(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Sunday, May 30, 2010

Youth 10 - Quarter Day 1 & 3 Quarter Day 2.

hye. salam Ahad lagi.
okay, hari ni bosan. duduk bilik je. taktau nak buat ape. dari duduk tak menentu, meh la aku kasik update blog aku ni. berkenaan entry previous, lupa plak nak selit beberapa gambar yang aku rasa agak penting! hoho. hari Jumaat tu sebenarnya aku ade jugak jumpa beberapa bloggers seperti Kech, Nikon, Sakura dan beberapa lagi. korang kenal tak? tak kenal? pergi la masuk blog diorang ^____^
bebudak ni memang plan nak gi Jumaat. diorang datang secara jemaah lah. dah macam mini-gath bloggers lak. hehehe. so aku pun contact-contact la Kech untuk meet up di mana-mana di PWTC tu. dah petang baru terjumpa diorang ni. time dah penat, malas nak berjalan. haha!
dari kiri : Nisa, Nikon, Ery, Kech & Sakura.
ni la cik Nikon. hehe
ni plak kak Kech.
kecik je orangnya ^___~

------------------------------------Day 2------------------------------------------
Day 2 adalah hari Sabtu. kali ni pergi dengan kengkawan Bloggers iaitu Shafiq, BudakHitam, Innz, dan Akmall Arief. okay, fine aku kecewa dan terkilan dengan Akmall sebab tak dapat lepak dengan dia. padahal dia sangat beria mau jumpe kami T____T die sangat bergegas balik sebab dia kate TAK BEST. huhu. tapi pada aku, memang dah masuk second day tak best sebab RAMAI gila orang! memang jalan bertembung bahu lah. so aku pun jadi pening last-last. naseb baik aku pergi jugak 1st day. puas jugak pergi. hoho! 
memang best dapat jumpe diorang ni. bagi aku, diorang memang gila sekepala lah dengan aku. sembang gila-gila. kitorang before this tegor kat Facebook je. so bila dapat lepak sekali tu memang hangat ah! macam2 benda disembangkan, gosip, ngumpat, opss! hahahaha. 2nd day ni tak best sangat sebab konsert pun radio cina punya. so, kitorang memang tak stay sampai malam lah. pukul 6 pm gitu dah gerak balik. 
dari kiri: Shafiq, BudakHitam, Ery, Innz.
kredit to Shafiq.
photographer of da day. hehe.
kredit to Shafiq.
kipas-susah-mati Nuffnang! ehem2.
kredit to Shafiq.
Alif Satar! sempoi je ^___^
kredit to Shafiq.
uih masuk Mag lagi? iskk pemes btol~
antara goodies yang aku dapat ^___~

tu je la kisah Youth 10 aku. nak pergi hari ketiga aku malas dah. lagipun benda sama je ade. takde orang ajak aku pun (nasib baik, kalau tak pokai aku). cukuplah meronggeng dua hari turut2. lain kali ronggeng lagi. haha! seronok dapat jumpa kawan baru. korang bila lagi nak jumpa aku? haha! (bajet pemes lak)

nota ; masih teringatkan budak iras FT itu T____T

Youth 10 - Day 1

hye. salam Ahad.
actually, cam malas nak menaip tapi macam usaha gak. entry ni nak cite pasal Youth 10 yang berlangsung kat PWTC dari 28 Mei hingga 30 Mei. ni nak citer untuk hari pertama dulu. takde la nak cite panjang mane, tapi saje nak banyakkan entry. haha!
ok, Day 1. aku pergi dengan room mates aku; Annis dan Sabrina. actually aku planning nak g Sabtu, tapi dah budak 2 ekor ni nak gi Jumaat, aku follow jugak lah sebab takmau duduk bilik sorang-sorang. huhu. sampai-sampai je register dapat la goody bag yang cuma ade air kotak 2. heh. okelah tu.
dari kiri : Sab, Annis, Ery.

jalan-jalan je lah kat dalam tu. kalau boleh semue gerai nak berenti. asal nak bagi barang free je, kami bolot. hoho.tawaran jadi cover girl pun kami dapat taw. ehem ehem. tolong jangan percaya ye! nak bukti? hah tengok. kami masuk magazine Cosmopolitan taw!
tak percaya lagi?
nak cerita pasal artis plak. Dato CT ade tapi aku tak sempat bergambar pun T____T beberapa artis yang aku sempat jumpa dan bergambar on Day 1 :
shila OIAM anak andy lala
mase ni sesi soal jwb. hoh.
Tini DJ HotFm
Ikhwan DJ HotFm
ikhwan ni ramah gila! suke~

kitorang stay sampai malam. sebab malam tu ade konsert HotFm Kita Punya. so antara artis yang perform : ada lagi 1 Joanna & Co tapi takde gambar the best. huhu 
Sharpshooter
Tilu
Lan & Noh
aku tunggu dorg je sbenanye.
puas hati dpt jugak tgk! ^__^

sekian la untuk Day 1 Youth 10. haha. malas nak update panjang panjang sangat. tapi Day 1 memang best sebab dapat tengok Konsert. weeehuuu~ sampai kolej dalam pukul 11 lebih kot. hehhhh.
time konsert ni aku ternampak sorang laki muka iras-iras Faizal Tahir. dan banyak kali aku dan dia bertentang mata. omaigod! aku asyik teringat die je. haha T____T sumpah, kacak macam FT. wuwu~
bakal bersambung ~

nota ; jangan ditanya mana spek merah ku T___T

Friday, May 28, 2010

Aku banyak berhutang. Mintak halalkan.

