(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Thursday, March 31, 2011

PSIS Convocation.

Hyeeeeeee. Assalamualaikum!

Ini cerita Ahad lepas kot, tapi baru nak update. Kikikiki. Apa itu PSIS? PSIS = Politeknik Sultan Idris Shah, tempat studynya beberapa kawan blogger kita ; Tia, Kyerull, Din, dan Tetaufiq. So nak dipendekkan cerita, kami satu kereta ; Hanim (driver), Nadiah, Eman, Andy, dan aku sendiri, pun pergi lah ke PSIS yang terletak agak ceruk di Sabak Bernam. Hok hok.

Perjalanan ke PSIS dari KTM Klang memakan masa 2 JAM. Fuhhh ! Tu tak kira lagi perjalanan dalam KTM dari UKM ke Klang pun 2 JAM. So total perjalanan pergi balek 8 JAM. Wuiyohhhh ! Nampak tak semangat tak semangat kami nak pergi konvo bebudak ni? ;) Korang 4 orang, sila terharu okay? Kikikikki. 

Nak tahu bebudak 4 orang ni study apa kat PSIS sana, boleh terjah blog Tia nih [CLICK]. Tia pun dah update pasal konvo dia, Tahniah Tia dapat Dekan tu. Phewwww. Oh TAHNIAH untuk Din, Kyerull, dan Tetaufiq jugak! Merasa dah konvo kan? Aku entah bila T________T So meh la layan cuci mata sikit usha gambar-gambar pada hari kejadian .

Mereka yang berjubah konvo.
Dari kiri : Tia, Tetaufiq, Din & Kyerull.
Bloggers yang datang.
Dari kiri : Aku, Hanim, Nadiah, Andy, Din & Eman.
Gambar ANNOYING giler. With Nadiah.
*tangan di bahu, mata ke atas*

With Kak Hanim. Diupload sebab nak tayang contact lens biru. #okbai 
Somell la tu? 

Eh, ni siapa yang konvo ni? Kehkehkeh. Tu je lah gambar yang rasa nak di kongsi bersama. Eh, ada lagi, khas untuk semua pembaca Blog Ery Farieha ni ..

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Muuuaahhh. Kikikikikiki. 

* gambar semua kredit ke Aizuddin. Thanx Din ;) Again, CONGRATS !
* sayang tak dapat jumpa Tia & Kyerull T______T 

Sekian. Wassalam!



bila la nak konvo? 
exam pun tunggang langgang T___T

Tuesday, March 29, 2011

Make-up Effect : Mematangkan Muka (?)

Hyeeeeeeeeee. Assalamualaikum!

Eh bernyawa lagi rupanya blog ni. Ingatkan seminggu tak update dah mampos dah. Kekeke. Selagi tuan blog masih bernyawa, selagi tu lah blog ni akan bernyawa, walaupun bernafas semput-semput (jarang update), Insya-Allah. 

Korang mesti selalu tengok perempuan yang bermekap kan? Kalau korang tengok orang bermekap ni, bila tanya umur, mesti korang macam o____O kan? Macam tak percaya. Contoh blogger; Irene Nadia dan Fatin Liyana. Bukan nak kata tua, tapi macam tak sangka je cik Irene tu muda lagi. Hihihihihik. So itu lah efek bagi mereka yang bermekap, nampak matang, dari usia sebenar. 

Bukan IN, bukan FL tapi EF. Macam budak sekolah menengah kata FH.
Cuma pakai foundation + lip balm.

Bermekap jugak kekadang boleh bagi kita nampak cantik, tapi kekadang boleh jugak bagi kita nampak "scary", bila mekap terlampau, atau mekap tak bersesuaian dengan majlis atau tempat. Tadi sesekodeng Twitter cik Hanim ni, orang mesti ingat dia muda, padahal umur dah 2*. Kekekeke rahsia, takut-takut kang kalau bocorkan, marah pulak tuan badan. Hehehe. 

