(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Wednesday, November 9, 2011

What would Puss in Boots do?

Hyeeeeee! Assalamualaikum!

Wah. Lama sudah tak update. Well, kali ni update pon sebab PUSS IN BOOTS! Dah lama menantikan filem ni, serious ! Takkan korang tak kenal kot PUSS IN BOOTS? Kucing yang comel, lincah, bijak dan macam-macam lagi lah. Dalam masa 2 minggu lagi, akan ditayangkan di Malaysia. I'm damn excited ! ^^

  Puss in Boots

Haa pernah tengok kan? Dia lah yang dalam SHREK tu. Kucing yang sangat adorable, tapi sangat licik mempermainkan orang! Well, itu lah perangai kucing ^^ 

Adorable much? ^^

Kali ini Nuffnang anjurkan contest Premiere Screening for Puss In Boots (walaupun selalu tak ada luck nak dapat tiket free) , tapi nak juga aku cuba nasib. Huehue! 

Soalannya : Tell us how you would defeat the bad guys if you were Puss and Kitty Softpaws. (Beritahu kami bagaimana kamu akan melawan manusia jahat jika kamu adalah Puss dan Kitty Softpaws)

Jawapannya : 
Bagi seekor kucing, kecomelan mereka adalah perkara yang memang akan membuat musuh lemah dan cair. Jadi, Puss dan Kitty Softpaws harus menggunakan kecomelan mereka bagi menumpaskan lawan. 

Selain kecomelan mereka, mereka juga harus licik dalam membuat sesuatu perkara. Harus sentiasa pantas. Disebabkan boots yang dipakai Puss merupakan 1 trademark, maka boots yang dipakai harus menarik dan memudahkan kerja Puss. 

Kitty Softpaws adalah kucing betina yang menjadi pasangan Puss untuk menentang manusia jahat. Kitty Softpaws dikira tulang belakang lah untuk Puss, dan harus memberikan kerjasama terbaik kepada Puss dengan mengekalkan keseksian beliau, dan membantu Puss bila diperlukan. 

Mereka kecil, tapi sebenarnya mereka ditakuti ramai. Kucing mempunyai senjata tersembunyi (kuku) yang hanya dikeluarkan bila perlu. Jadi, jangan buat mereka marah, jikalau tidak, anda pasti diserang! 

This is my Puss, but not in boots. Mihihihihih~ *credit to Abang aku*

Jadi itu sahaja. Harap-harap aku adalah nasib baik untuk tayangan kali ni. ^^ Cerita kucing-kucing ni memang kegemaran aku! 

Sekian, wassalam !

Friday, October 14, 2011

Review : The Thing

Hyeeeeeee. Assalamualaikum!

Lama tak update. Pheww! Hari Selasa lepas, aku pergi Midvalley for Preview Screening The Thing. Thanx to Akmal Seksi sebab pass tiket tu ke aku sebab dia tak dapat pergi, ada kelas. Kihkihkih. Dapat 1 pair tiket, aku pergi dengan Abam lah, sebab Abam dekat je dengan Midvalley. Huehuehue! By the way, cerita ni dah mula ditayangkan di pawagam seluruh negara. Ewah, macam iklan -____-

The Thing
Genre : Horror-Mystery-Sci-fi

Mula-mula aku pon tak pasti cerita apa ni. "Thing" apa tu pon tak tau. Rupa-rupanya cerita tentang Alien. Mereka tak tau namakan benda tu apa, so jadi la "The Thing" je. Herherher! Sebelum aku bagi review aku, meh baca sinopsis dulu.
Synopsis
Antarctica: an extraordinary continent of awesome beauty. It is also home to an isolated outpost where a discovery full of scientific possibility becomes a mission of survival when an alien is unearthed by a crew of international scientists. The shape-shifting creature, accidentally unleashed at this marooned colony, has the ability to turn itself into a perfect replica of any living being. It can look just like you or me, but inside, it remains inhuman. In the thriller THE THING, paranoia spreads like an epidemic among a group of researchers as they’re infected, one by one, by a mystery from another planet. Paleontologist Kate Lloyd (Mary Elizabeth Winstead) has traveled to the desolate region for the expedition of her lifetime. Joining a Norwegian scientific team that has stumbled across an extraterrestrial ship buried in the ice, she discovers an organism that seems to have died in the crash eons ago. But it is about to wake up. When a simple experiment frees the alien from its frozen prison, Kate must join the crew’s pilot, Carter (Joel Edgerton), to keep it from killing them off one at a time. And in this vast, intense land, a parasite that can mimic anything it touches will pit human against human as it tries to survive and flourish.
*Copy paste je sinopsis* HAHAHAHAHA. Dan sekarang korang layan pulak trailer dia.


Review dan komen:
Bagi aku, jalan cerita movie ni agak membosankan. Boleh predict apa akan jadi seterusnya. Tapi lainnya cerita ni, sebab dia takde hero, tapi ada heroin iaitu Kate. HAHAHA. "Thing" yang mereka jumpa kat Antartika sana tu, memang ganas dan spesis membunuh. Bukan setakat membunuh, tapi mampu immitate (meniru) sel lain, contoh sel manusia. So secara fizikal, dia akan muncul sebagai manusia, tapi bila dah terjumpa mangsa lain, dia akan berubah jadi "The Thing" dan makan mangsa yang lain. Dan benda ni berjangkit, dan sorang-sorang akan mati. Sama ada mati kena makan The Thing, atau mati kena bakar sebab disyaki akan menjadi "The Thing".  Akhirnya, cuma Kate (Ahli Paleontologi) je yang terselamat. 

Simple kan review aku? Sebab ceritanya pon simple. Kalau nak tau lebih jalan cerita dia, korang tengok lah sendiri kat pawagam. Tertidur jangan salahkan aku. HAHAHAHAH. So secara overall, aku bagi 2/5 stars. Next movie : Paranormal Activity 3. YES! Wajib tengok. Thanx to Akmal again, sebab pass ke aku lagi. HIHIHIHIHI. 

Sekian. Wassalam!



Bulan ni bulan seram ke apa?
Semua nak cerita seram je T____T

Friday, September 16, 2011

Review Filem LIBAS

Hyeeee. Assalamualaikum!