hye. salam Jumaat.
mane budak-budak bilik aku ni? tak balek-balek lagi? huwaaa sedeh ditinggalkan sorang-sorang T____T Annis gi dating, Sab pergi keluar dengan sepupu dia, Yani macam biase duty dia. kakak Ain tengok mereka tinggalkan saya T___T sobsobsob. 
aku kan, banyak sangat hutang orang taw. nak buat tapi asyik lupa je. last-last mmg lupa terus sape yang aku berhutang tu. teruk kan? T______T ehhh hutang yang aku maksudkan adalah hutang TAG dan AWARD. dulu masa sibuk orang kasik award, semua award tu aku dapat, Beautiful Blogger lah, Top Blogger lah tapi takde satu pun aku alert and buat post. aaaaaaaaaaaaa jahatnya aku T___T jadi di kesempatan ini, aku nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK kepada semua yang pernah bagi Awards and Tag untuk aku. aku mintak maaf sangat tak reply budi korang sebab konon-konon nak kumpul semua awards, alih-alih semua lupa T____T lepas tu, terus takde dah orang tag or bagi awards kat aku. mesti dorang cop aku berlagak dan pemalas. huwaaaaa T____T (banyak tande T___T dalam entry ni) 
tadi check-check chat box, si Hafiz kate ade award untuk aku. dan ini lah awardnya :
Creative Blogger Award. wahh kreatif kah aku? heh. serabai je ade laa. Terima kasih hafiz sebab bagi award kat aku. tak sangka (wahh nak terharu pulak). perlu ke nak tag sesiapa? aku nak tag TOP 5 Commentators blog aku. ahakss !
nah! hamek korang kene tag. hahahahaha. terpulang la nak buat ke tak. kerelaan itu perlu untuk menjawab tag. haha! kadang-kadang aku terharu sangat orang tag or bagi award kat aku, even diorang tak kenal rapat dengan aku. huuuu. (bergenang air mata, cheh tipu)

nota; esok dan sabtu bakal ke Youth10. sape lagi join? roger Facebook aku yerp!
bakal ketemu Innz, Akmall, Shafiq, BudakHitam, Kech, Nikon di sane. InsyaAllah.

Thursday, May 27, 2010

Payah betol ajak lelaki tengok wayang.

hye. salam Khamis.
alamakk! dah 2 hari tak berupdate. tak boleh lebih 2 hari tak update. tu rules blog aku. haha. blog sendiri pun ade rules, baru lah disiplin. ceh ceh! blogging beria nak disiplin, gi kelas lambat jugak T__T errr please idea, datang please. pasal ape ye kita nak cakap hari ni? hahhh !
semalam kan, entah blog sape aku terjah tah, tak ingat lah tapi dari GengBlogger lah. entry die panjang. tapi cerita die pasal LELAKI. hoh. sekarang aku suka cakap pasal LELAKI. dah 2 entry aku pasal LELAKI jadi top entries. 1 pasal "Lelaki kat Malaysia ni buta" dan 1 lagi pasal isu "Lelaki bawakan handbag awek dia". best buat topik macam ni, nak tengok lelaki fikir macam mane. yelah, aku bukan tahu sangat pasal laki ni. fail la. haha! 
tadi dalam kelas, aku sembang dengan kawan aku sorang ni. die ni beria nak tengok Shrek, then aku tanya la, "dah tengok ke Shrek?" die dengan senyuman manisnya menjawab, "dah!". wahh bestt gitu. aku je tak dapat tengok lagi T___T lepas tu sebelah aku laki (kawan aku jugakla), "tengok Shrek kat wayang?" dari gaya tanya kan, memang spesis yang takkan tengok katun kat wayang. lepas tu muncul la persoalan dari aku dan kawan aku itu, 
"lelaki memang tak suka tengok kartun kat wayang ke? or memang tak suka tengok kartun? bukan kartun je, cite melayu pun tak ek?
hah. aku realize something gak. kalau ajak lelaki tengok cite kartun cam Alice in wonderland ke, Shrek ke, ape lagi lah katun kat wayang mesti diorang taknak. cerita Melayu pun diorang taknak. asyik nak tengok cite English je, cite Action je, cite Horror je. betol ke tak eh? ni pengalaman aku la. ke sebab diorang keluar dengan perempuan, so taknak lah nampak macam kanak-kanak tengok kartun? ^____^ hehehehehehe tapi ade la beberapa yang suka tengok kartun ni macam Haziq a.k.a Sendra. (bangga tak aku link blog ko ni? ^__~) hehe. 

Tuesday, May 25, 2010

Rahmat di wajah kita, Haiwan nampak.

hye. salam Isnin.
sejak anak kucing aku hilang dan mati hari tu, aku takde lagi cerita pasal kucing kan? kali ni, aku nak kenalkan 4 ekor kucing yang masih setia dengan rumah kami. ni semua kucing dewasa, dah matang. takde anak kucing. TAPI bakal ada anak kucing lagi sebulan mungkin? haha! harap-harap tak hilang lagi T___T
1. Su
sebab ape name Su? sebab putih macam Susu.(cuma skrg da kelabu sikit sebab da lama tak mandi. haha) Su ni dijumpai oleh kakak aku mase tahun 2006 macam tu. jumpa Su tengah sesat. mase jumpa, kakak aku ingat Su ni betina, sebab tu jugak la name die Su. sekali bila melihat muka, badan yang besar & gagah, dan nafsu (takde kucing mengorat), kakak aku pelik. dan sebenarnya, Su telah dipotong telurnya dan juga kemaluannya. sebab dipotong? selalunya orang potong sebab taknak dia pancut merata. huh. kesian. hilang dah 1 lumrah hidup dia. sebab tu la kot Su lari dari tuan die, kejam! haha. dan sebab itu jugak lah kot Su masih setia dengan family aku. mesti teriau tuan die yang lama sebab Su bukan kucing sebarangan. mesti tuan die beli punya. dan kami dapat Su free je. haha!
tengok! bulu lebat kot.aku pn xtau Su spesies ape. tapi mmg chantek!
2. Rain
Rain jejaka jantan terhangat! haha. Rain ni pun dibawak balek kakak aku yang satu lagi, dalam tahun 2007/2008 camtu la kot. ingat lagi kakak aku cakap, mase first bawak balek, masa mandikan, tiba-tiba ekor Rain terputus. hoh! aku tak menyaksikan kejadian aku, jadi tak leh bayang. heh. Rain memang jantan yang tak reti dok rumah. rumah hanya tempat untuk makan. haha. maklom la JANTAN. haha! tapi Rain ni paling bising, paling suke mengeoww. huh, tak macho langsung. haha.
besa weh Rain ni, macam Su.
3. Popok
Popok ni datang berduet dengan seekor lagi kucing yang bakal aku cerita nanti, Ayu. mak aku kata, tiba-tiba ada depan rumah. maybe orang buang kot. nak buang mesti la nak buang kat rumah yang bela kucing kan? haha. Popok ni dah pernah beranak sekali ; 4 ekor anak, tapi entah macam mana empat-empat anak dia hilang. T__T uish ko ni Popok, bukan nak jaga anak betol-betol. sedey aku taw. dan sekarang, melihat kepada perutnya, diSAHkan Popok bunting lagi! hahahaha. dan kami syak, bapak budak-budak tu tak lain tak bukan Rain. haha! 
Popok memang jenis kucing yang CENGKUNG.
4. Ayu
Ayu ni faveret aku. haha. pilih kasih pulak aku. die faveret aku sebab Ayu macam kucing yang pernah aku kutip dan mati dulu T____T Ayu ni gemok. hari-hari keje mintak makan ngan aku. bising gak, macam Rain. Ayu ni manja gilaaa. Ayu jugak yang paling nakal tapi paling best nak buat main. yang lain semua bajet macho, bajet cun takmo main-main. Ayu je. (tak Ayu langsung kan?) haha! sebab tu la Ayu jadi faveret aku. hehehe. Ayu ni tak pernah bunting. perghh! menjaga maruah betol Ayu ni. asal jantan nak dekat Ayu mesti marah. haha! garang woo Ayu ni. heeeee.
hololohh comel dan comot.
aku sayang semua kucing. kalau boleh, semua kucing kat kolej aku tu aku nak bawak balik! hahahaha. tapi nanti silap-silap, kucing ramai dari orang. hehe. aku ingat mak aku pernah cakap; dia terbaca dalam kitab, KALAU KUCING MENGEOWW BILA TENGOK MUKA KITA, SEBENARNYA MEREKA NAMPAK RAHMAT PADA MUKA KITA. jadi, sayangilah haiwan dan insya Allah mereka akan sayang kita di dunia dan akhirat nanti ^____^

