(: Facebook Page :)

Please scroll down for link exchange ;)

Friday, December 31, 2010

Contest Facebook Aizuddin.com

Hyeeee. Salam Jumaat.
Okay, contest lagi. Hokhok. Kali ni contest hadiah apa? Domain la. Hek hek. Ok, takyah buang masa. Sila click banner di bawah ye.

Click je, takyah Right-click
Dulu aku cakap tak nak join dah contes LIKE ni, tapi kalau hadiah domain, terus tak fikir dah kata-kata tu. Haha. Ciss, tak tetap pendirian betul la kau Ery T_______T OK, Minimum 5 Likes aku dah dapat. Tapi, aku mengharapkan jasa baik korang untuk tolong vote aku. Harus lah sambil menyelam minum air kan? >____< Macam mana nak LIKE? Ok, ikut steps ye :
1. Like Facebook Page Aizuddin.com
2. Like gambar ni [Ery Farieha Misri
3. DONE !
So kalau boleh dapat jasa semuaaaaaaaaa followers, memang berjaya lah. Ceh perasan, padahal orang lain followers lagi ramai. Heeeeee. Mintak tolong ehh. Puhleeassseeeeee (merayu-rayu sambil melutut) Hikhik. Pada yang dah LIKE, terima kasih banyak-banyak koranggg! Sayang korangggg! Hiiiik. Jangan lupa taw! ;)



kena banyak-banyak promo nih.
phewww.

Penutup Tirai 2010.

Hyeee. Salam Jumaat.
Forever and ever adore Faizal Tahir.
Motif gambar Faizal Tahir? Sebab dia adalah finalis AJL 2010 yang bakal berlangsung 9 Januari 2011 dengan lagu Selamat Malam dan Hanyut. Terbaik kan masuk sampai 2 lagu? ;) Heee. Ok, Hari ni dah 31 Disember 2010. Cuti sempena kemenangan Malaysia vs Indonesia kelmarin (Rabu). Err tak terlambat kan kalau baru nak wish Tahniah kat pasukan bola sepak Malaysia. TAHNIAH ! ;) Semalam dan pagi tadi memang semua blog pun cerita pasal bola sepak, tapi aku tak baca pun. Cuma baca blog awek Khairul Fahmi je. Hahaha. Ramai betul followers dapat secara mendadak. Kau salah sorang? Tahniah. Wakakaka. Aku? Haruslah TAK follow, sebab tak perlu kot? ;)

Penutup Tirai 2010 ni aku nak cerita sedikit kenangan pahit dan manis aku sepanjang 2010 dalam dunia blog. Mention, dunia blog sahaja. Untuk pengetahuan, blog ni dah berusia setahun setengah, iaitu diwujudkan pada 24 Jun 2009. Agak lama, tapi perkembangan blog ni tak banyak pun (macam tuan blog gak la). Haha. 
  • Followers yang bertambah-tambah.
Alhamdulillah, boleh tahan ramai jugak pengikut blog ni. Tak perlu lah bagitau berapa sebab aku pun dah hide widget followers, so kalau aku bagitau, tak guna la hide kan? Hehe. Tapi takde lah ribu riban, juta jitan. Dan boleh dikatakan MOST OF THEM adalah perempuan. Yeahh, tak dinafikan memang perempuan lebih gemar ikut-ikut ni berbanding lelaki. Setuju? Angguk je! Haha. 
  • Loyal Readers.
Alhamdulillah jugak, blog ni dah sampai ke satu tahap yang ada loyal readers. Tak kisah lah, silent readers atau readers yang suka ngomen ngomen. Kalau dilihat dari Top Commentators bawah blog ni, memang berubah-ubah. Tapi Achu tetap berada dalam list. Tahniah Achu ;) Ada yang jenis suka mengomen, yang tu memang tak mustahil la dia tahu pasal kita, tapi ada jugak jenis silent, tak komen apa, tapi macam-macam jugak dia tahu. Macam Ieyna, siap pernah buat review pasal blog aku. Wuuu terharu taw! 
  • Mendapat komen yang agak banyak.
Sebab apa aku kata agak banyak? Sebab takde la banyak macam orang lain yang konsisten dapat komen 50++. Aku kadang-kadang je dapat, depends pada entry. Entry bosan toksah la bajet 50 orang nak komen kan? Hehe. Top entry aku pasal Contest aku, ok tak dikira lah. Entry menarik yang berjaya minat orang adalah entry Cara Blogwalking. 84 comments. Alah, 84 je pun, kecoh macam 100 kan? Hak hak. 
  • Meet up bloggers.
Aku rasa ni lah kenangan paling indah tahun 2010. Hehe. Ramai sangat bloggers yang aku dah jumpa di dunia nyata. Kalau nak list, memang banyak sangat! Semuanya bermula dari event Gatsby. Bloggers yang aku dah kenal dan selalu meet up, itu lah kawan-kawan aku sekarang. Tak akan aku lupakan korang ;) Tapi mungkin satu hari nanti aku akan pencen dari join gathering bloggers ni, sebabnya biarlah rahsia. Hihi. Terlalu banyak event aku melepak dengan bloggers ni. Korang sebagai loyal readers, mesti tahu kan? Hikhik ;) Mak aku pun, kalau tanya aku keluar dengan siapa, tahu dah, mesti kawan blog =D

1st gath Putrajaya
Big Gath TS (takyah carik aku, aku takde. hek)
  • Cash Out Nuffnang.
Mengikut payment history Nuffnang, dah 3 kali aku cash out duit Nuffnang. Tapi tak adalah sekali cash out seribu kan? Hihihik. Sekarang dah tak aktif sangat, so amount pun naik sikit je. Tapi cool je, berblog biar ikhlas kan? Ingat niat asal blogging. Awal-awal blogging tak tau pun pasal Nuffnang, dah lama baru tahu. 