Okay, pada hari Rabu lepas (14 September) , aku pergi ke Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media untuk filem LIBAS. Terima kasih kepada BeanMoreno sebab bagi tiket kepada aku, dan thanx to Kak Zarien sebab bagitau aku pasal tayangan ni. HEHE.


Filem LIBAS adalah sebuah filem bergenre Aksi Komikal arahan Jurey Latiff Rosli di bawah produksi MDAG.  Ini merupakan filem pertama dari MDAG yang sebelum ni banyak terlibat dalam drama dan telemovie sahaja. Antara pelakon utama filem LIBAS : Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Johan RajaLawak, Adam Corrie, Zek Zamri dan Yuswaisar. Bakal ditayangkan di pawagam 29 September 2011. 

Sinopsis LIBAS :

Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti… Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya.
 Trailer LIBAS :


Review dan pandangan aku sendiri tentang filem LIBAS ni :

1. Jalan Cerita LIBAS
  • Jalan cerita LIBAS bagi aku adalah menarik. Jalan cerita yang teratur, tidak buat orang pening kepala, ditambah dengan unsur humor membuatkan filem ni menjadi lebih menarik. Ada sahaja bahagian yang akan membuat korang tertawa dan tak rasa jemu dengan filem ini. Durasi filem ni adalah 2 jam. Agak lama kan? Tapi aku sikit tak terasa 2 jam tu sebab sangat best dan kelakar. Tapi filem ni bukan humor semata, tapi ada pengajaran disebalik filem ini, bagaimana mereka berjuang demi bangsa dan negara (sesuai dgn musim kemerdekaan sekarang ini), bagaimana seorang anak muda yang tidak pernah kisahkan tentang permainan tradisi ini sanggup berjuang hingga ke titisan terakhir! Untuk jalan cerita aku bagi 5/5 bintang! *THUMBS UP* 

2. Barisan Pelakon LIBAS
  • Hero filem ini adalah Rosyam Nor, lagenda negara! Heroin pula Scha Al-Yahya. Filem ini mula dibuat pada tahun 2009, yang pada masa itu zaman kegemilangan Rosyam Nor, dan dunia baru bagi Scha. Walaupun pada mulanya ada sedikit awkward gabungan Rosyam dan Scha, tapi aku sangat berpuas hati dengan lakonan mereka. 
  • Johan pula adalah penyeri filem ini. Tanpa Johan, mungkin filem ni akan menjadi satu filem yang serius, kerana kita pon kenal Rosyam Nor dengan lakonan seriusnya. 
  • Lakonan Adam Corrie, Zek Zamri dan Yuswaisar sebagai watak antagonis adalah yang terbaik! Kalau Rosyam Nor ada Johan, Zek Zamri ada Yuswaisar yang membawa watak humor. Semua adalah kelakar!

3. Teknik CGI LIBAS
  • Sepanjang menonton filem ni, ada sesetengah bahagian efek CGI adalah tidak smooth dan melampau. Tapi ini kan movie Aksi KOMIKAL, so memang akan ada part yang tidak logik. Komik/kartun ada yang logik ke? Tidak kan? =) Efek CGI yang melampau memang boleh buat korang ketawa, asalkan korang set mind korang ini filem Aksi KOMIKAL , bukan Aksi sahaja. 
  • Ini juga merupakan filem pertama MDAG, jadi mereka masih mentah dalam pembikinan filem, dan teknik CGI. Kenapa perlu dipertikaikan efek CGI yang melampau, sedangkan bila tengok Shaolin Soccer, korang mampu ketawa? Tak berkata apa-apa? =)

Oh ye, berkata tentang Shaolin Soccer, memang pengarah filem LIBAS sendiri sudah bersedia dengan persoalan itu. Beliau mahukan kelainan dalam filem industri kita, yang memang aku sendiri tak pernah tengok filem macam ni dalam Malaysia. *THUMBS UP* Bila tengok komen trailer pon, ramai dislikes dari likes. Bagi aku, aku cadangkan korang pergi tengok dulu 29 September nanti. Pasti korang puas hati ! 

Overall rating untuk filem LIBAS : 4.5/5 stars. 

4.5 stars tu tinggi, sebab sejujurnya, aku jarang bagi stars yang tinggi pada movie. Memang BEST filem LIBAS ni. SERIUS! 

Sekian. Wassalam !

Sunday, September 4, 2011

Preview Screening The Smurfs !

Hyeeeee! Assalamualaikum!

Perghh! Kemain lama baru nak update entry kan? Tapi apa de hal, The Smurfs pon baru tayang 1 September hari tu, kat seluruh Malaysia. Tapi aku dapat tengok awal seminggu dari korang semua (24 Ogos 2011). *kekening* HA HA HA ! Preview Screening ni aku dapat dari Nuffnang, alaaa hari tu kan aku ada buat entry pasal The Smurfs, so aku dapat lah sepasang tiket free tu. Teheee! Dapat sebab tak ramai join kot? HA HA HA! 

So bila aku dapat, aku ajak Kak Zarien, sebab sebelum ni dia pernah cakap, kalau dapat apa-apa tiket ajak la dia. HIHIHI. Si AkmalHilmi pon dapat. So kekonon plan la nak berbuka puasa sekali kan kat TGV KLCC sana. Alih-alih, aku dengan Kak Zarien sampai lambat. HEEE. Tak dapat join berbuka, tapi dapat la jumpa lepas tu. 

Tia, Cik Lily, PenMerah, Kak Zarien, AKU & Cik Epal. Oh ye, kameraman si Akmal. HE HE. 

HAAA. Ini lah yang terjumpa time kat KLCC hari tu. Tak sangka lak ada si Pen Merah, Cik Epal dan Cik Lily sekali. Semua ni aku dah pernah jumpa. HEE. Meriah giler kat lobby TGV tu dengan kitorang je haaa. Lagi-lagi Si Akmal la kan? Macam biasalah, mana-mana tempat pon dia kecoh. HA HA! 


HAA. Tu lah Akmal, Cik PenMerah dan Tia. 

