(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Sunday, October 17, 2010

Komen tentang BURIED, bukan review.

burok la kamera fon LG aku ni =.=
hye. salam Ahad.
okeh, merujuk kepada tajuk ok, just komen, bukan review. (pada hal nak tulis review tapi ayat sangat tunggang langgang, so cancel la) tapi ada la selit sikit-sikit review. kalau tak nak komen macam mana kan? haha.

camni la keadaannya
cerita ni hanya melibatkan SEORANG sahaja pelakon. errr ada la pelakon tambahan iaitu ular. kahkah. Hero dalam cerita ni Paul Conroy. heroin takde. kan dah cakap tadi seorang je pelakon? (ehh kau emo kenapa ery?) Paul ni terjaga je dari pengsan dah berada dalam keranda. jadi bayangkan la, kalau korang tidur kan, lepas tu bangun-bangun kau ada dalam keranda atau kotak yang muat-muat ko je, apa perasaan? harus lah CUAK kan? jangan menipu cakap korang rileks je.

lepas tu, dengan berbekalkan lighter , handphone je. handphone tu memang diberi kepada dia. hah, sape beri? orang Iraq yang mencampakkan Paul ke dalam keranda tu la. okay, sebab apa dia ditangkap dan dicampak ke dalam keranda tu? sebab orang Iraq menyangka dia dan rakan kerja yang lain adalah askar dari Amerika. padahal hero dan rakan-rakan lain cuma bekerja bahagian pembinaan di sana as a lorry driver. hero diugut oleh orang Iraq untuk memberi wang tebusan kepada orang Iraq dengan cara membuat video tebusan.

tapi sebelum hero buat video, dah ramai orang dia call untuk bantuan di Amerika. mula-mula hero sangat berharap ada orang boleh selamatkan dia. dan bila pihak dari Amerika (aku tak ingat dari jabatan mana), memberi harapan pada dia, konon-konon dia boleh diselamatkan dengan memberi contoh Mark White antara yang pernah terselamat yang pernah mengalami kes seperti Paul. ya, lepas tu dia terus jadi berharap kan? kalau kita pun macam tu kan?

tapi cuba punya cuba, Paul mendapat panggilan dari majikan dia, majikan dia dah tak bertanggungjawab lagi sebab pada pagi dia ditanam tu dia dah dipecat kerana mempunyai masalah di tempat kerja. ok, separuh harapan hancur. kiranya dia takkan dapat duit insurans lah dari majikan dia. tapi yang mahu menyelamatkan Paul adalah dari pihak lain. pihak lain tu masih mencuba untuk trace di mana dia.

mereka dah beria mencari mana Paul ditimbus di mana. pada masa ni, keadaan Paul dah sangat teruk, sebab keranda dia dah nak dipenuhi pasir dan akan lemas dalam tu. kira kena cepat la. tapi tiba-tiba Paul diberitahu oleh pihak itu, mereka secara tak sengaja menjumpai Mark White (kiranya apa yg diberitahu psl Mark White tu tipu je). ending dia? TEKA la. hahaha. tak thrill la bagitau semua. 
Rate cerita ni aku bagi 4 from 5 Stars. cerita ni memang akan menguji psycho kau. bayangkan lah, 1 jam 40 minit cerita pasal macam mana dia nak survive je tapi kau tak rasa bosan sebab korang akan terbayang macam mana kalau korang yang dalam tu. cerita yang hanya bermain dengan perasaan dan lakonan hero memang menjadi. tapi kau akan sedikit tension lepas tengok cerita ni, macam aku dan Achu mengalaminya. hahahaha. 

sekian.


panjang gile ok?
ni komen ke review?
hakhak. kau gile, ery.
nak jumpe Ajwin nanti ;)

41 comments:

  1. Hak3... Best r citer ni... 1 Jam 40 Minit, sanggup ke ku tahan tgk kisah seorang lelaki yg mau lepaskan diri dri keranda?... Nak tgk kat wayang tp xde wayang lak kat K.Terengganu... Terpaksa tunggu kuar kat ASTRO (HBO)...

    ReplyDelete
  2. suke thriller. tapi kat egypt kompom tak de so tunggu online la :)

    ReplyDelete
  3. ceh.. kalau aku rileks je.. hahaha.. serius x tipu! :P

    ReplyDelete
  4. hoh! mesti stress kalau aku tgok cter ni...siap nk bygkan kalau aku yg kena timbus dlm keranda...walaowehh...aku dh mengucap awal2 la kot..

    Berjumpa Dengan Blogger-Blogger Hebat di Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting

    ReplyDelete
  5. cerita lama. x guna bnyk pelakon :P

    ReplyDelete
  6. nebes weyh tunggu ending td,ceys,takde rupenye..argghh!!
    *geram sat gan ery*

    ReplyDelete
  7. ery, baca komen ni pun rasa macam sesak nafas, mmg tension la kiranya.. heheheh

    ReplyDelete
  8. ni komen ke review?..prefer dipanggil sbg komplen..ahaks..

    sbb star dia agak tinggi..nnti JT nak terjah cite ni..thanks for the movie complain ni ek. ngehh.

    ReplyDelete
  9. aie x tgk cite camne. takut.ahahahahaa

    ReplyDelete
  10. 4/5?
    ok la tu...
    kene tengok jugak ni...
    hehehehe...
    tak sangka ni pun boleh dikatakan review tau....
    bagus2...=)

    ReplyDelete
  11. Aku baru lepas tengok ptg td.. BEst walaupun cite plg jimat kos aku penah tgk.. sorg jek pelakon.. hahaha....

    ReplyDelete
  12. pehhhhhhhhhh.. macam wajib tonton je ni weh..

    ReplyDelete
  13. siot ah nak teka teka.penat aku bace

    ReplyDelete
  14. tak tgk lagi citer ni tapi dengar cite mmg org ramai ckp best..
    hohoho

    ReplyDelete
  15. baru je pas tgk charlie st. cloud. hensem siot

    ReplyDelete
  16. confirm tak best citer ni...
    hahahaha... XD

    ReplyDelete
  17. cam menarik!hehehe
    tp srg jek pelakonye yea~
    xde heroin xbest laa.=P

    ReplyDelete
  18. ok this is the 1st good comment review out of the 3 blogs that i've read :)

    ReplyDelete
  19. @darkbatman
    hoh? takot?

    adoii aie buat lawak

    wahahahah

    ReplyDelete
  20. oooowh...cam berat je cite nih..seb bek tak jadi tgk..

    kesimpulan: tgklah cerita katun yg comel tuh..sammy n shelly...hee

    ReplyDelete
  21. lsat2 dia mati. membazir je tunggu sejam pat ploh minit nak tunggu dier mati. baik dier mati je daripada awal. kan lagi senang. tak rugi seploh hinggit aku.

    eh.camtu ke ending die? :P

    ReplyDelete
  22. Kalau dia tinggalkan iphone atau galaxy s best jugak

    ReplyDelete