aku da jatuh cinta kat 1 blog ni. ehem3. hahaha (mood gatal)

Cukup Indah.





Cukup Indah by Alif Satar.

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai

download : klik [HERE]

berangan kiranya ada orang nak tujukan lagu ni utk aku.
suwweett gilaa. boleh kencing manis.
haha. mood jiwang lak.
berangan lah kau ery. eh janganlah kondem I, I tau la Uollz semua In A Relationship =.= (nada sedikit jeles)

Sunday, May 23, 2010

Dah lama aku tak carik pasal.

hye. salam Ahad.
asal 2 hari sekali je aku update. ni pun aku paksa update, kalo tak, orang pun malas nak jengah blog aku sebab tak berupdate. huhuhuh. jenuh jugak aku selongkar otak aku ni nak update pasal ape. heh.
dah lama aku tak carik pasal. ehhh? aku pernah carik pasal ke? hah itu persoalannya. seingat umur hidup aku la, aku bukan jenis manusia yang suka carik pasal, yang suka carik gaduh. aku lebih suka berdiam even aku tak puas hati pun sebab nanti lama-lama orang pun malas nak carik pasal dengan aku sebab aku tak layan. no heart feeling. itu lah aku. bila tengok orang bergaduh, aku pun takde perasaan. korang bergaduh, selesaikan la sendiri. bila orang bergaduh, aku jarang nak backup orang MELAINKAN aku kenal siapa dia dan ape sebab bergaduh. yang lainnya, aku cuma diam. diam sahaja. 
sekarang, dah banyak kes blogger bergaduh. kalau korang rajin blogwalking, rajin teroka GengBlogger, korang tau lah sapa yang sedang hangat bergaduh sekarang. aku tau dorang bergaduh pun secara tak sengaja, bukannya nak amek tau sangat siapa yang bergaduh. ade blogger yang menegur tapi secara kasar, mungkin blogger lain tak boleh terima. aku pun pernah ditegur secara kasar, aku cume tak puas hati cara die tegor bukan ape yang die tegor. ape yang die tegor, aku amek buat fikir-fikir. tapi bila dah ade quote "blog aku, aku punya pasal lah", ini lah jenis blog yang tak boleh LANGSUNG nak terima teguran orang samada cara baik atau pun cara kasar. tapi yang menegur pun sama lah kan, takde ke cara baik nak tegur? heh. 
aku tak tahu lah. pelik pun ade. sesama bloggers pun boleh gaduh. pergaduhan alam maya. heh. aku takde nak backup mane-mane blogger. kipas-kipas mane blogger pun takde. sebab aku ade dapat untung ke? takde kan? heh. cuma, aku tak seronok tengok semua ni dalam dunia blog. pada mereka yang terlibat, renung-renungkah lah dan selamat beramal. buka lah minda korang. yang bergaduh ni bukan budak-budak, semua dah BESAR gajah hah. sepatutnya dah MATANG. tapi, bergaduh cara budak-budak. heh. entry ni memang entry membebel, tu pasal panjang ! hahahahaha. peace no war !~
peace no war.
pic kecik je, xleh tempek beso2.
nota; ade tak orang nak carik pasal dengan aku? jom! hahahah.
mintak dijauhkan dari semua ni. tak suke lah gaduh-gaduh. 

Friday, May 21, 2010

Entry Budak Comel TETAPI Nakal.

hye. salam Jumaat.
mak oih. dah Jumaat ek? last update bile? Rabu ek? heh. takde idea lah. bila takde idea, mula lah aku merepek meraban. nak tengok ape yang aku merepek kan tu? sila skroll ke bawah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

hah. sape pulak budak dengan aksi comel ni kan? ni la satu-satunya anak buah aku buat masa ni. anak kakak aku yang sulung. takde keje sangat. aku ajak die webcam. dan aksi-aksi tu semua aku yang suruh ye memandangkan die agak camera shy tak macam ashu die
nama : Eva Shakirah 
umur : 3 tahun 5 bulan
peribadi : NAKAL. hyperactive. manja. pandai usik orang. suke menyanyi ikut suka hati. kuat merajuk. suka kucing macam kami semua. suke menari. suka mengamuk. suka baju abang boy. macam-macam lagi la perangai budak ni.
budak ni la membuatkan aku reti menjaga budak, memandangkan lepas SPM aku duduk rumah jadi babysitter budak ni je. basuh berak kencing dia, mandikan dia, buat susu semua aku dah LULUS dengan cemerlang dah! haha.
budak ni je la penyeri rumah ni. yela, satu-satunya cucu atok opah dia. hoho. takde dia, sunyi jugak rumah ni tapi aman jugak la kadang-kadang. haha! memang menjadi kesayangan semua orang la dia ni. cucu pertama keluarga kami, juga CICIT pertama tok aku (belah mak)
bila aku lama tak balek, rindu jugak aku kat budak ni. tapi bila balek mesti gaduh dengan dia. haha. nak buat cemane, ashu die ni pun kuat merajuk and cepat marah. heeeeeeeeeeeee. 
nota; dah takde modal sangat nak cerita apa.

