(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Thursday, December 31, 2009

New Year Giveaway

ni entry sticky mode.
for LATEST entry, scroll lagi bawah ye ;)



Anjuran


Berminat nk join NEW YEAR GIVEAWAY ni boleh la join ok..

Syarat-syarat ;

1 : Tulis entry tajuk '' New Year Giveaway ''.

2. Dalam entry kene ada gambar (banner) "New Year Giveaway". Pastikan banner ada di sidebar anda. Link ke2nye ke http://lavender4all.blogspot.com/

3 : Jadi follower & add link blog ini dalam blog list anda.

4 : Setelah siap entry anda, sila tinggalkan URL-link-giveaway-anda di ruang comment entry ini sebagai tanda anda menyertai contest ini.

5.
Entry perlulah sticky mood sehingga 31 December 2009

6. Tarikh tutup : 31 December 2009.

7. Hadiah merupakan sebuah "Wine Bottle Umbrella".

8. Pemenang dipilih secara rawak. Tidak layak bagi yang tidak memenuhi syarat.


mcm cabutan bertuah je ni. kalo dpt best wooo! dpt payung comel2 tu. tingin sgt *_*

Wednesday, December 30, 2009

Dari kerana Mata

Dari kerana Mata, aku jatuh chenta.

hahaha. merepek je. saje la nak share psl aku beli Brands Innershine Berry Essence ni. aku kan rabun, so aku berharap & insyaAllah dgn memakan Pati Beri ni penglihatan aku semakin baik. bukan lah kate power aku kurang, tp kalo power tu maintain tak naik2 pun dah syukur. spek aku mmg tebal. mmg mcm org skema @ nerdy dah. hehh. tp seb bek frame warne sgt mengghairahkan. hahahaha.
mende ni sekotak RM 23.90. aku beli kt Jusco Mid hari tuh. ade 6 botol. 1 botol ade 42mL pati Beri. so sebotol dalam RM 3.00 ++ la. yeahh, mmg mahal. tp aku makan berjimat sket la. org minum sebotol sehari. aku sebotol 2 hari. heeeee. tp kesannya pun lmbt la cket, ye x? today dah masuk botol ke-2. sbenanye aku msh dlm proses trying. kalo aku minum secara konsisten, ade good effect tak pd mate? tu je aku cube. tak salah mencuba kan? ;) ok, nk cte sket psl Pati Beri Brands ni.

Brands Innershine Pati Beri mengandungi 7 jenis beri - Blueberi, Strawberi, Elderberi, Acai Beri, Blackcurrant, Cranberi & Chokeberi yang dipilih khas dari Eropah & Amerika. Produk ini tinggi dengan Vitamin A, C, E & Zink serta tidak mengandungi pengawet. Vit A adalah penting utk mata dan Vit E pula penting utk perlindungan sel2 tubuh termasuk sel2 mata daripada pengoksidaan.

Segarkan mata anda dgn Brands Innershine Pati Beri setiap hari.
Kebaikan semulajadinya pasti menyerikan lagi hari anda!

marilah mencuba! =)

Teruja sebentar bersama Nuffnang

hahh. da increase ke RM 3.75. yeee, aku tau x byk pun. tapi tak silap, last aku check semalam (isnin) memandangkan selase aku sgt sibuk. last aku check RM 1.25. menaik sebyk RM 2.50. alhamdulillah. tenx kt korang yang tak jemu2 melawat blog aku dan menekan nuff itu. hehh. ape yg aku observed, bila aku dok tgk je nuff ni, x naik2 pun. bila tak tgk sehari, trus nek. mcm sebelom tu, punye la lame RM 0.00 je. tbe2 nek RM 1.25. agak terkejut + teruja gak la. hehh. mungkin ni la hikmah aku dok busy2 skrg nih. tp mase utk blogging tetap ade. tp bile ade cte best je la aku semangat waja nak menaip. kalo tidak, bersawang jgk la. ehehehe.

thanx to all!!

Candid Photo Contest


contest lg! hahaha. kali ni candid photo contest lak. anjuran Halim. aku jarang ade gmbr candid sbb sll aku yg pgg kamera. huhuh.
so dis is the pic. ni mase gathering kawan2 online kat MidValley. photographer nye Hasif. tenx ye amekkan gmbr aku ni. hehehehe.