Tengok, last cash out pun Jun. Dah setengah tahun tak cash out. Hahahaha!
  • Serangan anonymous.
Anonymous ni terbahagi 2 : 
1. Anon yang support anda
2. Anon yang hentam anda
Selalu orang terkena yang no 2 lah. Tapi Achu lain, dia selalu dapat anon yang no 1. Biasalah, blog baik, dapat anon pun baik la. Hihihi. Aku, kategori 1 pernah dapat 2,3 kali jugak. Tapi dah tak ingat entry mana. Kategori 2 first time aku dapat dalam entry Lisa Surihani. Biasalah, entry berkait nama artis popular kan? Ada cakap perasan la, apa la. Whatever la anonymous oii. Hahahaha. Walaubagaimanapun, kedatangan anonymous dialu-alukan. Hekhekhek. 
  • Analytics.
Kalau nak cerita analitik blog ni, agak tak konsisten. Sebab aku jarang update. Tapi alhamdulillah, ada lah dapat lebih kurang 100 unique sehari. Kalau update, adalah dapat 200+, Alhamdulillah. Tak banyak pun macam blog korang kan? Hihihihihih.
  • Dapat join Pra-tonton movie dan jumpa artis!
Hah ini pun kerana blog jugak. Kalau tak kerana aku berkawan dengan blogger, aku takkan dapat tiket pra-tonton FREE pakej sekali jumpa artis taw! Pengalaman berharga ni. Hakhak. Baru sekali aku dapat join pra-tonton ni, insyaAllah, kalau ada rezeki, ada lagi kot. Hehe. 

Masa pra-tonton filem Khurafat. Scha sangat tinggi, bukan kami yang sangat pendek T___T

Lagi apa ek? Tu je kot. Selagi larat, aku akan teruskan blogging. Thanx kepada semua yang support blog aku ni, yang sudi berkawan dengan aku ni. Tanpa korang, tak mungkin blog ni akan terus berupdate. Hehe ;) Selamat Tahun Baru 2011 ! Ok thanx, bye korunkkkkkk. 



dari blog jugak aku kenal Mr Ayie ;)
hari ni nak jumpa dia ;D
kalau ada kesempatan, akan join Joe kat Mid.

Thursday, December 30, 2010

Mengalami Masalah Tidur.

Hyee. Salam Khamis.
Sekarang, aku nak bercakap tentang tidur. Selama ni aku tak ada masalah tidur pun. Errr ada lah, masalah tidur berlebihan. Haha. Tapi itu memang sengaja nak tidur lebih-lebih. Tapi kali ni punya masalah, tak sengaja, so memang betul "masalah". Masalahnya ada lah : 
Bila aku tidur malam, dalam 2,3 jam lepas tu, aku akan terjaga. Terjaga dalam keadaan yang segar. Contoh, tidur pukul 12AM, dalam pukul 2,3AM nanti, aku akan terjaga. Dan aku akan blink-blink je atas katil. 
Itu masalah bagi aku sebab sepatutnya waktu tu kau lena tidur, tapi aku terjaga pulak. Terjaga lama jugak lah, dalam sejam dua jam. Reason aku terjaga memang takde. Macam tiba-tiba je terjaga. Nak kata nightmare, takde pun. Tapi yang memang jadi masalah, bila malam je jadi macam tu. Kalau tidur siang, amboiiii lemau je nak bangun. Pasai pa hah? Kalau tidur siang, then terjaga terus kan senang. T_____T 

Aku rasa kesian kat diri sendiri, kalau takde orang nak kesian. Sebab aku taktau punca masalah aku ni. Tidur lambat, lemau bangun pagi. Tidur awal, tu pulak masalahnya. Dah macam serupa tidur lambat jugak kalau 2,3 pagi dok terjaga. Aaaa.. bila tengok muka kat cermin, dah mcm panda, err bukan panda Arc ye. Ngeh ngeh. Yelah, ni boleh dikategori tidur tak keruan. Huhuhu. 

Macam mana ah nak atasi masalah ni? Ada orang suruh minum susu, tapi ... eden tak gemar le susu. Milo boleh la, susu? Huuuuu. Ada orang kata jugak, mungkin tak cukup penat, so tidur pun tak lena. Hurmm kena penat-penat la lepas ni ek? Kalau penat-penat kang, langsung tak leh bangun. Fuhh, lagi naya! 

Entah lah, tak tau nak buat apa T____T Penat oh hari-hari camni.


i miss you, lalalala

Saja nak sibuk war-warkan jugak, ESOK CUTI !!

Hyee. Salam Khamis.
Hari ni, aku rasa tak sedap badan, tak tau kenapa. Haishh, macam nak demam je T____T Kemalasan memang tahap super super super MALAS. Tapi, bila tahu esok cuti, terus YAHOOOOO ! Room mate aku, Yana dah bagitau malam semalam lagi, Najib tweet, kata esok cuti, tapi tetap nak tunggu masuk berita. (Errr aku ketinggalan ke? Takpela. Kehkeh)

Sumber : BERNAMA
Tadi blogwalk kat blog sape entah, dari GengBlogger. Untuk negeri Kelantan, Terengganu, Kedah and mana-mana lagi negeri yang memang dah cuti weekend hari Jumaat, diorang dapat cuti hari Ahad. Hoho, adil lah kan? Terbaik lah! Ahaks. So apa aktiviti korang? Dah la Sabtu new year kan? Errr aku tak tau lagi lah macam mana plan. Mungkin balik rumah, err mungkin tidak? Entah. Huhu, ok thanx bye!


Achu, bila nak McD? >____<

Tuesday, December 28, 2010

GiveAway Domain by KhaiZarien.com

Hye. Salam Selasa.
Last minit aku tengok blog Kak Zarien, dia nak bagi domain FREE. Okay, so last minit jugak la aku join. Nak free domain? Apa lagi, terjah je blog Kak Zarien. Klik banner bawah ni. (besar terpampang gambar Kak Zarien, hehe)


Kak Zarien soh letak gambar paling sopan. Err, aku banyak sangat gambar sopan, tak tau nak letak yang mana. Wakakakak gedik. Ok, aku letak gambar ni lah ,

Sopan kan? >__<
Sekarang kena tag 5 bloggers. 
1. Tia
2. Ika
3. Huda
4. Eazy
5. Syaz


Cara-cara join : 
1. Letakkan tajuk Entry seperti berikut –>> GiveAway Domain by KhaiZarien.com (done)
2. Letakkan banner di atas di entry anda & link kan semula ke entry ini. (done)
3. Letakkan gambar anda yang paling SOPAN di entry anda sendiri. –>> bertujuan supaya aku sendiri kenal siapa pembaca yang rajin menjenguk di sini. nati bile jumpe takde la alasan x cam la ape la kan… (done)
4. sila Tag 5 blogger lain (done)

Okay, dah settle lima-lima syarat, maka cukuplah setakat ini. Ok thanx bye.


GA domain kedua aku join. 
Macam berharap pulak, untuk blogshop aku.

Kisah Big Gathering Times Square.

Hye. Salam Selasa.
Hurm. Kalau ikutkan, aku tak nak update entry pasal Big Gath ni, sebab apa? Sebab adalah. Biar lah aku je tahu =) Tapi disebabkan link blog aku dah ada pada semua blog yang update pasal gath semalam, jadi aku kuatkan diri nak update jugak. 

