(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Monday, November 15, 2010

L.D.R

hye. salam Isnin.
fuhhh. lama gila tak update kan? genap seminggu tak update. hahaha. dahsyat. sebab apa tak update? satu, sebab exam. dua, sebab aku jalan-jalan pergi Johor Bahru jumpa Mr Bun dan kawan-kawan. hekhek. aku dan Mr Bun menjalani LDR. korang tau tak LDR tu apa? meh aku kasi tau.
L = Long
D = Distance
R = Relationship
"Long Distance Relationship" translate guna Google Translator jadi lah "Perhubungan Jarak Jauh" a.k.a PJJ. siapa yang kat sini termasuk dalam golongan LDR ? okay okay, aku nampak korang angkat tangan. hak hak. sepanjang 4 kali aku pernah bercinta, (adeh kantoi plak dah banyak kali.heh) dua kali aku tergolong dalam golongan LDR ni; yang ketiga dan keempat (Mr Bun la)


Sekarang ni dengan Mr Bun. baru 2 bulan kitorang stay together. dia kat JB, aku kat Selangor. kalau nak tahu kisah aku dan dia, korang boleh la baca [SINI]. mungkin orang akan kata kitorang ni masih PANAS, bunga baru nak mekar, memang betul pun. hehehehe. tapi dalam 2 bulan ni, macam-macam dah perkara berlaku. banyak perkara yang menduga kitorang. sesiapa yang follow Twitter aku, mungkin nampak aku selalu merepek. kan? haha. 

Bagi aku, yang PENTING sekali dalam LDR ni adalah Kepercayaan. semua setuju kan? sebab korang tak nampak apa dia buat kat sana, dia tak nampak apa korang buat kat sini. kalau macam aku, aku tak letak Trust 100% tapi just go with the flow. haha. sebab apa? sebab kalau percaya 100%, nanti kalau sakit, kau akan sakit gila. kalau tak percaya pulak, baik takyah bercinta. selalunya aku YE kan aje apa dia cakap, tapi dalam hati, masih berjaga-jaga. so kalau apa-apa jadi, takde lah aku nak kecik hati sangat. tak gitu? Think Positive la pendek kata. hok hok.


Pengalaman aku dalam LDR ni, kalau nak jumpa setiap kali mesti malu-malu. sebulan sekali jumpa, mau tak malu-malu. haha. best apa macam gini. rasa macam setiap kali malu-malu tu, setiap kali tu lah rasa jatuh cinta. ewahhhh !! pandai kau jiwang sekarang, Ery. hahahah! 

LDR ni memang uji kesetiaan masing-masing. aku ni boleh dikatakan Setia la jugak (ehh ragu-ragu pulak), walaupun aku ni gedik-gedik. Mr Bun pun tau aku gedik-gedik. tapi aku gedik-gedik pun, aku tak pernah lah nak curang tiba-tiba. takdelah aku pernah cakap "I Love You" dekat lelaki lain ke. skandal pun aku takde, cuma aku memang ramai kawan lelaki. tapi rapat kitorang ada batas. kalau aku keluar dengan kawan lelaki pun, sebab ada hal dan dia tau aku keluar dengan lelaki, walaupun dia jeles. hek hekkk. Mr Bun memang kuat jeles. opsss, sorry you. dah terkantoikan pulak =P~

aku selalu berdoa dan berharap sangat hubungan aku dengan Mr Bun bertahan sehingga akhir hayat. paling lama aku pernah couple adalah 3 tahun; Cinta pertama ku. sejak sekolah lagi. hahahaa apa kau ingat cinta time sekolah tu cinta monyet semata-mata ke? kalau cinta monyet semata-mata tak la bertahan 3 tahun. hahahaha. arghhh, kisah lama, abaikan! korang doa-doa lah ye hubungan kitorang bertahan ^_____^ 
I Love You Mr. Bun
aiceceh, blushing plak cakap I Love You kat blog. hek hek. sekian.

54 comments:

  1. hope u hepi ery! :')
    doakan yg terbaek!

    ReplyDelete
  2. haha, romentik-romentik

    ReplyDelete
  3. aiyaa~ romantik maa, i like i like,Lol ;p

    ReplyDelete
  4. memang penuh dengan onak beduri, semoga bahagia,
    kami tahu LDP je(lebuhraya damansara puchong)hehe

    ReplyDelete
  5. cehh. patut la tadi kau cakap jalan sampai JB. x terpk pulak aku nak bertanya. tapi dah agak dah. lalala~

    ReplyDelete
  6. yang aku tau PJJ = pengajian jarak jauh.. hahaha

    ReplyDelete
  7. saya selangor, dye kedah. lg jauh. PJJS = perhubungan jarak jauh sangat.