Semua gambar ada gambar si PenMerah sebab semua guna kamera dia. HA HA! Best la HOI, sebab lama tak join event bloggers (sebab dah hilang ketegaran), so bila gather balik, rasa seronok gila, walaupun sekejap! HAHA. Kawan Bloggers antara kawan-kawan yang aku selesa sekali ^__^ 

Sedikit review The Smurfs (rating 3/5 stars) :
Menceritakan tentang sekelompok makhluk Biru, yang tinggal di alam lain. Sangat bermasyarakat. Pada satu hari, kampung mereka diserang oleh ahli sihir GarbageSmell (dibaca: Gargamel), maka mereka terus berlari mencari tempat perlindungan. Tetapi, si Clumsy terikut jalan lain dan terpaksa Papa, Brainy, Smurfette, Grouchy and Gutsy pergi menyelamatkan Clumsy, sehinggalah mereka termasuk ke dunia manusia. Gargamel dan kucingnya pon ikot sekali. Jadi, dari situ, mereka mencuba untuk kembali ke dunia mereka semula, dengan bantuan sepasang suami isteri yang secara tak sengaja terjumpa, membela dan menjaga mereka, sementara mereka mencari jalan keluar. 

HAA. Berjaya ke tidak diorang keluar dari dunia manusia ni korang kena la tengok! Still belum terlambat. Tapi apa yang aku boleh kata adalah, filem ini sangat comel dan simple! Seronok kau ketawa-ketawa. Boleh tahan sakan jugak si Tia ketawa, dok sebelah aku. HAHAHAH! 

Yang paling best, semua pon nak guna perkataan SMURFS . Contoh: I Love You = I Smurf You. LOL comel gilaaa okay? HOHO. Tak rugi pon tengok MELAINKAN korang tak suka cerita kartun/animation memang la rugi. HEH. Hari tu Rozuan kata ada nampak aku dengan Tia, tapi tak tegur pon. CISSS. 

So, have fun! ^___^ Sekian, wassalam !



Bila ada event camni la baru nak update blog, tu pon lambat. LOL 

Wednesday, August 17, 2011

Video Klip & Lirik MAX 24:7 - Cinta 24:7 .

Hyeeeeee. Assalamualaikum !

LOL. Rajin pulak aku update. Tak tau mana datang mood tu. HAHAHA. OK, kelmarin aku update pasal Boy Band named Forteen; dianggotai Jejaka-jejaka Jambu under KRU. Kalau dah KRU, mesti lah Jambu kan? Kehkeh!

Okay, sekarang nak update pasal M-pop lagi satu ni, aku tak pasti lah under recording studio mana. Tadi Taufiq kecoh-kecoh kat Twitter pasal VC M-pop ni, aku pon sibuk-sibuk la kan? So, aku pon bukak la blog Papanda ni, ada update pasal M-pop ni.

Apa lagi, aku pon layan, ERR tengok la VC tu. Starting pon dah macam apa T_____T Lagu pon tak sedap, at least Forteen lagu sedap bhai ! Errr, tengok la siapa kan, KRU kot. HEHE. Nak tengok? NAH lah, tengok lah. Kehkehkeh!




Lirik :
Dua empat tujuh ku cintamu
Dua empat tujuh ku cintamu
Apa yang kutahu, apa yang kau tahu
Waktu kecil dulu, sesama tak tahu
Apa yang perlu kau tahu (autotune)aku sudah rasa rindu
Bila kau tiada di sisiku

Menyukat tirai lama
Aku rasa tak perlu
Kini sudah dewasa kurang rasa malu
Apa yang kau perlu tahu
Aku sudah rasa rindu
Bila (autotune) kau tiada di sisi kuu (max autotune)

Ho wo wo wo (autotune)

Chorus:
Terus terang ku katakan
Aku sudah jatuh cinta
Ini semua takdir Tuhan 
Kerna Dia sayang kita

Rap:
Oh sayangku yang ku cinta
Ku korbankan oh segalanya
Dua puluh empat tujuh sepenuh waktu
 
Tiap detik bersamamu 

Sayang janjilah padaku
Cintamu oh hanya satu
Tiap jam tujuh hari
Oh baby, baby, baby, baby...

Hari Isnin, ku tahu namamu
Hari Selasa ku kenal dirimu
Hari Rabu ku mendekatimu
Hari Khamis ku merindu kamu
Hari Jumaat mendoakan kamu
Hari Sabtu mencintai kamu
Hari Ahad ku keluar denganmu
Dua puluh empat tujuh hanya untuk kamu


"Updated lyric. Entri Asal Disini Video Klip dan Lirik Rasmi Max 24:7 - Cinta | BLOG ARCX13.COM "


LOL. Tengok lah lirik dia. Hakhak. Tak nak lah aku komen lebih-lebih. Tapi aku rasa, diorang ni mesti tak tahan lama. Sebab apa? Sebab ramai, sebab macam terlalu meniru K-pop, sebab poyo (opsss!) dan bermacam sebab lagi, korang pikir lah sendiri ! Kehkeh!


Alloy, Kim, Hans, Mirul, Virgo, Imtiaz.
Fifie, A'ar, Eykal, Jaq, O'b, Tameen.

Haa. Tu lah ahli Max 24:7 ni. 12 orang kan? Tiru SuJu kan? HIKHIK. Tameen? Orang kata ala-ala nama artis Korea, Taemin. Eh yeke? Macam kicap Tamin ye la kot. EH. Ekekekekeke! Haaa korang cuci la mata tengok mana paling kacak. Bagi aku, Ariz Forteen tetap paling jambu. AUMMM~!

Apa-apa pun, 'Semoga Berjaya' Max 24:7 ! Mana lah tahu, rezeki orang kan lain-lain. HEHEHE. Sekian, wassalam !



Kenapa Ariz tak approve request aku? OH kuciwa~

Monday, August 15, 2011

Forteen - Berdua Bersatu

Hyeeeeee! Assalamualaikum!

Kahkah! Eh pe jadah tetiba gelak kan? Okay, korang pernah dengar nama band atas? Forteen. Pernah dengar? Tak. OK, meh aku kenalkan. Kenapa "Forteen" ? Umur 14 tahun ke? Magaddd, takkan kot kan? Yang tu aku pon tak tahu. Aku rasa lah, sebab band ni ada 4 orang yang mewakili "Four", dan mereka semua remaja - "Teen". So jadilah Forteen. Betul tak? Eh tu FOURteen. Tapi ni FORteen. Oh, "Untuk Remaja" mungkin? Kahkah!

Tadaaa! Ni lah Forteen.
Kiri : Izzue Islam, RizzuOne, Ariz, Ameerais. 

