(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Tuesday, November 30, 2010

Tiada Lagi ......

Hye. Salam Selasa.
Entah macam mana boleh dapat idea nak update. Sabtu hari tu aku dikejutkan mak aku sebab nak ajak balik kampung belah ayah aku kat Batu Pahat, Johor. Aku pun ikut je lah tanpa banyak kata. Haha mamai kot. Lagi pun aku bongsu, aku je la yang mak abah aku nak bawa ke hulur ke hilir. Hehehehe.

Dah siap semua, nak pack barang masuk kereta, tengok abah aku tengah masukkan kucing-kucing (5 ekor) dalam kereta. Abah aku nak buang, atau erti kata baiknya, nak tinggalkan kat tempat lain. Reasonnya, sebab lately, kucing-kucing aku tu banyak pulak buat hal ; berak dalam rumah lah, berak atas katil. So mak abah aku fed-up. Sedih jugak aku tengok mereka nak ditinggalkan kat tempat lain. Aku tau, mak abah aku pun rasa camtu, tapi kalau dah tak mampu nak jaga, macam mana kan? =____=

Kucing mana reti duduk diam dalam kereta. Even dah masuk kotak pun, dah tertembus kotak tu. Ketakutan lah mereka dalam kereta sementara mencari tempat nak tinggalkan mereka. Tak sampai lagi tempat sepatutnya, seekor kucing dah tercirit dalam kereta. Ahh pulak! =____= Tercirit ketakutan kot. Then, abah aku terus berhenti dan tinggalkan mereka kat situ sebab bau busuk sangat. Semua tak tahan.

Tempat yang ditinggalkan agak jauh dari kedai makan. Sedih ! Siyes, syahdu sangat. Ni 1st time kot aku buang kucing, selama ni kucing aku banyak hilang je, atau pun bagi orang. So takde la rasa guilty sangat. Bila dah tinggalkan kucing-kucing tu, masing-masing macam terkenang nasib kucing-kucing tu. Aku doa sangat-sangat, mereka baik-baik aje. Mereka semua dah besar, dah pandai carik makan, insya-Allah. Aku jugak berdoa moga-moga meninggalkan kucing tu bukan satu dosa. Kami dah menjaga yang terbaik untuk mereka. Kami pun ada tinggalkan makanan untuk mereka, harap mereka boleh survive =")


anak Popok (4 ekor) masa kecik-kecik =')
3 ekor dah diberi kepada orang untuk jagaan. 
anak Ayu (4 ekor) masa baru beberapa jam =')

tinggal kenangan. 
  • Tiada lagi penyambut tetamu bila kami pulang dari mana-mana.
  • Tiada lagi bunyi "meowww" yang selalu menceriakan hari.
  • Tiada lagi tempat untuk membelai. 
  • Tiada lagi tempat melepaskan bebelan.
  • Tiada lagi bila kau tengah jalan, ada yang menerkam kaki kau tiba2 dan kau pun menjerit.
Tiada lagi. Tapi yang pasti, masih ada sayang dan suka aku pada kucing. Sekian.




rindu mereka ='(
aku harap takde yang komen dengan blaming us.
don't need that =__=

Thursday, November 25, 2010

Tadaaaa! New Look.

Hye. Salam Khamis.
Wahh. Banyak pulak entry cuti-cuti ni ye? Biasa lah, dah bosan tak tau nak buat apa bila mengadap laptop ni, cuba la cari something hendak di"entry"kan. Macam yang korang tengok lah, blog aku dah berwajah baru! Tiada lagi belang-belang TAPI warna warni tetap ada ! Hehe. Itu lah aku, memang suka warna ceria macam ni. Sekarang berubah ke polka dots pulak dah. 

Template lama lupa pulak nak print screen. Tapi template tu memang dah lama gila aku guna. Berbulan-bulan kot. Rasa sayang pun ada. Sebab customize sendiri kan? Bukan ambil template, just copy and paste je. So banyak usaha dicurahkan untuk template lama tu. Tu guna lama. Hehe. 

