(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Friday, March 18, 2011

Lelaki Dan Perempuan Boleh Ke Jadi Kawan Baik? - JejakaTerhangat

Hyeeeeeeeeeeeeee. Assalamualaikum !

Haish, bosan betui hari ni. Tak tahu nak buat apa-apa, lagi-lagi bila Facebook yang memang bosan dan Twitter yang dah kena limit, makanya aku pun rerajin lah blogwalking kat blog kegemaran aku. Dah lama ok aku tak blogwalk sebenarnya. Heh. 

Ok, entry kali ni kredit to Jantan Jejaka Terhangat. Tak kenai ka blog ni? Kesiann. Ce korang masuk, dan tengok tajuk-tajuk yang JT keutarakan. Best-best semuanya! Tajuk entry macam di atas lah. Nak baca versi JT, meh kelik [SINI]. Toya pun ada respon dari entry ni jugak, meh baca

Sekarang meh nak cerita pendapat dan pengalaman aku. Pada pendapat aku, tak berapa sesuai lelaki dan perempuan ni berkawan baik. Dah kata pun lelaki dan perempuan ni berlainan jantina kan? Harus lah wujud opposite attraction. Bukan tak boleh berkawan, tapi kalau berkawan BAIK tu macam tak kena. Macam JT cakap, at the end nanti mesti akan ada yang meluahkan perasaan, itu pun kalau kau tengah single lah. Kalau dah berpunya, mesti dia tunggu kau break and dia luahkan. Tak percaya? Try lah! HAHAHAHAHA. Aku selalu menganggap mereka yang ada kawan baik berlainan jantina ni as SKANDAL. Haha. 


Dah cerita pasal pendapat, sekarang cerita pasal PENGALAMAN pulak. Kalau ikut memory kepala otak aku ni, seingat aku, aku PERNAH ada 2 best friends laki. PERNAH ye, means sekarang tak ada best friend laki dah. 
  • Pengalaman pertama, masa sekolah dulu. Dalam Form 3 - Form 4 camtu. Aku ada lah rapat dengan seseorang, masa tu zaman handphone tak berkembang maju lagi. Aku ada handphone tapi dia tak ada. Jadi, almost hehari dia call telefon rumah aku. Dan memang kitorang sembang "Aku - Kau" je. Dan kalau ikut, memang dia banyak ciri kawan yang baik. Sampaikan result PMR aku pun, dia orang pertama yang tahu, bukan aku. Dia semangat pergi sekolah dan cari result aku. By the way, dia senior aku. Kenal punya kenal, baik punya baik, ujung tahun Form 4, aku ada boyfriend. First love aku, dan memang tak lama lepas tu, dia terus tak contact aku dah. Reason kekonon dia busy nak SPM. Agak-agak lah busy sampai memang tak leh contact langsung, dan-dan pulak lepas aku ada BF kan. Aku memang anggap dia kawan baik aku tapi bukan dia. Dan lepas tu, langsung masing-masing bawa diri memasing. 
  • Pengalaman kedua, dah lepas dari sekolah. Tapi masa ni aku still couple dengan first love aku. Aku kenal dia dari laman social Myspace rasanya. Tapi sebab dia duduk area KL je, so makin hari makin rapat. Lama aku berkawan baik dengan dia; 2-3 tahun jugak lah. Jujurnya, aku memang suka dia as a FRIEND only. Macam kawan nak happy-happy, sedih-sedih. Dia antara yang banyak tahu kisah aku. Lepas tu, bila aku break dengan 1st love aku, dia lah tempat aku ngadu kan? T___T Tak lama lepas tu, dia tetiba "propose" aku untuk jadi awek dia. Aku macam O______O , aku memang tak boleh nak terima dia. Perasaan suka ada tapi sayang? Cinta? Tak ada. Dia mintak aku cuba, tapi aku tetap tak terima. Dan lepas dari hari tu, dia slowly hilang dari hidup aku dan terus hilang. 
Korang tahu tak apa perasaan bila kawan yang baik dengan kau tetiba hilang dari hidup kau? Seksa tahu tak? Seksa dari ditinggalkan boyfriend. Yelah, kau dah macam lost, tak tahu nak bercerita dengan sesiapa. Dan aku rasa macam, DIA BUKAN KAWAN BAIK aku, sebab sanggup buat aku macam tu T____T Sejak tu lah, aku tak ada best friend, sama ada perempuan mahupun lelaki. Kawan rapat tu ada, tapi baik dan bak kata orang BFF tu, tak ada sebab "nothing remains forever" rite? Bukan BFF or what-so-ever, korang tetap kawan aku =) Sayang korangggg ! Memuahhh <3 <3

Sekian. Wassalam !