Kelmarin, perjalanan dari rumah aku (Serdang) ke Times Square sangat memakan masa yang panjang, 2 jam! Harus lah naik KTM-tren, tu pasal jadi 2 jam. Kalau kereta, takdelah sampai 2 jam. 2 jam tu dah boleh sampai Ipoh kot. Tak pun Melaka =__________=" Aku gerak pukul 11am, sampai pukul 1pm. Pukul 6pm dah kena gerak balik. So dalam 5 jam je aku kat TS, dan sejujurnya aku cakap, TAK PUAS ! ='( Perjalanan pergi balik je 4 jam. Haish, memang aku cakap lah, kalau lepas ni kena ke TS naik tren, SUMPAH aku tak nak pergi dah. Penat sangat ! 

Ramai yang aku plan nak pergi sana. Huda, Ika, Eazy, Nik & the gang (Tia, Aus, Che Arm). So memang pagi-pagi aku dah dapat mesej "Ery, kau pergi tak?". Sebab malam sebelum tu, aku ada cakap aku mungkin tak komfem sebab tak berapa sehat. Tapi nasib baik pagi tu aku dah OK sikit, so aku pergi je lah. Sampai-sampai semua tengah bowling, so aku jumpa Nik & the gang kat Wendy's. Makan-makan dulu. Tapi tu pun makan tak habis sebab terlalu penat berjalan, sampai hilang mood. 

Pukul 2pm baru la gerak ke tempat bowling. Tapi Huda dengan Ika, pergi jumpa Sigg kat KFC. Lepas tu, layan lah bowling 1 game tapi lambat habis sebab 1 lane je 8 orang. Haha. Kebuluran, kepenatan bebudak lane lain tunggu kitorang habis main. Lepas tu lepak food court pulak, sembang-sembang, gosip-gosip. Masa lepak ni la Rina Salleh dengan Cik Epal datang. Tapi dengan dua-dua artis ni aku takde gambar =________=" Meh la layan apa gambar ada. Gambar-gambar ni kredit untuk Daydeck, Tia, Nik dan Mili

Antara yang ada. Ok, aku takde sbb balik awal =___=
gadis-gadis hangit. kehkeh. 
masa aktiviti membowling. yang pink tu Miss GT.
discussion for next gath by Mel. 
Milimilo. Emi cakap, Mili kembar aku. Haha. 
Kech yang segan sangat nak masuk dalam tu, padahal dah main bowling lane sebelah bloggers. Ceit!
No caption. *Hahahaha.
Howt babe!
Ni list bloggers yang hadir : (rembat dari Nik) ada yang datang awal, balik awal. Ada yang datang lambat, balik awal (aku la tu). So ada beberapa bloggers yang aku tak sempat nampak muka pon. Contohnya Zami. Huhu.

  1. Mel -  http://melromeo.com/
  2. ZueZoey http://zuezulaina.blogspot.com/
  3. Evagurl http://evagurltingtong.blogspot.com/
  4. Eazy Izzuddin - http://eazy-izzuddin.blogspot.com/
  5. PojiePooh - http://pojiepooh.blogspot.com/
  6. Azfarul http://enciksedap.com/
  7. Yutaka http://risingsunawakenmoon.blogspot.com/
  8. Aisya http://theamarylliss.blogspot.com/
  9. Amir Rayyan - http://amirrayyan.blogspot.com/
  10. Daniel Adie - http://danieldeadie.blogspot.com/
  11. Jojo Bdina - http://jojobdina.blogspot.com/
  12. Qarl http://mohdhaiqal.blogspot.com/
  13. Hizami Rahim - http://www.budaklelaki.com/
  14. Aien http://aiensepet.blogspot.com/
  15. Hazman http://hazmanfadzil.com/
  16. Kech http://www.nurhidayahyahya.com/
  17. Chaon http://mrchaon.blogspot.com/
  18. Cik Helena http://www.cikhelena.com/
  19. BeanMorenohttp://www.suterablogger.com/http://www.beanmoreno.com/
  20. Shahrul Hairy Shaharuddin http://www.shahrulhairy.com/
  21. Gadis Terbilang http://gadisterbilang.blogspot.com/
  22. Nik Mashimaro http://www.hatisamronkin.com/
  23. Hannan al qudsey http://hannan-al-qudsey.blogspot.com/
  24. CarlSamsudin http://carlsamsudin.blogspot.com/ & http://carlsamsudin.com/
  25. Encik Psychopathttp://babipunyestalker.blogspot.com/
  26. Eykameow http://eykameow.blogspot.com/
  27. Hana http://www.hanalovenest.com/
  28. Fendi http://fendidahada.com/
  29. Syida Shukor http://syidamumue.blogspot.com/
  30. Eny http://www.sickchild72.com/
  31. Mieya http://mieyabubbletalk.com/
  32. Syazberry http://syazberry.blogspot.com/
  33. Milimilo http://www.milimilo.com/
  34. Phreak-id http://www.phreak-id.com/
  35. Fariq http://www.fariqscorpio.com/
  36. Zelo http://zelo55.com/
  37. Andy Sahlam http://andyhowtt.com/
  38. Dayah Ramli http://chocolate-comot.blogspot.com/
  39. Huda Luna http://hudahyedo.blogspot.com/
  40. Ika Honey Bunny http://cutsiewootsiehoneybunny.blogspot.com/
  41. Aus http://www.ausmelankolik.com/
  42. Mohamad Zulhelmi http://anakperak.com/
  43. Che Armster http://www.chearmster.com/
  44. Tia http://crayzeebaybiey.blogspot.com/
  45. Red Linda http://redlinda.com/
  46. Rina Salleh http://inisyurgadunia.blogspot.com/
  47. Cik Epal http://cikepal06.blogspot.com/
  48. Cik Lily Putih http://www.ciklilyputih.com/
  49. Eyriqazz  http://www.eyriqazz.com/
  50. Ery Farieha http://lapinkyery.blogspot.com/
  51. Daydeck http://www.daydeck86.com/
  52. Shara  http://duniasigadisbunga.blogspot.com/
  53. Cik Platipus http://sarangplatipus.blogspot.com/
Boleh la roger satu-satu blog tu tengok dah update pasal gathering ke belum. Whatever it is, korang memang terbaik ! Pada yang tak sempat bertegur sapa tu, maaf lah. Mungkin segan. Keh keh . Next time kita tegur-tegur ya! Hehe. Ok thanx bye!



tak puas :((

Saturday, December 25, 2010

Blogger Ni Macam Takde Life, Congok Depan PC Je Kerja.