Wednesday, May 19, 2010

Akukah Sayang Cendana?

hye. salam Rabu.
sekarang ni rasa macam malas nak update pasal life sendiri. yela, contoh tengok wayang ape, gi mane. sebab sememangnya kisah sebegini orang tak berapa minat nak baca. aku pun kadang-kadang. haha! tapi, aku cuma nak bercerita, pengalaman pertama aku memakai contact lens. disebabkan tadi aku nak keluar ke Mines bersama salah seorang blogger, Fiq dan kawan beliau, untuk menonton wayang Nightmare of Elm Street dan bermain bowling, aku pun gatal-gatal la nak try contact lens yang aku dapat hari tu kan? 
okay. disebabkan pengalaman PERTAMA kan, jadi aku memakan masa dalam 30 MINIT lebih jugak la nak masukkan contact lens tu. T___T ya Allah, rasa give up ade gak. (aku mmg cpt putus asa sikit) lepas tu tah cemane tetibe termasuk dah yang belah kiri. lepas tu aku pening sekejap sebab baru pakai sebelah kan, sebelah lagi rabun. cepat2 aku pakai sebelah lagi (cepat ke?) cepat la sikit kot dari sebelah tadi. dah terer SIKIT. haha! aku lupa la nak amek pic sebelum aku pakai contact lens. tapi memang mata aku NAMPAK BESAR weh. (comel gila aku tgk diri sendri. haha! ok perasan) 
contact lens ni tak cover silau taw. bila tengok outdoor okay, tapi bile masuk Mines, dengan banyak-banyak lampu, pandangan aku jadi sedikit berbayang. pening jugak lah =.= aku sendiri pelik tengok muka aku tak pakai spek bila nampak cermin kat mana-mana kedai kat Mines tadi. tudung pun rase cam lain je kalau tak pakai spek ni. huhu. memang rasa macam ade something missing; iaitu spek merah aku lah. hoho! bile balek tadi, nak mencabut lagi 1 keje. nak masukkan susah, nak keluarkan actually tak susah, tapi perlu keberanian sikit lah. berjaya dikeluarkan dalam masa 5 minit. lepas ni seminit dah boleh keluarkan. ehem ehem. haha! disebabkan ni one-day contact lens, so kene la buang lepas dah pakai seharian. 
cerita Nightmare of Elm Street aku bagi 4 per 5. terkejut memang banyak. aku memang banyak terkejut, nasib tak melatah je. ending cerita aku tak puas hati. seolah-olah ade sambungan. huhu! part bowling lak, game 1 aku berjaya menewaskan Fiq dengan markah 112 (ceh macam banyak sangat tapi banyak la dari org line sebelah yang siap bawak beg tarik & bola cantek sendiri. haha bangga lak =.= ) game 2 kalah; takpe la bagi chance Fiq menang je! hahaha! (ayat cover, pdhal da lemau game 2) 
nota; menyesal pakai contact lens? tak. cuma leceh pada mulanya. huhu

Tuesday, May 18, 2010

Cuma entry penghargaan.

hye. salam Selasa.
semakin rajin pulak aku nak update blog ni. bagus la tu kan? haha. okay, entry kali ni cuma entry penghargaan untuk semua Followers aku dan juga Top Commentators kat blog aku yang sungguh warna-warni ini. 

kalau korang nak tau, dah lama dah usia blog aku ni. lagi sebulan dah nak setahun (24 Jun nanti). setakat 17 May ni, aku memang tak kumpul followers yang banyak macam blog lain baru sebulan dua dah sama followers macam blog aku. orang lain yang seusia dengan aku mungkin followers koman-koman dah seribu kot? haha takpe lah. itu rezeki orang. mungkin sebab aku sendiri jarang follow blog orang, MELAINKAN memang suka gila dengan blog tu, or blog someone yang aku kenal. tapi bila aku tak follow, tak bermaksud aku tak masuk blog korang. Geng Blogger kan ada? =) aku pun banyak je drop komen kat blog yang aku tak follow. so, aku nak ucap THANX kat semua yang follow blog aku ni & kebanyakkan mereka dengan suka rela hati follow aku, takde mintak follow balek. KEBANYAKKAN nye laa ^___~ 
2nd, my top commentators. dulu, lama jugak Wanie bertakhta sebagai No 1 commentators. tapi masa pic ni diamek, dah jatuh takhta lak. hoho. takpe kak, akak memang pengomen setia blog ery. semua entry die komen. rajen kan die? ^___^ tahniah untuk Kapten dan Aidi-Safuan kerana berjaya memintas kak Wanie. hihihihihih. no heart feeling ye kak Wanie ^___~ Aidi-Safuan ni memang rajin komen lepas Gatsby Street Fair. lepas tu, rajin pulak die check balek entry sebelum2 ni yang die komen. bagus lah kau tapi sorry hadiah takde. ngahahah! bro Syafrizal pun rajen komen and selalu support blog ery. thanx bro ! untuk kak Huda a.k.a Otak Ketat, tahniah sebab berjaya naik ke Top 5. baru je lagi kot. heeeeee. bukan untuk mereka je, tapi untuk KORANG semua yang selalu singgah blog and komen, terima kasih banyak-banyak. bagi aku, komen lah sokongan moral blog ini. penah satu masa dulu, aku down sebab tak dapat komen yang banyak. huhuhu. tanpa komen korang, tak hidup lah blog ni. terimas! muah muah untuk semua !
nota; check dah bank-in tadi. heeeeee.

