(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Monday, January 31, 2011

Mandi manda beramai-ramai.

Hyeeeeee. Salam Isnin.
Tajuk ni macam lucah plak. Mandi pun nak beramai-ramai. Mandi sorang-sorang dah ler. Haha. Semalam satu hari sejuk. Mana taknya, masa menaip entry ni pukul 4.30am, hujan tak reda lagi. Phewww. Tak mandi pun sejuk jugak. Ehh, kantoi pulak. Lalalalala ;)) 

Actually, ni cerita lebih seminggu yang lepas. Hahaha :)) Masa cuti Thaiphusam. Sekarang dah nak raya Cina baru nak cerita kan? Kui kui. Yang sebenarnya, aku terlupa pasal cerita ni tapi tadi tiba-tiba teringat. Apa mimpi entah? Eh, mimpi apa tidur pun tak lagi :| Cuti Thaiphusam hari tu, aku dan beberapa bloggers lain pergi bermandi-manda bersama-sama di Sungai Congkak. Bersama-sama gitew, baru lah beramas mesra. Kui kui. Gerak pukul 10am dengan Cik Helena tapi sesat punya pasal, 12 tengah hari baru sampai Sungai Congkak. Padahal bukan jauh mana Sungai Congkak tu dengan Sri Kembangan. Hahaha ~x( 
5 orang tengah berendam, Hamzah + Shara gi melantak habiskan makanan :P
Yang nampak badan dari kiri : Linda, Cik Helena, Andy.
Yang nampak kepala je : Emi dan Aku. Hahaha (macam kura-kura bak kata Hamzah)
Lepas aku, Emi, Linda naik. Dua orang ni dok dating lagi. Andy dah sejuk gila, tu la cikhel tamo hug. Kuikui.


Kitorang berendam dari pukul 12 tengah hari sampai 5 petang kot. Ada lah naik kejap-kejap nak makan, gosip-gosip. Yang beria berendam dari awal sampai akhir aku dengan Emi je. Lain semua duduk atas batu, Cik Helena dah last-last baru nak berendam. Hek hek. Aku berendam pun berpaut pada batu, takut hanyut macam lagu Faizal Tahir tu. Kui kui. Diorang tak habis-habis buli aku. Tarik kaki aku lah. Grrrr ! Nasib tak tenggelam taw !

Ok semua dah naik. Masa ni proses keringkan baju. Haha.
Beza gambar atas dan bawah ; Andy dah bertukar menjadi Shara. Kui kui.
Baju aku besar kan? Selamat dari kelihatan sexy :P
Lepas dah kering baju, dan salin baju, maka kami pun berangkat pulang. Takde lepak-lepak pun, sebab Emi balik kampung lepas tu. Cik Helena pun kata tak leh lama-lama. Balik tak sesat. Hehehe :D 

Fariq soh aku buang, tapi aku taknak. Blur kan je boleh? Haha. Ce teka gambar apa? :P






gambar semua kredit to Shara.
seronok dapat mandi sungai,
dah lama gila tak pergi sungai, bertahun !

Maher Zain - Insya Allah (Malay Version).

Hyeeeeeeee. Salam Isnin.
Mesti ramai kan yang suka lagu Maher Zain - Insya Allah ni kan? Dulu, wartawan pernah tanya kat dia, bila nak buat dalam Malay pulak? Dia kata, Insya Allah akan buat. Tertunggu-tunggu jugak aku. Dan, 29hb Januari 2011, sudah upload kat Youtube, Malay version. Yeahh. Jom layan ;) 

Lirik :

Andainya..
Kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram,bagai malam yang gelap
tiada bantuan,tiada tujuan

Janganlah berputus asa..
Kerana Allah bersamamu..

[chorus]

InsyaAllah… InsyaAllah…
InsyaAllah… Ada Jalannya… 

Andainya..
Kesalmu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Tika keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu

Janganlah berputus asa…
Kerana Allah bersamamu…

[chorus]

Kembalilah….
Kepada yang esa
Yakin padanya,panjatkanlah doa..
OOoo~ Ya Allah…
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar..
Jalan yang benar…Jalan yang benar..
Jalan yang benar…

[chorus]
Nice job Maher Zain. Lagu Insya Allah ni dah pelbagai version kan? Beliau memang terbaik! ;) Yang bestnya, pronounciation (wey betul ke eja ni? Belit belit nak eja) dia terbaik lah. Takde lah pelat sangat. Suka suka! :)


gaya, mutu, keunggulan.
aku rasa blog aku dah takde gaya, mutu dan keunggulan =___= 

Saturday, January 29, 2011

Penjelajahan Secara Solo.

Hyeeeeee. Salam Sabtu.
Cisss, tajuk macam gempak habis kan? Korang percaya tak? Please lah percaya ! Dah berturut entry pasal event MiG dan artis, jadi stop kejap. Aku tahu, korang mesti muak. Tak pun jeles. Kui kui. So kali ni aku menjelajah ke mana secara solo ni? Ke ... K.L a.k.a Kuala Lumpur.

