(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Monday, August 30, 2010

Kisah Karaoke dan Gath Buka Puasa GB

hye. salam Isnin.

seperti yang diwar-warkan dalam entry Gath GB Buka Puasa lepas, maka Sabtu lepas hadirlah aku ke Gathering ini. aku gerak dari rumah dengan AzizanKadir dan Yus seawal 12 tengah hari OK? jumpa Chaon, Miro, Kech dan kakak adik, dan Nisa di tasik Shah Alam. romantik kan tempat pertemuan? hahaha. disebabkan sampai terlalu awal, maka kami layan Karaoke dulu! yaa, layan 20 lagu yang kebanyakkannya hanya dilayan oleh Yus dan AzizanKadir, hot couple ni. haha.



karok dulu
entah nyanyi lagu apa ntah
the girls
the boys

masa ni, si Yaya violetless tak sampai lagi. lepas tu kitorang terus ke bowling pukul 4 lebih jugak kot. masa sampai dah ramai kot kat bowling tu. Joe siap dah bayar bowling dah. cis, bukan nak tunggu kami! merajuk sekejap aku dengan Joe. haha. maka dengan itu, kami pun buat team sendiri. main 2 game je. kat sini lah aku janji nak jumpa dengan Su'aidah, Innz dan Kaizen. tunggu si Syahid tak sampai-sampai lagi. hish lambat la!


muka penat gila. padahal 1 game tak habis.
feewit. jangan jeles Aie main dgn ktorg. haha
KAMI.
beramai-ramai.


ramai kan? hampir separuh bowling tu dikonker oleh GengBlogger sahaja. yaaa the best lah! dah habis bowling, pergi gerak ke bazaar Ramadhan untuk carik juadah berbuka kat Dataran Shah Alam tu nanti. lepas tu berbuka kat Dataran. woahhh! ramai kot yang berbuka kat situ, bukan kami je taw. sangat meriah dataran tu ok? mungkin sebab lokasi yg dekat dengan masjid kot. aku beli murtabak (wajib, ni pon lepas paw Innz dan Kaizen. huahua), nasi lemak dengan air bandung cincau. tapi nasi lemak, makan tak sampai separuh pun. rugi! tapi naseb baik RM1.50 je. heeeeee.
sebelum berbuka. naseb sempat sampai. haha
Innz, Kaizen dan Syahid yang mengaku dirinya Hellioz.
gyahahaha~ 


dan lepas tu ke masjid dan malam pukul 9.30pm event bermula semula. tapi masa ni dah tak ramai dah. ramai dah chow lepas berbuka. malam tu cuma ada aktiviti Ice-Breaking and Sharing Session je. owh tak lupa juga prank! huahuahua. prank kat siapa? dekat besday boy lah, Yus!


ice breaking. mase ni nak sepak Yus.
prank besday boy, Yus. haha
Su, antara yg plg rapat dengan aku ;)
Eni, baru kenal dlm 2,3 hari. hehe
ijai. artis hari ini. haha
KAMI dan besday boy . TERBAIK!
sebelum pulang


terharu biru encik Yus kami wish dan prank dia. hehehehe. kitorang sayang ko taw Yus. ahakss. lepas tu terus gerak balik sebab dah nak pukul 12am kot. sampai rumah dalam pukul 1am lebeh. tak leh balek lambat, anak dara kan? huahuahua. memang SUPERB! jumpa korang lagi ye? ;)

meh usha entry KOMIK Joe ni. best!






lepas ni buka dengan SoPanass pulak.
yayy!

Friday, August 27, 2010

Dibu pulang, Teh pula pergi.

hye. salam Jumaat.
semalam I ingat, I tak maw update sampai Sabtu, lepas event Geng Blogger. tapi I update jugak, sebab I ada bad news. I tak tau la bad news ke tidak pada korang, tapi agak BAD buat I. korang tengok tajuk korang dapat  agak tak pasal siapa? tak lain tak bukan, kucing-kucing I lah. yang ada 12 - 1 ekor sekarang. kenapa minus 1? meh I cerita.

hari tu, I kecoh-kecoh Dibu I hilang. mesti la I kecoh, sebab kucing I, dapat pulak Dibu faveret semua orang. masa Dibu hilang, rindu jugak I tau. hari-hari dok tanya, "mana la Dibu pegi sekor2 aje?" tapi hari Selase hari tu, tiba-tiba mak I mesej. 
Salam. Dibu dah jumpa kat taska Eva.
Eva tu anak buah I, yang pernah I cerita dalam entry [NI]. yeayyyy! suka gila kot I. room mate I pon terkejut I tiba-tiba menjerit dalam bilik. haha maaf room mate ;) lepas tu terus rasa tak sabar nak balik rumah sebab nak jumpa Dibu si Gebu. 

tapi, bila I balik, dapat pulak berita lain. Teh, anak kucing yang lain, yang berwarna putih tompok oren sikit-sikit, MATI =______= tapi I memang dapat agak dia nak mati, sebab dia sakit. lepas tu langsung tak nak makan. sumbat makan pun tak mau. si Ibu, Ayu tak reti pulak nak menyusukan anak dia tu. bagi ubat dan bagi vitamin, tak lut. sedih. tapi sekarang I risau kalau sakit dia berjangkit ke anak kucing lain, I harap sangat tak. I nak anak kucing I semua sihat-sihat. dugaan jugak jaga kucing ni kan? 