1 girl, 3 boys.
kelihatan aku spt sdg meniup sesuatu. hehh~

Pertemuan Tanpa Hala Tuju

2,3 hari ni sgt sibuk dgn program UK aku. walopon penat skrg ni, tp hati aku sgt bersemangat waja mau mengupdate ttg pertemuan tanpa hala tuju aku & geng. pertemuan tanpa hala tuju yang berlaku pada 28 December lepas, merupakan 1 kenangan utk aku. kenangan manis semuanya. takde pahit2, payau2 segala. entry ni tak panjang pun. hanya merupakan 1 pertemuan yg dijalankan di MidValley (tmpt lepak aku), dan aku lah manager rombongan ini. kah3~ walopun manager ni dtg lmbt krn hadir ke kelas dlu (baik x?) , kul 3 ptg baru lah sampai MidValley tu. menonton wayang Alvin & the Chipmunks II (wayang pilihanku), sgt seronok! tenx korang sbb ikut kehendak ery. kih3~
jadi, pertemuan ni dihadiri oleh abg Hasif, dek Eeqa, Kak Fatin, Abg Ezad, Abg Erol & new fren of us, Adly. semua ni kawan2 FACEBOOK! skrg ni aku nak describe perangai sekor2 sorg2. Dimulai dgn persons yang dah 3 kali jumpe : kak Fatin, abg Ezad & abg Erol. kemudian pertemuan pertama : abg Hasif, dek Eeqa & Adly.

1) kak Fatin (kenalan since 2003,2004 cmtu kot,dr myRakan)
beliau mmg la seorang yang sgt comel. sgt berbudi bahasa & sopan. menjaga pertuturan & adab (x mcm aku). yup, she is an adorable girl. sape2 tgk mesti jatuh chenta. ekekeke. siyes wey! dah 3x aku jumpe, perangai beliau tetap same. jadi, aku simpulkan bahwa beliau mmg berkelakuan demikian. luv u kak! ;)

bertudung hitam tu lah beliau.
comel kan? =)

2) abg Ezad (kenalan since 2007 kot,dr Frenster)
beliau juga dikategorikan sbg seorg yg agak sopan. berbudi bahasa. tak byk cakap mcm aku ni tp beliau ramah la. tak la diam sgt. gmbr kami sentiase menjadi bualan hangat. kenape ye? siyes aku x paham. hahaha. oh ye, tp beliau berjumpe geng2 lelaki beliau, beliau tlh menjadi seorg pembuli. mangsa bulinye? aku lah! ciss. dah nampak belang mu wahai abg Ezad. oh ye, dia tua setahun je & aku panggel dia "abg" sbb pd mulanya nmpk sgt baik & sopan, tp skrg mgkn dah bertukar kpd "ko" je. hahahahha. padan muke =P

adakah kami nmpk spt couple terhangat?
tidak kan?

3) abg Erol (kenalan since 2003,2004 jgk kot,dr myRakan)
pertemuan pertama aku detim ngn abg erol ni. ohh sungguh pendiam mase tu! pertemuan kedua, men bowling kt TS pun, beliau yg plg diam. tp pertemuan kali ini, beliau tibe2 menjadi byk ckp & kuat buli. cisss!! ni pun dah tunjuk belang. takpe2. ade lori ade bas, ade hari blh bls! twekk!

tengah2 tu la dia.
(muke inesen je kan? cett!)

4) abg Hasif (kenalan since 2007 kot,dr Frenster)
hahh! ni insan plg membuat aku bengang + sakit hati. hahahaha. even 1st time jumpe dia, tp macam da lame kenal, bak kate Eeqa. dia ni mmg dr dlm YM lg asik membuli aku yg kecik ini. hehh. on dat day, dialah ketua segala pembuli! ape2 je aku kene. ceytt~ jeles sungguh anda dgn saye. hahahaha. motif aku strike gelaran "abg" tu adalah kerana aku rase beliau tak layak dipanggel abg wlopon sudah lanjut usia. hahahahaha. dlm YM or FB, gelaran yg digunakan "kite,kamu", jumpe face 2 face, jd "aku ko". hahahaha.

sila lihat betapa comelnye daku!