Asalnya, aku nak buat style lain blog ni. Tapi buat-buat, tak jadi je. Lepas tu, banyak code blogger dah tukar. Sumpah aku jadi fed-up ! Lepas tu, godek punya godek, ni je lah yang mampu terhasil. Rasa macam boleh buat better tapi lain kali lah. Penat owh ! Header yang aku guna tu, semua hasil dari Contest aku satu ketika dulu. Hoho. Bukan aku yang buat pun header tu. Ngeeeee. Header yang aku tengah guna ni hasil ciptaan Ika, budak UKM jugak. Blog dia sangat COMEL dan kreatif. Korang boleh pergi terjah sekarang. 

Simple dan kosong je kan blog aku ni? Memang takde ape pun, melainkan entry dan Facebook Page kat bawah. Haha. Memang ringan gila lah blog ni. 


Hah. 23 seconds je. Ngeeee. Sukaaa ! Tulisan yang digunakan memang gedabak habis. Kalau salah baca jugak tak tau la. Haha. Gambar pun harus lah gedabak sebesar page ni jugak. Tapi actually aku macam nak kasi adjust sikit header tu. Semacam je dia tergantung kat situ. Terpisah jauh dengan entry. Hohoho. Nanti-nanti lah, kalau rajin ! Ahaks. Lagi satu, aku tak tau kenapa line belah kanan huruf tertindih dengan line kalau aku buat justify macam entry bawah, anyone boleh tolong? Huhu. So,
Apa komen korang untuk new look blog aku ni? OK atau TAK?
Haha. Tengok, blockquote pun polka dots. Hakhak. Jawab ek. Sekian.


hah bertindih kan kan?

Wednesday, November 24, 2010

Ada Iras-iras Lisa Surihani Tak? Ehemmm.

Hye. Salam Rabu.
Cisss. Aku sangat bosan lah. Selalu layan Twitter tapi dah kureng sebab geng-geng Tweet ramai takde. Kemanakah anda semua? Tapi timeline tetap laju, sampai tak sempat nak celah mana-mana. Tu sebab jugak la aku slow je kat Twitter sekarang. 

Hah. Aku agak mesti ramai teruja kalau cerita pasal Lisa Surihani kan? Haha. Siapa lah yang tak suka Lisa Surihani tu? Aku yang perempuan pun suka tengok dia, ini kan lelaki. Hehe. Tapi selera orang lain-lain tak? >___< Haa. Kau agak siapa yang iras-iras Lisa Surihani ni? Ehemmm nak tau ke? Jeng jeng jengg !!

sapo plak ni? WEY aku ler. hahahahak !
Kah kah kah (annoying gile gelak). Petang tadi aku takde kerja. Aku pergi main dengan alat make-up aku and then, camwhore ! Hahahahaha. Aku ni suka membazir beli barang mekap. Kau cakap je lah, apa yang aku takde. Eyeliner? Pelbagai jenis. Blusher? Ada. Eyeshadow? Banyak! Lipstick? Ada juga. Foundation? Harus ada. Fake eyelashes? Ada. Tapi tak pernah pakai lagi. Haha. Tapi hakikatnya, jarang sekali aku pakai. Sebab tak reti. Mesti comot kalau pakai =___=" Lagi pulak aku jenis cepat berpeluh, takde maknanya nak mekap. Habis cayaq nanti ! Tak ke sia-sia camtu? Nak mekap beria pun segan doh. Takut macam hantu lak jadinya =____=

Ramai cakap muka aku LAIN gila. Ni baru aku mekap sendiri. Mekap comot-comot je. Belum lagi orang Pro yang mekap. Mau bertukar wajah terus! Haha. Tapi yang paling takley blah, komen dari BrotherG yang aku kenal dekat Twitter. Korang baca lah sendiri. 