Haha KL je kot. Kecoh la kau Ery. Maklum la, aku kan jarang driving :P Nak dijadikan cerita, Isnin lepas aku gi kelas secara driving. Masa ni lah aku dengar Hot Topic Hot FM : Blogger 1 Juta, dan aku dengar lah si Akmal ni dapat call dari Hot FM. Habis kelas pukul 11 pagi, aku pergi Kajang, ambil IC baru. Nak tengok ke? Tak payah lah. Biasa lah IC, mesti gambar skema. Keh keh. Lepas tu, ingat nak balik rumah. Tapi tiba-tiba teringat! Tiket TGV yang Nuffnang bagi kena ambil dalam bulan ni jugak (Januari).

Tiket tu dipass oleh Fazliatul (rakan Twitter) sebab dia berada jauh dari KL dan tak boleh nak ambil tiket tu. Dapat 4 pass TGV, boleh tengok apa jugak cerita asalkan kat TGV. Dan last date adalah 15 February. Sebelum tu aku ada juga Google Maps kat mana office Nuffnang tu. So, aku ingat lah beberapa nama jalan kat KL sana. Pernah sekali je pergi office Nuffnang, dengan Che Arm dulu, tapi aku sebagai penumpang, tak peka terhadap jalan-jalan. Ngeh ngeh.
Google je. Takde masa nak capture gambar lepas sesat >__<
Tapi aku pergi sana memang gamble ok! Berani kan aku? >___< Aku dengan tak pernah gi KL sendiri, nak keluar highway pun aku ikut signboard je. Dan harus lah sesat. Kui kui. Macam dah nak patah semangat, aku naik highway semula. Kalau tak jumpa gak signboard, memang aku balik. Tapi Alhamdulillah, aku jumpa terus signboard ke Jalan Yap Ah Shak (office Nuffnang kat jalan ni). Sejam juga aku nak sampai, dengan kelajuan agak minima sebab tak confident dengan jalan, dan juga jem sebab masa tu lunch hour. Dan dapat lah 4 tiket tu! 
2 aku bagi Eliane, sebab dia dah pass 2 premiere screening kat aku :D
Malam tu pula aku ke MidValley, layan movie The Green Hornet, premiere screening. Err tapi kali ni tak drive la, sebab lepas movie terus balik kolej. Heeeeee :D Pergi tengok dengan kawan lama aku. Movie ni memang aku suggest untuk korang tonton! Best sangat-sangat ! Memang aku bagi FULL STARS. Lawak dia sengal-sengal. Keh keh keh aku dengan kawan aku gelak. Err tapi bukan kitorang je gelak, 1 hall la gelak. Review? Lain kali lah. Kikikikiki ;)) 


seronok betul tengok wayang free ni :D


Friday, January 28, 2011

[Gambar] Artis yang Hadir Malam Penghargaan & Penyampaian Bonus MiG.

Hyeeeeee. Salam Jumaat.
Semalam aku cerita pasal Shaheizy Sam je, sebab dia yang mendapat bonus paling besar malam tu. So special sikit. Lagi pulak, aku tahu ramai peminat Shaheizy Sam kat luar sana. So tak salah kan sharing sharing? Sharing is Caring. Kui kui kui. Sekarang, korang boleh cuci mata tengok artis yang hadir. Ni mungkin bukan semua, mungkin sebahagian je. 

Artis Berkumpul. 
Lisa Surihani.
Angah Raja Lawak.
Fida, pelakon Epilog Syurga Cinta.
Farid Kamil.
Shaheizy Sam.
Intan Ladyana.
Along Raja Lawak.
Marsha. 
Mia Sara Nasuha.
Heliza Helmi.
Azad Jasmin.
Fizo Omar.
Putri Mardiana.
Yana Samsudin.
Chloe Nicole (Sara dalam Adamaya).
Amy Mastura, kanan Eryyna (pelakon Damping Malam)
Bf aku. eh salah! Aeril Zafril (pelakon Aku Tak Bodoh)
Gambar ni special sikit. Kui kui.
Ramai lagi sebenarnya ! Tapi, tak banyak gambar solo. Banyak gambar dengan orang lain. Nora Danish, Diana Amir, Lan Pet-pet dan ramai lagi lah ! Gambar-gambar ni aku kutip dari pelbagai kamera. Yang mana ada watermark tu, korang tahu lah dari siapa kan. Aku mintak izin untuk share dekat sini ye. (Dah share baru mintak izin :P ) 

Memang ramai sangat artis malam tu. Kalau nak tangkap gambar semua artis, memang tak terkejar hoi ! Ini adalah pengalaman pertama buat semua bloggers yang join malam tu. Kami bertindak sebagai media, menyebarkan event mereka. Nak gosip-gosip artis pun boleh. Kuikui. Dan malam tu juga dipenuhi wartawan-wartawan. Tunggu je lah rancangan Fuhhh! , Melodi, or Galaksi nanti. Confirm ada pasal event ni ! Korang boleh terjah blog-blog di bawah, untuk mengetahui lagi update tentang majlis ni : 


13) Akmal Hilmi : http://akmalhilmi.com/
14) wakil Redmummy, suami RM, Red Daddy (RD). (ada lagi yang miss tak?)



p/s : Untuk mengetahui bonus yang diberikan kepada Staff dan Artis MiG, boleh terjah [SINI].


lupa amik gambar dgn Kak Lily.
dia yang tolong adjust ni =____=

Thursday, January 27, 2011

Majlis Penganugerahan MiG dan Shaheizy Sam.