Minggu ni heharap dapat lepak dengan So Panass!
21 MAC bakal menjelang, ekhemm ;) 

55 comments:

  1. woah..baru prasan touya pon buat entri balas. hehe..err, sampai dua skali pengalaman tu. nice share..tp nanti ada la komen masuk "tak semua macam tu"..jawapan standard.."sigh.."

    papepon, kawan memang forever..sekali kawan akan terus kawan..tiada istilah EX-kawan..cari kawan beribu pun takpe..=)

    ReplyDelete
  2. aku setuju! there is no friend forever. :)

    ReplyDelete
  3. xaboleh laa.. sebab sy dr kapel,skang jadi kawan kot...

    AWAL2: kawan je
    Tengah2:Kawan baik pulak
    Maksimum time: Kapel
    Akhirnya:kitorang kawan baik je.. hahaha
    pelik kan.. :p

    ReplyDelete
  4. Assalam...hu3.lelaki berkawan dgn pempuan bile satu kelas jer...hak3.yg lain2 bersebab kot...kih3

    ►Kartun - Wall E Draf part-1

    ReplyDelete
  5. tak semestinya la ery.. aku tak penah pon rasa nak luah2 perasaan kat kawan baik aku yg pempuan.. maybe dah selesa sgt berkawan, tapi tak tau la bagi pihak pempuan.. pada aku okay je berkawan baik.. ko dah takde kawan baik?? meh la jadi kawan baik aku.. hee..

    ReplyDelete
  6. Ooo.. Nice story.. Cube bgtau sape laki tu? Mesti lg interesting.. Huhu

    ReplyDelete
  7. frust kan..bila org yg kita anggap mmg kwn baik rupanya ada hati ngn kita...dan tiba2 pergi mcm tu je dr kita sbb kita tak terima dia.

    kekadang rs mcm, kan bagus if dia tak luahkan prasaan. i hv some 'bestfriend' like this.

    bila dh luah prasaan je, hbungan kwn baik tu dah jd lain mcm...hurm, better cr pompuan je as a bestfriend. lebih selesa. dan mengelakkan dosa. huhuhu.

    aku ade sorg bff dr skolah until now dia dh kawen n beranak pinak. hopefully kekal ke akkhir hayat.

    ReplyDelete
  8. fuhhh...
    berpengalaman gituu...
    xD
    tempat terbaik luah perasaan dekat parents sajoo
    hehe
    xD

    ReplyDelete
  9. uiii!! panjang bebenor..tapi pada aku laki dgn pompuan bole je jadik kawan baik :)

    ReplyDelete
  10. @Jejaka Terhangat
    HAHAHA
    betui tuu
    takpelah, pendapat lain2
    hihihih

    ReplyDelete
  11. @HazHand
    hahaha boleh pulak kawan baik lepas kapel ek?
    kalo orang, kawan boleh tp baik tu tak la
    hohoho

    ReplyDelete
  12. @Fariq
    rasanya tengok cara bergaul macam mana kot
    kawan baik ko?
    taknak!
    hahahahaha

    ReplyDelete
  13. @taufiq helios
    kalo dedua takde hati xpelah
    bila ada hati, payah wooo

    ReplyDelete
  14. ooo. gini. okay~ lensing from your view, and now i think i understand a bit =)

    regards,
    As Always, FM

    ReplyDelete
  15. aku ada jugak kawan baik perempuan...
    memang lama kitorang kenal..
    tapi last dia undur diri dan aku dapat rasa kenapa... jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  16. boleh2.. tapi biasanya bile da kawan baik ni xle lari dari ade perasaan..


    sampai ade orang kata when the time u marry ur wife, u lost ur bestfriend

    Lets watch Video Fukushima Nuclear Reactor Problem Explained (CNN)

    ReplyDelete
  17. aku bru buat entry besday ntok bff aku. laki. dr skolah mmg baik dgn dye :) hikhik!