"Ingatkan Lisa Surihani tadi"
Hak hak hak. Bangga sekejap, sekejap je lah oii. Sebab aku rasa takde apa yang sama pun. Hoho. Yang dok puji Comey tu lesbo aku, Masturah Idrus. Hahaha. Yang si Achu cakap lain je, dia tak puji. Aku tau dia nak cakap tak cantik tu. Hahahakk Kan Achu kan? >,< 

Tak kisah la apa komen pun. Memang aku takkan mekap camtu kalau kuar jalan-jalan pun. Setakat pakai bedak and lip balm je. Tapi sekarang aku up sikit, pakai lipstick yang macam dalam gambar tu. Tu lipstick baru, and aku sangat suka color dia. Tapi aku pakai tak la pekat macam dalam gambar tu. Sikit-sikit je. Hehe. 
Wahai lelaki-lelaki, korang suka tak perempuan yang selalu pakai mekap? Sebab?
Wahai gadis-gadis, korang suka pakai mekap tak? Sebab?
Hah. Jawab la soalan tu. Nak tau jugak pendapat orang. ^___^ Sekian.

[Note: Sila baca dari awal okay. Kalau korang faham, ni cuma entry suka-suka. Takde niat riak or what-so-ever ;) Chill babes. ]

aku sendiri tak suka tgk muka aku kena mekap.
so biar lah natural sahaja.
*hbs mana nak campak semua mekap tu?
=____=

Tuesday, November 23, 2010

TM Everyone Connects Birthday Bash.

Hye. Salam Selasa.
Nak dipendekkan entry, hari Ahad hari tu aku mengikut Che Arm ke event TM. Dia dapat invitation tapi event ni open to public. So, dia ajak lah aku. Tapi style dia ajak macam ni, "Ery, jom karok!". Oh aku kalau dengar word "karok" tu, memang bagai nak gila ah! Last aku karok dengan family and cousins aku kat kampung raya puasa dulu. Hahaha style kan karok kat kampung?

Event TM tu buat dekat The Curve. Jarang sekali aku nak sampai The Curve ni. Kalau sampai pun, dengan kakak aku je lah. Kalau dengan kawan-kawan memang tak pernah sampai sebab nak pergi sini haruslah naik kereta. Hok hok. Ni kira 1st time lah aku join event Nuffnang. Dan haruslah kat situ aku jumpa otai-otai Nuffnang je. Hik hik.

aku, Cik Lily, Kak Ina, Linda
2 dari kiri tak kenal =.=, Bean, Emi, Che Arm (bawah)
Mereka lah otai-otai tu KECUALI aku. Hehe :"> 
Baru perasan semua dot com. Aku je tak. HAHAHAHA. Masa awal-awal sampai situ, aku blur je. Nasib jumpa Linda dengan Emi. Lepas tu ngekor je la Linda. Haha. Kesian Che Arm. Aku segan nak ngekor die. Auwwww~ Hakhakk. 


Event ni memang betul-betul open. Menempek je kat situ. Haha. Sampai la host dia datang. Siapa hostnya? 

Presenting Ben and Hunny Madu from Fly FM.
Aku memang pendengar setia Fly FM ok. Hakhak.
Well, diorang memang Cool and Sempoi ! Naseb mereka ada memeriahkan majlis tu. Hoho. Tengah dok dengar mereka ni celoteh, datang lah sorang lagi blogger yang aku dah agak kenal lah. Banyak kali jumpa dah. Dan dah agak biasa dengan dia. Siapa lagi kalau bukan Aie Darkbatman? Hehe. Sampai ada orang gosip aku dengan dia. Sumpah tak patut! =__________=" 

awal-awal terserempak. aku duduk la tu. heh. [Kredit to Darkbatman]
Dah agak lama tunggu, baru la Bunkface buat persembahan. Bunkface kan Duta TM, yang iklan TM katun comel tuh, kan guna lagu Bunkface - You and Me. Bunkface juga sempoi. Cool je. Picture of the day is : 