Amacam? Cukup Jambu? Kehkeh! Ceritanya gini, pagi tadi, macam biasa, sebagai seorang Nocturnal, aku usha lah FB sambil upload stock baru kat online shop aku. Pastu ternampak lah si Izzue ni post video band dia. Oh ye, aku dapat friend dengan Izzue kat FB sebab aku tengok dia dari cerita Cita dan Cinta. *angkat2 kening*

Atas bawah je post kitorang taw! Kekekekeke. Tapi hampa, aku tag Izzue tak dilayan. HAHA

Aku tahu memang RAMAI tak tau band ni. Aku pon secara tak sengaja tau. Band Forteen ni under KRU. So selain VIP (band Adam) ni lagi satu boy band under KRU. Haha. Aku tertarik dengan lagu diorang sebenarnya. Aku pernah dengar lagu diorang kat radio, tapi tak tau siapa nyanyi. Diorang rupanya. Sedapnya suara Ariz! *melting* Ce dengar, sedap gak lagu dia, tapi SORRY to say, diorang macam over act dalam VC ni. HUHUHU. *Update : VC diorang dari MTV, KRU dah copyright. So tak dapat nak share lagi. HUHU*




Ariz adalah yang paling jambu. Putih, bibir pink. Phewwww!~ Tapi sayang, agak "kurang" ketinggian T______T Sama tinggi je dengan Rizu OIAM. Kekekekeke. Tapi tetap comel. Wewittt !


Ariz kedua dari kiri. Merah betei bibir WUUU


Orang kata, dorang ala-ala Kpop. Eheh. Ye kot. Kot. Tapi Ariz suara dia sedap jugak. Dalam VC tu dia yang starting, sedap suara. Dia dengan RizuOne je banyak nyanyi rasanya. Hehehehe. Mesti ramai tak suka kan? Tahu dah lumrah dunia. Kehkehkeh! Okay lah, tu je aku nak cerita. Siap download video diorang lagi, nak hafal sikit-sikit gerak geri diorang. Siap ada "Peace" lagi. ^^y

Oh ye, sekarang aku agak busy handle page online shops aku. Aku dah tambah stock jual baju, bags and kasut. So you're welcome to view it - http://www.facebook.com/FamousShoppe - Oh lupa jugak nak kredit, gambar-gambar boy band ni aku ambil dari FB diorang - http://www.facebook.com/pages/Forteen/158987270829685 - Sila-sila lah cuci mata ye! Hikss!


*melting*





Sekian. Wassalam!



Baru add Ariz kat FB, approve tak eh agak2? :P

Thursday, August 11, 2011

My Favorite Smurf

The Smurfs

Hyeeeeeeeeee. Assalamualaikum !

Oh WOW ! Aku update blog? This is so amazing ! HAHAHA. Hey, tadi jengah Nuffnang, dan I was like "OMG!! Ada contest untuk tengok Premiere Screening The Smurfs!" Aku dah tunggu lama gila kot bila movie ni nak keluar. Kenapa aku nak tengok, mereka adalah makhluk biru yang comel ! 
Synopsis :
The Smurfs make their first 3D trip to the big screen in Columbia Pictures’/Sony Pictures Animation’s hybrid live-action and animated family comedy, The Smurfs. When the evil wizard Gargamel chases the Smurfs out of their village, they’re forced through a portal, out of their world and into ours, landing in the middle of New York’s Central Park. Just three apples high and stuck in the Big Apple, the Smurfs must find a way to get back to their village before Gargamel tracks them down.
LOL. Mereka tersesat ke New York and mereka perlu balik segera! Okay, ini soalan yang diberikan Nuffnang untuk dijawab. Disebabkan tajuk "My Favourite Smurf", so disuruh tulis bagaimana "My Favourite Smurf" itu akan menolong yang lain balik ke alam mereka semula? 

So aku nak jawab, My Favourite Smurf is Papa. Dah nama Papa harus yang paling tua kan? Kalau dalam poster atas, Papa yang depan sekali. Yang "HOT" sekali sebab pakai seluar merah !

PAPA !
Papa adalah yang paling tua, dan Papa lah yang paling layak lead mereka semua, kerana apa sahaja Papa kata, pasti yang lain akan turut kata. Tetapi walaupun Papa ketua, Papa masih memerlukan bantuan Smurfs yang lain untuk mereka pulang. Brainy (specky) akan memikirkan strategi bagaimana mereka mahu meredah New York, dan kembali ke tempat dari mana mereka datang (air terjun) . Gutsy akan membantu melakukan kerja-kerja fizikal kerana tubuh badan yang gagah, walaupun kecil ! Smurfette (satu-satunya perempuan) boleh melekakan musuh dengan taktik menggoda. LOL! 

Segala perancangan akan disemak dan dipastikan oleh Papa. Yang utama, mereka harus mencari jalan bagaimana kembali ke tempat dari mana mereka timbul dalam dunia (New York) itu. Good luck The Smurfs !


Jom layan trailer The Smurfs, dan korang mesti enjoy tengok binatang-binatang (binatang ke?) biru ni !


Sekian. Wassalam!

Sunday, July 24, 2011

Berhabuk !

Hyeeeeeeee! Assalamualaikum.

Phewww. Berhabuk habislah blog aku ni. Jangan risau, aku masih sihat, masih wujud lagi dalam dunia ni, Alhamdulillah. *ceh, macam ada orang carik kau, ery* Lama betul tak menaip kat sini, nak menaip apa pun tak tahu ni. Heh.

Okay, first sekali nak promo Like Page bisnes aku. Err, bisnes mungkin tak berkembang mana, tapi mungkin dengan support korang; kawan-kawan dan followers aku, mungkin boleh berkembang? Teeeheeee =D Jadi dengan ini, mintak jasa baik korang untuk 'Like' page Famous Korea Lens. *nama beria sangat Famous, padahal tak famous pon T__T *


Baru 27 yang 'Like' setakat aku update ni. Thanx banyak-banyak pada yang 'Like' !! Aku tahu sekarang dah banyak orang jual lens Korea ni, sumpah, saingan memang sengit ! Mungkin, aku kena kerap adakan promosi. Tak gitu? Habis promosi sekarang ni, akan dilanjutkan ke promosi untuk Raya pulak. Tungguuuuuuuuu !

