(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Saturday, March 12, 2011

Aku Manusia Biasa.

Hyee. Assalamualaikum.

Ekhemm. Pinjam tagline Kyerull sat. Entry ni lebih berkait pada emosi. Ye, jangan ingat aku ni 24 jam happy selalu. 24 jam bersuka ria. Tak, aku manusia biasa jugak. Dalam pada aku bergembira, ada yang bersedih, berkecil hati dengan aku, tanpa aku sedari. Ye, maafkan aku, aku tidak sedar semua itu. 

Tak aku nafikan, aku memang tersangat ramai kawan-kawan dalam dunia blog ni, termasuklah Facebook dan Twitter. Dan terdapat banyak kelompok. Kelompok FB lah, Twitter lah, blog itu lah, ini lah. Kekadang bila aku pergi meet up "itu", yang "ini" terasa sebab aku tak ajak. Okay, aku bukan tak nak ajak, tapi event tu bukan aku organize. Aku cuma mengikut, jadi aku ikut mana dan je. Tak pernah lagi aku organize mana-mana event. 

Yeah, actually, aku pun ada dengar-dengar orang mengata itu ini pasal aku. Aku sombong lah. Aku lupa kawan lah. Dapat kawan baru lupa kawan lama lah. Aku lupa diri lah. Tapi setakat dengar-dengar macam tu je, so aku diamkan diri je lah. Mereka tak tahu hal sebenar. Takkan bila mana-mana aku nak pergi kena ajak semua? Bukan event aku woi, tolonglah faham. ='(

Aku mintak maaf, aku ada buat yang terasa hati. Aku buat ada yang terasa dipinggirkan. Aku manusia biasa. Aku tak perfect. Aku tak punya daya ingatan yang kuat nak ajak setiap sorang. Hurmmm. Masa aku mengomel semua-semua ni kat Twitter, ada member aku tweet, (lebih kurang macam ni la) ; "Kawan memang selalunya begitu, ingat bila bermasalah dan tengah sedih, kita sendiri pun macam tu, melainkan BFF ". Aku quite setuju ayat dia. Yelah, kawan tidak seperti sahabat. Kadang-kadang sahabat pun terabai, inikan kawan. 

Dan sekarang jugak aku dah lama sangat tak hang out dengan geng So Panass aku. Aku mintak maaf pada semua, kalau aku terlalu dengan dunia aku. Yang sebenarnya aku rindu korang semua ketat-ketat =( Aku tak dapat puaskan hati semua orang. Aku cuma boleh minta maaf je pada korang. Korang tetap kawan aku walau macam mana pun. ='( 

Sekian. Wassalam. 


Entry takde gambar, supaya semua fokus baca.
For the rest of my life, I'll be with you.

16 comments:

  1. jangan la sedih ery... xde masa je.. insyaAllah satu hari nty akan ada masa nk meet up sama2 kan..

    be strong dear..okie?

    ReplyDelete
  2. masing2 ade komitmen mungkin..
    biasalah tu..
    bukan kau sorang..
    ramai yang macam tu..

    ReplyDelete
  3. tak ajak! wahahahahahahahah..

    ReplyDelete
  4. paham situasi di atas..takpe,doa yg tbaik for ur relationship dgn member2 smua..no worries..He know the best..=)

    ReplyDelete
  5. sabar bnyak2, semuanya akan okay :)

    ReplyDelete
  6. biasalah tu dalam berkawan.. ade masam dan manis.. pasang dan surutnya.. moga semuanya akan kembali ok... sabar ek farieha..

    ReplyDelete
  7. kita x bleh redakan ati semua orang,sabar ,diorang cuma bimbang ,maksudnya die care pasal kita ;)

    ReplyDelete
  8. adeh2.. ery skrg dah seperti kacang lupakan kulit durian.. bagi betis nak kaki.. eh mcm tak kena je.. kih3x.. gurau2 je ery.. jgn marah ha?? senyum2.. :p

    ReplyDelete
  9. betul2..
    kita manusia biasa je and tak perfect..

    ReplyDelete
  10. tu la ko eryy..xjumpe aku sikit nak sedih2..hahaha... :D


    beb,gurau je k..haha..rilex la..kawan2 ko ade for cool down u k.. :) ape2, text je la aku..do smile and always sing maher zain's song k.. ekekekee.. :P

    ReplyDelete
  11. jangan risau, tak terase pon. cool jek! hehe =P

    ReplyDelete
  12. bersabar jelah dengan apa yang berlaku.mulut orang tak boleh tutup.dalam dunia ni memang banyak orang suka mengata dan tak senang dengan diri kita.yela kita ni pon manusia biasa,tak semua hati dapat dipuas dan dijaga dengan sebaik mungkin.jadi ingat jelah,dimana kita berapa sekali pon,pasti akan ada yang tak senang dengan diri kita.jadi bersabar dan bersabarlah ye ery.

    ReplyDelete
  13. yela..mungkin sebab bukan BFF kita la kita tak perasan kewujudan kawan tu setiap masa.kalau ada yang terasa tu maybe dia anggap ko BFF dia tapi ko anggap dia lain..so kalau ada terasa tu ko boleh take note la yang ko kena kasi exta attention kat dia.tu pun kalau ko nak dia jadi BFF ko.kan..hehe..jangan sedih2..

    ReplyDelete
  14. adui.. lame da dtg cni syg :)
    hehehhe~

    ReplyDelete