Hyeeeeee. Salam Khamis.
Baru nak semangat update kan lepas dah jumpa artis-artis MiG semalam? :P Tapi ini bukan cerita keseluruhan majlis malam semalam sebab masih menunggu beberapa gambar dari bloggers yang lain dan juga aku sampai agak lambat dan dah banyak miss T________T Ini cerita tentang Shaheizy Sam

taktau apesal ada jarak tu ! adoii. 
dress tu kakak aku punya :D
Lepas ambil gambar dengan Sam ni, aku cerita sikit pasal Twitter. Dia sangat sempoi okay. Siap boleh buat perangai gedik, lepas tu dia pi tumbuk nyah dekat aku. Tumbuk nyah tu maksudnya tumbuk slow, main-main ler. Keh keh getik jugak Sam ni. Lepas tu dia hulur salam kat aku. Uik uik, jangan jeles korang. Kui kui. Dah la macam comel lotte je sebab tinggi sikit je dari aku. Kih kih. Kalau dengan Tia, memang kalah la Sam ni. Haha. 

Bonus yang Sam dapat semalam adalah rumah Semi-D 2 Tingkat dan Pakej Umrah Bersama IbuBapa RM 30,000. Phewww Congratz Sam ! Baru join dah dapat rumah sebijik ! 

credit to Budiey.
Tu sahaja. Ok thanx byeeeeeeeeeee !



Dah rasa macam wartawan artis skrg :P
Ynn, jeles tak? Kui kui :P

Wednesday, January 26, 2011

Jemputan ke Dinner Metrowealth (MiG).

Hyeeeee. Salam Rabu.
Ehemmm. Lama okay tak update blog, ini pun dikira quick update lah. Malas mau menaip panjang-panjang. Sebulan lepas, aku ada kecoh-kecoh dekat Facebook dan Twitter, tentang jemputan Metrowealth ke majlis mereka. Terbuka kepada bloggers sahaja. So sesiapa yang ada Facebook aku tu mungkin perasan status aku tu. 

Jadi aku ditugaskan untuk mencari seberapa ramai bloggers dalam masa SEHARI sahaja. Macam mana aku boleh diberi tugas ni, aku rasa macam private pulak nak cerita kat blog. Sorry korangg. So dalam sehari aku dapat lah dalam 40 je senarai bloggers. Yelah, sehari je kot. Hok hok. Jadi, nak dijadikan cerita, last week, ramai bloggers dapat email jemputan ke dinner. Tapi aku tak dapat. Mula lah nak frust kan sebab aku beria organize tapi aku tak dapat emel T__________T 

Tapi, masa on the way ke Sungai Congkak Khamis lepas, aku dapat call dari orang Metrowealth. Dia minta confirmation, boleh hadir atau tidak. Aku terus "YES" kan aje. Peluang derr. Rugi tak join. Cuma yang aku tak faham, ada bloggers yang dapat, ada yang tak. Tak tau la dia pilih macam mana. Majlis dinner tu akan berlangsung malam ni, yup MALAM NI (26 Jan 2011). 

Curik dari Cik Hel sebab aku tak dapat emel kan? 
Pakaian ANGGUN ok. Aku rembat dress kakak aku. Nak tahu cemane rupa aku pakai dress tu, nanti-nanti la aku cerita. Kuikuikui. Yang penting, sangat teruja nak pergi petang ni. Tak sabar okey? :D Kepada bloggers yang dapat jemputan ni, jumpa malam ni ! Kepada artis-artis yang hadir, nantikan kehadiran kami. Keh keh, perasan je. Nak lah bergambar dengan Shaheizy Sam, wajib ni, sebab nak jeleskan Liyanaa. Kui kui. Jangan marah Ynn :P Kepada yang tak dapat jemputan ni and yang tak dapat pergi, korang jangan sedih ye. Mungkin next event pulak kan? ;) 



jenuh aku cari partner.
nasib dapat jugak last minit. huhu.

Tuesday, January 18, 2011

Perubahan di BEF.

Hyeeee. Salam Selasa.
BEF = Blog Ery Farieha 
Lamanya blog ni tak berupdate dan tak berapa nak ada visitors. Korang perasan tak beberapa perubahan kat blog ni? Kalau tak perasan tu maksudnya memang korang tak jenguk blog aku. Sob sob tacing. Kalau perasan, maksudnya korang memang pelawat setia blog ni. Muaaaakx. Keh keh.