5) dek Eeqa (kenalan since 2005,2006 kot,dr myRakan)
yehh si comel! heeee. 1st jumpe, beliau sgt lah pendiam. bak kate beliau, beliau tak sangke aku ni jenis gila2 smpi beliau terkedu melihat kelincahan aku. hhahahaha. aku trima itu sbg pujian ye kalian? hehehehe. tak byk yg aku dpt ckp dia. sbb aku asik dibuli oleh mereka yang tak bertauliah. hahhh~ eeqa, next time jumpe eeqa xmo diam2 ehh. hhihihihi.

comel kan? =D

6) Adly (kenalan since 28/12/09,dr FB)
beliau merupakan kwn kpd kak Fatin, jd tak bpe nak mengenali beliau. yang tau, beliau berusia 25 tahun (sebaya kakak ku yg da kawen) & menetap di Kajang. dkt je dgn UKM ni. konon time balek nk balek dgn beliau, tp tak jadi lak. heee. salam perkenalan Adly =)

bju hijau blkg tu beliau

sekian la pertemuan tanpa hala tuju ni. ohh ye, nak tau knp tajuknye cmtu? sbb lepas tgk wayang je masing2 xtau nak g mane & watpe. and they all blame me. cisss~ tak patot!~ ape2 pun, seronok k jumpe korg. nnt next time kite gather lg ramai taw! heeee.

all of us =)
mase ni Adly x dtg lg.

p/s: tanggal 281209 menjadi sejarah dlm hidupku bila dibuli oleh 3 jejaka yang tak bpe nak kacak. hehh. tak baik!

Sunday, December 27, 2009

Morning.

hehh. mentang dah kul 2 AM. aku pun wish la "morning".kiu3~ pdhal sme da nyenyak tido. aku cam biase laa. darah remaja beb. 2,3 pagi tak tido lagi. kah3~ (pdhal siang membuta je,heh)
oke. entry merapu je. hari ni mcm biase. makan, tido je. hehhh. dinner tadi makan kt Pizza Hut. hoh! ramai gilak sampai mengantuk2 aku tunggu piza. hehh. bengang2~ tp dpt je piza, makan x pandang kiri kanan dah.
sekian utk hari ni. hahahahahaha. (takmo blog bersawang tp nak update jgk, cmnila jdnye)

pic tayang muka & bajet cantek cun comel segala.

kiri : berkaca mata merahku.
kanan : tanpa kaca mata merahku. (rabunnn)

*lame x amek gmbr gedik sebegini,heee*

Friday, December 25, 2009

Girls = Mekap?

merujuk kepada tajuk entry di atas, adakah Girls=Makeup? oh tidak. sbb aku sendri tak makeup sgt. tp aku jenis yang x bermekap mungkin disebabkan faktor sekeliling. kakak2 aku pun bkn jenis suke mekap all-the-time. kadang2 bila ade event special je diorg mekap2. mak aku pun tak suke mekap sgt. kawan2 aku? lagi la takde yang bermekap sgt. dr kecik sampai besa, kwn2 aku sme jenis simple n cun. ceh! kalo dorg mekap pun, just compact powder + lip balm. macam aku jgk la. tp kdg2 tu teringin jgk rase nak mekap cantik2 mcm jurumekap kat kaunter mekap tu kan. KADANG2 je lah. bukan selalu. diorg mekap heavy woo. tp aku takleh nak mekap mcm tu sbb kulit aku sgt2 lah berminyak. sbb tu la bile ade event je aku mekap. mcm dinner ke. ape2 event yg tak membuatkan aku sweating. heheh.

so nak tanyela pd bloggers di luar sane.
utk perempuan, korang suke mekap tak? kalo suke, kenape? and vice versa. utk lelaki pulak, korg suke ke tgk pompuan mekap?

aku konon ckp tak mekap sgt, tp lately beli liquid eyeliner & blusher. tapi beli yg murah je. RM 10 satu. hahahaha. nak beli mahal2 pun wtpe, bukan pakai selalu, ye x? tp ape yg aku observed, liquid eyeliner yg 10 hengget ni lg cpt kering & x mudah tanggal dari liquid eyeliner yg aku beli harga lebih mahal. brand kne rahsiakan la. kang kene saman plak =.="

tadaa!

>>tringat jurumekap kt Elianto, konpius nak panggel Miss or Mr. hehh.