Monday, May 17, 2010

Aku tak dapat sijil Malaysia Book of Records T___T

hye. salam Isnin.
okay, tengok tajuk pun tau kan? semalam, aku ade anta email kat Nuffnang pasal cerfiticate gatsby tu. aku tanye lebih kurang macam ni la (tapi aku tulis dalam English yang tunggang langgang la. haha)
"bloggers yang dapat certificate ni yang dapat nombor pada sticker Malaysia Book of Record SAHAJA atau semua bloggers yang datang pun dapat?"
dan ini lah jawapan yang aku dapat,
"only bloggers (not guests who are not bloggers) who are IN TIME FOR THE COUNTING of the record are eligible for the certificate." 
so betol la kan yang dapat sticker and number je dapat sijil kan? sumpah aku sedih Y________Y padahal terlambat sikit je kot Y_____________Y waaa baru nak bangga-bangga sikit2 dapat sijil Malaysia Book of Records taw! Ynn and akak OtakKetat tak dapat jugak nombor. mari la sedih bersama Y___________________________Y

nota; tapi mcm nak try test gak g amek. kot dapat? huhu.

Sunday, May 16, 2010

myfriends2u[dot]com

hye. salam hujung minggu.
okay. di dalam kebosanan hujung minggu ni, lepas dah tengok Piala Thomas China yang menang, aku taktau nak tengok ape lagi dah. so, hari ni aku explore social network yang baru iaiti www.myfriends2u.com . pengasas dia Malaysia rasanya, sebab kawan kakak aku 1 of them yang join. semalam baru launch web ni. masuk paper dah pasal launch semalam, nak baca? klik [SINI]. ada orang kata macam dah lama social network ni tapi mungkin baru semalam launch dengan lancarnya kot? taktau lah. ngeee. cuma ape yang aku kurang gemar sebab tiru sebijik sangat macam facebook. huhuhuhu tak boleh ke ek buat style lain? hurmmm. 
so, sesiapa nak join boleh klik [SINI] . add aku taw. tapi taktau lah bakal aktif kat sana atau tidak. heh. jom je la join dari bosan taktau nak watpe. ngahahaha! 
gini la ghopanya.

Free 3-days Trial Contact Lens from FreshLook Ciba Vision.

hye. salam Sabtu.
korang pernah tak pakai contact lens? aku tak pernah la. sebab aku tak pernah? sebab aku ada astig (silau) yang tinggi. so, aku tak digalakkan pakai contact lens yang biasa sekotak RM 30 tu. sebab kalau aku pakai pun, aku takkan nampak dengan jelas. kalau nak pakai contact lens for astigmatism, mahal woh. sekotak mahu RM 200 weh. silap2 kene double sbb power tak sama. disebabkan aku masih student, duit tak banyak mane dan masih berkira kalau nak keluarkan duit RM 200 ni Y_____Y tapi sebulan lepas aku ade beli Geo contact lens dari blog http://geolens-2u.blogspot.com/. geo lens ni sepasang dalam RM 150. paling murah la dari beli contact lens kat kedai optic. tapi minggu depan baru nak arrive.
minggu ni aku balek je dr UKM, akak aku cakap, ade surat untuk aku. dari CibaVision, macam contact lens. pastu aku pun teringat aku ade isi form kat web FreshLook utk free trial. hoyehhh! dah sampai. tp ni lens biasa je, bukan utk astig. jenis contact lens yang aku dpt adalah jenis yang besarkan mata tu. wahh macam doll la aku kalau pakai lens ni. ngahaha!
ni la yg aku dpt. free weh. sape taknak kan? ^___^
nnt aku jd cmni la. HAHA
tapi, takot pulak aku nak pakai contact lens ni. huhu. kalau aku pakai contact lens, hilang lah identiti spek merah aku. haha. tak gitu? most of bloggers kenal aku sebab spek merah aku kan kan? tp kadang2 teringin jugak nak specless (term baru) ni. kot-kot lagi cun ke? lagi ramai orang ngorat ke? wakakakakaka takleh blah tol alasan =.= sape nak boleh la masuk web FreshLook ni.
nota; bila aku nak start pakai ye? =.=

Friday, May 14, 2010

LELAKI KAT MALAYSIA MEMANG BUTA !!

hye. salam Jumaat.
perghhh. tajuk mmg macam marah gila kan? memang pun ! iskk. da lama jugak aku rasa aku tak marah macam ni kat laki. tapi marah-marah aku, aku masih boleh menahan dari mencarut kot stakat ni. heh. hari ni hari Jumaat and macam biasa, aku balek rumah naik KTM. KTM area Seremban-Rawang yang ada coach wanita start dalam minggu ni. (ok tgh tgk berita kat TV 1 pasal coach wanita). dalam berita cakap start esok, tapi tadi aku naik dah start kot? dah ade lambang coach wanita, dan operator KTM pun asik remind pasal coach wanita.
okay nak tau ape aku bengang sgt? memang lelaki yang naik coach wanita tu BUTA! diorg buat2 buta kot. buta betol baru tau Y________Y mase masuk tu macam biase la mereka ni kan, berebut-rebut. lepas tu kat pintu gerabak tu tertera "Coach Wanita". aku try search image logo coach wanita tu tak jumpe lak. heh. okay back to story. dalam dok berebut ni adala lelaki, die dah perasan dah ade tulis coach wanita tapi siap boleh cakap cmni je "buat tak tau sudeh". naseb ko kate buat taktau weh, kalo ko kate buat bodoh, mmg kau bodoh Y___Y 
lepas tu, yang tak leh blah nye, aku masuk je coach tu, aku nampak almost semuanye LELAKI. pastu yang duduk pun boleh dikatakan semua LELAKI. heshhh korang mmg buta lah! aku memang dah buat muka ketat la, dah la lapar, tengok dorg ni wat aku hangin je. padahal kat tingkap coach tu tertempek lagi stiker coach wanita. buta betol, buta hati dan buta mata jugak. aku yang rabun tp dah pakai spek ni pun nampak taw stiker coach wanita tu punya besar! huh T___T
hari ni 1st time tgk Piala Thomas dengan fokusnya, tapi mmg kecewa lah Y_____Y tapi aku tetap sokong Malaysia. nak sokong sape lagi kan? heh. single kalah. beregu kalah. sekarang giliran Wong Choon Han. (betol tak aku eja?) go Malaysia go ! saya anak Malaysia ! (tetibe jeh)

Thursday, May 13, 2010

Kau pergi jua.