Hye koranggg. Salam Sabtu.
Hah, mesti korang tengah congok depan PC or laptop kan? Kalau tak camne korang baca post ni? Oh lupa, Iphone, Blackberry kan ada. Hehehe. Hari tu Hariz ada mengadu kat Twitter, entah apa masalah dia dengan someone, "Orang yang asyik menghadap FB, Twitter, Blog ni takde life ke?"


Aku sebagai seorang pengguna tegar Twitter, Blog dan Facebook, membantah keras statement tu. KERAS okay. Sebab apa aku membantah? Sebab bagi aku, cara setiap orang bersosial lain. Macam aku, memang dari sekolah lagi aku ni jenis suka sangat kawan dengan kawan-kawan dalam internet. Contohnya Friendster dan Myspace, yang wujud zaman sekolah dulu lah. Sebab apa? Sebab aku agak tak suka sekolah aku tu, dan orang-orangnya. Dan sebab itu, aku mencari jalan lain untuk menambah kawan. Contoh kawan-kawan zaman Myspace dan Friendster yang memang keep in touch sampai sekarang adalah Kak Fatin, Eeqa, Abang Erol, Kak Enaz, Atok, Kak Huda, dan ramai lagi la kalau nak list.

Dan sekarang, aku bergiat aktif dalam Blog dan Twitter. Sejak aku bergiat aktif dalam 2 social networks ni lah memang bertambah-tambah kawan aku. First event bloggers yang aku join adalah event Gatsby Nuffnang.  Masa ni pun tak ramai bloggers aku kenal dan tak ramai kenal aku pon. Start dari event tu lah, aku kenal ramai bloggers macam Achu, Aus, Innz, Kaizen dan lain-lain. Lepas tu baru lah ada Gathering Gengblogger, Joe organize dan seterusnya. Dan sekarang, kalau kau orang perasan banyak gila bloggers meet up. Aku salah seorang yang join.

Sekarang boleh dikatakan hidup aku memang dikelilingi bloggers sahaja. Kawan kolej, kawan U pun tak seramai kawan bloggers. Siapa yang setia baca blog aku ni, macam-macam event aku join dengan bloggers. So aku dikira takde life ke? Tak kan? =) Kadang kalau nak meet up ke apa, tweet je, tak pun wall post kat FB je bincang-bincang. Kan senang tu. Haha.

Aku join segala gathering ni selagi belum rasa bosan. Kang dah bosan, kompem aku tak join dah, dan balik-balik lepak dengan geng sendiri je. Apa yang Innz kata dalam entry ni memang ada betulnya.
well known bertambah well known .
unknown remains unknown .
Dan akan wujud grouping. Bagi aku grouping tu perkara biasa lah. Dunia blog kan besar, so harus ada grouping. Means, certain orang aje kita boleh ngam. Sedangkan hidup satu course yang setakat 10 orang pun boleh geng-geng, inikan blogger, dunia tanpa sempadan. Dan memang ramai prefer MINI gath dari BIG gath. Tapi tak kisah lah, ini pendapat masing-masing. 

Bagi aku jugak, dari dunia blog ni boleh explore macam-macam yang orang lain tak tau. Yelah, kau berkawan dengan orang dari pelbagai latar kan. Takdelah kawan kolej je, kawan kerja je. Satu kelebihan dunia blog itu lah. =) Tertarik jugak dengan entry Amar Amirah, "5 Sebab Kau Orang Tak Perlu Pergi Gathering Blogger". Click je kalau nak baca. Aku takde tergolong dalam 5 tu, so sebab tu aku PERLU pergi gathering blogger. Haha. So, kepada siapa-siapa yang menganggap blogger ni takde life, buang lah persepsi tu. Ingat, lain orang lain cara life. PEACE ! ^^




best bila jumpa blogger yang kita kenal rapat dalam blog.
dah komfem-komfem saling mengenali. hehe.
TERpanjang pulak entry ni, sorry =)

Thursday, December 23, 2010

Jemputan Ke Big Gathering Times Square.

Hye koranggg. Salam Khamis.

Pagi-pagi lagi aku bukak Facebook tengok Aus menyebarkan link. Konon nak jemput tapi tak ikhlas la tu. Sudah-sudah lah Aus. Insaf please. Hahaha. Kelmarin, Aus sibuk ajak aku pergi gathering Ahad ni kat Times Square, Melz organize. Aku pergi kalau Melz ajak. Kehkehkeh, tapi tak lama lepas tu, Melz PM aku, ajak pergi gath Ahad ni. Esoknya aku bukak blog Melz, dah ada update pasal Big Gathering ni. Nik pun dah tolong promo. Agak semangat ye korang? Ceh, padahal sendiri pun tengah promo ni. Haha. 

Boleh klik banner for more info.
Tengok kat blog Mel, masuk Cosmo World, tapi tengok dekat blog Aus, bowling. Ehh? Okay, mungkin terbahagi 2 kot. Sebab ada orang tu dia gayat nak masuk main-main dalam Cosmo World. So, dia pun ajak lah main bowling. Hakhakhak. Lagipun untuk yang tengah save budget, mungkin sesuai dengan bowling. Aku pun tengah tunggu ni bila duit nak masuk o____O Tapi aku nak main dalam Cosmo World gak, sebab tak pernah masuk lagi. Hek hek. Bayaran masuk RM37 bak kata Melz o_________O 

InsyaAllah, kalau takde aral melintang sampailah aku ke Times Square sana. Awal-awal sem ni memang takde aktviti pape lagi. Oh ye, aku dah masuk new sem ye. Sem ni ambil 5 subjek, sepatutnya 3 je, tapi lagi 2 tu paham-paham lah. Lalalala~ Siapa yang nak pergi, boleh lah contact Mel, ada email and no phone dia dalam banner tu. Mesti korang teruja jumpa Mel si tinggi ni nanti. Ekekekek. Bukan Mel je, insyaAllah Rina Salleh pemenang Gadis Melayu 3 pun ada. Hah, terbeliak mata korang baca ayat ni. Kehkeh. Dia memang blogger pun. Baru tau? Tahniah. Kehkeh. Ok, jumpa di sana ye! Ok thanx bye.


jangan malu, jangan segan.
jemput datang ye ;)

Wednesday, December 22, 2010

Pra Tonton Filem : Khurafat.

Hye. Salam Rabu.
Hari Isnin lepas bersamaan 21 Disember 2010, aku berpeluang menyertai Majlis Pra-tonton filem Khurafat lakonan Syamsul Yusuf dan Liyana Jasmay di GSC Midvalley. Terima kasih Cik Helena kerana menawarkan tiket untuk kami, para bloggers.