Thursday, December 24, 2009

giveaway contest

3rd contest. dr blog CONTESTO de LOUR

caption: ni due2 ekor kucing aku (dari kiri RAIN & AYU). mereka saling mencintai. kerana skrg AYU sedang bunting 2 bulan. dan pasti anak RAIN. semoga mereka mendapat anak yg cun lg comel lg cantek serta beriman. (kah3)

Wednesday, December 23, 2009

Always be My Baby Contest !

bile bace tajuk contest ni, dr blog Azfar Hani, trus nak join! hahaha. maklom la, aku kan sudah bergelar maksu, or bak kate eva (my niece) "ashu". dah 3 tahun aku bersama budak ni. dr dia lahir, sampai la skrg. sejak2 dia lahir, aku la jd babysitter walopon bkn sepenuh masa.
masa mama dia keje, aku la tolong2 buat susu, basuh yak dia, mandikan dia. kalo tak aku, opah n atok dia wat. so secara x langsung, aku pandai jgk la nak jage baby n budak2 kicik ni cmne. sonang ajo. cehhh! tp bile da makin besa makin nakal. ngeh3~so, dis is her.

her smile is contagious =)

*aku tidak melakukan sebarang pengeditan sbb nanti hilang kecomelan budak itu.
harap Azfar Hani mengira ini sbg 1 kreativiti =D *

BLACK & WHITE PHOTO Contest


jeles plak tgk rmai bloggers masuk contest kan? belambak contest skrg ni. so a ku nak try la setiap 1. aku harap blom tarikh tutup dlu. dlu xde mood nak join psl masalah besa melanda. huhuhu. so, ni 1st contest aku join dr blog Ezzan Yusop. aku join slh 1 sbb pasal dia x paksa elaborate. hehehehe. so senang la kan? tp si Ezzan mesti susa nak pilih gmbr the best. sbb ramai join. takpela, cube nasib. eheheh.

so dis is the pic ;)

ceh2. gmbr tanpa spek ku. tonjol kan mata mu. ahakss. tgk aku taw, jgn lak tgk kipas belakang tu. huhuhuh.

Saturday, December 19, 2009

Semangat dah hilang~

today is the last day i'll be on holiday at my HOME sweet HOME. tomorrow (sunday) i've to go back to my campus, KIY, UKM. do i really need to go there? hurmm.
i don't have the spirit. i feel ashame to go back to dat TOP U since i've got my result last week. i think i don't deserve to be in that U even ppl keep saying,i'm lucky to be in dat U. at 1st, i felt really lucky to be in dat U but NOW? everything has changed. dat U dun need a student like me =(


siriusly, i dun know what to do. should i go on with this U and current course? or should i drop the course? or just move from this U & go to other U that is more deserve for me?


please. i need time to think. to discuss with my parents & friends. but, i'm afraid to do so. i really2 need time to think about it.


bile aku start tulis dlm english(wlopon broken), tandanye aku btl2 sedeh.
away from blog sampai mood stabil =(

Seronok kan cuti?

SELANGOR dapat cuti banyak kan? tapi bukan selangor je kot. negeri lain pun same. tp selangor lebih cket laa. cuti yg dpt semua hari JUMAAT, so cuti panjang la, dr jumaat-ahad. sonok org bekerja. hehehehe.

jumaat lepas (11/12) - cuti KEPUTERAAN SELANGOR.
jumaat semalam (18/12) - cuti AWAL MUHARRAM.
jumaat depan (25/12) - cuti KRISMAS.
jumaat lusa (1/1/10) - cuti NEW YEAR.

cukup sebulan SELANGOR dpt cuti setiap jumaat. tp takde kelebihan utk aku sgt. sbb aku dpt cuti jumaat cume 2 minggu (krismas dgn new year). huhuhuhuh. lagi 2 mgu awal tu dah mmg sedia cuti. hohohoho.

selamat bercuti semua!!