Haa camtu la tuit dia. Minta izin share >____< 

Lepas tu, hari tu ada gak sesembang dengan dia pasal mekap ni. Dia tanya, patut ke pakai mekap untuk buat muka dia lebih matang?  Bagi aku TAK PAYAH lah, kalau dah memang tak suka mekap. Haha, betul tak? 

Kalau macam aku, aku tak suka mekap tetebal tu. Kalau aku mekap pun setakat BB Cream, Eyeliner, Mascara, Lipstick, and Blusher. Okay, macam banyak kan? Tapi setiap satu ni aku apply sikit je. Even dinner pun, aku tak mekap lelebih, macam artis, takut aku hoii tengok muka sendiri T____T

Yang KANAN tu aku. Ramai cakap muka aku nampak matang time ni. 

Hah, padahal gambar tu bukan nampak sangat mekap aku, kecuali bulu mata kot? Kehkehkeh. So itu lah dia kesan mekap pada seseorang perempuan. Memang akan buat nampak lebih matang. Tapi aku taknak lah nampak matang, nak nampak macam budak-budak je, so takyah la mekap kan? Lagi senang ! Hehehehe. Lagipun aku memang cukup pakej macam bebudak ; badan kecik, pendek, muka bebudak, suara bebudak. Hah, walaupun hakikatnya dah 22 tahun. Kekekeke. 

Sekian. Wassalam !


Sedang mencuba VCO, jd kurangkan mekap. 
2 minggu je lagi nak final T___T 

Tuesday, March 22, 2011

#wishlist21mac

Hyeeeeeeeee. Assalamualaikum !

Kahkah, tajuk tak boleh belah siap hashtag bagai ? Wabak Twitter dah tersebar sekarang ni, tahu tak? Kau baca sini lah apa #wishlist21mac tu. Ehh, tapi kenapa 21 MAC? Mungkin ada yang dah tahu, sebab aku kekecoh kat Twitter kan? Keh keh. Itu tarikh istimewa untuk diri ini, walaupun setiap tahun 21 MAC itu dilalui dengan biasa sahaja. By the way, 
HAPPY BIRTHDAY TO ME !
Ye ye, besday aku. Kih kih. Tanggal 21 MAC 1989, pada pukul 6.58 PM, aku dilahirkan dengan selamat ke dunia ini, hasil ibu dan bapa ku. Terima kasih ya Allah kerana kehadiranku di muka bumi, penuh dengan kesempurnaan, tiada cacat cela. Syukur =)  

Jadi, semalam (21 Mac) seharian memang penuh lah wall Facebook dan Mentions Twitter aku, wish Happy Birthday. Memacam style wish ada. Yang memang rajin, panjang dia taip dan suka aku baca. Tapi tak kurang jugak lah yang wish style keyboard tak cukup huruf; HB (Happy Birthday), SHL (Selamat Hari Lahir) , SHJ (Selamat Hari Jadi) . Heh. Memacam kan? Tapi syukur lah, korang tetap wish besday aku.

Virtual cake yang diberi oleh Daus. hehe Pink gituuu. 

Tapi sejak berleluasanya Facebook dan Twitter ni, sesungguhnya ucapan face-to-face dan dari henpon sangat lah berkurang. Yang wish by SMS cuma 6 orang. Yang wish by call cuma 2 orang. Heh. Kalau yang wish pakai kad, lagi lah harapan nak dapat! Hahaha. Tapi tu lah dunia teknologi sekarang kan. Nasib badan lahh. Hehehehe.