Filem Khurafat bakal ditayangkan 13 Januari 2011, tahun hadapan. Khurafat merupakan filem pertama Syamsul Yusuf yang berunsur Seram. Kepada mereka yang gemarkan filem bergenre Seram, mungkin ini menjadi filem wajib tayang korang tahun hadapan. Seram sangat ke? Seram sebab ramai yang tutup mata masa tengok. Eh kalau tutup mata dapat tengok ke? >___< Ni contohnya. 

Siapa ni biarlah rahsia. Hahahaha. Yang pasti LELAKI ;P
Sinopsis : Johan pulang ke kampung bersama isterinya, Aishah. Ketika pulang ke kampung, Johan telah menyaksikan satu peristiwa rasukan hantu yang terjadi pada Pak Aziz, lantas Pak Aziz terus meninggal dunia pada waktu itu juga. Bila Johan bertanya pada Pak Imam, Pak Imam kata ini semua adalah perkara khurafat yang Pak Aziz amalkan. Sejak daripada itu, kehidupan Johan dan Aishah tidak tenteram kerana sering mendapat gangguan makhluk halus. Mereka menyangka ini kerja Ana kerana Johan telah meninggalkan Ana dan berkahwin dengan Aishah, dan Ana tidak dapat menerima hakikat ini. Tetapi adakah benar semuanya kerja Ana? Nak tahu lagi, 13 Januari nanti tengok ye! 
Filem Khurafat ni memang banyak situasi mendebarkan dan mengejutkan. Ditambah dengan sound effect yang sangat superb, memang boleh buat korang melompat dari kerusi sebab terkejut. Tapi, cara hantu dia keluar agak klishe lah, macam Juon pun ada. Korang yang biasa tengok cerita hantu tahu lah kot. Hehe. Scene yang paling menarik adalah bila Johan mendukung jenazah Ana yang telah dikapankan kerana Johan dan kawannya telah mengalami accident yang menyebabkan van jenazah jatuh ke gaung. Pada masa ini mereka dalam perjalanan ke kampung Ana untuk mengebumikan jenazah Ana dan haruslah perjalanan pada waktu malam. Baru effect seram muncul. Kan? >___<

Seram tak seram dukung jenazah camni?
Dan banyak lagi scene makhluk halus tu muncul. Memang terbaik effect yang mereka gunakan. Semua nak malam, gelap gulita, samar-samar. Fuhhh. Time update ni pun malam. Heh. Boleh layan trailer ni dulu kalau tak sabar sangat nak tunggu tahun depan tayangan. Hehe.


Jadi, selamat menonton filem Khurafat ! Ok thanx bye! Oh, sebelum tu, meh cuci mata tengok gambar.

Barisan pelakon.
Liyana Jasmay cute !
Yusry KRU + Maya Karin. dua-dua sweet !
Apesal lah aku bergerak tu?
Scha, tinggi + high heels. =___=


ada beberapa gmbr aku tak upload, sbb bahaya! haha.
gmbr yg takde watermark semua gmbr dari Kak Ina.

Monday, December 20, 2010

Kecik-kecik Dah Ada Boyfriend dan Skandal.

Hye korunkkk. Salam Isnin.
Baru-baru ni aku baru dapat add kawan-kawan sekolah rendah aku time aku darjah 6. Bebudak Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak. Aku setahun je kat sekolah tu. Antara murid yang paling baru lah pada 2001 tu. Haha. Disebabkan setahun je, so bila berlakunya jejak kasih ni, tak ramai yang aku ingat. Aku ingat budak-budak kelas aku je, 6 Segar. Dan beberapa dari kelas lain. Yang paling penting memang aku ingat ex-boyfriend dan skandal aku dulu. Tak leh blahh kan? >__<

Bila aku chat dengan Ammar, dia ingatkan aku pasal si boyfriend dan si skandal. Demmm. Aku terasa sangat lawak. Darjah 6 aku dah ada BF dari budak kelas aku dan skandal dari kelas sebelah. Hahahaha ROFLOL. Memang lawak gila kalau ingat, macam hampeh pun ada =_______=" Aku dengan si BF break bila nak masuk sekolah menengah. Haha damnnn bodoh sungguh cinta monyet aku!

Cinta monyet itu indah? Maybe. Haha
Lepas tu, tiba-tiba aku terfikir. Macam mana lah aku boleh pasang sekali 2 masa dulu? Padahal budak 2 orang ni kelas sebelah-sebelah je. Ammar kata semua ni kerja dia. Dia pergi kenenkan sekali 2 orang kat aku. Hahahampeh Ammar. Tapi seriusly aku tak ingat dol macam mana aku boleh jadi macam tu. Kah kah. 

Aku ingat lagi masa besday aku, si BF bagi hadiah musical box, alaa yang bukak ada music tu. Tapi takdela couple dancing. Haha. Lama dol aku simpan, sampai sebelum aku pindah 2 bulan lepas. Tapi sekarang aku tak tau mana sebab masa nak pindah tu, mak aku kemas sebab masa tu aku kat kolej. So aku taktau la mana mak aku campak. Haha. Lagipun dah rosak box tu, dah takde bunyi sebab terjatuh. >___< 
Lebih kurang camni la musical box aku tu. Bentuk LOVE ok? Haha.
Aku pulak bagi jam pasir colourful yang kena tonggang-tonggang tu. Apa kejadah la aku bagi hadiah macam tu kat laki? =____= Macam pondan pulak bagi hadiah tu. Haha. Maklum la, takde pengalaman. Haha. Ciss, padahal sampai sekarang aku tak reti beli hadiah untuk lelaki. Hahahaha. 

Lebih kurang lah, yang jenis cantik camni. Kahkah. 
Lepas habis sekolah rendah, langsung aku takda contact dengan si BF. Sekali jumpa masa first reunion time Form 4, masa tu dia tak membesar dan meninggi lagi. Kecik je. Haha. Sekarang tak tau la macam mana rupa dia. Tak jumpa dalam Facebook. Huhu. 