Perubah PERTAMA :
Tagline blog. "Gadis Ganas dan Gedik". Ohhh negative sungguh tagline tu kan? Apa kata korang pandang benda negative tu sebagai benda positive? Aku ni memang selalu kena buli, tak kisah la dengan perempuan ke lelaki ke, tapi lelaki la suka buli aku. Dan bila kena buli ni, mula la aku jadi ganas, nak sepak la, tampar la. Hak hak. Tapi selalunya takde la sepak or tampar sekuat hati, aku masih menjaga adab. Keh keh (muntah) Sampai Ayie sendiri cakap macam ni depan kawan-kawan aku, "Ganas jugak awek aku ni." Hek hek.
bila google "gadis ganas", header ni yang kuar. lain semua tak sopan.
Gedik pulak lebih kepada sikap keanak-anakan aku. Masa pergi Genting hari tu, tanya lah Ayie, Kech, Chaon macam mana kebudak-budakannya aku bila nak main semua games dalam Genting tu. Menjerit tu memang yang paling kuat kot. No cover-cover la, jerit sekuat hati ! Baru puas ! Haha. Gedik dengan boifren sendiri tu takyah cerita la, semua macam tu kot. Tettttt !
google "gadis gedik", gmbr kucing ni paling sopan aku dapat.
Ganas dan Gedik aku seimbang. Aku bukan menggedik dengan lelaki lain pun. Dengan perempuan pun aku gedik, tak caya tanya Masturah Idrus. Keh keh. Blog ni pun ramai melabelkan sebagai gedik. Hok hok. Aku ngaku aku gedik, tapi bukan gedik yang over okay. ;)

Perubahan Kedua :
No more open in New Tab for every link. Sebelum ni. semua link akan open ke new tab, dan kadang-kadang agak menyemakkan orang. So, open in New Tab cuma ada dalam entry sahaja. So every link dalam entry, korang tak payah susah-susah nak right-click, terus click aje ! Okay? ;)

Perubahan Ketiga :
Comment moderation dah tak ada. Sebab apa tak ada tu sebab macam dah malas nak check comments, selalu aku approve je terus, sama jugak la macam tak yah moderate kan? Haha. Sekarang dah senang sebab spam pun ada filters sendiri, takyah susah-susah nak pilih-pilih comment.
Lagi satu pulak, sekarang aku buat embedded comments, bukan pop-up sebab korang tengok la comment aku, penat hias cantik-cantik, kalau buat pop-up mana nampak. Hak hak hak (terriak pulak) Macam mana aku highlight komen aku je jadi biru sahaja dalam ruang komen, korang boleh usha blog tutorial Kak Syima tak pun blog Liyana.

So korang suka tak perubahan baru ni? Or lebih suka yang lama? Tu sahaja, ok thanx byeeee !



kurang gedik dalam entry ni, eh apesal? >.<
Khamis cuti Thaipusam kan?
Yayyy ! 

Thursday, January 13, 2011

My 1st Premiere Screening.

Hyeeeee. Salam Khamis. 
Okay, dah kembali ke UKM. Kalau aku dok rumah, memang haram sikit nak update blog. Dapat pulak tengah-tengah bulan Wimax kat rumah aku memang slow. Mungkin jugak sebab musim hujan, lagi la slow. Dah macam Astro pulak kan? Hok hok. 

Apa yang "My 1st Time" tu? Hari Isnin lepas, 1st time aku pergi tengok movie Premiere Screening. Itu pun bukan tiket aku pada mulanya, tapi tiket kawan kolej aku, Eliane. Tapi disebabkan dia tak dapat pergi, makanya dia pass tiket tu kat aku (padahal aku yang mintak tiket tu. hi hik). Tayangan cerita apa? Cerita Faster, lakonan The Rock. Aku join jugak contest kat Nuffnang tu, tapi tak ada rezeki nak menang. Wuwuwuu~ 

Jeles tak jeles tak? Kih kih.
Premiere Screening ni lain dari Pra-Tonton. Premiere Screening kau dapat tengok wayang tu dalam 4,5 hari awal je. Tapi kalau Pra-Tonton, sebulan awal dah dapat tengok. Pra-Tonton pulak kau dapat tengok dengan artis-artis dan wartawan-wartawan. Kalau kat Malaysia, Pra-Tonton untuk cerita Melayu lah kan? Ho ho. Macam aku tengok Khurafat hari tu. Tapi dua-dua pun best, sebab dapat tengok awal dari orang lain dan paling penting FREE. Hehehe. 

Cerita Faster ni memang BEST ! Genre dia ; Action Thriller. Ada aksi bunuh-bunuh tapi tak la extreme sangat. Tapi time aku tengok cerita ni takde la macam Che Arm kata, dia sampai tersepak kerusi orang depan sebab terkejut. Tak tau la scene mana yang membuatkan dia sampai tersepak kerusi orang depan tu. Kesian orang depan tu. Keh keh. Tapi memang digalakkan untuk korang tengok cerita ni ! THUMBS UP (ala-ala DR >.< )

1st time jugak pakai biru ni. Ngeeee. Mencapub lagi, oh!
Oh, lepas tengok movie Faster ni, aku berjumpa seorang kawan yang dah sekian setahun tak jumpa ! Kitorang agak rapat satu masa dulu, sekarang suam-suam kuku je. Nak kata kitorang jauh, takde pun, aku Sri Kembangan, dia KL. Tapi mungkin sebab faktor masa tak mengizinkan kitorang untuk berjumpa. Sumpah rindu gila kat dia ;) Setahun tu wey! Jumpa sekali dengan kawan-kawan dia yang dah pernah aku jumpa, OH memang masing-masing menggamit memori lah. Lepas ni jumpa lagi ek ek? Kau bab membahan orang memang no 1. Sebab tu aku suka kau ! You know who you are ;) Eh, takde pulak gambar dia kan. Takpe, tak penting untuk korang. Hahaha. 