Friday, December 18, 2009

alamak! MALUnye~

aiseyman~
malu2.

tah ke "org tu" tau aku CRUSH kat dia. sbb td tego dia x layan. hahahahaha (pdn muke aku).
kepada "org tu", kalau btol la kamu tau saye crush kat kamu, just ignore ek? means, sembang mcm biase la. kawan aje. hehh. tau la saye x secocok utk kamu, cuma saje je nak suke2 kamu, sedapkan hati sendri. huhu. (malu lagi ni)


Thursday, December 17, 2009

Tibe2 Kene Tag?

tadi blog si EEQA, bace recent post, die wat tag. dan saye ditag oleh beliau :) lame daa x wat mende ni. malass :D tp sbb tade mende nk wt skrg ni, so ape lg? :D

1. Bekas kekasih saya adalah:

Seorang lelaki yang selalu bace blog saye :P (anda tau sape anda)

2. Saya sedang mendengar:
bunyi kipas. (bile semua da tdo kepenatan)

3. Mungkin saya patut:
Balek umah & berbincang dgn mak abah ku :(

4. Saya suka:
Bersama kwn2 & family.

5. Sahabat-sahabat baik saya:
-saya tiada sahabat2 baik. tp sahabat baik ada.

6. Saya tak paham:
dengan kursus yg saye amek kt ukm ni wlopon itu pilihan pertama (tampak silap)

7. Saya kehilangan:
idea mau tulis ape.

8. Ramai yang berkata:
"pasti ada hikmah atas semua yang berlaku"

9. Makna nama saya:
NUR= cahaya, FARIHAH= kegembiraan,YANTI=(hanya nama keturunan) saye gembira sll ke? :)

10. Cinta itu adalah:
Sesuatu yang dulu aku suka, tp sekarang? tidak berharap lg ;)

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
khusyuk membuat kerja utk Hari Kerjaya UKM 2010

12. Saya akan cuba:
untuk menangani masalah yg saya hadapi dgn nasihat pakar ;)

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
FOREVER (hahahaha)

14. Telefon bimbit saya:
jarang sekali berbunyi. silent mode selalu.

15. Bila saya terjaga dari tidur:
saye mesti pening , samada terlebeh/terkurang tdo ;P

16. Saya paling meluat apabila:
orang sibuk nak cite psl couple dia. bkn jeles lah. tp kalo setiap kali crite/entry dlm blog psl BF dia, rase bosan & meluat. lame2 x bce dah blog org tu. hehhhh.

17. Pesta/Parti adalah:
sangat sosial.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
mestilah KUCING! saye kan pencinta kucing. miaw miawwww

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
18,bila da berdikari sendri. dpt lepak dgn kawan2. dpt bwk kete (eh, sy amek lesen umo 19)

20. Hari ini:
sangat membusankan.huhhhhu

21. Malam ini saya akan:
hadir meeting smpi kul 2 pg. huwaa ,, mau pulang!

22. Esok pula saya akan:
balek umah! yeahhhhhh~

23. Saya betul-betul ingin:
pulang ke rumah skrg & xmau balek ukm lg :(

24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
jerawat merata -rata. asal ni???

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
pusat membeli belah of course! wlopon skrg tgh YES, x g soping lg ;(

26. Makanan Barat atau Jepun :
sangat tak best. melayu je best. wakakakkaa. eh x lupe mamak ane! ;P

27. Bilik yang terang atau gelap:
gelap. sonok tido :P

28. Makanan segera adalah:
makanan yg sng dihidang.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"eleh, rindu la tu" pd seseorg yg tgh mabuk kepayang ;P

30.Siapa yang anda mahu Tag?
semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. sila buat okay?!! (arahan tegas)

Love or Crush?

salam (ceh, tbe2 mood baik kasik slm).
tgk je la tajuk en3 aku ni, Love or Crush? Crush or Love? (heh,same je la ery oi)
saje letak LOVE dulu sbb LOVE ni lg dalam maksudnye dari Crush.
LOVE means sangat2 sayang. sangat2 caring to that person. takkan abaikan that person. dan LOVE dalam jangka masa yang panjang. (pd pendapat aku laa)
Crush means suke or admire. suke chat dgn org tu. ske kwn dgn org tu. admire org tu mungkin kerana perwatakan or rupa or harta. tapi perasaan ni tak kekal lama. (my opinion ok?)