Tapi dengan si skandal, kitorang tetap contact by email. Tak silap aku, dalam setahun lepas tu, si skandal pergi UK = United Kingdom dengan family dia. Stay sana. Selalu jugak berbalas email. Dia adalah hantar gambar dia, lepas tu ada sekali dia post ke rumah aku hadiah gelang dan gambar dia and family, dari UK sana. Hahaha. Tu first and last kot hadiah dari dia. Lepas tu bila dah lama-lama, email macam terbiar macam tu je. Aku add dia kat Friendster, Myspace, Facebook tapi takde bertegur sangat. Haha. Maybe sebab segan >____< Tapi sekarang dia dah tinggi dan kacak. Hahahahaha. Dia still study and stay sana. Entah balik Malaysia ke tak :( UPDATE : Skandal baru berkahwin! Baru tengok FB tadi. Ohohoho. Congratz to u & ur wife :)

Haish. Bila ingat balik kisah budak-budak ni, memang boleh buat gelak besar. Malu pun ada. Haha. Tapi anggap je la semua tu kenangan. Manis atau pahit, tak penting. Haha. Sekarang, tengah sibuk plan bila nak buat reunion. Nak buat pada cuti Chinese New Year nanti kot. Rasa tak sabar pulak. Sebab bagi aku, sekolah rendah yang ini, walaupun setahun, tapi FULL OF MEMORIES. Aku rasa kalau reunion nanti, mesti aku dan BF dan skandal jadi topik hot. Hahahah. Ok thanx bye!



cinta monyet mmg akan buat aku tergelak.
aku lega, diorang masih cam aku. haha.
hope sangat dapat jumpa si BF dan skandal. kah3.
encik kekaseh jangan jeles ek. ngeee.

Sunday, December 19, 2010

Kenduri Doa Selamat dan Besday Eva.

Hye korunkk. Salam Ahad.
Hari ni, aku dah kena balik kolej. Sem baru dah buka. Tapi satu barang aku tak kemas lagi. Terbaik kan? Memang malas duh, sebab kali ni punya cuti aku tak rasa puas duduk rumah. Tak sempat rasa bosan. Sebab apa? Sebab aku asyik berjalan je kerja. Haha. Untuk previous entry, aku mintak maaf sebab ada yang kecik hati aku tak ajak. Bukan tak nak ajak, tapi aku pun orang ajak, then ada orang belanja, so aku tak berani ajak ramai-ramai. So, aku harap korang faham ek. =)

Malam tadi, ada kenduri kecil-kecilan kat rumah aku. Kenduri doa selamat. Awal-awal aku nak cakap, SORRY sebab aku tak ajak korang. Sorang pun kawan aku tak ajak. Sebab majlis kecik je. Nak ajak ramai-ramai, takut tak cukup bajet makanan pulak. (padahal pukul 3 pagi tadi aku baru melantak nasi + ayam + udang yang tak habis tadi. haha)

Kenduri doa selamat ni sempena rumah baru. Alhamdulillah, dapat jugak abah dan mak aku beli rumah sendiri. Rumah sebelum ni adalah rumah sewa, 3 tahun kami duduk. Sebelum-sebelum tu, kami semua duduk kuarters guru sebab abah aku bekas guru. Bila dah pencen, baru lah nak merasa duduk rumah sendiri >___< Sambil buat kenduri doa selamat ni, sambut sekali besday Eva, anak sedare aku yang ke 4 tahun. Besday dia 14 Dec hari tu, sama dengan besday Norfa. Hadiah? Sorry takde sebab aku memang fail bab-bab beli hadiah untuk orang ni =____________=

Kek besday girl. 
Kek tambahan untuk santapan tetamu.
Okay, kek-kek diatas dibuat oleh kakak aku. Rasanya dulu, aku dah pernah promo blogshop dia. Kau cakap je lah kek apa, mesti dia boleh buat punya. Tak caya? Klik banner bawah. Mesti ternganga korang tengok cakes yang dia buat. Hehehe.


Lauk yang dihidangkan tadi, biasa lah, nasi minyak + ayam masak merah + sayur + daging kurma + buah tembikai. Tu semua dari caterer tapi 1 masakan dari mak aku, udang masak merah. OMG! Udang tu, memang laku sangat udang tu. Nak kata udang galah tak gak. Tapi jenis udang yang kulit keras lah, bukan kulit lembik tu. Tau apa nama udang tu? Aku taktau. Haha. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 

Anak-beranak. Ni lah kakak aku yang buat kek tu.
Sesi potong kek.
Aku suruh senyum dia wat muka tu pulak. 
Rumah family aku. 
Yeah, rumah teres je pun. Tapi doesn't matter lah. Rumah jugak. Dah cukup keluasan rumah teres untuk family aku. Adik-beradik aku semua dah kahwin KECUALI aku. (Eh apa motif aku bagitau ni? Lalala~) Okay entry ni memang nothing. Such a cliche blog perempuan update pasal kisah seharian kan? Haha nama pun perempuan. Saya perempuan, saya okay. Hakhakhak. Ok thanx bye!


minggu ni bawak baju dan baldi je lah.
weekend nanti balik rumah lagi. haha.

Saturday, December 18, 2010

Berjimba-jimba di Wangsa Walk.

Hye korunkkk! Salam Sabtu.
Ehh tertukar style "Hye" pulak. Berjimba-jimba tu seerti dengan bersuka-ria. Kot? Haha. Berjimba bersama bloggers. Ceritanya begini ...

Dirancangkan gerak ke KL sana before pukul 8PM sebab Aus selaku penganjur acara bowling kata start pukul 8PM. Oh damn. Aku mention nama kau kenapa Aus? T___T Tapi pukul 3PM Che Arm dah call nak amik aku. Time tu tengah tidur kot. Errr aku kan spesis burung hantu, tidur siang. Haha. Rupanya, dia nak pergi office Nuffnang. Disebabkan aku ikut dia, so aku turutkan aje. Sepanjang aku pernah naik kereta dengan Che Arm ni, dia suka masuk lubang jugak, macam Hamzah. Hak hak. Sebelum sampai Che Arm kata nanti nak mintak t-shirt Nuffnang kat aku. Ahhhh Che Arm tipu! (padahal aku pun terlupa. kehkeh) Che Arm sekarang tengah nak review Blackberry Curve, tu tujuan dia ke office Nuffnang.