Eh aku rasa kan kan, aku tak hebah lagi dalam blog ni kan, aku dah dapat anak buah yang kedua. Eh, ke dah? T_____T Ahh lantak lah! Anak buah aku yang kedua ni, anak kakak aku yang ketiga, anak sulung dia. Lahir bulan April hari tu, tapi aku tak ingatlah berapa hari bulan. Kekekekekeke. Maka, memperkenalkan, Muhammad Iqbal Akmal. *muhammad tu aku tak sure lah cane eja. heeee*

Gambar fresh ni. Baru lepas cuci time ni. Heeee. Merah-merah pipi. 
Ni gambar beberapa hari lepas. So umur dah dalam lingkungan 3 Bulan.  Baby botak. Kekekeke.
Mulut nganga nak apa Akmal? Nak nenen? Ashu takde. >____<

Comel kan? Ceh, baby mana lah tak comel. Baby 'besar' pon comel. HAHAHAHHAAH. Dah 2 dah anak buah aku. Anak buah aku panggil aku Ashu a.k.a Mak Su. Yelah, Mak Su lah, satu-satunya yang belom kahwin. Huehueheuhe. Bila nak kahwin? Tanya 'orang' tuuuuuuuuuuuuuu. KIKIKKIKI.

Ok lah. Panjang plak menaip. Lepas gian ke apa Ery? HAHA. Sekian, Wassalam !



Bila nak ada baby sendiri ni?
Eh? 

Thursday, July 14, 2011

Random Talks

Pernah kau bertanya, apa tujuan kau hidup di dunia?
Pernah terjawab soalan itu?
Aku, tidak mampu menjawab.
Aku tidak pasti, apa yang aku butuhkan,
dalam dunia ini.

Adakah dunia sentiasa berlaku tidak adil?
Kenapa? Tidak.
Hanya perasaan kau.

Hidup ini, terlalu indah.
Aku sehingga tidak tahu bagaimana menikmatinya.
Sehingga tidak tahu bagaimana mahu menghargainya.
Terlalu indah.

source : Tumblr

Wujudkah peluang kedua?
Tapi, kata orang, semua layak mendapat peluang kedua.
Bagaimana kalau peluang itu tidak lagi wujud?
Bagaimana?

Kenapa terlalu berdiam diri?
Kenapa terlalu lantang?
Lantas memakan diri.

Kau, kau, kau dan kau semua,
Aku sayang kau semua.
Tapi hanya boleh ditulis begini,
Tidak terungkap di bibirku.

Hidup ini terlalu singkat,
Hanya Dia tahu bila masanya,
Kadang-kadang aku takut, tapi masih alpa.

Aku sudah terlalu kelu mahu berkata-kata,
Tangisan hanya di dalam hati,
Bengkaknya hati ini.

Berilah ketenangan padaku Ya ALLAH.
Sesungguhnya Engkau berkuasa pada setiap umat.
Ku mohon Ya ALLAH, beriku kekuatan.
Amin~




speechless.......
terlalu banyak ingin dikatakan.


Wednesday, July 6, 2011

#3 Wordless Wednesday




More Wordless Wednesday entries : 







HAHAHHAHHAAHAHAHAHA 
Jambujambu !

Tuesday, June 28, 2011

Selamat 2 Tahun !

Hyeeeeeeee. Assalamualaikum!

Hah selamat 2 tahun apa benda la ni kan? Besday aku? Takkan baru 2 tahun kot? Kahkahkah. Kucing aku? Errr kucing aku dah umur 6 tahun dah. Anak buah aku? Yang 1st dah 5 tahun, yang 2nd baru berapa bulan. Habis tuuuuuuuu? *muka bengang* BLOG aku laa! Huehuehuehue. Tak sangka, dah 2 tahun dah. Errr 2 tahun 5 hari actually. Start blog dibuka pada 24 Jun 2009

Kalau sesiapa yang perasan, aku tak aktif blogging sekarang. Mana pergi passion tu, aku pon tak tahu. Dan seriously, aku rindu zaman aku mula-mula blogging dulu. Lainnya dengan dunia blogging sekarang -____- Tahun pertama aktif blogging tu lah tahun yang paling best ! Rindu jugak pada bloggers yang zaman merangkak sama dengan aku dulu. 

Banyak blog kawan-kawan aku yang dulu merupakan rakan seperjuangan (ceewah) masing-masing dah slow dalam blogging. Ada yang stop terus -____-" Rinduuu. Tapi takpelah, ramai dah bloggers sekarang, meriah dunia blog sekarang. Kalau buat gathering, kompem ramai terjah. Heh. 

Aku pulak sekarang, lebih prefer pergi small gathering dari big gathering. On the way nak pencen je ni. 1st gathering anjuran Joe, kat Putrajaya tahun lepas. Eh mana Joe? Tak nak buat gath dah? Pencen dah ke? Hihihi. Start dari tu lah bermulanya macam-macam gathering. 

Siap masuk KOSMO ok? Huuuu =) 

Tengok entry lama-lama dulu, tak sampai sepuluh je komen. Tak lama lepas tu puluh-puluh komen. Dan sekarang, back to zaman dulu, tak sampai sepuluh komen. HAHAHAHA. Tu lah dia turun naik blogging ni. Tapi tahniah untuk diri sendiri, dalam 2 tahun blog ni masih wujud, sudah bertukar domain sendiri. Hosting sendiri? Rasa macam tak perlu dah. Dah tak ada passion tu ^__^ 

So, HAPPY BELATED BESDAY my blog ! 




Ada kenangan pahit kat gambar atas tu -___-

Esok nak tengok Transformers 3! Jyeahhh !

Bowling with DynasMokhtar.

Hyeeeee. Assalamualaikum !

Cakkk ! Pelik tak tengok aku update hari lain selain Rabu? HAHAHAHAHA. Okay, saje la nak cerita kan, hari Sabtu lepas aku pergi main bowling dengan Dynas Mokhtar. Ehh bukan lah aku sorang je kan. Kalau aku sorang je, tu macam VVIP plak. Kekekekeke. Dengan Fanclub Dynas. Aku tau dan join pon sebab kawan blogger aku, Zue yang organize. Haa hebat kan kawan aku? Kekekeke. 

Bowling ni pon plan last minit sebenarnya. Aku join pon last minit. Memang tak sempat nak sebarkan apa-apa pon. Maka, aku pon macam turun je secara tiba-tiba, padahal aku tak kenal siapa pun, kecuali Zue. Naseb ada Kak Aisya, tapi dia group lain. HUHUHU. 