Teh yang atas tu. yang tak nampak muka, yang ada tompok sikit tu.
dengan harapan, Teh tenang di sana. maafkan kami sekeluarga andai terabaikan kamu. sob sob. yang lain, membesar dengan sihat ye!



dulu 8, sekarang 7 anak kucing.
keje dok kira anak kucing je.

Thursday, August 26, 2010

Gathering Buka Puasa GengBlogger 2010

hye. salam Khamis.
klik pic for event in FaceBook
hari ni aku nak balek normal, iaitu penggunaan bahasa "aku, kau" sahaja macam biasa biasa dok bercakap. hehehe. sekali sekala nak buang tebiat, hari-hari sama pun bosan jugak kan? ;) okay, entry kali ni nak cerita tentang event buka puasa yang dianjurkan oleh 1 of top blogger lah jugak kan, iaitu Joe. jangan kata tak kenal? ngahahaha! sedikit info tentang event buka puasa ni :
Tarikh : 28 Ogos 2010 (Sabtu)
Tempat : Plaza Alam Sentral & Bazar Ramadhan & Dataran Shah Alam @ Masjid Shah Alam
Masa : 3-11 Malam 

Tentatif :
Plaza Alam Sentral
3.00-3.30 : Pendaftaran
3.30-5.00 : Bowling Merdeka GengBlogger (pilihan-pemain atau pemerhati)
Bazar Ramadhan
5.00-6.30 : Acara Sampingan 2
Dataran Shah Alam
6.30-7.00 : Group Photo dan Bergambar kenangan
7.00-7.30 : Bersiap untuk berbuka
7.30-8.15 : Makan-makan (pot luck)
Masjid Shah Alam
8.15-9.45 : Solat Maghrib + Isya + Terawikh
Dataran Shah Alam (berubah mengikut keadaan)
9.45-10.30: Aktiviti akhir
10.30-11.00: Bersurai
InsyaAllah aku akan ke sana berjumpa dengan bloggers yang lain. aku tengok kat blog Joe baru berapa orang je yang daftar. hoii bloggers lain tak mau join ke? rugi wooo tak datang. seronok! hahahaha. bila lagi nak jumpa kan kalau bukan event macam ni kan? kalau harap buat event sendiri, memang tak menjadi. hahaha! Joe kata ada penampilan istimewa untuk event kali ni. aku harap sangat Zack Zukhairi, pasal Ariff Shah jumpa dah Gath yang lepas ^____^ so apa lagi, JOM TERJAH !

kalau nak join, boleh isi form kat [SINI].


err nak bawak makanan ape ye?
=____=
tak maw update sampai da lepas sabtu =P

Wednesday, August 25, 2010

Formspring.me/eryfarieha

hye. salam Rabu.
hari ni penggunaan kata diri yang gedik, iaitu "I, U". hahaha! errr sebelum pape, sila gelak guling-guling dulu, pasal dah habis fenomena Formspring ni, baru I nak sibuk-sibuk taruk dalam blog. U all nampak kan kat atas entry ni ade Formspring? tak nampak? buto kah? ngahahahaha! 

actually I dah ada Formspring lama dah, sejak orang hangat-hangat tentang FS ni lah, tapi pernah sekejap je letak dalam blog, lepas tu tak letak dah. sebab banyak dapat soalan merepek je. malas kot nak layan =______= lepas tu, entah semalam, macam mana entah, si Miss Caely ni tau Formspring I dan tanya soalan kat I. secara automatiknye I pun bukak lah kan Formspring I, dan godek punya godek, tiba-tiba terasa nak letak balik dekat blog I ni. ahaksss! 

so, sesiapa yang nak tanya soalan apa-apa kat I boleh la tanya. kadang-kadang ada orang request tutorial macam-macam dekat I dekat chatbox. tapi selalu I lupa nak buat sebab chatbox tu kan cepat je message hilang. rasa cam bersalah lah pulak kan, orang mintak tolong I ignore je. oho sorry to all yang kena macam tu =___= nanti tak pasal-pasal I dicop "sombong", "kedekut", ohh tak mau lah gitu kan? ;) so, here I am, kalau nak mintak tolong apa-apa, boleh request dan kalau I tau macam mana nak tolong, I tolong ye. tapi kalau I tak tau, mintak maaf ye. 
nak follow Formspring I? sila lah klik [SINI]. 