Lepas tu sesi melepak kat NZ Curry House. Agak lama jugak aku dating dengan Che Arm gara-gara menunggu unknown yang lambat dan Tia dan Emi. Grrrr! Time ni tak payah cerita macam mana aku kena bahan. Sampai Tia pun join. Amboi amboi kau Tia. Tak nak kawan kang? Hak hak. Dah agak-agak nak pukul 8PM, baru lah semua gerak ke Wangsa Walk. Taktau lah berapa kali aku kena hujan semalam. o____O

Destinasi pertama Bowling. Yang takleh blah, nama aku dari ERY boleh jadi TIFA. Bongek sungguh. Grrrr! Aku macam biasa, TOP SCORER dari bawah. Tapi kali ni sangat teruk, sebab asyik kena sergah dengan unknown dan lain-lain. Ahh korunk jahat ! Hak hak hak. Masa bowling ni semua gelak sakan macam orang gila. Kalah orang gila ni. Senak perut dol gelak. Tengah-tengah bowling, Hamzah datang. Okay, muka dan badan dia seperti yang dijangkakan. Tapi Hamzah datang-datang je tanya soalan ni kat aku, "Kenapa kau kecik?". T_____T Kau tanya kenapa? Mana aku tau, tapi aku comel kan? Hak hak (perasan). Lepas tu Eyka dan kawan yang menjadi rebutan, Linda, Shara datang. Bowling main 2 games dan setiap lane ada 6 orang. Lepas tu camwhore pulak. Agak lama lah nak habis. Haha. Tapi memang sangat FUN okay? ;)

Antara yang hadir. haha (malas nak mention sorang2) depan aku tu sape wey? =___=
Settle bowling, kegilaan disambung ke sesi Karaoke! Kau agak sumbat lebih kurang 15 orang dalam 1 bilik memang dahsyat kan? Haha. Masa mula-mula aku rasa segan dol nak nyanyi sebab Linda, Tia, Cikhel semua suara sedap. T___________T Aku? Argh. Malas cerita. Hahaha. Tapi aku rasa kan, mic banyak dikonker oleh aku, Che Arm, Tia, Cikhel. Hahaha. Yang lain? Jadi pemerhati. Paling penting, Norfa sebagai penghavoc suasana. Tak perlu mic pada dia. Haha. Sesi karaoke 2 jam kot. Sampai agak tak larat nak menyanyi sebab ramai balik awal. So, orang yang sama balik-balik nyanyi. Si Emi dan unknown ni dah last minit baru dapat nyanyi. Kesian. Hak hak. Sekarang suara aku pun dah serak. Erghhhhh. Kenapa lah kali ni punya dangdut macam tak menjadi? Maybe sebab ramai sangat, segan der! Hahaha. 

Semangat nyanyi. Lagu ape ah? Haha

Haha nampak kan betapa fullnya bilik tu? Makanan atas meja tu tak habis pun. Aku kalau karok memang tak makan sangat. Sebab nak nyanyi sangat. Hahahaa. Dah lepas tu terus balik. Hujan lagi. Lambat sampai rumah. Uhuks. Tapi apa-apa pun, aku sangat seronok ok. Thanx bebanyak kat Che Arm sebab tumpangkan aku dan belanja karaoke. Hah, nak tanya, siapa bayar duit bowling? Tak ingat wey nak bayar balik T____T Nanti next time aku bayar ekh? >_____< Antara yang datang memeriahkan suasana tadi :
Mira (kawan Eyka)

Tu je kan? Aku ada tertinggal sesiapa ke? Eh yelah. Ada sorang ni UNKNOWN. Actually, aku ni baik hati. Unknown ni sebenarnya AUS. Hahahahaha. Semalam dia cakap tak nak mention aku dalam entry dia, so aku buat camtu gak. Tapi lastly, aku bagitau jugak lah. Kang kecik hati, block aku pulak. Hak hak hak.

Memang sangat seronok sebab semua sempoi giler! Bila dah ramai-ramai ni baru nampak masing-masing havoc. Kalau tak pendiam je semua. Hahahahaha. Terima kasih menceriakan hari-hari terakhir aku bercuti ni. Hahaha. Korang yang lain nanti jom lah lepak sekali. Kompem tak menyesal ! ;D Lepas ni aku nak buat entry pasal bloggers pulak. Korang-korang yang dah pernah jumpa aku, get ready okay? Hahahaha. Sekian thanx bye!



gambar malas upload banyak.
nak lebih gambar pergi FB Daydeck.
semua gambar kredit untuk daydeck. aku malas upload. haha.
Cikhel, Isnin nanti reserve ye cerita Khurafat tu ;)

Thursday, December 16, 2010

The Season of the Witch is Here

Hye. Salam Khamis.
Korang suka tak tengok cerita-cerita ahli sihir ni? Aku suka tengok movie pasal witches ni macam The Sorcerer's Apprentice. Hah Sorcerer's Apprentice ni siapa berlakon? Nicolas Cage kan? Aku adore lakonan dia, dan dalam movie "The Season of the Witch" pun Nicolas Cage berlakon.

Season of the witch
The Season of the Witch is Here.
Kalau cakap pasal witch atau ahli sihir, mesti ramai yang takut kan? Yelah macam-macam jampi mereka ada. Kalau aku kan, aku takut ahli sihir ni sebab :
1. Muka Kedut-kedut. Ada ke ahli sihir muda jelita? Kalau ada, tu maknanya diorang menyamar je. Rupa asal? Euww.
2. Gigi rongak dan kotor. Ahli sihir ni suka makan kemenyan kot, tu pasal gigi kotor dan rongak. Ouch!
3. Spesis karnivor. Hah karnivor kan makan daging. So tak pasal-pasal kau kena makan nanti. Haha.
4. Jampi transform ke rupa lebih cantik / kacak.
Dalam empat-empat ni, paling takut jampi tu lah. Yelah, kot dia menyamar jadi mak kau, abah kau, pakwe kau, laki kau, awek kau, kan naya je! Tapi selalunya dalam cerita, ahli sihir ni mana hidup lama kan? Hehehe. So takde lah takut mana pun pada ahli sihir >_____<  Apa tujuan post ni? Sebab aku nak tengok movie ni lah!
Synopsis : In the supernatural thriller Season of the Witch, Nicolas Cage stars as a 14th century Crusader who returns with his comrade (Ron Perlman) to a homeland devastated by the Black Plague. A beleaguered church, deeming sorcery the culprit of the plague, commands the two knights to transport an accused witch (Claire Foy) to a remote abbey, where monks will perform a ritual in hopes of ending the pestilence. A priest (Stephen Campbell Moore), a grieving knight (Ulrich Thomsen), an itinerant swindler (Stephen Graham) and a headstrong youth who can only dream of becoming a knight (Robert Sheehan) join a mission troubled by mythically hostile wilderness and fierce contention over the fate of the girl. When the embattled party arrives at the abbey, a horrific discovery jeopardizes the knight’s pledge to ensure the girl fair treatment, and pits them against an inexplicably powerful and destrustive force.

Macam cool je trailer? Genre Thriller kan? Suka sangat! So, filem wajib tonton next year kot! Tayangan 7 Jan. Tapi kalau dapat premiere screening dari Nuffnang nanti 5 Jan kan best. Hehe. Sekian thanx bye!




nampak sangat dah gila wayang pulak.
target seterusnya : TRON !