hye. salam Khamis.
AdaMaya dah habis. typical Malay story la happy ending kan? hehe. takkan la si Maya nak teruskan hidup dengan Dani yang akhirnya meroyan tu? kan kan? best cerita ni. ringan je ceritanya tp sweet dan penuh makna oh. pengajarannya, janganla kacau rumah tangga orang, ibarat menjatuhkan masjid, bukan ko dpt kebahagiaan pun. 
sebenarnya, ade yang lagi sedeh dr jalan cerita AdaMaya tadi. tengah-tengah sebak tengok AdaMaya, henfon ku berbunyi, ade mesej masuk. ohh dari mak aku ; "salam. tengah buat apa? BOBO dah mati." (oh ye lupe, skrg aku kat UKM, tgk TV kt blok) ya Allah menanges aku ! Annis menjadi saksi, die menenangkan aku tadi. macam pernah aku cite dalam 2 previous entry; Koko Mati & Bobo Sakit, aku pasrah BOBO pergi walaupun aku sangat sedih. tapi mungkin tak sesedih KOKO mati sebab BOBO mati aku tak nampak depan mata. 
sekarang, semua berbalek pada asal; 4 ekor kucing dewasa - SU, RAIN, POPOK & AYU. lagi senang jaga kucing yang dah besar dari baby kucing. mungkin itula hikmahnya. uhukss. BOBO & KOKO, rest in peace k babies. 
rest in peace babies. BOBO KOKO.

Wednesday, May 12, 2010

Aku pasrah mendengarnya.

hye. salam Rabu.
semalam (selasa) sebelum aku balek ke UKM, aku dan abah aku bawak BOBO ke vet klinik swasta. macam-macam la vet tanya aku. cirit birit ke, muntah tak. ye BOBO mmg cirit birit, tapi takde pulak die muntah-muntah. dan vet cakap, kemungkinan besar virus infection sebab BOBO pun dah dehydrated, selaput mata die pun dah muncul. 
kemudian aku pasrah bila vet cakap, " chance untuk BOBO hidup lama memang tipis. sebab die tak dpt cukup nutrien dr susu ibu. " berkali-kali vet ulang. aku sebak je. nak menanges tak boleh tapi mmg bila aku dgr tu aku pasrah sangat. vet kan, of course lah dia tau. then, my dad suruh utk tinggal kat klinik tu tp mahal sangat. and ktorg risau jugak kot2 vet tu jage betol2 ke kan? so abah aku just decide amek ubat and jaga die kat rumah. bayar dalam RM30. 
dan sekarang bila aku tanya mak aku, cne BOBO? mak aku kata still macam tu. hurmm. siann. tak tenang aku dok UKM ni korang tau? huhu. aku berharap BOBO boleh sihat, tapi at the same time, aku pasrah jugak kalau BOBO pergi tinggalkan kami. tak sanggup jugak tengok die terseksa hidup. 
sayang kamu BOBO

Monday, May 10, 2010

Kami tak mahu kamu pergi TAPI itulah ajal.

hye. salam Isnin.
iskkk lamanya tak update belog. sumpah taktau nak update pasal apa. korang layankan aje ape aku merepek kat bawah ni ; 
tarikh koko dibawa pulang : 1 May 2010
tarikh koko mati : 7 May 2010
waktu koko mati : about 10PM
kenapa koko mati : masa dibawa pulang KOKO mmg dah sakit. tapi hari berganti hari, KOKO semakin pulih. tiba2 sahaja pd 7 May 2010, KOKO saket semula. dan langsung tak lalu minum even dipaksa minum.
orang pertama terjumpa koko mati : AKU - aku baru balek makan dengan kakak aku. pd masa ini aku bertujuan nak bagi mereka minum, sekali aku bukak kotak, aku tengok KOKO dah kejung. ya Allah, gugur juga air mata ku walaupun tak deras. sedih tgk dia mati depan mata aku ! baru kucing mati, aku dah menanges apatah lagi kalau org yang tersayang pergi suatu hari nanti, ya Allah aku takut. 
sekarang kat rumah aku ada 5 ekor kucing. 4 ekor kucing dewasa & seekor anak kucing iaitu BOBO. kesian BOBO dah takde kawan. aku harap BOBO boleh survive lagi. jangan tinggalkan kami T__T maklum lah, hidup yatim piatu, kami sekeluarga lah yang menjadi ibu bapa BOBO. aku memang pencinta kucing (quote blog aku 1 masa dulu). walauapapun, aku tak pernah menyesal menjaga kucing aku walaupun selalu nak kene bersihkan tempat dia (sbb berak x reti basuh), selalu nak bagi makan, daripada aku tengok die terseksa dan mati, itu lebih SADIS. sayangilah makhluk tuhan yang paling comel ini. (penutup kata)
BOBO kuat ye!
*update terbaru ; td tgk BOBO pun dah sakit, x cergas mcm dulu ='(
nota ; minggu ni nuff's earning naik RM 0.00. (tak naikla maksudnya) bila nak kaya camni? 

Friday, May 7, 2010

Lelaki yang suka tolong bawa kan beg aweknya ATAU awek itu menyuruh lelaki itu membawa begnya?

hye. salam Jumaat.
previous entry membuat aku tertarik dengan komen adziim pasal lelaki suka nak tau or englishnya, curious about ape yang ada dalam dompet perempuan atau bag perempuan. maka, berlaku lah chat mengechat di chat box sebab aku pun curious nak tau,
kenape lelaki begitu tertarik dengan ape yang ada dalam dompet atau bag wanita?

bak kata adziim, sebab perempuan lebih emosi, jadi banyak kenangan disimpan dalam dompet. tapi kalau aku tak ade la banyak sgt simpan dalam dompet aku. simpan benda penting je macam IC, lesen, kad atm, duit & calendar. yang tak penting yang aku simpan, cuma lah tag nama sekolah menengah aku dulu. lepas tu muncul lagi 1 persoalan plak dari adziim,
kenapa boyfriend selalu bawakkan bag girlfriend nya?
memang aku observe ramai lelaki tolong bawakkan bag awek dia kalau jalan2 kat shopping complex tu. tak tau lah sama ada memang Gentleman atau memang perempuan itu suruh? berat sangat ke bag tu? haha. kalau pgg sekejap takpe lagi, tapi sepanjang jalan2 nak bawakkan, kepit kat ketiak. macam tak cool je aku tengok. hahaha. sebab mengikut pengalaman aku sebelum ni (masa ada boifren), tak pernah boifren aku tetiba nak tolong bawak bag melainkan aku mintak tolong. ngahahahaha. ke ex-boifren aku dulu tak gentleman? haha. kepada kaum lelaki yang mempunyai awek, sila lah jawab persoalan ini.