Dibu I dah balek!
esok nak balek rumah, nak amek gambar beliau.
dan cerita dekat blog ;) 

Tuesday, August 24, 2010

Kenapa Diriku Begitu Digilai Lelaki?

oh. hye. salam Selasa.
kalau dalam entry lepas, aku gune "gwa, lu". kali ni aku kan bersikap lebih skema iaitu penggunaan "saya, anda". okay, sebelum ape-ape sila gelak guling-guling dulu. sebab dalam entry ni anda akan merasakan bahawa tuan blog ini sangatlah sopan. wahahahahaha!
Kenapa diriku begitu digilai lelaki?
ataupun
Kenapa dia tu begitu digilai lelaki?
persoalan pertama tu diutarakan oleh seorang gadis biasa sahaja. dan persoalan kedua dipersoalkan oleh orang lain atau orang umum. agak-agak anda pernah tak mengalami situasi di atas? tak kiralah, anda sendiri atau mengata tentang orang lain. 

anda pernah tak melihat seorang perempuan yang luarannya biasa sahaja, gayanya pun biasa sahaja, tapi begitu ramai peminat lelaki? kalau yang cantik2 dan hot2 tu macam aku, tak payah cerita lah kan, memangla ramai peminat. memang akan ada je yang mengorat, tak kira lah apa status anda sekali pon. ini cerita tentang gadis biasa sahaja, tetapi begitu istimewa di mata lelaki. saya pun tak pasti apa yang begitu digilai lelaki itu, tapi bila difikir-fikir mungkin kerana budi bahasa gadis itu dan cara percakapan. lelaki lebih mudah tergoda pada perempuan yang cara percakapannya lembut dan berbudi kan? sebab selalunya perempuan begini, baik perangai. SELALUNYA lah ;) 

tapi kena berjaga-jaga juga dengan perempuan macam ini. selalunya gemar melayan lelaki, walaupun sudah berpunya. mungkin kerana personaliti yang lembut dan baik hati tu lah yang buat perempuan begini melayan semua lelaki, walaupun tahu lelaki itu sedang mengorat beliau. biasanya lelaki yang suka perempuan begini jenis yang setia dan sangat susah nak melupakan perempuan ini selepas layanan baik yang diterima. jadi berjaga-jaga lah dengan jenis perempuan dan lelaki begini ;) entry ini hanya entry persoalan, saya tak tahu nak menghuraikan panjang lebar tentang isu ini. 

tiba-tiba terasa nak tanya anda semua, 
betul ke saham seorang perempuan tu meningkat bila dia sudah berpunya? 
(terfikir sejenak)



sudah tiada perasaan lagi. 

Saturday, August 21, 2010

Gebu a.k.a Dibu Hilang ! ='(

hye. salam Sabtu.
okay. sentap dah habis. dah habis lama dah. tapi malas mau update entry baru. macam baru tau gwa malas update kan? haha! di bulan puasa ni, banyakkan bersabar je la. sentap lama-lama buat sakit hati sendiri je. tak gitu? so baik toksah dok sentap lama lama sangat. teeeheeeee.

ohh. hari ni gwa balik rumah. biasalah weekend kan? mesti nak balik rumah. buat siapa yang belum tahu, rumah gwa dekat Sri Kembangan, dalam 20 minit je dari UKM Bangi, tempat gwa belajar. sungguh ramai yang jeles bila gwa asyik balik. aisehhh jangan la jeles. sape suruh korang study jauh-jauh? hikhik! 

balek-balek je macam biase, p tengok anak kuceng. tengah dok tengok, tiba tiba mak gwa bagi tau,
sekor dah hilang. yang GEBU tu.
ni la Gebu. anak buah gwa sebut "Dibu"
warghhh! gwa menjerit kesedihan. lu taw Gebu adalah anak kucing faveret gwa? (gwa memang pilih kasih) Gebu juga faveret anak buah gwa. faveret kawan gwa, Annis dan Ily. alih-alih Gebu hilang. gwa rasa nak menanges! (okay, gwa tipu) tapi gwa berasa sangat terkilan. dan gwa syak, ada orang culik, sebab Gebu kan gebu, comel, mesti budak2 sebelah rumah ni culik. cisss! suka hati gwa je tuduh orang. astaga~ takda sapa perlu disalahkan. kami pon bela biar berkeliaran luar rumah aje. so possibility untuk hilang memang tinggi. tak larat beb nak jaga beria-ia 12 ekor! hilang sekor, masih ada 7 ekor. setiap kali gwa keluar melayan mereka, gwa akan bilang 1,2,3,4,5,6,7. dulu 8 T_____T dulu hilang serentak 4-4 ekor, tapi ni sekor je hilang. memang gwa pelik bin ajaib bin misteri. 

