eh kenapa merendah diri sangat aku ni? Dah cukup rendah kot, tak perlu rendah lagi :D 

Aku dah jumpa ramai kawan baru dalam dunia blog ni. Sangat ramai, dan aku sangat bersyukur, sebab mereka sentiasa ada di dunia maya ni untuk temankan aku yang secara nyatanya agak kesunyian (tak leh blah betul ayat) dan tertekan. Tak perlu korang tahu kenapa. Cukup lah sekadar korang memberi aku semangat untuk aku meneruskan hidup ini dan tidak meninggalkan dunia blog ni :) 
Tak semua benda yang kita nak kita akan dapat, dan kita pasti akan merasa bosan dan fed-up tapi ingat lah yang sebenarnya terdapat hikmah di sebaliknya.
Tak semua perkara berlaku seperti yang dirancang, hanya Allah menentukan apa yang terbaik untuk kita. Allah never says NO to us :)
Sekian. Assalamualaikum !



dah mid-sem, jadi test akan bermula.
gud luck untuk korang n for me too :) 

Saturday, February 5, 2011

Contest Aksi Makan yanmieonline.com

Hyeeee. Assalamualaikum !

Haiyoo contest lagi ! Dah berapa banyak aku join contest pun tapi still belum rezeki aku nak menang mana-mana contest. Jarang sekali aku bernasib baik. Frust jugak kadang-kadang >____< Contest ni mula-mula diberitahu oleh Encik Ayie, sebab dia dengan Kak Yan macam agak rapat. Dah lama dah dia bagitau aku, tapi aku buat tak endah je Kikikiki. Tengok tajuk pun dah tahu pasal makan kan? Sebelum tu, jom terjah blog Kak Yan dan tengok apa syarat penyertaan. 

Klik picture untuk ke contest.

Okay, sekarang masa untuk gambar yang dipertaruhkan. Aku ni memang kuat makan, tapi bukan jenis kuat bergambar time makan, sebab bila nak makan, tak ingat benda lain dah. Kui kui. So tak banyak gambar aku dengan makanan, cuma 1 ni je :

Pic taken by Che Arm.

Gambar tak ada la lahap pun. Sopan je makan burger kan? Ni baru burger Mc Chicken, belum lagi Spicy Chicken McDeluxe. Hahaha. Lepas gigit burger, mesti comot dan harus standby tisu, itu lah aku :P Oh ye, McD aku selalu order set LARGE. Hahaha. Badan je kecik, selera tak kecik pun ! ;)) 


*Contest Aksi Makan Yanmieonline.com di taja khas oleh Fivio.com dan SuaraPeople.com*



just try nasib. hihi ;)

Friday, February 4, 2011

Sushi, so not my taste.

Hyeeeee. Assalamualaikum !
Auch. Tajuk so gedix kan? Hah, ni gara-gara terikut cara artis ni lah, ala-ala gedix gitu :P Siapa suka makan Sushi kat sini? Sila comment. Haha nak suruh angkat tangan macam aku nampak korang angkat tangan kan? :P Aku tak suka makan sushi ni. Banyak kali aku cuba makan, tapi memang tak kena dengan tekak aku. Memang rasa loya lah. 

Tapi, nak dijadikan cerita, tadi siang aku ikut kakak aku pergi Sunway Pyramid. Dia nak lunch dengan member-member dia. Dah dia ajak, aku ikut lah sebab lama tak pergi Sunway Pyramid ni. Aku pun tanya lah, makan kat mana? Kakak aku jawab, Sushi King. GULP. Ok, sebab aku tak suka makanan Jepun dan tak tau nak makan apa, tapi ikut saja lah Labu. 


Sampai je, aku terus mintak suggestion kakak aku menu yang dia betul-betul masak. So, dengan rasa yakinnya, aku pilih menu ..................

TORI KHOMI SET.
ni ayam, bukan ikan. wedges (style baru), nasi, sup + custard.

TORI KHOMI maksudnya AYAM MASAK KICAP. Ok, aku tak tau sebenarnya, tibai je. Hahaha =)) Tapi lebih kurang macam tu la rasa dia, tapi kicap dia manis. Set ni memang betul masak, so takde lah rasa hanyir ke apa ke. Selera je aku makan. Nasib baik style baru letak wedges, sebab aku gemar sangat wedges ni. Hehehe. So licin la claypot tu ;) Oh ye, aku masih terkial-kial ye nak gunakan chopstick. JANGAN GELAK ! Tapi nasib baik la bendanya besar-besar, senang kepit. Nasi tu aku kaut guna sudu sudah. Okay la tu guna sudu, dari guna tangan? Kui kui ;)) 

Dah kenyang, mari bergambar!
Aku nampak tinggi kan kan? Padahal .......