Crush slalu terjadi dalam hidup aku. wlopun sedang dimiliki orang. hah! kontroversi2!!
adakah aku jenis mudah jatuh hati? mudah cair? or what so ever lah? mungkin!

hurmm.
slalunye Crush ni wujud bila relationship ada masalah, ape yg berlaku kat aku. bukan tak setia, tapi fed-up. seminggu sekali, mesej pun tidak. seminggu sekali call pun tidak. so ini ke dikatakan in-relationship hah? jawab pls uollzz~
tp bila bwk bincang, mule lah muncul ayat2, "sory, xdpt nak bg komitmen", "saye tau saye sape". woiii~ sedar plak! hehhh. (relax ery,pls) bila kite msj org lain or lelaki lain, pandai pulak jeles ye?

so, salah ke aku nak ade Crush hah? Love tu belom datang lagi. tgk la sape yg boleh menawan hati ini. ceyy~ soooo, skrg aku tgh Crush dkt someone. br chat sekali kot dgn org tu. status pn xtau.wakakakakaka (pengakuan terbuka sungguh). bila aku Crush, sll aku kwn baik je dgn org tu. x salah kan? *wink* sbb aku Crush/admire dia? aku sendri xtau! ohh plzzz help me.

org tu salah sorang blogger jgk. (wahh, mst korg curious gle kan?hahhh) dah2, mane blh bukak cte psl die. aku je yang Crush kat dia. dia tak pun (wallahualam)

ni entry luahan perasaan. tp aku mencuba yg terbaik utk menjaga hati si jejaka kacak itu.

Wednesday, December 16, 2009

RESULT DAH KELUAR.

HURMMM.

DOWN, DOWN, DOWN.

THERE'S NOTHING ELSE I CAN SAY.

I NEED THE SPIRIT.

THANX.

Tuesday, December 15, 2009

Kepada yang Setia Membaca shj :)

ok.

ape perubahan pada blog aku yang korang perasan? sila kemuka kan.

.end.Font size

Conversation in the mid nite.

ohhh. actually takdela mid nite tp seawal jam 2 pagi. hahahaha. conversation berlaku antara 2 sepupu iaitu aku & athirah. it's about the difference between boys n girls. ni kiranya persamaan dalam kebanyakan boys & kebanyakan girls la. tak semua mcm ni kot kan? :)

boys = kurang caring.
girls = caring sgt.
situasi : boys kalo balek dr keje ke, lepas hangout ke, ape2 la yang boleh memenatkan dia, mesti balek2 terus nak tido. takde dah pk nak msj gf die ke. girls plak kalo penat camne pon, mst nak msj dlu, say goodbye ke, good nite ke. pastu baru tdo.

boys = kurang bercerita.
girls = suke sgt bercerita.
situasi : kalo bergayut tuh, girls je yang asik bercerita. mende2 kecik pun nak cerita. ape berlaku hari tu pon nak cerita. boys, sll dgr je ape girls cerita. bila tanye, what happened today? "nothing" je lah jwpn dia. sbb tu jgk la kot, bloggers lebeh ramai girls dr boys kan? :)

boys = x ske dating2 selalu
girls = suke jumpe selalu
situasi : dalam sebulan tu, boy ajak girl kua sekali je kot. kalau lebih2 tu girl yang ajak date? ye ke tidak? hehhh.

tu je la yg didiscuss oleh aku dan kazen aku, tirah. takdela sme mende ni tuju kat sme boys/girls kan. tp kire jenis bf tirah dgn bf aku, same. so, perkara diatas kami mmg sll lalui lah. hehhh.

ade sesape rase nak membangkang keras penyataan di atas? sila lahhh =D

Monday, December 14, 2009

Dah disyaki!!

merujuk pada entry lalu, aku ade cite pasal ade pencuri dalam umah aku tu kan? skrg ni, kami sefamily dah dpt syaki sape pencuri tu. dpt tau pon mase mak aku pegi umah maksu aku tadi, nak byr duit kek & doorgifts tu. on that time, my tok bercerita.

ade seorang perempuan. yang mmg kami tak kenal masuk rumah tp mase dia masuk dia mintak izin kat mak. then mak bg la, tp mule2 die duduk bawah je. lepas tu dia naik umah. nak tgk pengantin, katanye. then, duduk lah sekali dgn pengantin mase pengantin perempuan dok sibuk2 mekap. mase tu ade kakak aku, sepupu aku, makcik aku & kak ipar aku. and die yg x dikenali tibe2 masuk. then die mengaku die kawan abg ipar aku (kawan pengantin lelaki).
lepas tu, bile semua dah siap, semua turun la. yg last sekali turun, tok aku. dia ajak pompuan tu, tp pompuan tu taknak turun lg. so? ape dlm pemikiran korg?

then, baru2 tadi kakak aku tnye abg ipar aku, kenal ke pompuan ni? abg ipa aku kate TAK KENAL. woh!!~ u make me so hot!! hah. so, mmg tak lain tak bukan la dia. sbb mase dia balek, dia x greet pon mak aku. siot gile~

gmbr ade dlm hp mak aku. ni mmg betol hipokrit laa. pasal die elok berbaju kurung, bertudung labuh. yelaa, pakai tudung labuh sng la kan nak sorok2 barang, ye tak? aku bkn nak kate org bertudung labuh, tp perempuan ini menggunakan tudung labuh utk berbuat jahat. astaghfirullahalazim!!~

jadi ape yg korang sarankan? nak ke kami bawak gmbr tu ke balai polis? hehh.