Venue : Cosmic Bowl Mid Valley
Time : 2pm (masa ni cosmic da mcm disco)
Tinggi sangat Dynas ni, time ni masing-masing pakai kasut bowling tahu? -__-
Group aku (Group 10) dapat no 3 weh! Untunglaa aku group dengan pemain handal. Aku memang marks paling rendah! Hahahaha -__- 
Top Scorer pon dari Group aku jugak. Haha Hebat !
Dah habis bowling, sesi bergambar kejap.
Ni je lah yang aku kenal kat situ. Naseb Aus datang, kawan sejati kan? Kihkihkih.
Kiri : Kak Aisya, aku, Aus, Zue

Tapi, sebenarnya Aus datang wat semak je. HUAHAHAHAHAH. Okay takde lah, dia lah orang terpenting untuk aku hari tu. HAHAHAH. Lepas tu datanglah jugak member Twitter aku, si Zed (@_ziedadeluna) dengan Zul (@redammoC). So lepak-lepak dulu, dah tengah malam baru sampai rumah. -___- 

So overall aku nak cakap, ni pengalaman pertama kot. So, aku macam tak tahu nak buat apa. Kehkehkeh. Kalau ada lagi next time, inshaAllah aku join, sebab at least dah ada kenalan. Hihihihi. 

Sekian, wassalam !





Oh ye, gambar semua kredit to Syuhada & Kak Aisya ;)

Kalau Nazim Othman buat camni, CONFIRM aku join! Huehuehue. 

Wednesday, June 22, 2011

#2 Wordless Wednesday


Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan.




update blog seminggu sekali T_T

Thursday, June 16, 2011

Promo : Famous Korea Lens

Hyeeeeeeeeeee. Assalamualaikum !

Disebabkan takde idea sangat nak blogging, so aku rasa nak promo blogshop aku. Korang nampak kan banner sebelah kiri ni kan? Tu blogshop aku. Maju? Tak berapa lah. Mungkin sebab kurang promosi T____T 

So to all Korea Lens lover, boleh lah beli macam-macam jenis lens cantik-cantik kat sini. Aku sendiri seorang yang gilakan korea lens. Murah, boleh tahan selama 6 bulan, tapi selesa! Kalau siapa tengok gambar-gambar aku, mesti perasan mata aku lain. Huehuehue. 

*click*

For the first time, aku buat promosi. Kalau nak tahu, sila terjah banner di atas yer! Ada macam-macam lens baru aku dah add. Nak order just isi form pada blogshop aku tu. Simple. But some lens cuma 0 power je available. So apa-apa, boleh isi form tu dulu, then aku check stok available atau tak. Atau pun, boleh PM Facebook aku. Nak add pon tak apa ^___^ 

Who else nak support bisnes aku kalau bukan pembaca blog, followers, dan kawan-kawan? *wink wink* Kalau rajin dan baik hati, boleh lah tolong promo. Heeeeeeee. Sekian wassalam !



Wednesday, June 15, 2011

#1 Wordless Wednesday

Maksud Wordless Wednesday : Pada hari rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2x description untuk explain gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan tanpa korang letak apa2x penjelasan.





Hepy Besday my dear <3 

Saturday, May 21, 2011

Komen: Nur Kasih The Movie 2011

Hyeeeeeeeee. Assalamualaikum !

First of all, nak bagitahu, aku bukan nak REVIEW tapi just nak komen sikit tentang movie ni. Kalau nak tengok review, korang google je lah "Review Nur Kasih the Movie" , mesti berlambak! Hak hak hak. *

Nak dijadikan cerita, aku memang TERUJA giler nak tengok movie ni sebab aku layan drama Nur Kasih. Ulangan pun entah berapa kali aku tengok tak tahu lah. Memang antara drama TV yang aku betul-betul layan cuma Nur Kasih. So hari Khamis hari tu, 19 Mei 2011, aku pergi tengok kat Alamanda dengan Eda

Nak tiru pose Nur Amina tu kekonon. HAHAHHAHA!
  • Kalau aku kata tak sedih langsung memang lah nampak benor nipunye. Sedih, memang sedih, sepanjang cerita pon sedih. Heh. Awal-awal aku tengok sedih lah, bila dah sepanjang cerita nak sedih je, menguap aku jadinya. Part gembira tang mana aje lah? 
  • Sedih dia pun bagi aku macam TAK SAMPAI ke jiwa. Sekadar kau sedih tengok, tapi kau tak FEEL sedih tu. Paham? Atau mungkin aku bukan jenis hati tisu? Hehhh.
  • Pertukaran dari satu scene ke scene yang lain, macam ada something tak kena. Macam tiba-tiba aje bertukar scene, tak smooth. 
  • Teknik CGI ke apa benda tu lah, yang part lelaki badan terbakar, dan kereta api meletup, nampak sangat tak real. 
  • Permandangan gambar yang agak kurang. Kat padi, Jordan semua tu. Kalau nak dibandingkan scene gambar dalam drama, cantik lagi. 
  • Terlalu banyak cerita nak diceritakan. Nasib baik semua cerita tu ada kaitan dan ada kesudahan. 

Aku rasa tu je lah kot, tak dapat fikir apa lagi. Lagi pun aku bukan pengkritik movie professional. Keh keh. Bila dah tengok, aku agak FRUST bila tak macam disangkakan. Aku komen ni bukan sebab apa, sebab aku dah tengok drama kan, so TERbuat perbandingan, even orang kata, Jangan bandingkan dengan drama. Masa aku on the way nak keluar wayang tu, ada jugak lah terdengar orang cakap, Tak sedih mana pon. See, bukan aku je kata. Hahahaha. 

Sebelum ada komen yang bebukan masuk, nak bagitau INI CUMA KOMEN AKU, lain orang lain jiwa lain komen. Boleh layan lah movie ni, takde lah sampai tak leh layan, kalau orang tanya best ke tak, aku just jawab biasa aje. Rating 3/5 stars. 

Sekian, Wassalam!



Next movie : TRANSFORMERS 3!

Friday, May 20, 2011

Our World, Their War.

Hyeeeeeeeee. Assalamualaikum!