    n papepon, kte kann geng! :D

    ReplyDelete
  18. Yes! Lolly pun mmg tak ley kawan rapat2 dgn laki. Akhirnya mesti laki tu akan fall in love bla bla bla bla. TSK LAAAAAAAAAA

    ReplyDelete
  19. @TenangSudey
    yeahhh betul tu
    kalo sampai kawen pun still kawan rapat dgn besfren tu, jeles 24 jam la pasangan
    huhuhuh

    ReplyDelete
  20. woahhh! best best entry nie. muni ade jugak tapi takdak takat BFF cuma that boy suka cerita pasal masalah dye nge awek dye. so kwn yg baik layan jelah hehe.

    last last awek dye mcm marah muni kwn dgn kwn dye walhal kawan jekot. since that dah mcm tak kontet langsung sedihkan makwe yg jeleskan hubngn kwn nie

    panjang komen! hehe

    ReplyDelete
  21. @cimut munniey :)
    hahahaha
    tu pun ery selalu kena
    padahal bukan rapat mana pun
    aish!

    ReplyDelete
  22. tak boleh. mesti ade perasaan lain yang akn timbul. -_-

    ReplyDelete
  23. oh haaa, sedih sangat bila ikatan sahabat boleh hilang macam tu jee - -' this is what always happen in human life. But this is a good thing when both side have the same feelings (:

    ReplyDelete
  24. susah la laki jd best friend..salah sorang mesti tidak anggap jd kawan daaa..walopapepon,kawan biar beribu tapi aku setia pada yang satu..hihihihi

    ucap Allahuakbar~~ seorang lagi saudara seIslam

    dear ery, u'd been tagged.. kontes meow meow

    ReplyDelete
  25. @shahizan
    yeahhh
    depends pada individu lah
    ada individu boleh teruskan dat relation, ada individu tak boleh.

    ReplyDelete
  26. tol lah tue..
    sdih kalo kwn bek tbe2 hilangkan dri..
    dak lakl sllu cmtue..(gurl pon sme)
    alsn jer byk..
    kan best bole cam biase

    ReplyDelete
  27. jujur, sampai sekarang aku anggap 1st love aku zaman skola dulu adalah bestfriend aku. dah 13 tahun weh kenal.

    aku boleh cerita semuanya pada dia. even tiap lelaki2 yg hadir dalam life aku dia pun tau. mmg dulu kitorg pernah bercinta, tapi kami masing2 dah anggap itu satu sejarah. dan persahabatan masih baik.

    cuma skang dah jarang gila contact, 2 minggu sekali pun susah. paling2 tegur kat FB chat je.

    ReplyDelete
  28. bg pendapat mra, boleh aje sebab mra ade je besties lelaki sampai skang n ramai! XD masing2 da kenal diri, and xde la feeling2 tu..bg mra, besties tu mcm siblings mra.so mra manje ke ape ke semua dgn dorg, dorg xkesah sbb mra akan ckp awal2. hehek.. XD

    and dlu, mase ad bf,mmg xcontact dorg,sbb kene hlg, tp after break up, still baik,so rs brtuah sgt la ade dorg sbg 'abg2' skang ni :')

    ReplyDelete
  29. apasal tak boleh ? boleh la, lagi best pe kalau kawan yg tak sama jantina.

    ReplyDelete
  30. @hazari.
    hazari?
    ohmai! lama giler tak nampak!!

    ReplyDelete
  31. Zaman dulu2 ada la best friend lelaki. Honestly, I rasa lebih senang with them sebab dorg tak banyak songeh. LOL! But bila masing2 dah ada couple masing2, kitorg start to kurang spend time dengan each other dan menjadi semakin jauh.

    But I am lucky, sebab my boyfriend now is also my best friend. Kiranya berlaku serentak la, haha, so tak perlu la I nak pening2 kepala takut nanti tepuk sebelah tangan ke ape ke. :D

    ReplyDelete
  32. lelaki dan perempuan boleh berkawan atas dasar kawan.. kalau atas dasar suka memang diorang takleh kawan..kecuali dua2 suka sama suka.. kalau tak memang bila dah kena reject, mula nak hilangkan diri camtu je..