Jadi, dah 22 dah umur aku tahun ni. Haiyooo kahwin pun dah boleh kan? Keh keh, tapi persiapan rohani belum lengkap >___< Lagi pun siapa nak kahwin dengan bebudak cam aku ni? Hehhhh. Bak kata orang, Age is just a number. Malu nak mengaku umur? Tak pun, atau pun belum lagi? Haha. Buat apa lah kan nak malu, aku ni awet muda kot. Opsss #perasan pulak. Keh keh. Baidewei, dalam salah 1 #wishlist21mac aku, aku ada tuit macam ni ;


Dan dibalas oleh Nazim Othman (pelakon Begitukah Cinta) ;


Hahahahaha TERUJA gila aku! Sebelum tu dia dah sekali reply tuit aku, ni kali kedua. Keh keh keh. Ni bukan bodek or nak attention tahu? Itu cuma wishlist, heharap lah dapat jumpa. Kikikiki. Faizal Tahir aku tak mention sebab dia dah tak main Twitter dah sekarang. Huhuhu #frust.

So, Happy Belated Besday to me, semoga aku dikurniakan kesihatan yang baik, dan keteguhan iman yang semakin bertambah, Insya Allah, dan semoga bertambah matang. Kikiki. Terima kasih pada semua yang wish. Ekhemm, takkan wish je kot? Hadiah? Keh keh keh #joking.

Sekian, Wassalam !


miss si Jambuu. Kikiki.

Friday, March 18, 2011

Lelaki Dan Perempuan Boleh Ke Jadi Kawan Baik? - JejakaTerhangat

Hyeeeeeeeeeeeeee. Assalamualaikum !

Haish, bosan betui hari ni. Tak tahu nak buat apa-apa, lagi-lagi bila Facebook yang memang bosan dan Twitter yang dah kena limit, makanya aku pun rerajin lah blogwalking kat blog kegemaran aku. Dah lama ok aku tak blogwalk sebenarnya. Heh. 

Ok, entry kali ni kredit to Jantan Jejaka Terhangat. Tak kenai ka blog ni? Kesiann. Ce korang masuk, dan tengok tajuk-tajuk yang JT keutarakan. Best-best semuanya! Tajuk entry macam di atas lah. Nak baca versi JT, meh kelik [SINI]. Toya pun ada respon dari entry ni jugak, meh baca

Sekarang meh nak cerita pendapat dan pengalaman aku. Pada pendapat aku, tak berapa sesuai lelaki dan perempuan ni berkawan baik. Dah kata pun lelaki dan perempuan ni berlainan jantina kan? Harus lah wujud opposite attraction. Bukan tak boleh berkawan, tapi kalau berkawan BAIK tu macam tak kena. Macam JT cakap, at the end nanti mesti akan ada yang meluahkan perasaan, itu pun kalau kau tengah single lah. Kalau dah berpunya, mesti dia tunggu kau break and dia luahkan. Tak percaya? Try lah! HAHAHAHAHA. Aku selalu menganggap mereka yang ada kawan baik berlainan jantina ni as SKANDAL. Haha. 