Ok thanx byeeee !


Dapat movie voucher, kawan pass.
Tapi kena amek kat ofis Nuff, ada sesape nak teman?
;)

Sunday, January 9, 2011

[Pengalaman] Tren KTM Banjir.

Hyeeeee. Salam Ahad.
Mata Ori (sila jangan percaya)
Awal-awal entry dah mencapub xD
Hari Sabtu lepas, aku pergi jalan-jalan shopping ke Sogo dan Jalan Masjid India dengan kawan kolej aku, Fathah dan Annis. Maklum lah, dua-dua orang tu tengah kaya. Lalalala ~ Si Annis memang awal-awal lagi dah cakap nak BORONG shawls, wow, borong tu, bukan beli lagi. Hehehe. 

Bermula lah perjalanan ke Sogo menaiki KTM. Ye, KTM je. Kereta tak ada lor. Hek hek. Masuk je coach wanita tu, tiba-tiba tengok-tengok dekat pintu tu, air air-cond dia bocor. Grrrrr ! Orang tak nak la diri tang tengah tu, sebab tak nak basah. Kau boleh bayang la kan, Sabtu, ramai orang. Then tren tu pulak bermasalah, memang menyusahkan lah. Kesian orang yang tak dapat masuk sebab air air-cond tu bocor. Aku antara yang berdiri dekat tengah tu jugak, badan tak basah lah, tapi sandal dan sipi-sipi bawah seluar tu basah dah =____= 

Siling KTM. Nampak titis-titis air tu? 
Tu masa berhenti, so air dia x tak menitis sangat. Tapi time tengah bergerak, menitis laju wey air dia. Macam air paip pun ada. Kat bawah memang basah habis dah lah. Memang macam banjir dah la, mini banjir. Heh. 

Nampak kan kilat-kilat air tu?
Aku berdiri sesak-sesak dengan orang tu, aku hampir pitam woh. Aku ni memang jenis tak tahan sangat. Kalau belum makan, lepas tu berdiri je dari stesen UKM ke KL, memang tak tahan. Aku dah pening-pening, terpaksa aku mencangkung tengah tu. Nak harap orang bagi tempat duduk memang tinggal harapan la kan? So, aku buat bodoh je cangkung tengah-tengah tu even orang tengok pelik je. Hek hek. Selalu gak aku buat cam ni, bila dah tak tahan berdiri. Sebab tu aku prefer masuk coach wanita, takde la huduh benar aku cangkung depan laki. Hahahaha. 

Annis dan Fathah. Berkenan? Maaf, dah berpunya! =P
Dah habis shopping. Penattt !
Ok thanx byeeeeeeeeee !


Lama tak shopping, penat gilaaaa !

Domain dan Hosting percuma daripada Mrnamie.com dan Weirdobytes

Hyeeee. Salam Ahad.
Tengok tajuk pun dah tahu apa kan? Haha. Boleh tahan banyak jugak contest Domain aku join ni. Tapi dari Mr. Namie dan Weirdobytes ni lain sikit, Domain + Hosting sekali. Mana lah tau kalau menang, boleh gatal-gatal try Wordpress pulak. Blogger pun aku kapai-kapai lagi ni. Tapi kalau diberi peluang try WP, nak gak try. Hihihik.

Click banner for more info !
Sekarang nak tag 3 bloggers pulak. Hadoyai, setiap kali kena tag, tak tau nak tag siapa lah. Mari tengok siapa kena. Hak hak. Nasib korang ler, nak buat atau tak, terpulang pada kerajinan dan kesungguhan korang. Keh keh. 

Hadiah yang ditawarkan Mr Namie adalah : 
Tempat pertama
(Pakej3) domain dan hosting tajaan Weirdobytes
2Gb webspace
20Gb bandwidth
Unlimited addon domains
Pengiklanan secara percuma di mrnamie.com dan semuabest.com selama 1 bulan
kesemuanya bernilai RM115
Tempat ke-2
(Pakej2) domain dan hosting tajaan Weirdobytes
500mb webspace
5Gb bandwidth/month
unlimited addon domains
Pengiklanan percuma di mrnamie.com selama 1 bulan
kesemuanya bernilai RM85
Tempat ke-3
(Pakej1) domain dan hosting tajaan Weirdobytes
200mb webspace
2Gb bandwidth/month
unlimited addon domains
kesemuanya bernilai RM55
Masyuk kan? Domain + Hosting semua tajaan Weirdobytes. Tapi Mr Namie, aku confuse sikit, ni dikira GiveAway ke Contest? Sebab ada ayat dalam entry macam ni, "Pemenang akan dipilih melalui entry yang paling kreatif dan menarik." Haha, kalau giveaway aku memang laju je join, tapi bila part-part kreatif, memang aku tak ada bakat. Sebab tu tak pernah menang apa-apa contest yang berkaitan kreativiti T________T 

Ok thanx byeeeeeee! 




main redah aje join. heh.   