    ReplyDelete
  33. hehe..kebarangkalian utk ppuan kwn baik ngn laki adalah rendah..tp biasenye ni utk yg pnh bcinta pastu putus..jrg la..but ade la 2 dlm seribu yg baik..sipa hang out dgn pasangan masing2..wahh..

    ReplyDelete
  34. ok suka post ni ye!

    memang lelaki dan perempuan tak boleh baik gila. disebabkan aku kelas science, so ramai member perempuan, dan ada 2,3 yg sgt rapat. tapi aku pastikan rapat tu dalam group je bukan individual, bahya oooo, ada dah yg tunjuk tanda2. aku taknak ahhh putus kawan apeke, nonsense je.

    ReplyDelete
  35. as salam..

    pergh! tajuk yang menarik~
    bagus!
    huu..muda2 lagi ery dah diberikan dugaan macam ni.

    huu..saya ada pengalaman.tapi tak tau la pula dia sorang pengkid lepas kenal sekian lama.

    =_="

    entah mana silapnya, dia terjatuh hati kat saya.tapi terpaksa cakap elok2. bff je okeh.
    huu..dia merajuk dan tak lama lepas tu kawen.

    @_@"

    alhamdulillah.. dia tak kembali ke tabiat lama dia. ery kenal kot dia? ex-ukm juga tu. dak law.

    ReplyDelete
  36. Off topic.

    Aswt, selamat hari lahir. Semoga apa yang awak hajati akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Insha'Allah.

    ReplyDelete
  37. cam aku cakap dalam entry , aku sendiri pun jatuh cinta pada sahabat karib sendiri... kesimpulannya lelaki mudah jatuh cinta pada sahabat karib sendiri .

    ReplyDelete
  38. errrr. aku ramai kawan lelaki dari kawan pompuan .

    ReplyDelete
  39. saye ad kwn baik..da 6 taun kwn.kami x kapel pon.sesame single lak tuh.ape yg dy tau,sy pon tau n ape yg sy tau dy pon tau.hehehe....

    ReplyDelete
  40. saya rasa saya tengah alami...huhuhu

    ReplyDelete
  41. Dulu aku ada sorg besfren pompuan..kami kenal since form2 lagi..bile aku dah masuk u..kami start kapel..lepas 2 tahun..disebabkan masalah family..kami terpaksa dipisahkan..fine, aku redha je..dah takde jodoh..but we're still friend..

    Lepas beberapa lama, kami pun ada pasangan masing-masing..dia penah tanya pendapat aku psal bf dia yg nak ajak kapel..as friend..aku pun bg la pendapat n advice aku..masa tu aku blom lagi kapel..

    then bile aku dah kapel, gf aku tak bagi lagi aku kwn dgn dia..fine, aku hormati permintaan gf aku coz dia bimbang tkut2 ada 'unfinished business'..

    since then, aku tak kontek langsung dengan dia even dia dah kawen dgn bf dia tu..back 3 or 4 months ago, dia ada msg tnya khabar aku..tp aku tak reply coz xnk ada masalah dgn gf aku..(dia rajin check hp aku..hehe..)

    kadang-kadang, aku sendiri tidak paham dgn diri aku ni..she's once penah jadi bestfren..then we're became fren..now..we're stranger..because of my gf..aku bukan nak ada perasaan ape ke dgn dia..dia dh kawen kut..even dia bercerai sekali pun..aku tak kan kembali lagi kepada dia..i love my gf..

    tapi tu la..kadang2 jealousy can kill friendship..

    ReplyDelete
  42. best laa tjuk nie.. bydaway...
    aku ada bf.. bf aku ni hurmm memng ramai kawn perempuan.. tp xpela.. dia dh show off aku ni gf dia.. so.. perempuan yg lain kwn jelaa..
    tp ad sorang gurl nie.. dh 30 lebih umo, jd best fren dia.. dh la xkwin lg..
    aku xjeles sgt bcoz dia xcntek pun..
    tp.. kdg2 aku geramm... gurl ni sja nk tunjuk2 dia rapat gila dgn bf aku... eeeee....
    rsa xleh percaya kalo boy ada kwn baik perempuan.. aku rsa nk break je.. xsggup kalo dh kwin ..ad gurl lain yg rapat dgn bf aku.. independent laa.. kalo nk minta tlg pun.. dgn boy laaa.. gerammm aku...

    ReplyDelete