sekarang jugak tengah musim anak-anak kucing gwa kena sakit mata yang berpunca dari Mama Popok. tapi setelah diberi ubat, Alhamdulillah, masing masing beransur sihat. tapi sebenarnya bila tengok kucing gwa sakit, gwa rasa bersalah jugak. yela, seolah olah gwa sekeluarga tak jaga dengan baik T________T tapi gwa sekeluarga memangla tak dapat nak bagi layanan terbaik untuk anak2 ni sebab terlalu ramai. gwa harap, di akhirat nanti, kucing kucing yang gwa sekeluarga pernah bela, ingat pada kami. InsyaAllah.



sumpah tak sesuai aku gune "gwa, lu ".
hahahahaha!
rase cam buang tebiat >___< 

Wednesday, August 18, 2010

SENTAP !

SENTAP !
AKU SENTAP
SEBAB KAU SENTAP!

KENAPA KAU SENTAP?
TANYA DIRI KAU SENDIRI.

KAU FIKIR,
KAU PUNYA SENTAP JE.

AKU?
ORANG LAIN?
PUNYA SENTAP,
KAU FIKIR?

SO FIKIR FIKIR KAN LAH!


lama tak mencapub. kah kah!


jaga hati sendiri.
jaga hati orang lain.
berhati-hati nak hidup.
(dah lama tak buat entry meluahkan perasaan ni!)

Monday, August 16, 2010

We are the So Panass!

hye. salam Isnin.
tadi check akaun Nuffnang. oh hampa. masih tiada Buffered Earning baru yang melekat. sungguh hampa. dan jeles juga kerana orang lain B.E dok melekat aje. kesian blog aku ni. dah tak laku ye? sob sob sob. earning pon sikit benau naik. haish. takpe2, bukan rezeki aku. think positive ;)

back to topic. So Panass! korang rasa korang pernah quote ni dekat mana? cuba teka cepat! sapa dapat teka aku bagi hadiah. hadiah dia, trafik free ke blog korang oleh aku. wakakakaka. opsss, jangan marah! quote "So Panass" tu diambil dari filem Pisau Cukur, yang Fazura berlakon tu. so gedik kan? ahakss. jadi disebabkan kegedikan itu, kami ambil quote itu untuk menamakan Geng kami ini. so dalam entry kali ni, aku saja nak promo blog So Panass ini dengan ahli-ahlinya sekali. wahh, ahli gitu! 


begini lah rupa blog So Panass sekarang yang diedit guna template designer shj.



nak tau pasal dia pergi blog dia la kan senang? cuma 1 je nak describe die, BISING! haha (jangan marah anis) annyss la tempat aku bergosip. ngeh ngeh ngeh. pelajar jurusan Tekno Kimia dan sudah berpunya. (anis, jgn taknak ngaku plak. haha)



beliau room mate Annyss Suzana di atas. dan kalau dah kata room mate, ada jugak la perangai sama. kehkehkeh. pelajar jurusan BioKimia dan still solo. ehem ehem.



beliau pula kawan baik kepada Annyss. satu jurusan dengan Annyss ; Tekno Kimia. dan sudah berpunya. ehek hekk. eh berpunya ke solo? huuuu~



ily, pelajar jurusan Tekno Kimia juga. dan sudah berpunya juga. lalalala ~ beliau sangat GILA movie. cuba la tanya beliau movie apa tak pernah tengok >___< 



ini coursemate aku ; Sains Kimia. beliau juga merupakan pemain gamelan tegar. haha. err beliau belum berpunya. kan Paan? lalala~ 



miss CaeLy pulak satu-satunya dalam geng ini yang course lain iaitu Sains Makanan. sangat lemah lembut orangnya. auuwwww. tapi awas, sudah berpunya. hehehe. beliau juga GILA movie seperti Ily. hehe  (gambar mata ko macam gambar mata aku la, caely)

Aini


Aini tak ada blog personal. beliau rajin menulis di blog So Panass sahaja. beliau juga coursemate saya, jadi beliau dan Farhana lah yang selalu ke kelas bersama saya. oh beliau juga pemain gamelan tegar, skali dengan Farhana. hehe. oh ye, beliau solo juga. hehe. 