Sangap!

Hye. Salam Khamis.
Okay, dah 3 hari tak update. Bukan setakat tak update, bukak blog sendiri pun tidak. Aku pun tak tau apa kena dengan aku. Mana pergi semangat hari-hari update dulu entah? Ohh mungkin dibawa angin sepoi-sepoi bahasa kerana aku bakal kembali ke sekolah kurang dari seminggu =_____________= Barang-barang sekolah semua tak beli lagi ni. Perlu ke? Arghh tak perlu.

Errr apa la yang aku sangapkan ni. Sangap ni banyak maksud.
1. Sangap = Rindu
2. Sangap = Mengantuk
3. Sangap = Gersang
Okay, aku punya sangap lebih kepada no 3. Wow! Jangan teruja ok? Aku cuma gersang nak tengok wayang. Hek hek. Sejak aku bercuti sebulan ni, langsung takde tengok wayang. Selalu karaoke dengan bowling je. Haha. Sampai aku dah tau bakat aku dalam karaoke ni. Bukan idola kecil macam Che Arm kata tapi DANGDUT sey. Hah gelek jangan tak gelek! Opsss. Aku takde la gelek time karok lagu Dangdut, bahaya. Hak hak hak. 

Semalam Rabu kan? Korang tau apa aktiviti aku? Oh sorry, mesti tak nak tau. (nada merajuk) Tapi nak bagitau jugak, semalam aku buat marathon. Wah rajin pulak aku nak marathon2 kan? Marathon wayang der! Hahaha. Tak la marathon sangat sebab 2 cerita je aku tengok. Aku tengok dengan siapa? SORANG. Sebab apa sorang? Sebab takde geng nak tengok. Lepas tu pulak, ramai dah tengok cerita-cerita ni. Sadis tak bunyinya? Aku pergi terjah Alamanda sana sorang-sorang drive. Tegar kan? >_____<

Aku Tak Bodoh + Narnia.
Cerita "Aku Tak Bodoh" ni menyesal aku tak join Premier Screening yang Cik Helena ajak. Sumpah menyesal ! Sebab ramai kata cerita ni best, dan bila pergi tengok sendiri, yup, super duper best ! Masa tayangan cerita ni, wayang agak kosong. Haha yelah, cerita dah lama kan? Review? Malas! Tapi aku memang bagi 10 Stars untuk cerita ni. Boleh aku menjejeh dua kali. Betul punya jejeh, bukan genang lagi. Gelak tu banyak kali. Sebelah takde orang, tu emosi lebih tu. Mesej dia banyak, ada gak part aku terasa tersusuk di sanubari. Ohookss. 

Bila aku search "akutakbodoh". Gambar ni dalam Page 1. Wah. Kredit to Cikhelena
Ni la screening yang Cikhel ajak =___= (Aidi ! mana kau skrg? )

Narnia. Actually mula-mula nak tengok Rapunzel, tapi next screening pukul 3.50PM. Lama sangat aku nak tunggu mencangak kat Alamanda tu sorang-sorang kan. Makanya, aku decide nak tengok Narnia. Errr agak blur dan bosan. Rasa nak terlelap pun ada, tapi cover-cover cun sebelah aku lelaki. Kah kah. Stars aku bagi 5 je boleh? Hahahaha. 

Hensem Prince Caspian ni. Ok tu je motif gambar ni. 
Aku jeles dengan Emi, Linda, Che Arm dan lain-lain sebab selalu dapat tiket free tengok wayang. Sob sob. Sebab tu la dengan diorang ni selalu layan karok or bowling je, sebab banyak wayang diorang dah tengok. Uhuks. Sekian thanx bye!

p/s : Aus ada organize bowling Jumaat malam ni. Boleh tengok entry ni. (Insya Allah join)
p/s/s : Che Arm pulak ada organize karaoke Sabtu tengah hari. Boleh rujuk entry ni. (Tak dapat join. huks)



Sape-sape nak tengok cite Rapunzel, sila ajak aku skrg!
>___<
Joe dengan Achu, merajuk lagi ke? teeeheeee.

Monday, December 13, 2010

Kena Serang Bertubi-tubi.

Hye. Salam Isnin.
Semalam, ada bloggers meet up kat Times Square. Bila Joe update entry pun, aku orang 1st komen. 


Masih ada perkataan "Insya Allah", tapi nampaknya aku tak mendapat izin dari-Nya untuk meet up dengan bloggers ni. Pagi-pagi bangun dah sakit kepala dan ada lah lagi hal. Sampai Achu dan Wan call pun aku tak terjawab. Sorry sangat dekat Achu. Rasa bersalah jugak lah dengan dia sebab dah rancang nak pergi dengan dia. Sorry taw Achu T___________T 

Serius aku ingat macam takpela kot aku tak datang kan, takde orang tunggu kot. Tapi, terus-terus lepas diorang dah balik, aku mendapat serangan bertubi-tubi sebab tak datang. Alamak. Terus rasa terkilan dan bersalah yang menebal. Hokhok. Korang jahat taww! Awwww. Lagi-lagi Joe, dia dah merajuk awal-awal sebab aku tak datang. Hihihihik. Biasalah, selalunya ada event bloggers, aku antara yang takkan miss the chance kot. Takkan aku nak buat alasan pulak kalau aku dah semangat-semangat nak datang kan? Tak logik kan kan? ;D 

So, aku nak mintak maaf ye pada semua yang rasa geram sebab aku takde tadi. Hokhok. Siap buat entry, semangat kan aku? Kan? Hek hek. Anggap je la ni entry ketika takde idea. Hahaha (padahal memang tengah kering idea pon). Rugi woh tak datang. Ada Cikepal tu. Semua puji Cikepal nyanyi sedap oh. Rugi rugi tak datang. Hek hek. 

No komen. Haha. [Credit to Mofasad]
Katanya dalam 20 orang kot datang. Not bad lah, kata pun "Mini Gath" kan? Tu lah dia aura Joe, ajak last minit pun boleh dapat 20 orang. Hehehehehe. Kalau aku ajak, ramai tak nak datang? Keh keh, berangan lah aku. Apa-apa pun, insya Allah kita bertemu next gath ok? 22 Jan nanti. Insya Allah. (hah siap bold sebab taknak kena serang lagi kalau tak dapat datang. hohohoho) Nanti ada tak yang nak pergi event Yuna tu? Nak gi tapi macam banyak halangan pulak. Huhu. Thanx. Bye.



seminggu je lagi cuti.
arghhh =____=