Overall aku puas hati dengan set yang aku pilih. Tak muak yang pastinya ! Dah lepas tu jalan-jalan lah dalam Pyramid tu. Banyak gila kedai tutup. Yelah, raya Cina kan? Tapi kedai tutup pun, orangnya bukan main ramai jugak. Tambah-tambah bila tengok kat tempat ice skating. 

Ramai gila umat manusia! Nak skate cemane camni? >.<
Cukup lah pengalaman skate 3x, aku tak nak skate dah =.= 

Meriah jugak lah Sunway Pyramid ni, sebab tengah raya Cina. So decoration penuh dengan merah. Cina yang datang jalan-jalan sini pun semua pakat pakai baju merah, macam kita first raya jugak lah, semua berkebaya, berbaju kurung kan? :D 


Luar Sunway. Nak balik dah~
Anak buah aku pakai baju hadiah aku :P

Entry ni banyak gambar sebab aku nak tengok kualiti gambar dari handphone SE Vivaz U5 8MP. Semua gambar dari aku kecuali yang last, dari Samsung Wave kakak aku, dan semua UNEDITED kecuali letak watermark je. Korang boleh beza tak kualiti gambar? Ok, cuti dah nak habis. Byeee koranggg ! (macam tade kaitan)

Senyum sama pulak.
Ok, nampak jerawat tandanya kameranya clear =.="



P/S : Sorry lately banyak entry bergambar, sebab tu Hellioz ngadu blog aku berat =____=

Thursday, February 3, 2011

The One We Have.

Hyeeeee. Assalamualaikum !
Tajuk macam bercelaru je English aku? :)) Gelak kat diri sendiri. Sekian lama aku tak post pasal kucing kan? Sejak-sejak kena buang dulu :( Terus macam tak ada mood nak update pasal kucing, sebab bila teringat mesti sedih. Sekarang, dah OK sikit, walaupun kadang-kadang tertanya, apa lah nasib mereka sekarang

rindu =')
Lepas dah buang kucing-kucing tu, rumah aku memang tak ada kucing. Sebab dua ekor kami tak buang. Mereka hilang dan tak duduk di rumah, tapi dua-dua ekor ni ada kat kawasan perumahan aku je. Kadang-kadang kalau keluar nak pergi mana-mana, nampak lah mereka tepi jalan. Duduk rumah siapa tak tau lah. Bila bawak balik, 2-3 hari lepas tu hilang balik. Huuuuu =((

Tapi beberapa minggu lepas, kami cuba jugak bawak balik Su. Kot-kot dia mau dok rumah pulak lepas dah tak ada anak-anak kucing yang lain ni. Bila bawak balik, ada jugak la hilang, tapi pandai balik. Lepas tu langsung dia tak pernah tinggalkan rumah, melainkan dia keluar nak kencing dan berak. Kat tanah lah, bukan merata. Pandai kan Su? Takde berak dalam rumah, senang hati kitorang. Hehe :D 

Inilah Su. Ce teka la betina ke jantan? 
Su ni bela sejak tahun 2006, dan masa dapat Su ni, memang dah besar ni. So aku pun tak dapat predict berapa umur sebenar sekarang. Koman-koman dah 6 tahun. Kucing yang paling disayangi kakak aku sebab ni bukan spesis kucing Malaysia. Parsi pun bukan, Parsi muka kemek. Tak comel ! :P Dapat free pulak (hadiah), ni kalau jual mahu RM2000 kot? Kayaa! Hahaha. Tapi tak nak la jual, sayang :) Orang yang sayang kucing je faham, kan Kila? ;) 

Kucing suka tidur camni. Lusyah lerr . Bulu2 bawah badan dia curl. Kikiki.
So Su lah teman kami semua sekarang. Dia punya manja tak yah kata lah, sebab dia seekor je kan? So memang bagai menatang minyak yang penuh lah. Dulu, Su mana suka main-main, tapi sekarang, bukan main ligat main. Haha. Yeahhh, bila ada kucing ni, memang terasa lainnya bila takde kucing. Sirius :) 



Jumaat nak karaoke kat Alamanda, siapa nak join? Jom !