eh budak atas ni comel doh. kahkahkah. ok, ini adalah aku, yang gemarkan belang-belang kaleful. blog belang-belang. tudung pun belang-belang. jurusan Kimia. hehe. oh ye, tuan blog masih single. (mati kena hempuk jap gi) hahaha kidding. taken by encik Cipot ;) 

kalau korang perasan, semua course ada perkataan Kimia kecuali Miss Caely, tapi beliau amek Makanan pun ada belajar Kimia jugak. senang cerita, semua pelajar Sains, kan? hehe. aku saja kasi tau status diorang sebab takmau korang mengorat diorang. wakakakaka. tuan blog jangan pulak nak rasa saham jatuh ke apa, sekeh nanti! hahaha. 

our friendship never reach the end. itu quote blog kami. dan kami harap, ia berkekalan. sampai bila-bila. kan kawan-kawan? sayang korang sampai mati ;) aku doakan kejayaan korang dunia dan akhirat, and so for me. love ya!



inilah yg dikatakan, indahnya persahabatan.

Saturday, August 14, 2010

Happy je walaupun sekejap.

hye. salam Sabtu.
ehem.
hati sedang berbunga riang.
sebab apa?

sebab
hari Jumaat
bersamaan 13 Ogos
aku dapat berbuka puasa dengan my dear pakcik
tapi pertemuan kami memang sekejap sangat.

pakcik gerak dari Kulim pukul 2.50 pm
sampai Midvalley dalam pukul 6.00 pm
aku pulak,
dari kolej pukul 5.30 pm
dan sampai sana 7.15 pm.
sorry dear.
tiba-tiba pulak ada program pemantapan kendiri
untuk budak-budak tak sedar diri macam ery ni.
eheks.

lepas dah selesai berbuka
kat pizza hut yang set ramadhan dia sangat TAK SEDAP
tapi habis jugak makan
(err kena saman x agak2?)
terus pakcik kena gerak balik
sebab kena balik kampung
dan saudara pakcik jemput pukul 9 pm.

x best pada mulut aku.

ohhh.
ada lah dalam sejam je kot?
tak sempat manja-manja
gedik-gedik
dengan pakcik.
(hoiii apa nih maksiat? iskk!)
lepas ni jumpa lagi ye pakcik.
miss u pakcik.
eheks.
jiwang suda~~
lepas date. try lens baru. kekek~
mase entry ni publish,
maybe aku tgh tido.
takpon da balek umah.
hehe~
jadi cam biase lah, dok rumah jarang on9 ;)

Thursday, August 12, 2010

Beza Migraine dan Sakit Kepala.

hye. salam Khamis.
hari ini seharian aku sakit kepala, dari pagi sampailah dah lepas mandi malam tadi. pagi tadi semua kelas aku lenjan tak pergi. sumpah, kepala rasa berat sangat! disebabkan tak nak orang sangka aku sengaja ponteng kelas, aku terus mesej coursemate aku bagitau aku kena migraine. 

ayu je kena migrain. aku da cam nak gila kot kena.
bayangkan je lah dari pagi kena migrain, aku puasa pulak, nak makan ubat tak boleh, jadi aku tahan je la sampai berbuka tadi. petang tadi pulak panas terik, ya Allah Tuhan je la tau camne aku sakit tadi. dulu, aku selalu cakap, aku "sakit kepala" je bukan migraine. tapi aku kerap kena sakit kepala, sampai kawan-kawan aku pun tanya, "ko ade migraine ke ery?". aku jawab, "tak tau la ni migraine ke sakit kepala biasa je." tapi bila dah selalu sangat kena, aku memang anggap aku ada migraine. tapi tak pernah check doctor pun.
dan lalu dengan rajinnya, aku pun google lah "Beza migraine dan sakit kepala". ni antara info yang aku dapat :




sumber : Info Sehat

bila tengok-tengok, aku ni macam sakit kepala ada, macam migraine ada. aih. mana satu deh? sebab aku migraine takde la sampai rasa nak muntah mual bagai. tapi, cuba usha bahagian faktor tu, bahagian migraine, point last sekali, "sebelum atau selepas haid". yess it is. lepas maghrib tadi memang aku kena period pun T____T dan itulah punca aku kena migrain. uhuhu. dan sekarang baru lega migraine aku. haish.



esok dah Jumaat.
yeayyyy!