nota; kenapa lately aku macam berminat dengan lelaki lagi muda ahh? T____T

Thursday, May 6, 2010

Budak Sekolah Pergi Tengok Wayang Hari Rabu. Tak sekolah ke?

hye. salam Khamis.
aku taktau lah kenapa 2,3 hari lepas mood blogging dan blogwalking aku agak down. down since aku mengetahui tentang kematian arwah Hisham. ia meninggalkan kesan jugak kepada aku even aku tak pernah berjumpa arwah, chat ym sekali sekala tapi komen di blog memang selalu. kalau aku sudah merasa begini, apatah lagi keluarga dan sahabat terdekat. tolong lah sedekahkan al-Fatihah untuk arwah. al-Fatihah ~
tapi dalam mood down blogwalking pun, masih sempat pergi tengok wayang and shopping. yup, ni salah 1 cara menaikkan semula semangat aku. Rabu semalam pergi dating ngan room mate aku mase short sem ni, cik Annis ke The Mines. berdua je la jalan-jalan, melainkan yang lain busy and ade yang kat rumah. tengok wayang cerita Ip Man 2. okay mmg thumbs up lah ! action best gilaa, sebab aku mmg suke tengok kung fu cina ni. jalan cerita pun best, senang kata BEST la dari Iron Man 2. kan kan? sapa sokong? ngaHaha. 
budak cashier tipu psl tmpt duduk.
dia kata tmpt duduk aku jauh dr pintu, pdhal dkt ngn pintu masuk =.=
TGV Mines ni selalu kosong je. tak kira la hari ape pun, sebab cerita pun tak banyak tayang kat TGV Mines ni. oh masa kat counter ni, ade 1 kisah. yang jage kaunter tu budak lelaki, tah agaknya lepas sekolah kot. dok settle-settle hal tiket, aku pun bukak la dompet nak bayar kan? lepas tu, budak tu kelihatan spt mau beramah mesra dengan kitorang. tau la bosan takde orang kan? haha. 
budak counter : sekolah mana?
aku & annis : sekolah? huhuhu sekolah? (berkali2 aku tanya, kelaka je)
budak counter : hehe gurau je. sebab tengok tag nama dalam dompet tu. (taktau la betul gurau or cover malu, dan sememangnya aku letak tag nama time sekolah dulu dalam dompet aku, cepat je die tengok dompet aku eh?)
aku : ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh (panjang taw) ok terima kaseh! 
yosh ! sekolah? ngahaha. kami kelihatan sangat muda kah? begitu kah kalian? haha. bila balek, aku upload pic bawah ni. lepas tu si Budakhitam.com , terus komen ; "Asal kau nampak muda dari aku eh?" ok, utk makluman BH ni umur 20, aku kan 21. 
seperti budak sekolah kah? =.=
bila dah terima 2 kata-kata mengatakan aku macam budak sekolah or fizikal aku tak macam 21 tahun dalam sehari, sungguh ku percaya kata-kata itu sekarang! haha. (nada berlagak sikit) 
oh, dpt jugak beli jam baru. tapi pengalaman semasa membeli jam ini membuat aku sedikit ternoda. huhu tak boleh cerita. rahsia antara aku & annis. ngaHaha. dapat jugak beli kasut wedges baru untuk merasa sedikit tinggi. hahaha (bukan cheesy wedges ye) 
baru pergi kelas sehari dah pergi meronggeng. isk isk isk anak sapa ni? =.=" layan kejap pic ni.
BOBO nak tidor.
KOKO saket sbb tu kurus =.="
check Nuffnang yang dpt sabtu lepas =)

Wednesday, May 5, 2010

Kisah Arwah di Harian Metro

hye. salam Rabu.
pagi-pagi lagi aku dah bangun untuk ke kelas. balek je aku terus online dan aku terbukak blog Jard. kisah arwah accident semalam masuk Harian Metro. memang dahsyat kemalangan yang dihadapi sehingga masuk surat khabar. lagi sekali aku menjadi sebak. ya Allah, tabahkan lah aku. even aku tak kenal rapat dengan arwah, pemergian arwah aku rasai. apatah lagi isteri yang baru sebulan berkahwin, keluarga & sahabat arwah. 
kredit to Jard & Kakinakl
kredit to kakinakl.
tajuk tu sgt memilukan.

nak tau petikan penuh berita sila ke blog Jardkita yang masih hidup harus meneruskan kehidupan dan jadikan pemergian mereka yang sudah pergi sbg pengajaran untuk kita. semoga arwah tenang di sana. kami akan selalu doakan arwah tenang di sana. we will miss u bro Hisham.

Tuesday, May 4, 2010

Al - Fatihah untuk arwah bro Hisham.

hye. salam Selasa. 
hari ini aku dikejutkan dengan berita kehilangan seorang blogger yang sangat ramah. bro Hisham. aku taktau nak taip macam mana sekarang. sebak sangat. tapi ku tahan air mata ini dari mengalir. korang penah tau tak blog unrestmind57.blogspot.com ? dia sangat rajen komen blog orang dulu, sebelum die berkahwin. kalau korang nak tau, beliau jugak baru sahaja berkahwin, baru sebulan. menurut sumber, beliau mengalami accident pukul 3 petang tadi (4 may 2010). aku cuma doakan arwah ditempatkan bersama yang beriman. susah untuk aku terima.  moga kita semua tabah menerimanya. 
ni blog beliau
inilah arwah.
AL - FATIHAH.
takziah untuk keluarga arwah.
sumber : Sara, Jard & Kapten. 