Dah cerita pasal pendapat, sekarang cerita pasal PENGALAMAN pulak. Kalau ikut memory kepala otak aku ni, seingat aku, aku PERNAH ada 2 best friends laki. PERNAH ye, means sekarang tak ada best friend laki dah. 
  • Pengalaman pertama, masa sekolah dulu. Dalam Form 3 - Form 4 camtu. Aku ada lah rapat dengan seseorang, masa tu zaman handphone tak berkembang maju lagi. Aku ada handphone tapi dia tak ada. Jadi, almost hehari dia call telefon rumah aku. Dan memang kitorang sembang "Aku - Kau" je. Dan kalau ikut, memang dia banyak ciri kawan yang baik. Sampaikan result PMR aku pun, dia orang pertama yang tahu, bukan aku. Dia semangat pergi sekolah dan cari result aku. By the way, dia senior aku. Kenal punya kenal, baik punya baik, ujung tahun Form 4, aku ada boyfriend. First love aku, dan memang tak lama lepas tu, dia terus tak contact aku dah. Reason kekonon dia busy nak SPM. Agak-agak lah busy sampai memang tak leh contact langsung, dan-dan pulak lepas aku ada BF kan. Aku memang anggap dia kawan baik aku tapi bukan dia. Dan lepas tu, langsung masing-masing bawa diri memasing. 
  • Pengalaman kedua, dah lepas dari sekolah. Tapi masa ni aku still couple dengan first love aku. Aku kenal dia dari laman social Myspace rasanya. Tapi sebab dia duduk area KL je, so makin hari makin rapat. Lama aku berkawan baik dengan dia; 2-3 tahun jugak lah. Jujurnya, aku memang suka dia as a FRIEND only. Macam kawan nak happy-happy, sedih-sedih. Dia antara yang banyak tahu kisah aku. Lepas tu, bila aku break dengan 1st love aku, dia lah tempat aku ngadu kan? T___T Tak lama lepas tu, dia tetiba "propose" aku untuk jadi awek dia. Aku macam O______O , aku memang tak boleh nak terima dia. Perasaan suka ada tapi sayang? Cinta? Tak ada. Dia mintak aku cuba, tapi aku tetap tak terima. Dan lepas dari hari tu, dia slowly hilang dari hidup aku dan terus hilang. 
Korang tahu tak apa perasaan bila kawan yang baik dengan kau tetiba hilang dari hidup kau? Seksa tahu tak? Seksa dari ditinggalkan boyfriend. Yelah, kau dah macam lost, tak tahu nak bercerita dengan sesiapa. Dan aku rasa macam, DIA BUKAN KAWAN BAIK aku, sebab sanggup buat aku macam tu T____T Sejak tu lah, aku tak ada best friend, sama ada perempuan mahupun lelaki. Kawan rapat tu ada, tapi baik dan bak kata orang BFF tu, tak ada sebab "nothing remains forever" rite? Bukan BFF or what-so-ever, korang tetap kawan aku =) Sayang korangggg ! Memuahhh <3 <3

Sekian. Wassalam !



Minggu ni heharap dapat lepak dengan So Panass!
21 MAC bakal menjelang, ekhemm ;) 

Sunday, March 13, 2011

3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011.

Hyeeeeeeeeeeeee. Assalamualaikum !
Google je.

Tajuk entry sangat direct kan? Okay, siapa tak pernah tahu event ni? Memang kesian lah >____< Tahun ni dah merupakan tahun ketiga Putrajaya mengadakan fiesta belon panas ni. Tahun lepas aku pergi, tapi tak berapa nasib baik. Nak tahu, meh baca kat [SINI]. Jadi kali ni punya aku nekad jugak nak pergi ! 
Tarikh : 17 - 20 MAC 2011 (Khamis - Ahad)
Tempat : Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya
InsyaAllah kali ni tak pergi sesat kot, sebab dah pernah pergi. Hehehe. Apa yang boleh korang buat kat sana nanti? Macam-macam ada, nama pun FIESTA kan? Kalau macam tahun lepas, memang aku datang sebab nak tengok belon naik je pun. Tapi bukan setakat boleh tengok je, korang boleh NAIK belon panas tu. Ingat senang nak dapat peluang macam ni? 
Operating hours : 8.00 - 11.00 am & 6.00 - 9.00 pm setiap hari event.
Tiket kaunter dibuka : 7.30am untuk sesi pagi dan 5.30pm untuk sesi petang.
Harga tiket : RM 10 (Dewasa) , RM 5 (Kanak-kanak).
Satu belon panas tu maximum 4 orang sahaja.  
Terasa macam nak naik. Tapi mesti ramaii giler orang nak naik kan? Hohohoh. Tapi jangan ingat boleh naik belon je, HELICOPTER pun boleh kalau korang nak naik. 
Operating hours : 9.00am - 12.00pm & 1.00 - 4.00pm.
Tarikh : Sabtu & Ahad sahaja.
Fee : RM 130 per person. (Fuhh mahal, yela HELLY kot, bukan Hellioz.)
Boleh booking tiket kat SINI
Malam pulak ada Night Glow Balloons dan Fireworks. Mesti meriah kan? Dan ada jugak Extreme Games untuk korang yang suka sukan lasak macam Wall Climbing, Paintball dan seangkatan dengannya, korang boleh lah join kat sana nanti. Nak tahu apa lagi aktiviti ada boleh usha [SINI]. Mesti ramai gila yang akan pergi sana nanti, lagi-lagi hari Sabtu dan Ahad, so get ready lah dengan jam, parking tempat jejauh. Jangan merungut pulak. Hehe. Mungkin penting untuk korang tahu map. 