Mengambil Kesempatan Betol!!


alhamdulillah. selesai dah kenduri kakak aku. berlangsung pd sabtu lepas (12/12). alhamdulillah smenye okay. walopun ade gak la berlaku ketidakpuashatian aku ni. kalau penat tu, mmg la penat. aku layan tetamu, aku jugak la yang kene bagi door gift. yang laen dok duduk je. haishhh, busy sungguh mereka kan? hehh. T__T
pagi tu mmg la sibuk kan. maklomla, sme sedara kumpul umah aku. ehh takla semua. semua sedara belah mak je. so, time tu la berebut2 nak iron, nak mekap. hehehe. sbb family ramai perempuan. mekap aje kejenye. aku mekap simple2 je psl takot cair nnt berpeluh2. hehhhhh (kulit bermasalah mmg cenggini).
so tema yang diberikan adalah Maroon tp aku rasa lebih kepada Merah kot. so adik beradik aku semua pun pakai merah / maroon. kebetulan je pun mmg dah ade baju merah/maroon ni. kecuali mak abah aku. dorg takde baju merah. alahaii cian. tp mereka sehati berdansa memakai baju biru.
seronok jugak laa. sbb ade kwn2 lame time kat ipoh/johor dulu datang. psl makpak dorg kawan dgn makpak aku, so anak2 pn berkawan jgk le. kawan2 yg aku jemput, yang datang 3 je pun. kak fatin, abg ariff,atok & anur. tenx ye korang! wlopon sesat2 jgk nak sampai.(umah aku sape dtg x sesat mmg AJAIB lah)

ni cerita hangatnye!dalam pada orang sibuk kenduri2 ni, adela seorang makhluk ALLAH yang sangat JAHAT mencuri duit dalam rumah. ohhh bodo~ tp tak disedari oleh sesiapa. bile da habis semua, baru sedar. kakak aku hilang duit beribu jugak. tok aku hilang semua duitnye. mungkin mase dia curik ni, mase pengantin dah turun. sbb sebelum pengantin turun, semua ade kat atas. then pengantin turun, kosong kat atas. bawah sedara belah abah duduk. time tu la hilang. korang bayangkan la (bayangkan taw) situasi die cmni :

dompet tok aku memule ade kt bilik mak aku. bile jumpe semula, ade kat bilik kakak aku yang hilang duit beribu tu.

means : pencuri tu mmg byk mase masuk bilik mak aku, bilik kakak aku, then simpan balek beg kakak aku tu. tp beg atok aku tu dia x letak balek.

aku mmg rase marah sgt. kakak & atok aku yang hilang duit tu lagi laa. WALLAHUALAM sape yang buat. xtau nak syak sape. pencuri tu biarlah. bukan HALAL pun duit die guna tuh.
ape yg aku doakan adalah supaya dia diberikan balasan dr ALLAH x kira la kat dunia ke akhirat. dia hidup dgn duit HARAM sampai bila takkan berkat apa yang dia buat.

memandangkan ni 1st time kami adakan kenduri kat umah (b4 dis wat kat dewan besar), so ni 1 pengajaran la. buat kat dewan besar tu lg selamat. hehhh. pasni turn aku, nak wat kat dewan je lah. huhuhuh.

moral of the story :
1) sape2 buat kenduri lepas ni, please la BEWARE dengan mengunci semua pintu dalam rumah tu time kenduri or TAKYAH bukak langsung pintu depan umah. hahahahaha (mcm kijam sgt plak)
2) kepada pencuri, tolong la bertimbangrasa sikit. org da bg makan free, kau lg nak mencurik. bertaubat la weh!!!

aku (kasut pengantin tu)

pasangan pengantin HOT gitu!

for more pics, klik HERE.