Finalis Anugerah Juara Lagu ke-25 | Faizal Tahir Juara!

Hyeeee. Salam Ahad.
Tajuk agak confident kan? Haha. Masuk hari Ahad dah, hari yang agak ditunggu-tunggu oleh aku. Sebab apa? Sebab malam nanti ada Anugerah Juara Lagu. Hahahaha. Sebab apa aku semangat sangat? Sebab ada FAIZAL TAHIR lor ! Ramai tahu yang aku ni agak gilakan Faizal Tahir. Keh keh, tapi FT gilakan aku tu aku tak pasti la. Haha. 

Ni masa AJL tahun lepas KOT? 
Lagu "Sampai Syurga", menang Persembahan Terbaik, kan?
Tahun ni Faizal Tahir bertanding 2 lagu : Selamat Malam dan Hanyut. Dua-dua best ! Okay, kalau dah gila FT tu kan, apa pun best, kan? Hak hak. Dalam pada aku gila-gilakan FT ni, berlambak jugak yang sangat-sangat tak suka dia. Macam-macam reason lah kenapa diorang tak suka, tapi tak pe lah kan? Lain orang lain selera kan? Selera? Lain macam bunyinya. Keh keh. 

Saingan agak sengit lah AJL kali ni. Ramai yang terbaik woh, tapi FT tetap terbaik pada aku ! Tak boleh dinafikan lagi. Hak hak. List finalis ni aku dapat dari blog Budiey ; 

Senarai Penuh Finalis AJL25:
  1. Hanyut – Audi Mok/Faizal Tahir/Faizal Tahir
  2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Shahir AF8
  3. Noktah Cinta – Ajai/Sheikh Qalam/Hafiz AF7
  4. Drama King – Taja/Teja/Meet Uncle Hussain
  5. Ku Ada Kamu – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Adira AF8
  6. Cinta Sempurna – Yuna
  7. Pelita – Loque/Loque/A.P.I
  8. Berlari – Shazzy Ishak/Tomok
  9. Sofea Jane – Iswandy/Sham/Black Mentor
  10. Mencari Konklusi – Noh/Noh/Hujan
  11. Selamat Malam – Audi Mok/Faizal Tahir
  12. Ekstravaganza – Sam/Bunkface
  13. Jahat – Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Stacy
  14. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
Banyak jugak lagu aku suka ni, macam Yuna, Shahir, A.P.I, Ana Raffali, MUH Ft Black. Fuhhh, memang sengit kan? Tapi aku tetap berharap lagu Faizal Tahir menang. Hehehehe (macam over lak aku ni) So korang sokong siapa? Boleh la share ;)

Ok thanx byeeeee !
*update : Kalau tak dapat tengok kat Bukit Jalil, tengok kat TV3. Kalau tak dapat tengok kat TV3, tengok kat Web AJL. Kalau tak dapat tengok jugak, dengar je lah kat radio Hot FM. Hehe 



harap-harap dapat tengok wayang free ;)

Saturday, January 8, 2011

Saya Tak Suka Blog Awak. Huh !

Hyeee. Salam Sabtu.
Fuhh, laju pulak kan update? Entry ni lebih kurang macam entry kesinambungan dari Blog Ayie. Tajuk : Saya tak suka blog awak. Tajuk entry aku pun lebih kurang je, tambah "Huh !" je kat belakang. Keh keh. Topik yang agak menarik jugak kot. Saja nak bagi pendapat sendiri. Tertarik dengan satu ayat,
Mengikut pandangan Ben, kalau seseorang itu tak sukakan blognya itu, itu menunjukkan seseorang itu sama sahaja seperti tidak suka seseorang itu.
Sape Ben tu? Alaaa takkan tak kenal, Ben Ashaari? Pemes tuuuuuuu. Sebab apa pemes tu, baik korang terjah sendiri blog dia. Keh keh. Korang setuju dengan ayat tu? Aku TAK. Err, abang Ben jangan serang saya pulak sebab tak setuju. Hak hak. Aku siap komen macam ni lagi kat blog Ayie, 
i tak suka blog u, tp cemane i leh suka u? >.<
Err, agak terkantoi di situ. Hihihi. Masa awal-awal kenal Ayie, memang aku jujur cakap kat dia, aku tak suka blog dia. Kah kah. Memang saja nak cari pasal kan?  Tapi, dia kata tak ambil hati pun sebab dia pun kata tak suka blog aku. Elelelelele, pada hal suka, tapi saja nak cakap tak suka kan kan kan? Hak hak hak! 


Pada aku, cara penulisan seseorang dalam blog dengan realiti dia selalunya TOTALLY DIFFERENT. Macam korang baca blog Ayie ni, bahasa skema je kan? Macam blog Azizan Kadir gak, bahasa skema je. Korang agak diorang kat luar skema macam tu jugak ke? TAK LANGSUNG okay? Haha. Diorang dua ni la blogger kepala paling GILA pernah aku jumpa, sirius ! Hik hik. (serius tapi gelak, ceit!) Contoh lain pulak, tengok blog yang ramah mesra, gila-gila, kelakar tapi bila jumpa tuan blog kat luar, ehhh tak pulak macam tu? Pendiam je, tak lawak pun (rasa macam terkena kat batang hidung penyek ni sendiri). Korang setuju tak? 