Monday, May 3, 2010

Rapid KL vs Metro Bus.

hye. salam Isnin.
hah. at last dapat jugak aku menaip. dah brape hari internet kat umah aku ni cam ciput, cam kure-kure, cam sloth pun boleh jugak. choii laaa (eh choi dalam bahasa cina maksudnye ape ek? die macam mencarut kan?)
yayyy! korang tengok header aku tu. dah baru. tu header dari Melz. cantek kan kan? berseri-seri aku rase blog aku sekarang. ahakss. melz dengan ruti, aku dah bank-in dah hadiah korang. boleh buat bayar hutang. hehehe untuk Amar, lambat sikit ek pasal gune account Maybank. Mr Tipso yang tak emel-emel aku lagi. Mr Tipso, cepat email me ur details ye ^_____^ 
semalam gi tengok wayang kat Midvalley dengan kawan blogger. gi tengok Iron Man 2. aku macam biasa la, nak gi mana-mana mesti naik public transport punya. dari rumah naik bas Rapid KL or Metro Bus sampai KTM Serdang. so aku nak cerita sikit la pengalaman aku naik bus ni. 
suke part die duduk atas donut ni. HAHA
ini bus Rapid KL.
ni Metro Bus.
Rapid KL dengan Metro Bus ni je yang ade kat area rumah aku. tapi yang paling aku selalu naik adalah Rapid KL sebab Rapid KL lebih kerap ada dr Metro Bus. dulu, Rapid KL charge RM 1 banyak-banyak hala. so kira jalan seharian naik bus pun tambang tetap RM 1. satu masa lepas merdeka tahun lepas, tambang naik sampai RM 2 SEHALA. means kalo pergi-balik RM 4. choiii~ mase tu aku rasa mmg ramai yang menyumpah-nyumpah. lepas tu tuka lagi ke RM 1 SEHALA. kira pergi-balik RM 2.  mst sbb ramai yang komplen. kira oke lah kan? sebab aku rasa masa die buat RM 1 pergi-balik tu mesti Rapid KL cam bankrupt sekejap kot ! memang la pengguna untung, tapi diorang macam x untung kot. huhu sian... 
tapi ape yang lebih aku nak cerita is kalau naik bus kat area rumah aku ni macam aku adalah seorang WARGA ASING. naik bus tu jarang sekali nak jumpa melayu. cina, india, bangla, indon, myanmar ramai lah. kadang-kadang bila pikir jadi scary woh! sebab tu la aku lebih pilih Rapid KL dari Metro Bus. sebab Rapid KL driver die melayu. so kire ade geng Melayu la. HAHA. tapi kalau naik Metro Bus, sekali dengan driver, dengan kontraktor bus tu warga asing. sumpah aku sangat-sangat-sangat scary. sape ade pengalaman sama macam aku ni? 
bile fikir-fikir, kenape takde orang Melayu naik ek? ohhh Melayu semua kaya ek? semua ade kereta ek? aku je la yang takde T________T lepas tu fikir-fikir lagi, berapa ramai ek warga asing kat negara kita ni? sumpah aku tengok macam ramai gila. tah ke ramai dari warganegara? huii scary T____T sape yang pernah buat kajian kenapa mereka datang Malaysia ni? kalo ade, boleh la add komen. aku tak reti nak buat kajian ni. (sampai bila la agaknya aku kene menjadi "warga asing" ni?)
semalam ingat angan-angan nak naik KTM yang ade coach PINK tu, tapi rupenye laluan Seremban-Rawang tak start lagi, start 15hb nanti bak kata anakperak. lagi sekali aku rasa macam aku masuk coach bangla ! kiri, kanan, depan, belakang muke spesis diorang. huuuuu scary. sesak tu takyah cite laa kalo balek 5pm ke atas, mmg kalah sardin dalam tin la! tapi, ade hikmahnya badan kecik macam aku ni, segala-galanya kecik. jadi masalah gangguan seksual aku tak pernah kena lagi. HAHA. 
oh tentang rate Iron Man 2, aku bagi 4 per 5 je lah. sebab memang betol kata orang, drama yang banyak, action tak sangat. bila keluar dari wayang tu, terus macam diam je, macam taknak cite pape dah pasal Iron Man 2. kan kan kawan? hehe. 
semalam jugak, FIRST TIME aku ikut kakak aku makan SUSHI KING. sebelum ni pernah-pernah try makan bila kakak or abang or mak or abah aku bawak balik Sushi. tapi lidah dan tekak aku sangat-sangat tak boleh terima. seaweed tu pun aku masih tak reti nak makan. sebab macam hanyir la. sup dia pun mase nak minum aku dah nak termuntah sebab bau hanyir T____T taktau la bila boleh adapt rasa sushi ni. kalo citarasa barat; McD KFC boleh plak masuk kan? haha. tapi yang sebenarnya, aku memang cerewet bab-bab makan. pasal tu la dok kurus, tak besar-besar T_____T 
nota; sape pulak nak ajak aku tengok wayang? jom tgk Toy Story 2 ^________^

Sunday, May 2, 2010

Pemenang Contest "Tunjukkan Bakat Anda"

hye. salam Ahad.
okay. ahad dah menjelma. aku tau, ramai yang berdebar-debar & bersemangat nak tau siapa pemenang contest ni kan? okay here they are :




SAGUHATI 


dengan header

hadiah : wang tunai RM 10




KETIGA


dengan header

hadiah : wang tunai RM 30




KEDUA


dengan header

hadiah : wang tunai RM 50


PERTAMA

























jeng jeng jeng!























dengan header

hadiah : wang tunai RM 100

aku akan pacak header MEL for first 6 months. lepas tu aku akan beralih ke header yang lain, ikut urutan then ikut suka aku. hehehe. so kiranya aku akan bagi penghargaan kepada setiap contestants utk gunakan header yang diorg dah buat. okay kan? so harap takde yang kecik2 hati ekk? 
kenapa mereka dipilih? kerana cantik dan sesuai untuk blog aku. ehhh yang lain tu cantik jugak, tp of kos lah contest kan, ade menang ade kalah. so aku harap takde yang kecik hati ke, terasa hati ke, kate tak cantik ke header aku pilih ni sbb of kos lah, lain orang lain pandangan ^___^ 
kepada para pemenang, please email aku ur details :
nama penuh :
no akaun bank  (bg yg nk duit bank-in) :
no phone (yg nak top-up) :
utk yang nak bank-in, sape yang ade akaun CIMB dgn BANK ISLAM, aku prefer dua ni. tp kalo yang takde takpe la. 

emel ke nurfarihah.yanti@gmail.com
nota ; aku sampai sakit kepala, pening & juling nak pilih header ni. ting tong~