Wednesday, August 11, 2010

Pengalaman yang semua orang mahu.

hye. salam Rabu.
masa menaip ni dah masuk 2 Ramadhan, jadi bagaimana dengan puasa pertama korang? aku okay je. petang tadi pergi bazaar dengan kawan-kawan aku, beli nasi beriani, murtabak, ayam goreng dan air tembikai je. murtabak tu untuk sahur. so takde la banyak pun kan? jimat aku ni! (padahal pegi bazaar bawak rm10 je. heh)


dulu-dulu dalam entry [INI] dan [INI], aku bercerita tentang keywords. dan apa yang boleh aku usha adalah, setiap minggu akan ada keyword masuk tentang "Pengalaman Bercinta" sejak entry pengalaman bercinta aku published on May. setiap minggu memang WAJIB ada keyword ni. serious, tak sangka ramai yang search pasal pengalaman bercinta. baik ngaku, siapa yang selalu search pasal ni? hehehehe.

woah! on 1st page google.
memang itu entry HOT la, kerana susah didapati di blog lain. hahaha. sekarang blog aku dah kurang keywords lucah-lucah sebab perkataan romen-romen atas chatbox aku dulu, aku dah buang. jadi blog ni sudah menemui kesuciannya. errr tapi kalau tengok gambar atas tu, ada jugak orang search tentang "melayuboleh klimaks blogspot com". fuhhyooo! ade ke blog gini? >________< tak sanggup ai nak search, bulan-bulan puasa ni. ngeh ngeh. 

berbalek pada topik, bercinta itu memang pengalaman yang semua orang mahu kan? siapa tak nak bercinta kan? tapi cinta yang AGUNG tetap cinta kepada ALLAH. pasti setiap korang pernah bercinta kan? siapa tak pernah mesti akan ada orang kata korang loser tapi relax, mungkin belum jodoh. even yang tengah hangat bercinta sekarang pun, belum tentu itu jodoh die. kan? atau mungkin korang sendiri yang tak nak leka dalam percintaan ni. sebab aku akui, memang kadang-kadang aku sendiri terleka dengan percintaan aku ni, tapi masih boleh diselamatkan la. heeee. lebih banyak terleka dengan Facebook, Twitter dan Blog dari terleka dengan boyfriend sendiri. haha opsss! 

ramai tanya, bila aku nak tunjukkan encik Cipot ni dalam blog ke FB ke, bukan tak nak tapi bagi aku, itu menjadi privasi aku sekarang. mungkin sesekali je aku akan bercerita tentang encik Cipot. gaduh ke bahagia ke, biar lah kami je yang tahu. tapi kan, hari-hari encik Cipot carik gaduh dengan aku. ehh tercerita pulak >____< cuma apa aku harapkan, doa dari korang semoga aku selalu bahagia dengan dia dan dia adalah jodoh ku. itu je. ^_________^ 




nak balek rumah!
nak berbuka kat rumah T___T

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan!

hye. salam Selasa.
eh dah Selasa? esok dah Rabu, makanya esok dah masuk bulan Ramadhan dan dah mula puasa. wah sekejap je kan dah nak masuk bulan puasa? rasa macam baru je raya semalam. hahahaha (ni tandanye mood raya dah datang. haha) 

jadi, di kesempatan ini, aku nak jugak ucap Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa! hahaha ucapan cliche sungguh. korang dah bersedia ke nak puasa ni? mesti esok ada yang makan sakan macam takleh makan langsung sebulan. hahaha. aku insyaAllah dah bersedia. sedia ke tidak kena puasa jugak kan? ngeh ngeh ngeh. tapi kan, aku lupa nak beli stock untuk bersahur. macam selalu bulan puasa aku buat stock roti dengan sup cendawan. tapi dah terlupa pulak, next week lah baru nak beli stok macam-macam.

alolo wat muka kesian pulak. *selingan*

bulan puasa ni kalau boleh every week aku nak balik rumah. yelah, baru nikmat berbuka. kat sini nak berbuka pun berebut-rebut. kang lauk habis la. tak ke sadis tu? T______T balek rumah dapat makan enak-enak. yummy~ ada hikmah jugak rumah dekat kan? ngeh ngeh ngeh. korang jangan jeles ye. 

sekor muka curious "tuan aku buat pe ni?"
sekor jelir lidah. hishh ape laa.
gambar kucing je kan? itu la aktiviti kalau aku balik rumah. duduk depan rumah, tengok anak kucing main sama sendiri. comel sangat! sebab tu la kalau siapa perasan aku duduk rumah jarang sangat online. kerja nak main kucing je. tak main kucing, tengok TV. hehe. sejak kucing dah semakin besar ni, perbelanjaan untuk mereka pun banyak. tapi tak bagi makan, sanggup pulak kan? dah kata pencinta kucing, jagalah selagi mampu ^____^ 

oh ye. nanti 28 Ogos Innz ada buat majlis berbuka puasa tapi sendiri support. hahahaha. kalau sesiapa nak join, boleh saja. meh usha [EVENT] ni. last but not least, JANGAN PONTENG PUASA melainkan uzur. renung-renungkan dan selamat beramal !!



tak sabar tunggu kepulangan Cipot ke KL.
mau jumpa! ;)

Friday, August 6, 2010

Tekanan dengan ringtone itu !!

perjalanan pulang ke rumah di Serdang dari UKM Bangi, petang tadi.
sedang elok mengusha lelaki-lelaki kacak di KTM,
tiba- tiba,
ada handphone berdering,
"kring.... kring"
eh silap. ada lagi ke orang guna ringtone tu?