Sebab tu la aku tak setuju statement atas tu. Bila tak suka blog tu, tak semestinya tak suka tuan blog tu. Bila suka tuan blog, tak semestinya suka blog tu. Bila suka blog tu, tak semestinya suka tuan blog. Bila tak suka tuan blog, tak semestinya tak suka blog. (ok pening tak? haha) Tapi selalunya, bila suka tuan blog, automatik TERsuka blog tu sebab bila nak jadi stalker terhebat, apa orang tu buat, tau dari blog lah kan? Macam aku tak suka blog Ayie ni pun, aku masuk jugak, drop komen sebagai tanda aku support dia blogging. Keh keh. Dia pun macam tu jugak, tapi bukan every entry nak komen. Hahak. 

Tapi memang ada jugak blog yang aku tak suka blog dan tuan blog dia sekali. Siapa? Biarlah rahsia. Gila kau nak mention kat sini? Silap-silap kena serang, sebab orang tu pemes. Kih kih kih. Orang pemes selalu ramai orang back-up kan? So, diam-diam sudah. Keh keh. Pengecut macam tu ler >_______< 

Ok thanx byeeeeee!


korang agak tuan blog Ery Farieha ni macam mana? hahak!

nak teman kawan shopping kat jalan TAR.
teman je? >___<

Friday, January 7, 2011

Siapa gemarkan contact lens?

Hyeeee. Salam Jumaat.
Okay, ni iklan je. Nak iklan blogshop aku ni hah. Untuk Batch 1, order dah dihantar, cuma lens nya belum dapat. Hujung bulan ni dapatlah insyaAllah, bawak bersabar ye pelanggan-pelanggan yang dihormati. Hehe. Dah diberitahu awal-awal pun dalam T & C, lens sebulan akan sampai. 

Sekarang nak iklan new lens yang dah masuk stock. Tapi macam biasa lah, semua PRE-ORDER. Barbie Bubble Lens, kalau kata "Barbie", diameter lens mesti besar, so yang ini 15.0mm. Hah, boolat la mata korang macam Barbie tu kan? Comel kan? ;) 

BLUE
Tu contoh yang warna Biru. Comel kan kan? Model pun memang comel pulak. Hoho. Memang lens tu nampak macam Bubbles. Selain biru, ada warna lain lagi. Warna-warna biasalah, Grey, Green, Brown, Violet dan Pink [boleh terjah SINI]. 

Ok tu je. Ok thanx byeeeee!


macam semakin slow.
tak rajin promo =.=

Thursday, January 6, 2011

No More 'P'.

Hyeeee. Salam Khamis.
Kikikikiki, topik bunyi agak kerek kan? Alaaa saje nak kerek sekali-sekala. Kehkeh. Sepanjang 2 hari kat rumah, aku sibuk settlekan IC dengan Lesen aku. IC tu aku tukar sebab nak tukar alamat rumah. Tukar alamat sebab rumah yang kami menetap sekarang baru lah rumah tetap kami. Ehh ayat putar-putar sih. Before this kami banyak dok Quarters sebab abah aku bekas cikgu.

Lesen pulak tukar sebab dah naik taraf ke lesen penuh. Yayy, tiada lagi 'P'. Haha. Pengalaman betul lah kat JPJ, tunggu turn nombor 2 JAM, urusannya tak sampai 2 Minit kot. T___T Aku ni dah la jenis susah dok diam. Memang tak senang duduk la 2 jam tu. Grrrr! Agak lambat aku habis P sebab aku ambil lesen lambat, lepas matrik. Lepas tu yang pertama kali fail pulak. Kehkeh. Tak mencabar lah tak fail. Wakakaka (ayat cover je)

JPN di Putrajaya. 1st time masuk, cantek weh!! o.O
IC baru lagi 3 minggu nak siap. Grrr lamanya. Dekat slip tulis 10 hari je. Huh. Teringat dialog abang kacak yang jadi cameraman tu.
Abang JPN : Lahir dekat Perak ek? (sah-sah lah dia boleh tau sebab nombor tengah IC aku 08) 
Aku : Haah.
Abang JPN : Perak area mana?
Aku : Ipoh.
Abang JPN : Area cina eh?
Aku : Aaaa lebih kurang lah. (Ipoh memang ramai cina pun)
Abang JPN : Patut lah muka macam cina. (sambil senyum-senyum)
Aku : Huh? o___O Ekekekeke. (gelak aje lah. haha)
Cina? Tak sepet pun. (arghh jerawat !)

Macam Cina? Tang mana entah. Haha. Cehhh abang kacak ni, saja je cari modal nak ngorat I tau. Ekekekeke, perasan lah kau Ery. Gambar yang diambil untuk IC tu aku tengok muka berkilat-kilat seh. Tapi nanti dah print kat kad tak berkilat-kilat kot. Haha. Yeah, tak sabar tunggu IC baru, nak ganti IC sekarang yang muka memang sememeh skema gila nak mampus. Hahahaha. 