    ReplyDelete
  8. erkkk thanks sebab memahami diri i...

    i harap kita dapat bersama sehingga ke akhir hayat..

    cinta memang perlukan kepercayaan. cinta juga memerlukan kita bertolak ansur..

    dalam percintaan, kita boleh menggedik sebab pada pendapat i.. gedik tu tanda manja..

    tapi jangan over gedik pulak.. sebab nnt boleh buat menyampah pulak.. huhuhuhu

    btw... i miss you so much baby

    ReplyDelete
  9. samalah rina pon. jao jugak :)

    ragu tu meamang kadang3 tu ade la jugak, tapi pandai3 la calmkan balek

    ReplyDelete
  10. alolololololo... shomel nyeee..

    tampo kang.. hahah..

    semoge berbahagia lesbo ku... hehe

    ReplyDelete
  11. moga kekal k..

    betul tu.. kena percaya..

    ReplyDelete
  12. miahahahaha!!! segan dodol... btau kat blog.. aku tak ley btau kat blog, satu family baca blog aku kot.. hadeiii, silent reader terhormat adalah akak2 aku T___T

    ReplyDelete
  13. waw, romantik ily too. "setia la" ayt tu jgn ragu2...dmg bahgia selalu madah cinta

    ReplyDelete
  14. salam...

    rasanya pernah singgah sini sblm ni, so singgah lg kali ni :-)

    pasal LDR ni, tertanya2 jugak saya-selama mana blh bertahan? a few years ker?? saya pernah ada pnglmn selama 4 thn LDR ni sblm clash.. sejak tu, saya dah tak brapa yakin dgn kejayaan hubungan mcm ni will last longer/forever..

    bg saya, lebih prefer hubungan jarak dekat..bukan maksudnya nak tgk tiap2 hari, kita pun ada jugak komitmen pada kerja, dll. sblm ikat hubungan (kawin)...tp ni berkenaan soal hati, bila dekat, tak la rasa berjauhan sgt..kalo ada apa2 kemusykilan berkaitan dgn family, blh la mintak tolong apa2 yg patut..bila nak jumpa lepas2 rindu pun senang sikit :-D

    kalo duk jauh2, mmg mcm2 dugaan akan dtg. yg pmpuan, akan ada laki lain duk usha2..or vice versa..

    ReplyDelete
  15. long distance ok!
    like die jauh nun di jordan :P

    ReplyDelete
  16. ha!dengar tu ery.jangan over gedik.cuba jadi sopan santun macam aku neh.hahahaha.

    ReplyDelete
  17. hahahaha
    ery2
    jiwang karat gituu

    joegrimjow malas nak log in

    ReplyDelete
  18. peewitt.. dalam hati ada taman tue.. hahha.. Semoga bahagia weh.. aku ingat LDR tue Lelaki Datang Risik.. hahha..

    ReplyDelete
  19. puas aku pk ape la mksd LDR tu
    hahaha

    ReplyDelete
  20. Good luck on your LDR.
    Saya baru jek gagal dlm LDR. Damn!

    ReplyDelete
  21. wah2...
    LDR memang perlukan kepercayaan dan kejujuran :)

    ReplyDelete
  22. totally agree ngan ko ery!!!
    sebab ak pun ngah LDR..
    sangat harus ade kepercayaan~~dan kejujuran~~dan faham memahami~

    ReplyDelete
  23. moga-moga berkekalan la hendaknya..nak tips LDR, mntak kat aku aje..hihi

    ReplyDelete
  24. @masturah idrus
    kejadah nak tampar aku?
    hahahaha thanx lesboku!

    ReplyDelete
  25. @Chaon Cornerz
    elelelel chaon
    mcm dalam hati ko takde taman
    ehem2
    lalalala

    ReplyDelete
  26. LDR
    ingatkan DSLR yang jenis baru tadi
    haha



    Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

    ReplyDelete
  27. ehem...
    sejak bile ko jadi dr. love nie?...
    hahahahaha

    ReplyDelete
  28. segan kau pun, tulis gak.. aku malu lah.. hehehe T____T

    ReplyDelete
  29. @Aizat Shafiq
    dr love utk diri sendiri la weh
    kalo tak, xleh survive dalam relationship
    =P

    ReplyDelete
  30. dulu yana pun ldr, kat penang dia kat selangor.. after 3 years baru jumpa.. ehehhehe..

    happy2 selalu okay???

    ReplyDelete
  31. nasib aku short distance relation.hehhe.tapi tak lama lagi akan jadi cam ko la kot...long distance..alaaa

    ReplyDelete
  32. best gak apa long distance ni. time rindu2 tu toksah ckp la :D

    ReplyDelete
  33. waaaa aku nak makwe jugak! haha

    ReplyDelete
  34. @nur hidayah isa
    hahahah
    nnt dah kawen short distance balek
    jangan risau :)

    ReplyDelete
  35. cinta jauh2 best. sebab ia buat kita bertambah rindu serindu2 yea. hakhakhak... ^^

    ReplyDelete
  36. semoga perhubungan korang ni terpelihara dari bisikan dengki dan tipu daya syaitan eh

    ReplyDelete
  37. stp kali couple mst PJJ (LDR)..yg sekarang ni harap sgt kekal..byk dugaan jauh2 ni..

    ReplyDelete