"baby, baby, baby, ooooooooooooo,
like baby baby baby noooooooooo."

tak lama lepas itu,

"oww u woooooo,
oww u woooo,
i know you want me, i know you care."

melihat kepada pemilik handphone yang berbunyi,
sighhhh~
yang tadinya kacak, terus huduh tak kacak.
yang tadinya otai, terus jiwang,
mengikut pandangan kaca lensa mataku ini.



oh. aku tak suka JUSTIN BIBIR. 
lagi-lagi lagu BABY.
memang tekanan!!! (psycho betul aku)
dan tak suka juga lelaki yang suka lagu BABY ni.
hahahaha kau orang kisah ke aku tak suka pun? >_________<

jangan cakap tak kenal!


masih tak faham kenapa ramai suka JB?
mesti korang jawab,
"ehh suka hati aku la. susahkan ko ke?"
oke fine. takyah jawab. >_____<

ini entry suka-suka je.
toksah nak touching-touching ye. 
tak kisah pon korang suka die ke tak.
sape yang tak suka JB boleh geng ngan aku. haha



kalau dah kat rumah,
NO blogwalking.
sorry ya ;)

Thursday, August 5, 2010

Angan dah jadi kenyataan.

hye. salam Khamis.
siapa yang dah follow blog aku ni bukan main lama, ade siapa tak ingat aku pernah buat entry tentang lagu "cukup indah - alif satar" ? kalau tak ingat, meh kasi klik ini [LINK] untuk refresh memory korang. ayat aku dalam entry aku tu berbunyi begini ;
"berangan kiranya ada orang nak tujukan lagu ni utk aku.
suwweett gilaa. boleh kencing manis."
err bab kencing manis tu aku taknak la jadi kenyataan T_____T dan malam tadi, he dedicated this song for me, secara live on phone. dengan gitar bagai. hahaha. die taktau pun aku suke lagu ni. aku pun tiba-tiba teringat aku pernah post pasal lagu ni. kenapa dia dedicate lagu ni kat aku? pasal aku tengah sedikit moody. takdak mood je nak cakap dengan dia pun. dia nyanyi je, terus tersenyum. walaupun suara tu ade ke laut jugak, tapi tetap sweet. hahahahaha. 
eh awak, terima kasih ye. u know how to make me smile. ^______^ 



boleh tidur dengan tenang.
walaupun esaimen tak siap lagi.
heh.

Tuesday, August 3, 2010

Epilog Syurga Cinta - hebat sangat ke?

hye. salam Selasa.
mia sara sangat comel!
kenapa macam tak best sangat eh? mungkin terlalu awal nak judge kan? aku bukan nak judge jalan cerita tapi pelakon die. kenapa semua pun nampak kekok je? Zizan Nin bawak watak sosial macam tak berapa nak menjadi. sedangkan Zizan Nin antara top pelakon jugak kan? watak si Fida tu aku boleh terima la kalau die kekok ke ape kan, sebab dia pun bukan asalnya berlakon, asalnya Pengacara. kira new comer la dalam bidang lakonan ni. watak si Intan Ladyana tu lagi la lawak. hahahaha. gedik tak menjadi. adoi doiii. kalau bagi aku menggedik pun lagi jadi kot. OPSS! hahahahaha. watak tambahan pulak ramai pelakon baru, lagi la kekok.
itu komen aku untuk awal cerita ni. dia punya aura tak kuat macam Adamaya dulu. tak hangat. mungkin aku takde la hari-hari nak turun tengok TV macam Adamaya dulu. kalau rasa bosan, tengok la. kalau tak, tengok online je la kot. ngeh3. ape pulak komen korang? memang cerita camni akan dibandingkan dengan movie. pada aku memang movie lagi best sebab Awal lagi best berlakon. pastu adik Haziq pulak lagi petah dan kelakar dari Mia Sara. 