Ni Tapak Fiesta. K tu lah Public Parking.

Haaa pepandai lah kat sana nanti nak parking kat mana kan? Hihihi. Bagi yang nak tahu route nak ke sana, boleh kelik [SINI] untuk tahu hala ke sana. Nak naik bas Nadi Putra kat sana pun boleh. 

NADIPUTRA BUS SHUTTLE SERVICES DURING THE 3RD PUTRAJAYA
INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FIESTA 2011

17TH – 20TH MARCH 2011
No
Destination
Frequency
Service Duration
From
To
1
Park & Ride Precinct 1 – Dataran Putra
3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011, Precinct 2
Every 20 minutes
7.00am till 10.30pm
2
Putrajaya Sentral Park & Ride Precinct 7Every 20 minutes
3
Precinct 8, 9, 10 and 11Every 20 minutes
4
Precinct 14, 15, 17 and 18Every 20 minutes
5
Precinct 5 Apartment 5R1, 5R3 and 5R4Every 20 minutes

Wahh, kemain aku promo kan? Yeah, saje lah kan, sebab aku pun teruja nak ke sana. =) Korang boleh lah follow Twitter MyBalloonFiesta ni untuk tahu updates, dan bukak web dia untuk pelbagai lagi info. Siapa yang nak pergi sana nanti, meh la roger-roger aku, kot-kot boleh buat meet up terus kat sana kan? Hehe. Plan nak ke sana dengan member BLOGGERS hari Sabtu, JOM lah reramai =)


Sekian. Wassalam.


Isnin tu 21 Mac pulak, besday aku. Ekhem!

Saturday, March 12, 2011

Aku Manusia Biasa.

Hyee. Assalamualaikum.

Ekhemm. Pinjam tagline Kyerull sat. Entry ni lebih berkait pada emosi. Ye, jangan ingat aku ni 24 jam happy selalu. 24 jam bersuka ria. Tak, aku manusia biasa jugak. Dalam pada aku bergembira, ada yang bersedih, berkecil hati dengan aku, tanpa aku sedari. Ye, maafkan aku, aku tidak sedar semua itu. 

Tak aku nafikan, aku memang tersangat ramai kawan-kawan dalam dunia blog ni, termasuklah Facebook dan Twitter. Dan terdapat banyak kelompok. Kelompok FB lah, Twitter lah, blog itu lah, ini lah. Kekadang bila aku pergi meet up "itu", yang "ini" terasa sebab aku tak ajak. Okay, aku bukan tak nak ajak, tapi event tu bukan aku organize. Aku cuma mengikut, jadi aku ikut mana dan je. Tak pernah lagi aku organize mana-mana event. 

Yeah, actually, aku pun ada dengar-dengar orang mengata itu ini pasal aku. Aku sombong lah. Aku lupa kawan lah. Dapat kawan baru lupa kawan lama lah. Aku lupa diri lah. Tapi setakat dengar-dengar macam tu je, so aku diamkan diri je lah. Mereka tak tahu hal sebenar. Takkan bila mana-mana aku nak pergi kena ajak semua? Bukan event aku woi, tolonglah faham. ='(

Aku mintak maaf, aku ada buat yang terasa hati. Aku buat ada yang terasa dipinggirkan. Aku manusia biasa. Aku tak perfect. Aku tak punya daya ingatan yang kuat nak ajak setiap sorang. Hurmmm. Masa aku mengomel semua-semua ni kat Twitter, ada member aku tweet, (lebih kurang macam ni la) ; "Kawan memang selalunya begitu, ingat bila bermasalah dan tengah sedih, kita sendiri pun macam tu, melainkan BFF ". Aku quite setuju ayat dia. Yelah, kawan tidak seperti sahabat. Kadang-kadang sahabat pun terabai, inikan kawan. 