BUNKFACE !!
Alala sama tinggi dengan Paan Bibir (Sam yang gelarkan dia) Haha.
Ada jugak jumpa bloggers yang 1st time jumpa. Macam Eyriqazz, Cik Lily dan Bro Jai. Haruslah setiap seorang mengatakan, "Kecik cinonet je cik Ery ni. Tengok dekat blog macam besar." =________=" ok, dah biasa, hanya mampu tersenyum je. Hehe. Plush Toy la bak kata Che Arm si Besar. Heh. Actually masa ni perasaan aku lebih kepada segan sebab aku yang paling muda and kecik kot. So memang terasa diri ini sangat lah kecik. Hehehek. Tu yang aku membontoti je Linda. Hikhik. Oh, aku jumpa jugak JMR dengan Nunu tapi takde gambar lak. Huuuuu~

Kiri skali JMR. Tengah tu Eyriqazz.
Lepas event ni, Che Arm belanja aku, Emi, Linda dan Bean karaoke! Yeahhhh ! Che Arm stok pecahkan speaker. Aku stok suara kanak-kanak 10 tahun menyanyi. Emi stok lari pitch. Tapi Linda? Fuhhh sedap woh suara dia ! Tercabar kewibawaan ku masa mula-mula dengar. Hahaha. 3 jam dalam tu, entah berapa lagu nyanyi tak ingat lah. Tapi aku memang suka nyanyi lagu lelaki. Haha. Lepas tu lagu Rock, dan lagu High Pitch. Ada hati tawww~ Tapi takleh lawan Che Arm punya jeritan la. Hahaha. By the way, thanx to Che Arm sebab dia yang jemput and hantar aku balik, belanja karaoke. Lain kali belanja lagi. Hihikkkkk. 

Sekian.



tak dapat jumpa Hamzah.
terkilan aku. 
ngehh ngeh.

Saturday, November 20, 2010

First and Last "LIKE" Contest.

Hye. Salam Sabtu.
Semalam, buat pertama kalinya, aku join contest "LIKE" dekat Facebook. Contest dianjurkan oleh seorang penjual baju-baju Korea, Azah Zaza (boleh click untuk ke page). Dia buat contest untuk pembeli dari online shop dia. Aku antara pembeli setia dari online shop dia. Sebab tu lah aku join contest dia, suka-suka aje.

Semalam, masa nak keluar makan dengan family aku kat Nando's, aku pakailah tshirt dengan cardigan and belt. Errr ni bukan belt kat seluar, tapi belt kat pinggang tu. Hek hekk tau kan? Lepas tu saja camwhore suka-suka. Bila dah balik makan, baru aku teringat, contest yang Azah anjurkan. So aku pun cepat-cepat lah join walaupung tarikh tutup 4 hari je (24 NOV) lagi. Haha. Tak tau la boleh beat contestants lain yang vote dah sampai 300. Aku 100 tak sampai lagi. Hek hekk. Takpelah, cuba nasib je. Kalau menang dapat lah shopping FREE + Perfume.

Jadi, alang-alang dah TERbuat entry ni, saja lah nak mintak jasa baik korang sikit (muka malu-malu) untuk tolong VOTE gambar aku. Langkah-langkah voting senang je :
1st : Like page Azah Zaza ni.
2nd : Like "my photo" ni.
3rd : Done.
pic yang dipertaruhkan. gambar crop, tu pasal kabur =.=
Senang je kan? Pada yang dah Like, terima kasih banyak-banyak aku ucapkan. ^____^ Ok, back to topic kenapa first and last "like" contest? Sebabnya, semalam jadi isu pergaduhan antara beberapa pihak page lain dan beberapa individu. Maklumat dirahsiakan. Aku tak suka buka aib orang macam beberapa "orang" tu. 

