(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Saturday, January 29, 2011

Penjelajahan Secara Solo.

Hyeeeeee. Salam Sabtu.
Cisss, tajuk macam gempak habis kan? Korang percaya tak? Please lah percaya ! Dah berturut entry pasal event MiG dan artis, jadi stop kejap. Aku tahu, korang mesti muak. Tak pun jeles. Kui kui. So kali ni aku menjelajah ke mana secara solo ni? Ke ... K.L a.k.a Kuala Lumpur.

Haha KL je kot. Kecoh la kau Ery. Maklum la, aku kan jarang driving :P Nak dijadikan cerita, Isnin lepas aku gi kelas secara driving. Masa ni lah aku dengar Hot Topic Hot FM : Blogger 1 Juta, dan aku dengar lah si Akmal ni dapat call dari Hot FM. Habis kelas pukul 11 pagi, aku pergi Kajang, ambil IC baru. Nak tengok ke? Tak payah lah. Biasa lah IC, mesti gambar skema. Keh keh. Lepas tu, ingat nak balik rumah. Tapi tiba-tiba teringat! Tiket TGV yang Nuffnang bagi kena ambil dalam bulan ni jugak (Januari).

Tiket tu dipass oleh Fazliatul (rakan Twitter) sebab dia berada jauh dari KL dan tak boleh nak ambil tiket tu. Dapat 4 pass TGV, boleh tengok apa jugak cerita asalkan kat TGV. Dan last date adalah 15 February. Sebelum tu aku ada juga Google Maps kat mana office Nuffnang tu. So, aku ingat lah beberapa nama jalan kat KL sana. Pernah sekali je pergi office Nuffnang, dengan Che Arm dulu, tapi aku sebagai penumpang, tak peka terhadap jalan-jalan. Ngeh ngeh.
Google je. Takde masa nak capture gambar lepas sesat >__<
Tapi aku pergi sana memang gamble ok! Berani kan aku? >___< Aku dengan tak pernah gi KL sendiri, nak keluar highway pun aku ikut signboard je. Dan harus lah sesat. Kui kui. Macam dah nak patah semangat, aku naik highway semula. Kalau tak jumpa gak signboard, memang aku balik. Tapi Alhamdulillah, aku jumpa terus signboard ke Jalan Yap Ah Shak (office Nuffnang kat jalan ni). Sejam juga aku nak sampai, dengan kelajuan agak minima sebab tak confident dengan jalan, dan juga jem sebab masa tu lunch hour. Dan dapat lah 4 tiket tu! 
2 aku bagi Eliane, sebab dia dah pass 2 premiere screening kat aku :D
Malam tu pula aku ke MidValley, layan movie The Green Hornet, premiere screening. Err tapi kali ni tak drive la, sebab lepas movie terus balik kolej. Heeeeee :D Pergi tengok dengan kawan lama aku. Movie ni memang aku suggest untuk korang tonton! Best sangat-sangat ! Memang aku bagi FULL STARS. Lawak dia sengal-sengal. Keh keh keh aku dengan kawan aku gelak. Err tapi bukan kitorang je gelak, 1 hall la gelak. Review? Lain kali lah. Kikikikiki ;)) 


seronok betul tengok wayang free ni :D


14 comments:

  1. best ke? aku da tengok..tapi macam tak best..huhu..berlainan pendapat..

    ReplyDelete
  2. @faiz
    best laaa
    cite dia ringan
    mmg bukan cite siyes pon

    ReplyDelete
  3. Fuyoo...
    mcm mana boleh dapat tiket TGV tu...

    ReplyDelete
  4. eh layan movie sowang2
    baru nak ajak tengok cerita tu

    eh esok pegi gath?

    ReplyDelete
  5. @MazHaR
    entahlaa
    xtau cemane member leh dapat

    ReplyDelete
  6. kena tengok nih sbb tgok review pon dah mcm lwk.
    harus tengok! huhuhu:P

    ReplyDelete
  7. aku sempat tengok trailer jek..
    cam bez tp ade org kate tak bez..

    ReplyDelete
  8. tengok trailer dia mcm best..huhu..bila la agaknya bole tgk..

    ReplyDelete
  9. best ke movie tu..
    tgk mcm x best... tp klu sape yg tgk kate best.. mesti tgk gak ni.. ahhaha

    ReplyDelete