Dan sekarang jugak aku dah lama sangat tak hang out dengan geng So Panass aku. Aku mintak maaf pada semua, kalau aku terlalu dengan dunia aku. Yang sebenarnya aku rindu korang semua ketat-ketat =( Aku tak dapat puaskan hati semua orang. Aku cuma boleh minta maaf je pada korang. Korang tetap kawan aku walau macam mana pun. ='( 

Sekian. Wassalam. 


Entry takde gambar, supaya semua fokus baca.
For the rest of my life, I'll be with you.

Tuesday, March 8, 2011

Mid-sem Test dan Dinner Kolej, mana lagi penting ?

Hyeeeeeeeeeeeeeeee. Assalamualaikum !

Hah jawab lah tajuk atas tu. Harus lah Test lagi penting kan? Kau memang giler kalau jawab dinner lagi penting, walaupun itu mungkin dinner yang terakhir kau dekat tempat belajar kau T_____T Jadi, tanggal 7 MAC 2011, berlangsungnya 2 events secara serentak iaitu Mid-sem test Instrumentasi Kimia II dan Malam Integrasi Highlanders 2011 (dinner kolej). Dua-dua pun MALAM.

Test sepatutnya start pukul 8 PM, tapi TETIBA prof aku tu ada hal, dia tunda ke pukul 9 pm. T______T Tak ke macam haru ? Dah bersiap bagai nak rak, exam lak tunda. Yang dinner patut start pukul 8pm tapi biasa lah janji melayu, 8.30pm pun tak start lagi. Lepak kejap dekat dewan canselor then pukul 9pm gerak balik ke dewan exam. Sangat kelam kabut. Mencik !! Maka menjawab lah test dengan berbaju dinner, berperut lapar. Pukul 10pm baru pergi dinner. Orang dah habis makan pun. #Sedih betui lah =( 

Bergambar sebelum pergi test. Sempat lagi. Kehkeh.

Sesampai terus makan macam orang kebulur gila ! Tak hirau dah persembahan time tu. Tapi yang aku tahu, ada Jins Samsudin. Tu je. Heh. Tema malam tu KLASIK P. RAMLEE . Cakap pasal baju, memang aku pinjam je. Isnin nak dinner, Ahad tanya kakak ada baju tak. Keh keh. Buang masa dan duit lah beli baju baru sebab malam semalam tak dinikmati sepenuhnya sebab ada test. Apa nak cite? Tak ada, so layan gambar aje lah. 

Stage malam tu.
Kamilah SO PANASS !! Meja no 7. 
Annis, Sab dan aku. Tengok mata memasing. Kui kui. Kemain kan? 
Aini, coursemate aku. Sama pepink lah!
Kipas tu je lah cenderamata malam tu. Heh.
Meja kitorang menang cabutan bertuah. Yeayyy !
Kiri : Sab, Annis, Yani, aku.

Aku pakai kebaya tu. Tapi tak macam pakai kebaya pun. Flat je. Wakakakak #okbai . Sekian. Wassalam !



entry bila takde idea, kosong camni je lah.
tapi malam tu memang tak puas =(

Friday, March 4, 2011

Salah ke Perigi Mencari Timba.

Hyeeeeeeeee. Assalamualaikum !

Okay, untuk entry kali ni, memang kredit untuk aku, sebab aku yang utarakan soalan ni dalam group Sahabat Blogger. Tapi sebelum tu aku dah bertanya soalan ni kat Formspring, so memang banyak respons! Ada yang memang macam Doctor Love, ada yang merepek-merepek. Haha. #gelakgulingguling jugak aku baca respons diorang, tapi tak larat nak kejor semua yop ! Segmen ni dibincang dalam blog BroFramestone. Tekan banner bawah untuk ke link entry. 