Aku dah jadi mangsa keadaan sebabnya, Pertama, aku takde promo pun Link aku ke mana-mana page lain. Tapi aku turut dimarahi konon sebab aku sebarkan link ke page mereka, PADAHAL takde pun! Kedua, pergaduhan antara dua pihak telah menarik aku sekali sebab aku ada hubungan dengan salah seorang mereka. Dan berlaku ugut-mengugut. Masalah ni dah settle malam tadi jugak sebab aku tak suka gaduh-gaduh macam ni. Tapi, segala maklumat tentang aku dan seseorang tu, mereka dah simpan. Gambar aku pun diorang simpan. Hah kejadah? Curi gambar aku boleh pulak kan? =___= Alasan mereka, untuk keselamatan. Huh, macam tak pasal-pasal aku kena sekali. 

Kalau ikut hati, macam nak tarik diri dari contest tu, tapi macam tak best pulak buat kerja separuh jalan. So aku tetap akan promo link aku ni kat tempat sepatutnya. Setakat ni aku takde SPAM wall orang lain lagi ye. Kalau aku kena lagi, memang damn ahh! So, this is the First and Last "Like" Contest aku join ! Muktamad ! =____= 

Tapi, jangan lupa vote aku ye. Hek hekk. Sekian.




untuk awak, saya mintak maaf.
tapi saya nak awak tau, saya buat semua tu,
kerana saya sayangkan awak.
Forever.

Tuesday, November 16, 2010

16 November, apa specialnya?

Hye. salam Selasa.
Okay, hari ni hari Selasa. tarikh hari ini adalah 16 November. apa specialnya tarikh 16 November ni? pada aku, special sebab RAMAI gila birthday hari ni ! hahaha.

kat FB je 9 orang!

Yang luar Facebook tu sorry lah. memang aku tak ingat. hahaha. harap maaf lah, memory tak kuat. dari 9 orang tu, yang paling special adalah kakak aku, Murni Yanti. dah pun berkahwin.(ada yang frust tak? haha) tak sampai setahun lagi berkahwin dan sekarang sedang mengandung anak pertama, 4 bulan! wahhh. Insya-Allah dalam bulan April tahun depan, aku akan dapat lagi seorang anak buah. sekarang ni baru sorang anak buah aku. pernah buat entry pasal dia, tapi malas nak cari. hahahaha. dasar pemalas aku ni >____<

kakak dan abang ipar. masa ni kakak aku cantik sangat! siyes, jeles aku tengok. haha!
Yang selebihnya lagi 8 tu, semua kawan-kawan lah. kawan sekolah rendah dan kawan blog. apa-apa pun, aku nak wish 
Happy Birthday
  • Semoga berbahagia dunia dan akhirat. 
  • Semoga dapat mengecapi segala impian.
  • Semoga cepat kahwin dan cepat dapat anak.
  • Semoga kita berkawan sampai bila-bila.
Aku pun tak tau la kenapa ramai sangat umat manusia lahir 16 November ni. hehehehehe. oh esok dah 17 November. kita sudah pun menyambut Hari Raya AidilAdha. esok pagi jangan lupa solat raya ye.lepas tu, pergi la tengok lembu berkorban. hok hok. aku dah lama tak tengok, ingat esok nak tengok lah. aku tak takut darah sangat tapi selalunya bau lembu tu yang aku tak tahan =____= 
Selamat Hari Raya Aidil Adha 
sekian.


tiba-tiba terfikir,
apa yang dah pernah aku korbankan untuk agama?
=_____=

Monday, November 15, 2010

L.D.R

hye. salam Isnin.
fuhhh. lama gila tak update kan? genap seminggu tak update. hahaha. dahsyat. sebab apa tak update? satu, sebab exam. dua, sebab aku jalan-jalan pergi Johor Bahru jumpa Mr Bun dan kawan-kawan. hekhek. aku dan Mr Bun menjalani LDR. korang tau tak LDR tu apa? meh aku kasi tau.
L = Long
D = Distance
R = Relationship
"Long Distance Relationship" translate guna Google Translator jadi lah "Perhubungan Jarak Jauh" a.k.a PJJ. siapa yang kat sini termasuk dalam golongan LDR ? okay okay, aku nampak korang angkat tangan. hak hak. sepanjang 4 kali aku pernah bercinta, (adeh kantoi plak dah banyak kali.heh) dua kali aku tergolong dalam golongan LDR ni; yang ketiga dan keempat (Mr Bun la)