Gambar dikaburkan atas sebab keselamatan. haha
Yeahh, itu dia lesen baru aku, yang bawah. Takde logo merah 'P' dah. Hahaha walhal, berapa kali je la aku bawak kereta masa P tu. Tapi Auto je aku confident bawak, manual memang tak lah. Kat rumah aku tak ada kereta manual pon. Hek hek. Motor? Hah, aku ambil lesen motor sekali, tapi motor lagi lah lama aku tak bawak. Cuak sikit lah kalau motor ni, tak berani macam Innz. Ngeeeeee. 

Sekian dari Miss Ery. Ok thanx byeeeee!



bila la nak ada kereta sendiri ek?
>___<

Tuesday, January 4, 2011

Mini Gath @ Midvalley | Muhasabah Diri.

Hyeeee! Salam Selasa.
Entry pertama dalam tahun 2011. Hehe. Jumaat lepas, Joe ada organize mini gath kat Midvalley. Memang last minit gila mini gath ni, one day before that, means hari Khamis, baru Joe ajak and buat entry. Lepas tu ramai lah yang frust kan sebab tak dapat join. Salahkan Joe. Keh keh. Tapi betul lah kan, kata pun "mini", so kalau ajak awal-awal tak la jadi "mini", jadi "big" nanti. Hehe. Mula-mula tak plan nak pergi pun, tapi pagi tu tiba-tiba rasa nak pergi. Tapi pergi belah pagi je lah, sebab petang ada hal. Pagi tu pergi Midvalley dengan Joe naik Joana dia taw. U olls jangan jeles ok? Ahaks! >___< 

Pagi tu berapa kerat je ada pun. Main bowling dengan Joe, Kak Haniz dan anak-anak. Tu je. Ila ada jugak pagi tu tapi tak main. Sebenarnya sebelum pergi tu, aku semalaman tak tidur, tapi gatal nak bowling jugak. Hasilnya? Memang Top Scorer dari bawah, kalah dengan anak Kak Haniz. Kah kah. Maluu sey. Lepas dah bowling, datang lah si Azrul, Mili, Munsyi, Arina dan Izma (eh Izma eh nama? Sorry kalau salah) Lepas tu bergambar sikit-sikit, terus balik. 

Bersama Mili. haha comel kan dia? ;) Ni betol cam kembar sebab tema warna sama. Haha [Credit to Mili]
Gadis yang hadir pada sesi pagi. [Credit to Mili]
Dari kiri : aku, Mili, Arina, Izma, Ila & Kak Haniz.
******************************************************************************
Kisah Muhasabah Diri. Lately, aku sedar satu perubahan pada diri aku. Perubahan ke arah tidak baik. Dulu, aku ni jenis kalau orang bergosip ke apa, aku just dengar dan angguk je. Tak ada la nak join sekaki bergosip atau kata lain, mengumpat. Tapi sekarang, Astaghfirullah, memang aku terjebak sama dengan perbuatan mengumpat ni T_____T 

Tadi, aku macam tiba-tiba muhasabah diri dan insaf lepas gosip-gosip pasal seseorang ni. Bila fikir, apesal la aku dok beria mengumpat dia, padahal dia langsung tak buat apa dengan aku. Kacau orang lain pun tak. Dapat pulak yang diumpat tu, orang kita kenal atau senang kata, kawan sendiri walaupun tak la rapat mana. Tak rasa guilty ke? T___T Aku ada tweet macam ni tadi, 
kalo kita buat benda tu tp dok ngata org, mmg hipokrit lah. kalo x buat pun, x mustahil kita akan buat sbb asyik mengata org.
Aku cakap dari pengalaman. Bila kau dok mengata orang, 1 day tak mustahil kalau kau buat apa yang kau umpatkan tu. Walaupun pada masa tu kau tak buat, tapi masa depan lain ceritanya. Dulu, ada orang beria mengata pasal aku, tapi dah lama-lama, aku tengok, dia buat apa yang dia umpatkan, malah lagi teruk.  

Satu kita mengata orang, 10 kena dekat kita balik. "What goes around comes around", memang berguna lah lagu Justin Timberlake ni. Siapa nak kena ngumpat? Tak nak kan? Walaupun kita kata mulut orang kita tak boleh tutup, tapi sedaya upaya lah mengelak dari diumpat dan mengumpat. Dan memang tak ada manusia perfect dan kita bukan favourite semua orang, nak dipuji-puji selalu. 

Konon kau kata, dia ngumpat aku, aku dapat pahala. Lepas tu, kau pulak ngumpat orang, hilang balik dah pahala tadi. Tak nak la macam tu kan? Jadi, diamkan aje. Kalau betul orang tu buat salah, tegurlah kalau berani. Kalau tak, berkata lah dalam hati atau berdoa semoga dia berubah. Ni untuk sesi muhasabah semua orang, bukan aku je. Manusia tak lepas dari melakukan kesilapan kan? Ucap Astaghfirullah al-Azim kalau kita terbuat dosa dengan Allah. 

Sekian dari aku. Ok thanx byeeeee ! (lama tak buat entry serius okay. keh keh)


kat rumah sekarang.
Selasa, Rabu takde kelas.
jangan jeles ;)