Hye korunkkk. Salam Isnin.
Baru-baru ni aku baru dapat add kawan-kawan sekolah rendah aku time aku darjah 6. Bebudak Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak. Aku setahun je kat sekolah tu. Antara murid yang paling baru lah pada 2001 tu. Haha. Disebabkan setahun je, so bila berlakunya jejak kasih ni, tak ramai yang aku ingat. Aku ingat budak-budak kelas aku je, 6 Segar. Dan beberapa dari kelas lain. Yang paling penting memang aku ingat ex-boyfriend dan skandal aku dulu. Tak leh blahh kan? >__<
Bila aku chat dengan Ammar, dia ingatkan aku pasal si boyfriend dan si skandal. Demmm. Aku terasa sangat lawak. Darjah 6 aku dah ada BF dari budak kelas aku dan skandal dari kelas sebelah. Hahahaha ROFLOL. Memang lawak gila kalau ingat, macam hampeh pun ada =_______=" Aku dengan si BF break bila nak masuk sekolah menengah. Haha damnnn bodoh sungguh cinta monyet aku!
|
Cinta monyet itu indah? Maybe. Haha |
Lepas tu, tiba-tiba aku terfikir. Macam mana lah aku boleh pasang sekali 2 masa dulu? Padahal budak 2 orang ni kelas sebelah-sebelah je. Ammar kata semua ni kerja dia. Dia pergi kenenkan sekali 2 orang kat aku. Hahahampeh Ammar. Tapi seriusly aku tak ingat dol macam mana aku boleh jadi macam tu. Kah kah.
Aku ingat lagi masa besday aku, si BF bagi hadiah musical box, alaa yang bukak ada music tu. Tapi takdela couple dancing. Haha. Lama dol aku simpan, sampai sebelum aku pindah 2 bulan lepas. Tapi sekarang aku tak tau mana sebab masa nak pindah tu, mak aku kemas sebab masa tu aku kat kolej. So aku taktau la mana mak aku campak. Haha. Lagipun dah rosak box tu, dah takde bunyi sebab terjatuh. >___<
|
Lebih kurang camni la musical box aku tu. Bentuk LOVE ok? Haha. |
Aku pulak bagi jam pasir colourful yang kena tonggang-tonggang tu. Apa kejadah la aku bagi hadiah macam tu kat laki? =____= Macam pondan pulak bagi hadiah tu. Haha. Maklum la, takde pengalaman. Haha. Ciss, padahal sampai sekarang aku tak reti beli hadiah untuk lelaki. Hahahaha.
|
Lebih kurang lah, yang jenis cantik camni. Kahkah. |
Lepas habis sekolah rendah, langsung aku takda contact dengan si BF. Sekali jumpa masa first reunion time Form 4, masa tu dia tak membesar dan meninggi lagi. Kecik je. Haha. Sekarang tak tau la macam mana rupa dia. Tak jumpa dalam Facebook. Huhu.
Tapi dengan si skandal, kitorang tetap contact by email. Tak silap aku, dalam setahun lepas tu, si skandal pergi UK = United Kingdom dengan family dia. Stay sana. Selalu jugak berbalas email. Dia adalah hantar gambar dia, lepas tu ada sekali dia post ke rumah aku hadiah gelang dan gambar dia and family, dari UK sana. Hahaha. Tu first and last kot hadiah dari dia. Lepas tu bila dah lama-lama, email macam terbiar macam tu je. Aku add dia kat Friendster, Myspace, Facebook tapi takde bertegur sangat. Haha. Maybe sebab segan >____< Tapi sekarang dia dah tinggi dan kacak. Hahahahaha. Dia still study and stay sana. Entah balik Malaysia ke tak :( UPDATE : Skandal baru berkahwin! Baru tengok FB tadi. Ohohoho. Congratz to u & ur wife :)
Haish. Bila ingat balik kisah budak-budak ni, memang boleh buat gelak besar. Malu pun ada. Haha. Tapi anggap je la semua tu kenangan. Manis atau pahit, tak penting. Haha. Sekarang, tengah sibuk plan bila nak buat reunion. Nak buat pada cuti Chinese New Year nanti kot. Rasa tak sabar pulak. Sebab bagi aku, sekolah rendah yang ini, walaupun setahun, tapi FULL OF MEMORIES. Aku rasa kalau reunion nanti, mesti aku dan BF dan skandal jadi topik hot. Hahahah. Ok thanx bye!
cinta monyet mmg akan buat aku tergelak.
aku lega, diorang masih cam aku. haha.
hope sangat dapat jumpa si BF dan skandal. kah3.
encik kekaseh jangan jeles ek. ngeee.