Sekarang ni dengan Mr Bun. baru 2 bulan kitorang stay together. dia kat JB, aku kat Selangor. kalau nak tahu kisah aku dan dia, korang boleh la baca [SINI]. mungkin orang akan kata kitorang ni masih PANAS, bunga baru nak mekar, memang betul pun. hehehehe. tapi dalam 2 bulan ni, macam-macam dah perkara berlaku. banyak perkara yang menduga kitorang. sesiapa yang follow Twitter aku, mungkin nampak aku selalu merepek. kan? haha. 

Bagi aku, yang PENTING sekali dalam LDR ni adalah Kepercayaan. semua setuju kan? sebab korang tak nampak apa dia buat kat sana, dia tak nampak apa korang buat kat sini. kalau macam aku, aku tak letak Trust 100% tapi just go with the flow. haha. sebab apa? sebab kalau percaya 100%, nanti kalau sakit, kau akan sakit gila. kalau tak percaya pulak, baik takyah bercinta. selalunya aku YE kan aje apa dia cakap, tapi dalam hati, masih berjaga-jaga. so kalau apa-apa jadi, takde lah aku nak kecik hati sangat. tak gitu? Think Positive la pendek kata. hok hok.


Pengalaman aku dalam LDR ni, kalau nak jumpa setiap kali mesti malu-malu. sebulan sekali jumpa, mau tak malu-malu. haha. best apa macam gini. rasa macam setiap kali malu-malu tu, setiap kali tu lah rasa jatuh cinta. ewahhhh !! pandai kau jiwang sekarang, Ery. hahahah! 

LDR ni memang uji kesetiaan masing-masing. aku ni boleh dikatakan Setia la jugak (ehh ragu-ragu pulak), walaupun aku ni gedik-gedik. Mr Bun pun tau aku gedik-gedik. tapi aku gedik-gedik pun, aku tak pernah lah nak curang tiba-tiba. takdelah aku pernah cakap "I Love You" dekat lelaki lain ke. skandal pun aku takde, cuma aku memang ramai kawan lelaki. tapi rapat kitorang ada batas. kalau aku keluar dengan kawan lelaki pun, sebab ada hal dan dia tau aku keluar dengan lelaki, walaupun dia jeles. hek hekkk. Mr Bun memang kuat jeles. opsss, sorry you. dah terkantoikan pulak =P~

aku selalu berdoa dan berharap sangat hubungan aku dengan Mr Bun bertahan sehingga akhir hayat. paling lama aku pernah couple adalah 3 tahun; Cinta pertama ku. sejak sekolah lagi. hahahaa apa kau ingat cinta time sekolah tu cinta monyet semata-mata ke? kalau cinta monyet semata-mata tak la bertahan 3 tahun. hahahaha. arghhh, kisah lama, abaikan! korang doa-doa lah ye hubungan kitorang bertahan ^_____^ 
I Love You Mr. Bun
aiceceh, blushing plak cakap I Love You kat blog. hek hek. sekian.