Awal kachak! Heliza cantek! Haziq comel!



asal status 'Geli-geli' aku bertukar ke 'Ordinary'?
ni tensen ni!
(sedang menungu reply dr Nuffnang) 

Monday, August 2, 2010

Persahabatan Itu Terlalu Indah.

hye. salam Isnin.
okay, hari ni ada 1 kelas je, pukul 8 pagi tadi, Kimia Organik III. lepas tu pukul 12 tengah hari pulak ada appointment dengan dentist untuk menampal lubang-lubang di gigi ku. "banyak lubang." kate dentist itu masa pertama kali berjumpa dia. yup, memang banyak lubang. kat empat-empat bahagian atas bawah gigi aku ade lubang. haish. salah siapa ni? >_________< sempena Friendship day semalam, ada story sikit tentang friendship. 
hari-hari adalah hari persahabatan.
Persahabatan itu terlalu indah. itu pada pendapat aku. dulu, masa sibuk bercinta dengan 1st love aku, aku tak pernah kisahkan hal perihal kawan ni, sebab aku memang tak ada rapat dengan sesiapa. masa tu aku ingat boyfriend aku lah peneman aku selain dari family aku. tapi hal-perihal percintaan aku tak pernah ceritakan kepada family aku. bila aku putus, si lelaki bukan lagi peneman aku. dan yang sentiasa menjadi peneman aku adalah kawan aku.
aku mula rapat dengan kawan-kawan since aku masuk UKM. seseorang yang aku jumpa sangat caring dan membuat aku berasa persahabatan tu sebenarnya indah. sejak dari itu, aku belajar menghargai kawan-kawan di sekeliling aku. tapi aku juga manusia biasa. kadang-kadang terlalai dan terabaikan kawan sendiri. bila dapat kawan baru, aku terlalu mudah obses dengan mereka sehingga terlupa yang lama yang sentiasa ada untuk aku itu.
i hate this. tolong cantumkan pls!
bila terjadi begini, mula lah terasa hambarnya persahabatan kami. aku tau aku salah, tapi aku takut juga mahu face to face. (I'm such a loser!) setiap hari aku berfikir dan berfikir. dan sedih seorang diri. akhirnya, aku cuba juga untuk berbincang. sebab aku sayangkan dia. aku sayangkan persahabatan kami. dan dia memang kawan yang baik. dan kami sudah berbaik semula. semuanya hanya salah faham dan kami atasinya dengan baik.
kesedihan kerana sebab persahabatan adalah lebih teruk dari diputuskan cinta. itulah yang aku rasai. bila ada mulut yang laser bercakap tentang kitorang, itu sungguh khianat! nasib aku taktau siapa yang cakap camtu, kalau tau .............. (abaikan) tapi kerana dia sahabatku, dia mengerti keadaan ku. 
last but not least, u know who you are. i want u to remember this ; 
u're the greatest friend ever. i don't wanna lose u. i'll always be by ur side. insyaAllah.
persahabatan itu terlalu indah. 



aku rindu mau lepak sama kamu.
rindu juga sama geng So Panass!
rasa cam da pernah wat entry pasal friendship, tapi xpela. 

Sunday, August 1, 2010

Akhirnya, di bilik sahaja.

hye. salam Ahad.
okay, seperti yang digembar gemburkan dalam entry lepas, sepatutnya ade 2 events yang aku nak datang. PICNIC atau SUKANEKA? dan akhirnya ..................................


Dua-dua events aku tak pergi!


sebabnye :
tak pergi picnic sebab takde transport ditambah pula dengan geng ramai tak dapat gi. so akhirnya cancel plan, maybe next event kitorang join ^___^
tak pergi sukaneka sebab tak bangun pagi (boleh diterima tak sebab ni?) hahaha. memang nak gi, dah siap tanye Annis semua, tapi malangnya, tak terbangun jugak pagi tadi walaupun setelah dikejutkan pakcik Cipot. sorry ye Annis, sorry ye pakcik Cipot. eheks

oh ye. Sabtu semalam aku pergi tengok wayang dekat Mines dengan si Achu dengan anak sedara die. pergi tengok cerita Inception. yeahh dapat gak tengok! tiket aku dah book awal-awal sebab takot penuh. dan biasa la kalau book, mesti seat depan-depan kan? hohohoh. takpela, janji dapat. sebab masa kitorg kutip tiket pukul 2pm pun Inception kul 3.30pm dah full. kalau main redah dan beratur panjang lagi, memang tak dapat ler. 
Leonardo D caprio ni da nampak tua sangat. ngeh3. 
aku memang tak reti buat review. setengah jam pertama tengok aku macam mengantuk gak la, tapi lepas tu terus segar balek. yelaa, cerita ni kan pening pening sikit. so kena berfikir sikit kalau nak faham. akhirnya, aku takde la faham 100% pun. hahahahaha. die ade berapa mimpi dalam mimpi? aku kira semalam macam 5 mimpi. betol ke tak ek? ke salah kira? haha! dalam cite ni pun ade sebut pasal "If I Jump" kan? memang aku teringat skrip Titanic dulu dulu, "U jump, I jump." hahahaha lawak! ^_____^


da dapat beli beg merah
weehuu. merah maksu!