Transformers is back! This is the last, Transformers 3 : Dark of the Moon. Hogoshhh, I really love this movie. This is a must watch movie ever! So, this time, I do really hope I will get this Nuffnang Premiere Movie's tickets, cooperating with GSC -EON Credit Card.


From the 2 options I have to choose, OF COURSE I'll choose Option A : Tell us how you would protect the world from the Decepticons, and which Autobots character you would like to transform into to protect the world.  This is our world, we lived here, so we have to protect our world, NOT to destroy it like Decepticons did! 
To protect our world, we surely have to know who is our enemy, and how to get rid of them. We must create many strategies to fight those enemies. We must have a BIG colony of defense. In a big colony, everybody must be loyal to their teams. To know the weakness of the enemies is the best to fight them. Not only their weakness, but we must also find out, what are their plans to our world, their target! 
Among all of the Autobots, Optimus Prime is the one I would like to transform. Optimus Prime always be my favourite, because he's the leader, a leader must be good in their team. He's the largest, the strongest, and he's kind to his men. World will be better with Autobots, not the Decepticons! 



Thanx to Nuffnang and GSC-EON Bank Credit Card, for organizing this awesome Premiere Screening ! Hope I'll have the luck to watch it! 

Kbai !



The last Transformers, can't miss this!

Thursday, May 19, 2011

Kenapa Lama Tak Update?

Hyeeeeeeee. Assalamualaikum!

Sesungguhnya, memang lama tak update. Tak ada orang tanya pon, so sebab tu aku macam tak pedulik sangat, sampai la semalam Liyana Aziz tanya, aku dah macam, Alamakkk, tak payah lah tunggu entry dari aku. Kecewa je nanti. Reasons kenapa aku tak update? Well, aku memang tak ada reasons kukuh, cuma sifat MALAS je ada sekarang. 

Kenapa MALAS? Sebab sekarang banyak duduk kat rumah je. Takde keluar ke mana sangat, so tak banyak isu nak diceritakan. So otak pun jadi tepu je. Tangan pun jadi kelu, eh kelu? Ke kejang? Eh? Apa-apa lah! *Alasan kau Ery, padahal twit twit rajin je. Kehkehkeh*

Yeah, that's it. Bila ada Twitter, sesungguhnya keinginan dan keterujaan nak menaip kat blog, memang dah berkurang. Asyik membebel kat Twitter je, dah lepaskan semua cerita kat Twitter, dah jadi nothing lah nak cerita kat blog. Hahahaha!
Click kalau nak folo Twitter  ;)

Best ke Twitter? Entah kenapa aku rasa Twitter lah paling best, tapi kadang-kadang jemu la jugak. Tapi jemu-jemu pon, takde lah tinggal berminggu, even berhari pon tak tinggal Twitter. Hahahahaha! Apa bestnya Twitter? Entah lah, mungkin sebab kau boleh nak bebel apa pun, tanpa harap orang comment macam status FB? 

Macam mana nak gain ramai Followers? Ini aku tak pakar sangat even orang cakap followers aku ramai. Asalnya yang aku follow semua Bloggers, lepas tu baru ada kenal Tweeples lain, kerapkan komunikasi dengan orang berlainan, jadi, senang la nak tambah followers, KOT. Sampai lah aku digelar #TahiTwitter dan #RatuLimit sebab banyak tuit dan banyak kali kena limit! Terel tak? Kehkehkeh. 

Aku kategori mana ni? Of course BUKAN bitch & newbie. Hurmmm

Tajuk macam tak kena dengan entry pulak. Tajuk pasal kenapa tak update? tapi entry pasal Twitter, kira macam Twitter penyebab tak update? Kah kah kah. Aku tengok blogger yang sama-sama naik dengan aku dulu pun masing-masing dah kurang updates. Yeahh, zaman dah berubah. Bloggers baru pun dah semakin RAMAI, so bagi lah chance kat diorang pulak. Hik hik. 

Tapi kadang-kadang terbit jugak perasaan rindu nak menaip kat blog, rindu nak lelepak dengan kawan bloggers, hurmmmmm. Akhirnya aku update gak walaupun entry NOTHING. Heh, sesungguhnya aku memang dah jadi tak reti nak menaip entry bernas. Wuuuuuuuuu T________T 

Ok bai. Sekian, wassalam!



Rindu zaman blog dedulu T__T
Nak layan Pirates dgn Nur Kasih nanti. Hihihik

Wednesday, May 11, 2011

Cinta Pertama.

Hyeeeeeee. Assalamualaikum!

Macam biasa, pesen blog update seminggu sekali, kira untung lah seminggu sekali, kekadang sebulan sekali T_____T Nak kata busy, dok rumah je. So memang aku pemalas nak update blog. Kihkihkih. Ye, memang seorang blogger yang sudah pudar ketegarannya. Bagi lah chance kat blogger baru sekarang kan? Kihkihkih. 

Topik kali ni, senang je. Cinta Pertama atau bahasa omputehnya, First Love. Mungkin ada yang dah ada pengalaman dengan 1st Love dan telah meninggalkannya, mungkin ada yang masih setia dengan 1st Love, atau mungkin ada yang belum merasai apa itu 1st Love. Kalau aku, harus lah kategori yang pertama; sudah merasa dan sudah meninggalkannya. >___< 


1st Love aku dengan seseorang (you know who you are), masa tu, kedua-dua belah pihak baru 1st time bercinta. Mungkin disebabkan itu jugak lah hubungan kitorang bertahan agak lama, 3 tahun. Masa tu aku sekolah menengah lagi. Kikikiki. Nak kira cinta monyet ke? Tak kot, sebab kemain lama bertahan. Heh. KENAPA PUTUS? Hah, tak perlu lah nak jawab. Kan?

Kata orang memang 1st love ni "the most precious moments". Ya, aku syukur dipertemukan dengan dia, walaupun tak berkekalan sampai sekarang. I admit it, relationships yang selepas my 1st love, tak pernah lebih 6 bulan. T_______T Teruk betui lahh! Kadang-kadang wujud perasaan menyesal bila teringatkan kisah lama. Tapi nak sesal apa lagi kan? Benda dah jadi, just make sure, apa yang berlaku dulu tak berulang, Insha Allah. 

Semua kenangan ni tak mungkin aku lupakan. Tapi cuma tinggal kenangan lah. Masing-masing dah move on. Tak perlu nak berdendam. Kalau dia kahwin, kalau aku dijemput, Insha Allah aku boleh je pergi, bawak la boifren sekarang kan? Kekekekekeke. Silap-silap aku kahwin dulu. Opsssss!