Sunday, November 7, 2010

Apa lagi kecik dari Flush Toy?

hye. salam Ahad.
fuh fuh phewwww. hembus segala habuk di blog ni. nasib takde spidey web lagi. sorry ye kepada semua, lama gila tak update, sejak Selasa lepas. ciss ayat bajet hot. ye ye aku tau, takde sape tunggu entry dari aku. saje nak perasan lebih je tadi tu. hahahaha. 

cerita agak lapuk la jugak. hari Rabu hari tu, aku jumpa dengan blogger Nik dan Syima dekat Midvalley. saja aku tak nak pegi jauh-jauh sebab lepas hang out tu aku nak balik terus rumah aku kat Serdang sempena gap exam selama 6 hari. aktiviti di Mid? chehh, apa lagi, tengok wayang dan bowling la. aktiviti remaja zaman sekarang. hahahaha. 1st time aku bantai bowling sampai 3 games. kuat-kuat pun 2 games je before this. tapi agak amazing, aku tak sakit tangan, even main 3 games! haha.

Nik, aku, Syima. ok, kami tau kami comel >__< 

hari tu, Nik dah bagitau awal-awal dekat aku, yang dia ni KECIK (ehh terhuruf besar pulak) dari aku. okay okay, siapa yang pernah jumpa aku macam Che Arm ni, sila imagine ye, betapa keciknya beliau. aku sendiri pun tak dapat imagine. hahahaks. tapi buktinya sudah aku dapat. nak tengok?






aku nampak besar kan kan? dan nampak tinggi kan kan? besar dan tinggi sikit la dari Nik. hahahahak. siapa yang tak kenal aku mesti kata aku nampak besar dan tinggi, padahal? =_________________= tapi kan tapi, ada lagiiii kecik dari aku ni. nak tau sape? mari kita lihat.






hihihiiik Syima lagi kecik kot. terusss aku nampak LEBAR gilaaa kan? err mungkin faktor baju juga. hohohoho. so so, aku nak tanya Che Arm ni, apa agak-agak gelaran untuk diorang ek? aku dah dapat Flush Toy. hahahahahaha. to Nik and Syima, jangan kecik hati ek. main-main je. ni cuma satu perasaan yang agak BANGGA bila tau aku bukan lah kecik sangat. auchh! hahahahaha.

oh ye, by the way, hari tu tengok cerita R.E.D . hahaha malas nak review, tapi aku kata BEST! lawak pon ada. sampai si Syima sanggup tengok cerita ni kali kedua dengan kitorang. hahaha. siapa next blogger nak jumpa-jumpa? JOM ! 

sekian.



skrg dah kat  UKM, tu pasal update.
next exam Selase.
cepat habis pls!

Tuesday, November 2, 2010

Lucky 33333; ProfHariz

hye. salam Selasa.
cehhh! rajin update pulak sekarang Ery? entah dari mana semangat update ni datang pun tak tau la. haha. actually aku kena jugak update sebab kalau siapa perasan, semalam aku ada buat announce dekat profile Facebook dan page FB Blog, dengan Twitter, dan ada jugak aku taruk note bawah Page Views sebelah ni, aku mencari Lucky 33333. (tapi buang dah)


dah nampak siapa pemenang? Ridhauddin Hariz tu merupakan pemilik blog profhariz.com. congratz boy! (ciss boy ke? haha) Hariz merupakan antara yang rajin masuk blog aku jugak kot. selalu jugak drop komen. tengok je la dia antara Pengomen Tegar (Top 5) blog ni. hehehehe. thanx beb. hadiahnya? aku nak bagi topup RM 5 je, okay la kan? tapi Hariz kata dia nak backlinks je, takmo lebih-lebih. so patut ke tak aku bagi topup RM 5 kat ko ni? hahahahaha.

curik dr Twitter.
kalau tengok gambar atas tu, aku komen pasal counter kan? hahahahaha. tapi memang lawak semalam, counter tak berenti renti naik. mesti ada insan yang keep refresh blog sampai 33333 ni. siapa tu aku tak pasti la. maybe pemenang ni? or orang lain, tapi akhirnya tak berjaya? nah. sorry kay pada yang mencuba refresh banyak-banyak kali tu, belum rezeki lagi ^____^ 

oh ye, by the way, 7 papers for final exam aku dah lepas! ada satuuuuuuuuuuuuuuu je lagi sambung 9hb nanti. sebab kitorang dapat cuti Deepa 6 hari. kan 1 Malaysia? hakhakhak. (wakluuu!) kan best kalau habis terus exam, terus leh sambung cuti. leh cuti lama sikit. uhuhu. esok nak lepak dengan blogger Nik MM dengan Syima, dan maybe ada Azrai sekali. siapa mau join lagi? ;) yess! esok lepas lepak terus balik rumah. yayyy yayyyy! (happy gilaaa ok)

sekian. tata!