Soalan aku macam ni dalam Formspring ;
perigi cari timba? apa pendapat ko? dan mcm mana perigi tu nak memulakan langkah?
 Antara respon yang aku sempat baca dan crop ;

Azfarul. Lagi sempoi jawapan dia. Haha.

Sophie. Aiceceh, Memang cam ada pengalaman je >__<

Hayaty. Fuhh kemain panjang :P Sape bertuah tu? Rahsia. Ekhem. 

Fitri. Jawapan senang, tapi susah nak laksanakan. Wuwu.

Farhana. Ehem doktor love dah bersuara ;)

Shahril. Jawapan memang merapik selalu. #okbai 

Tapi aku paling terpesona, eh tertarik dengan jawapan yang Am bagi ni ;

Laki lebih ego bila tahu ada perempuan suka? Wow.

Aku tak tahu nak bagi jawapan aku, sebab tu lah aku tanya. Tapi bila baca pendapat Am atas ni, aku terus rasa "Okay, tak jadi nak terus minat kau. #okbai"  Hahahah. Eh bukan, biar lah aku jadi secret admirer kau je. Tak perlu nak beria kot. Dapat kawan, lepak dengan kau pun aku dah cukup suka =) 

Sekian. Wassalam !



He's too perfect for me =)
Oh ye, HAPPY BIRTHDAY ABAH. officially 61 tahun ni.
LOVE you =)

Thursday, March 3, 2011

New Domain, One Step Forward.

Hyeeeeeeeeeeee. Assalamualaikum !

Ekhem ekhem. Perasan tak perasan tak? Ok, perasan apa? Perasan tak URL atas ni dah lain? Ekhem ekhem. 
Dulu : http://lapinkyery.blogspot.com/
Sekarang : http://www.eryfarieha.com/
Hah, kan lagi senang nak ingat kan kan. Nak sebut pun senang, nak taip pun senang. Actually domain ni hadiah dari contest blog Ayie. Thanx to him, aku menang, so dapat lah hadiah domain. Kalau ikut aku nak tukar domain memang LAMBAT ler. So bila dah menang, aku pun terima je la kan. 

Tengok kawan-kawan seperjuangan macam Kech, Yus, Nik, Serol, Eazy, Nurain dan lain-lain dah upgrade ke [dot] com , teringin jugak, tapi nak FREE punya pasal, sanggup join contest bagai kan? Hahaha. Ala free untuk setahun je pun. Bukannya seumur hidup. Lepas ni tetap kena bayar tahun-tahun. Ke ada orang nak sponsor aku? Uhuk uhuk. 

Domain adalah under iHosterz. Hanya RM 29.00 setahun ! Murah kan? Hah, apa lagi? Kalau nak beli domain, boleh lah contact Amiruldin. Saja aku bagi link FB, senang korang nak contact kan kan? Lepas domain, kita cakap pasal hosting pulak. Ok, aku dapat 2 hadiah tajaan hosting selama setahun dari Yanmieonline dan Aizuddin. Dua-dua hadiah aku tak tebus lagi, pasal aku tak reti dan tak nak bersusah payah nak tukar wordpress. Heh. Belum bersedia, dah lah memang tak reti bab-bab ceni. Kui kui. So satu per satu lah tukar. Hosting tu lain kali lah. Heh.

So, Alhamdulillah, blog aku dah maju One Step Forward. Ceh, ala-ala nama blog Aslann pulak an an? Haha. By the way, korang jangan nak buat ayat gegedik macam Akmall eh,


Takda makna langsung ayat kat atas ni. Kau blogspot ke, [dot]com ke, tak ada beza lah. Lagi-lagi blog macam aku ni, bukannya informative blog pun. Hak hak. So chillex je ok memasing? =) Tapi header still URL lama. Hadoiii, tu biar lah dulu. Haha.

Sekian. Wassalam !



domain baru, semangat baru, mungkin?
sesape yg ada letak link aku kat bloglist, korg kena tukar URL tu.