Entry ni memang sampah je, just teringatkan dia, bukan merindui, sebab detik bersama dia, aku tak sempat menceritakan dalam blog. Yelah, time tu aku tak jadi "blogger" lagi. Kehkehkeh. Dan aku rasa sekarang, I have really found "the one". ^___^ Jom lah layan kejap lagu First Love - Utada Hikaru ni. Memory tuh =)


Sekian. Wassalam !


Baru check FB dia, ok dia delete aku.
Huuu T___T 

Thursday, May 5, 2011

Kenduri Kahwin Blogger; K-pop Malaysia sebagai Artis Jemputan!

Hyeeeeeeeee. Assalamualaikum!

Perghhh teruja tak tengok tajuk? Hahahaha. Bukan main tahu, kenduri kahwin pun jemput artis. Bukan sebarangan pulak tu, artis K-pop Malaysia hokayy? ^___^

Alkisahnya, Isnin lepas, bersamaan 2 Mei 2011, aku dan segerombolan bloggers pergi ke kenduri kahwin Ujang dan Yana, kat Bangi. Sesampai je kat sana terus bergambar. Perghhh ini kenduri ke gathering? Kitorang je yang havoc lebih. Hahahahaha.

Sesampai terus bergambar, lapar tahu time ni. Hokhok.
Congratz Ujang dan Yana ! Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Aminnnnn~

Gambar atas tu baru segelintir kot? Sebab ada yang datang lewat lagi. Lepas dah makan-makan, sesi bergambar lagi. Phewwww. Biasa lah bloggers, mesti nak ambik gambar, nak taruk kat blog kan? Haha.

Semua blogger la ni!

Meriah gilerrr! =) 

Meriah sangat. Lepak kat kenduri sampai pukul berapa entah. Kalau tak ajak balik masing-masing tak nak berganjak kot? Hahaha. Oh ye, mana K-pop Malaysia tu? Korang tahu tak pasal K-pop Malaysia, MAX 24:7 ni? Tak tahu? Meh terjah [SINI].

ARGHH "hensem"nye semuaaa!! *pengsan*
Auchhh. 'Korea' sangat tahu?

Ehhh tapi bukan diorang yang ada masa kenduri tu taw! Haaaa, ada lagi satu band K-pop Malaysia. Dah hebah kat dunia blog dah tahu? Perghhhhh.


Nak tengok nak tengok? JENG JENG JENG !!


HAMAGADD! Yang kedua dari kanan JAMBUnyewwww! 
Mereka adalah : H-boy, Along-Boy, Halia-Boy, & Elmo-Boy.

Okay. Tu je. HOT kan diorang? Kih kih kih. Gud luck untuk album korang. Wakakakakakaw! Sekian, wassalam !

P/s : Gambar-gambar semua hakcipta terpelihara blogger lain. Boleh tengok watermark pada gambar ;)



masih geli2 mat tgk pic ni
=__=

Friday, April 29, 2011

Pertemuan dan Perpisahan.

Hyeeeeeeeeee. Assalamualaikum!

Fuhhhh! 2 minggu blog tak terupdate. Reason? Entah. Mungkin sebab busy exam? Dan sekarang dah habis exam pon. Kekeke. Mungkin sebab tak ada cerita? Mungkin sebab bosan dengan dunia blog? Mungkin, mungkin, mungkin. Ada ke yang ternanti-nanti aku update? Takde? Okay ! Keh keh keh. *takyah perasan #retis sangat Ery hoi*

By the way, dalam sibuk nak exam pun, aku masih sempat pergi memMOVIEkan diri. Kih kih kih. Pergi bermovie dengan Encik Abam aku. Siapa? Keh keh, rahsia lah! Once aku dah ready, aku bagitahu ye =) Kitorang pergi tengok movie "The Room mate"


Sedikit cerita dari aku :
Masa hari pendaftaran kolej biasa lah kan mesti dapat 1 bilik 2 orang. Jadi Sara dapat Rebecca sebagai room mate dia. Dari awal lagi Rebecca memang acting weird. Rebecca ni pulak jadi terlalu sayang dan obses dengan room mate dia sendiri, Sara tu lah. Jadi bila kata obses ni mesti lah dia terlalu menjaga room mate tu kan? Apa-apa room mate dia buat, semua dia tahu, dan dia jugak jeles bila Sara ada boyfren, ada kawan perempuan lain yang rapat dengan Sara. Dan dia akan mencuba musnahkan semua orang yang rapat dengan Sara tu. Haa takot tak takot tak? 

Nak tahu ending? Tengok sendiri lah. Kuikuikui. Tapi rating cerita ni aku bagi 3 dari 5 bintang je lah. Tak ada lah thrill dan best mana, tapi takde lah sampai membosankan. Just OK, haa camtu lah. Hekhek. Ce bayangkan dapat room mate psycho cam gini? Memang cecepat mintak pindah bilik lerr. Phewww. 

Tapi bila sebut Room mate ni, hari ni hari last aku sebilik dengan room mate aku sekarang, Yana. Kitorang jadi room mate dah 3 tahun taw. Memang dah ngam sangat, tak ada masalah pun. Kan Yana kan? *aku tahu kau baca blog aku. Kikkiki* Aku komfem akan rindu ko Yana. Sem ni aku selalu tinggal ko sesorang kat bilik, sian ko kan? Ngeeee. Thanx Yana for being ohsem room mate selama 3 tahun ni! Sob sob. Eh sedihnya. Hokhok. Nasib kau kat Rawang je, tak jauh mana pun. Kihkih. 

Geng So Panass pun, akan merindui korang! Sekarang pun dah sebak nak kena berpisah dengan korang. Annis, Yani, Sab, Ain, Fathah, Zarina, Ily, Paan, dan Yana, bakal merindui korang! All the best untuk korang semua =') Kahwin jangan lupa jemput hokkay??? ;) 

Uih sebaknye =') By the way, Abam, thanx for everything. I just hope the best for us =) 

Ni aku, kot-kot korang da lupa muka aku cane. kekekek.
Tadaa, Ncik Abam ai. Kikikikiki =P

Sekian, wassalam ! Kbai.


Gud luck Abam for exam =)
23 April .