Monday, November 1, 2010

Kucing dan Flush Toy.

hye. salam Isnin.
argh! dah Isnin, esok EXAM. lepas tu cuti Deepa. aku sambut cuti je. 1 Malaysia kan? hakhak. ehh hari ni dah masuk November (011110), nice date kan? usha-usha balik, bulan lepas ada 12 je entries! hakhakhakk. sejarah sungguh! makin lama, makin sikit entry dalam sebulan. entah-entah nanti langsung takde entry dah? =____= cheh. apa korang kesah kan? har har har!

Kucing dan Flush Toy. apa kena mengena? semalam (Ahad) malam, gwa keluar makan dengan Che Arm. secara tiba-tiba kot dia tegur gwa kat Twitter, then ajak pergi McD. kebetulan gwa belum makan, jadi gwa pon iyekan aje. hahahah padahal gwa tak pernah jumap pun Che Arm ni. nak kata rapat pun tidak. x kenal siapa Che Arm? ni dia, orang kuat Nuffnang >___<

cis. gmbr nak ensem saja. kurun bila ni? haha.
ciss kejadah aku promo dia ni? hahaha. okay, kami keluar je kereta menuju ke McD, Che Arm berkata, " Laaa kecik je ko, ingat besar." cisss gwa dah ready dah dengar statement ni setiap kali gwa jumpa siapa pon. hahahaha. lepas tu sambil makan dan sembang, Che Arm snap pic candid gwa tengah makan burger. grrr. makan burger harusla kelihatan gwa seperti lahap sebab mulut gwa kecik. (cheh alasan) dah snap upload ke Twitter pulak. damn you Che Arm! jatuh saham gwa =____="

gwa tak ingat entah macam mana ayat Che Arm dengan Emi AnakPerak. tapi lebih kurang macam ni la. (dalam Twitter)
Che Arm : kecik je Ery ni rupanya. ingat besar. hahahaha.
Emi : ko 1st time la jumpa Ery ni? aku mula-mula jumpa terkejut gak. besar KUCING je. haha.
Che Arm : tu laa. macam besar FLUSH TOY dalam kereta tu je. haha
=_________________________________________=

cisss. keji sungguh ayat mereka kan? besar KUCING? besa FLUSH TOY? flush toy tu paling gwa tak leh terima sampai sekarang. GRRR. kecik sangat ke gwa? entah la, gwa tengok normal je sebab kawan-kawan gwa pon lebih kurang gwa je. takde la gwa rasa kecik sangat. 
tinggi : plus minus 150CM
berat : plus minus 43KG
kecik ke? hahaks. tapi kalau dengan Che Arm ni memang la gwa kecik sebab dia besar. hak hak hak (keji tak?) dengan Emi pulak sebab dia tinggi, harus la gwa pendek. (ciss tetap kenakan orang, sendiri kecik tak sedar? haha) then borak-borak dengan Nik Mashimaro, dia lagi pendek dan ringan dari gwa. agaknya Nik ni macam Kech je kot. hehehehehe >___< tapi takpe korang, kecik ni membuatkan kita tampak lebih MUDA dari biasa. awet muda gitu. ahakss. ye tak? orang tengok cam budak sekolah je. hak hak hak. (ayat sedapkan hati)

lahap ke? tak kan? sopan tuuuuu. ni la candid pic by Che Arm tu =.=
sekian. (gwa gwa pulak dah. mereng kot budak ni)



nak balik rumah!
rindu kucing!
cepatla habis exam.